Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alam semula jadi
(
Tulisan Jawi
: ???? ????? ????) merangkumi segala
jirim hidup
dan
jirim bukan hidup
yang berada secara semula jadi di
bumi
. Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah
persekitaran
yang tanpa kegiatan
manusia
. Lawannya perkataan "alam semulajadi" ialah "persekitaran terbina".
Bagi sebahagian orang, terdapat kesulitan terhadap
istilah
"alam semulajadi" kerana kebanyakan persekitaran semula jadi mempunyai pengaruh manusia pada satu masa atau lain, baik secara langsung atau tidak. Bagi mengatasi masalah ini, sedikit sebanyak pengaruh manusia diizin tanpa menyebabkan sesuatu
landskap
dikecualikan daripada status "semula jadi". Biasanya, maksud istilah ini tergantung kepada konteksnya lebih daripada definisi yang ditentukan. Banyak persekitaran alam semula adalah hasil daripada interaksi di antara alam semula jadi dan manusia. Oleh sebab alasan ini, istilah "
ekosistem
" telah digunakan untuk menggambarkan persekitaran yang mengandungi alam semula jadi, termasuknya manusia. Berdasar perkara ini, masalah persekitaran adalah masalah manusia atau sosial. Ada sebilangan orang menganggap bahawa pengasingan "persekitaran" daripada "manusia" amat berbahaya. Ini merupakan pemahaman umum yang telah menjadi dasar
environmentalisme
, yakni pergerakan
politik
,
sosial
dan
falsafah
yang luas dan yang menyokong pelbagai tindakan dan dasar untuk melindungi apa-apa alam semula jadi yang tinggal, atau mengembalikan serta mengembangkan peranan alam semula jadi di persekitaran ini. Sungguhpun
tanah gersang
semakin jarang, alam liar (umpamanya, hutan yang tidak dikendali,
padang rumput
yang tidak dikerjakan,
binatang liar
dan
bunga liar
) dapat ditemui di banyak tempat yang dahulu dihuni manusia.
Matlamat
yang biasanya dinyatakan oleh
ahli kaji persekitaran
termasuk:
- pengurangan dan pembersihan
pencemaran
buatan manusia dengan matlamat pencemaran sifar pada masa hadapan;
- pengurangan penggunaan
bahan api
yang tidak boleh baharu dan pembangunan alternatif yang terdiri daripada
tumbuh-tumbuhan
, bahan yang berkarbon rendah atau sumber tenaga yang boleh baharu;
- pemuliharaan dan penggunaan sumber berkurangan yang boleh kekal, seperti
air
,
tanah
dan
udara
;
- perlindungan ekosistem wakilan, unik ataupun asli;
- pemeliharaan dan pengembangan
spesies terancam
atau ekosistem dari kepupusan;
- penubuhan rizab alam semula jadi dan
biosfera
di bawah pelbagai jenis perlindungan; dan
- pada paling umumnya, perlindungan
biodiversiti
dan ekosistem yang diperlu oleh semua manusia dan hidupan yang lain di bumi ini.
Baru-baru ini, terdapat rasa bimbang yang sungguh mendalam tentang
pertukaran iklim
yang disebabkan oleh pelepasan antroprogenik
gas
rumah tanaman
, terutamanya
karbon dioksida
, dan interaksinya dengan penggunaan manusia dan alam semula jadi. Usaha-usaha telah ditumpukan terhadap pengurangan gas rumah tanaman yang menyebabkan pertukaran iklim (iaitu, melalui "Konvensyen Pertukaran Iklim" dan "Protokol Kyoto") dan penciptaan strategi penyesuaian bagi membantu
spesies
, ekosistem, manusia, negara dan wilayah untuk menyesuaikan diri dengan pertukaran-pertukaran iklim.
|
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Lain-lain
| |
---|