Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
3 April
merupakan
hari
ke-93 (hari ke-94 dalam
tahun lompat
) dalam
kalendar Gregory
. Tinggal 272 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 1043
?
Edward si Pengaku
dimahkotakan sebagai
Raja England
, raja terakhir
Kerabat Wessex
.
- 1559
? Perjanjian
Keamanan Cateau-Cambresis
ditandatangani, maka berakhirnya
Perang Itali
.
- 1797
-
John Adams
akhirnya membuka pada kongres perihal penolakan pihak urusan luar negeri
Perancis
, Talleyrand, yang hanya akan menerima komisioner yang dikirim Amerika apabila permintaan hutang dikabulkan dan suap dibayarkan.
- 1820
-
Raffles
melaporkan dagangan keluar masuk di
Singapura
daripada perusahaan anak negeri sahaja telah lebih dari $4,000,000.00 setahun.
- 1834
? Para jeneral
Perang Kemerdekaan Greece
dibicarakan atas tuduhan
derhaka
.
- 1865
?
Perang Saudara Amerika
: Tentera
Kesatuan
menawan
Richmond, Virginia
, ibu kota
Negeri-Negeri Gabungan Amerika
.
- 1882
-
Jesse James
, seorang
penjahat
di
Barat Lama Amerika
, terbunuh selepas ditembak dari belakang untuk
ganjaran
sebanyak
USD
$5,000.
- 1909
-
Hikayat Pahang
selesai ditulis oleh pengarang yang tidak dikenalpasti.
- 1922
-
Joseph Stalin
menjadi
Setiausaha Agung
pertama
Parti Komunis Kesatuan Soviet
.
- 1936
-
Bruno Hauptmann
dihukum mati melalui
kerusi elektrik
untuk
penculikan
dan
pembunuhan
"
bayi Lindbergh
".
- 1948
-
Rancangan Marshall
(gambar poster)
, satu rancangan pemulihan
ekonomi
yang diasaskan oleh
Setiausaha Negara Amerika Syarikat
George Marshall
untuk membantu pembinaan semula Eropah selepas
Perang Dunia Kedua
, diluluskan oleh
Kongres Amerika Syarikat
.
- 1966
-
Luna 10
memasuki
orbit
di sekeliling
Bulan
, menjadi
kuar angkasa lepas
pertama mengorbit jasad astronomi selain Bumi.
- 1971
- Siri televisyen
tokusatsu
Jepun
Kamen Rider
(gambar)
mula ditayangkan, menandakan permulaan
francais
Kamen Rider
.
- 1973
- Di jalanan
Bandar Raya New York
, penyelidik
Motorola
Martin Cooper
membuat panggilan awam pertama menggunakan
telefon bimbit
.
- 1974
-
Peletusan Super
yang terdiri daripada 148
puting beliung
bermula dan membunuh sekurang-kurangnya 315 orang serta mencederakan 5,484 lagi di 13 buah
negeri Amerika Syarikat
pada akhir peristiwa
La Nina
yang sungguh kuat.
- 1980
-
Anak Muda
, yang merupakan album ketiga oleh penyanyi tersohor Malaysia
Sudirman Haji Arshad
dikeluarkan.
- 1982
? United Kingdom menghantar pasukan petugas tentera laut ke
Lautan Atlantik
selatan untuk menawan semula
Kepulauan Falkland
daripada Argentina.
- 1997
?
Pembunuhan beramai-ramai Thalit
bermula di Algeria; hanya seorang daripada 53 penduduk
Thalit
terlepas daripada pembunuhan gerila.
- 2000
?
Amerika Syarikat lwn Microsoft
:
Microsoft
didapati mencabuli
undang-undang antitrust Amerika Syarikat
dengan "menindas" pesaingnya.
- 2004
?
Pengganas
Islamiah yang terlibat dalam
serangan Madrid 11 Mac 2004
dikepung oleh polis di rumah pangsa mereka lalu membunuh diri.
- 2007
? Sebuah keretapi
TGV
Perancis di laluan berkelajuan tinggi
LGV Est
mencatat rekod dunia rasmi yang baru.
- 2008
? Kapal bekalan semula tanpa manusia Eropah pertama,
ATV Jules Verne
(gambar)
berlabuh
secara automatik dengan
Stesen Angkasa Antarabangsa
.
- 2009
?
Australia
secara rasminya menerima
Perisytiharan Hak Asasi Kaum Peribumi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
.
- 2009 ?
Mohd Najib bin Abdul Razak?
mengangkat sumpah sebagai
Perdana Menteri Malaysia
ke-6, menggantikan
Abdullah bin Ahmad Badawi
.
- 2011
? Serpihan besar bangkai
Penerbangan 447 Air France
, yang hilang di temui di atas
Lautan Atlantik
pada 2009.
- 2011 ?
Adel Safar
menjadi
Perdana Menteri Syria
selepas
Muhammad Naji al-Otari
meletak jawatan akibat
bantahan berterusan
.
- 2017
? Sebutir bom telah diletupkan di
Saint Petersburg Metro
, membunuh 14 orang dan mencederakan 51 orang.