Penculikan
dalam
undang-undang jenayah
bererti mengambil seseorang tanpa kerelaan, biasanya bagi menahan tanpa kebenaran/tanpa menurut undang-undang yang sah. Ini mungkin dilakukan bagi tujuan wang tebusan atau langkah awal bagi jenayah lain, atau berkait dengan pertikaian penjagaan anak.
Culik dalam Undang-undang Awam Inggeris ("English Common Law")
[
sunting
|
sunting sumber
]
Penculikan dalam Undang-undang Awam Inggeris memerlukan:
- seseorang datang dan membawa bawah umur ("minor") pergi;
- dengan kekerasan atau penipuan;
- tanpa kerelaan orang yang dibawa; dan
- tanpa alasan menurut undang-undang.
Ia adalah sukar bagi menculik tanpa melakukan penahanan palsu, yang merupakan kesalahan undang-undang awam dengan niat atau cuai ("recklessly") menahan mangsa tanpa kuasa undang-undang yang sah. Penggunaan kekerasan bagi mengambil dan menahan juga diaanggap sebagai serangan, dan kesalahan berkait juga mungkin dilakukan sebelum, semasa, dan selepas penahanan.
Bersama pembunuhan, culik merupakan jenayah besar di bawah undang-undang awam ("common law") yang masih belum disatukan menjadi ("statute").
Penculikan kanak-kanak]
Culik dan melarikan ("Kidnapping versus abduction")
[
sunting
|
sunting sumber
]
Dalam terminologi undang-undang awam dalam kebanyakan perundangan (menurut
Black's Law Dictionary
), jenayah culik dilabel melarikan ("abduksi"), apabila mangsa adalah wanita. Dalam penggunaan moden, culik atau melarikan kanak-kanak sering-kali dipanggil melarikan kanak-kanak ("Child abduction"), terutama apabila ia dilakukan bukan bagi meminta tebusan tetapi dengan tujuan menyimpan kanak-kanak secara kekal (sering kali dalam kes keluarga kanak-kanak bercerai atau berpisah secara rasmi, di mana keluarga yang tidak memiliki penjagaan sah akan melakukan tindakan ini, juga dikenali sebagai penculikan kanak-kanak ("childnapping"). Masa kini, istilah ini tidak lagi terhad kepada kes mangsa kanak-kanak.
Melarikan kanak-kanak boleh merujuk kepada kanak-kanak diambil tanpa kebenaran ibubapa, tetapi dengan suka rela oleh kanak-kanak.Di
England
dan
Wales
, ia merupakan melarikan anak-anak bagi mengambil seseorang yang berusia di bawah 16 tanpa kebenaran ibu bapa.
Pusat Maklumat Jenayah Kebangsaan ("National Crime Information Center") mengekalkan daftar orang hilang, dan mengelaskan mereka menurut kategori. Pada
2008
, terdapat 778,161 laporan orang hilang dilog pada sistem mereka, dari mana 745,088 akhirnya dikeluarkan. Dari yang dilaporkan hilang, 87,497 telah disenaraikan berada dalam bahaya fizikal, dan 20,562 disenaraikan sebagai hilang tanpa kerelaan.
[1]
Daripada 589,761 remaja dilaporkan hilang pada 2008, 13,046 di anggap berada dalam bahaya fizikal. Dari jumlah tersebut, 6,094 dianggap hilang tanpa kerelaan. Sungguhpun
FBI
tidak mengekalkan statistik rasmi bagi jenayah penculikan, menganggap mereka yang diketahui atau dianggap diculik berlaku dalam kategori tanpa "kerelaan".
[2]
Oleh kerana
Amerika Syarikat
dianggarkan memiliki penduduk sekitar 304 juta orang
[3]
, jika 20,561 orang dilaporkan diculik pada 2008, ia berjumlah kadar penculikan pada kadar 6.7 setiap 100,000 orang; kerana Amerika Syarikat dianggar memiliki penduduk sekitar 74 juta orang berusia di bawah 18 tahun
[4]
, ia menunjukkan kadar penculikan dikalangan 18 tahun pada 8.2 setiap 100,000.
- Penculikan pengantin adalah istilah yang digunakan secara bebas, merangkumi sebarang pengantin yang 'cilarikan' tanpa kehendak keluarganya, sungguhpun pengantin wanita sanggup mengahwini 'penculik'. Ia merupakan tradisi dikalangan sesetengah kaum nomad di Asia Tengah. Terdapat peningkatan di
Kyrgystan
sejak kejatuhan
Soviet Union
dan berikutan terhakisnya hak wanita.
[5]
- Penculikan Harimau ("Tiger kidnapping") merujuk kepada pengambilan tebusan bagi memaksa orang tersayang atau berkait dengan mangsa melakukan sesuatu, contoh. kanak-kanak diambil bagi memaksa pekedai membuka peti besi. Istilah ini berasal dari pemantauan awal, sebagaimana harimau memburu.
Penculikan bagi tebusan adalah perkara biasa dipelbagai bahagian dunia masa kini, dan sesetengah bandar dan negara sering digambarkan sebagai "Ibunegara Penculikan Dunia." Pada 2007, gelaran itu kepunyaan
Baghdad
.
[6]
Pada 2004, ia adalah
Mexico
,
[7]
dan pada 2001 ia adalah
Colombia
.
[8]
Haiti
juga mengalami eningkatan penculikan sejak beberapa tahun lalu, sebagaimana sebahagian tertentu
Afrika
.
Dimasa lalu, dan kini disesetengah bahagian dunia (seperti selatan
Sudan
), penculikan adalah cara biasa bagi mendapatkan hamba dan wang melalui tebusan. Pada masa baru-baru ini, penculikan dalam bentuk "shanghai" atau "Impressment" di mana orang diculik sebagai kelasi kapal dagang pada awal abad ke-19 sebagai pelaut, yang undang-undang anggap buruh tidak bebas ("unfree labour".
- Damien Lewis; Mende Nazer (2003).
Slave
. New York: Public Affairs. m/s. 368.
ISBN
1-58648-212-2
.
CS1 maint: multiple names: authors list (
link
)
Templat:Jenis jenayah