Perdana Menteri Malaysia
(
Jawi
:
????? ????? ??????
) ialah ketua kerajaan Malaysia. Perdana menteri mengarahkan cabang eksekutif kerajaan persekutuan. Yang di-Pertuan Agong melantik perdana menteri yang merupakan ketua parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum.
Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua
Perdana Menteri
hanya berasal daripada parti
UMNO
, salah satu parti politik terbesar dalam
Barisan Nasional
(dahulu dikenali sebagai
Parti Perikatan
hingga
1974
). Tetapi pada 2018, jawatan
Perdana Menteri
disandang oleh
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
, salah satu parti komponen baharu dalam
Pakatan Harapan
apabila
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
menjadi
Perdana Menteri Malaysia
ke-7
Kabinet Malaysia 2018
atau lebih dikenali sebagai Kabinet Mahathir Ketujuh (Mahathir VII) merupakan kabinet yang pertama dibentuk selain tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) setelah 61 tahun susulan kegagalan parti tersebut untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya ke-14.
Susulan krisis politik negara 2020 atau lebih dikenali sebagai
Langkah Sheraton
, landskap politik telah berubah secara keseluruhan.
Kabinet Malaysia 2020
atau lebih dikenali sebagai Kabinet Muhyidin Pertama (Muhyiddin I), merupakan kabinet yang pertama dibentuk melalui pertukaran kerajaan tanpa melalui pilihan raya. Peralihan kuasa ini berlaku berikutan perletakan jawatan secara tiba-tiba oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Muhamad. Kabinet dan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin mendapat tekanan dan tentangan hebat yang mengakibatkan kabinetnya terpaksa dibubarkan sewaktu negara dilanda pendemik COVID 19.
Pada tahun 2021, Kabinet Muhyiddin Pertama (Muhyiddin I) telah dibubarkan selepas Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin
kehilangan sokongan majoriti dari barisan kepemimpinan
Barisan Nasional
yang dipimpin oleh
Ahmad Zahid Hamidi
menyebabkan wujudnya sekali lagi kabinet yang dibentuk melalui pertukaran kerajaan tanpa pilihan raya. Kabinet tersebut dikenali sebagai
Kabinet Ismail Sabri Pertama
(Ismail Sabri I). Kabinet tersebut tercatat sebagai kabinet kedua di Malaysia yang wujud tanpa melalui pilihan raya. Ia adalah proses normal dalam sebuah sistem demokrasi berparlimen.
Pelantikan
Seorang Perdana Menteri dilantik dari kalangan Ahli
Dewan Rakyat Malaysia
. Ahli
Dewan Negara Malaysia
tidak layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Mengikut kelaziman, seorang presiden parti yang mempengerusikan sebuah parti politik gabungan yang memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya umum akan dicalonkan oleh Ahli
Dewan Rakyat Malaysia
untuk
Yang di-Pertuan Agong
memperkenankan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Namun, dalam situasi di mana tiada parti yang memenangi kerusi majoriti, para Ahli Dewan Rakyat perlu mencalonkan beberapa nama untuk dipilih oleh majoriti ahli dewan. Yang di-Pertuan Agong seterusnya akan memperkenankan pelantikan seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
[2]
Bidang kuasa
Seorang Perdana Menteri mempunyai hak prerogatif untuk mencalonkan seorang Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara bagi menganggotai
Jemaah Menteri
yang dibentuk. Beliau akan mempersembahkan senarai nama Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda untuk dilantik sebagai anggota pentadbiran kerajaan.
Beliau juga berperanan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen, khususnya Dewan Rakyat untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum. Memanggil atau menangguhkan sidang Parlimen juga di bawah kuasa Perdana Menteri. Begitu juga dengan pengisytiharan darurat.
Selain daripada itu, beliau juga berperanan untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dalam melantik 44 daripada 70 orang Senator dari kalangan Ahli Dewan Negara.
Pelantikan hakim mahkamah atasan (Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) juga dibuat atas nasihat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang mana beliau akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.
Peguam Negara Malaysia
dan
Ketua Audit Negara Malaysia
juga dilantik atas nasihat seorang Perdana Menteri.
Pelantikan Pengerusi dan Ahli Suruhanjaya bagi Suruhanjaya Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pasukan Polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Kewangan Negara dan Majlis Angkatan Tentera.
Yang di-Pertua Negeri
juga dilantik atas nasihat seorang Perdana Menteri.
[3]
Perdana Menteri sementara
Berdasarkan Perkara 55 (3)
Perlembagaan Malaysia
,
Dewan Rakyat
, melainkan jika dibubarkan oleh
Yang di-Pertuan Agong
dengan budi bicaranya sendiri atas nasihat Perdana Menteri, boleh meneruskan selama lima tahun dari tarikh pertemuan pertamanya. Perkara 55 (4) Perlembagaan membenarkan penangguhan 60 hari pilihan raya yang akan diadakan dari tarikh pembubaran dan Parlimen hendaklah diberitahu untuk bertemu pada tarikh tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran. Secara konvensyen, antara pembubaran satu Parlimen dan perjumpaan yang akan datang, Perdana Menteri dan
kabinet
kekal di pejabat dalam kapasiti
sementara
.
Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman (
1955-1970
)
Perdana Menteri Malaysia
Pertama iaitu Almarhum
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Baginda dibantu oleh timbalannya iaitu Allahyarham
Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein
.
Era Pentadbiran Tun Abdul Razak (
1970-1976
)
Perdana Menteri Malaysia
ke-2 iaitu Allahyarham
Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein
digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri iaitu Allahyarham
Tun Dr. Ismail Al-Haj bin Dato' Haji Abdul Rahman
dan Allahyarham
Tun Hussein bin Dato' Sir Onn
.
Era Pentadbiran Tun Hussein Onn (
1976-1981
)
Perdana Menteri Malaysia
ke-3 iaitu Allahyarham
Tun Hussein bin Dato' Sir Onn
dikenali sebagai Bapa Perpaduan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya,
Tun Dr. Mahathir bin Mohammad
.
Era Pentadbiran I Tun Dr. Mahathir (
1981-2003
)
Perdana Menteri Malaysia
ke-4 iaitu
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri. Antaranya ialah
Tun Musa bin Hitam
kemudian digantikan oleh Allahyarham
Tun Abdul Ghafar bin Baba
seterusnya digantikan oleh
Dato' Seri Anwar bin Dato' Ibrahim
dan akhir sekali adalah digantikan oleh
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
.
Era Pentadbiran Tun Abdullah Badawi (
2003-2009
)
Perdana Menteri Malaysia
ke-5 iaitu
Tun Abdullah Ahmad Badawi
digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya iaitu,
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
.
Era Pentadbiran Najib Razak (
2009-2018
)
Perdana Menteri Malaysia
ke-6 iaitu
Najib Razak
dikenali sebagai Bapa Transformasi Malaysia.
[4]
Beliau dibantu oleh timbalannya,
Tan Sri Muhyiddin Yassin
dan kemudian digantikan oleh
Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Haji Hamidi
.
Pada 9 Mei 2018,
Najib Razak
gagal mempertahankan jawatan
Perdana Menteri
susulan kegagalan Barisan Nasional membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya ke-14, jawatan telah disandang oleh
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
, salah satu parti komponen baharu dalam
Pakatan Harapan
dan menyaksikan perubahan landskap politik baharu selepas 61 tahun kerajaan ditadbir oleh parti komponen Barisan Nasional.
Era Pentadbiran II Tun Dr. Mahathir (
2018-2020
)
Perdana Menteri Malaysia
ke-7 menyaksikan
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
kembali menerajui kepimpinan kerajaan yang baharu di bawah parti dan nuansa yang berbeza dengan sebelum ini. Beliau juga mempunyai jumlah bilangan Kabinet Malaysia yang tertinggi daripada semua Perdana Menteri iaitu sebanyak 7 Kabinet.
Kabinet Mahathir Ketujuh
merupakan Kabinet Malaysia yang dibentuk pada 2018 dianggotai oleh beliau sendiri,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
iaitu,
Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail
dan juga beberapa Menteri dan Timbalan Menteri yang terdiri daripada parti komponen
Pakatan Harapan
.
Sebagai tambahan kepada Kabinet, pasukan penasihat yang dipanggil "Majlis Penasihat Kerajaan" (
Council of Eminent Persons
) telah diwujudkan (sehingga mencapai mandat pada 20 Ogos 2018) dan dianggotai oleh:
1. Mantan
Menteri Kewangan Malaysia
,
YABhg. Tun Dr. Daim bin Zainuddin
2. Mantan
Gabenor Bank Negara Malaysia
,
Y.M. Tan Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Prof. Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz
3. Mantan
Ketua Pegawai Eksekutif
PETRONAS
,
YBhg. Tan Sri Mohd. Hassan bin Merican
4. Ahli ekonomi Malaysia yang terkemuka,
YBhg. Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram
5. Hartawan Malaysia yang berpusat di
Hong Kong
,
YBhg. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien
Pada 24 Februari 2020, beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berkuat kuasa serta-merta susulan hilang kepercayaan terhadap anggota kabinetnya sendiri berikutan peristiwa
Langkah Sheraton
. Peristiwa ini sekali lagi mengubah landskap politik negara apabila Perdana Menteri yang baharu dilantik tanpa pilihan raya umum.
Era Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin (
2020-2021
)
Perdana Menteri Malaysia
ke-8, iaitu
Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
. Beliau dilantik setelah mendapat perkenan
Yang di-Pertuan Agong
,
Al-Sultan Abdullah
selepas desakan pemimpin
Pakatan Harapan
untuk Perdana Menteri ke-7,
Tun Dr Mahathir Mohamad
untuk menyerahkan jawatan kepada
Anwar Ibrahim
yang menyebabkan Perdana Menteri ke-7 meletakkan jawatan. Beliau telah mendapat sokongan majoriti Ahli
Dewan Rakyat Malaysia
yang terdiri daripada wakil rakyat dari
Perikatan Nasional
,
Barisan Nasional
,
Gabungan Parti Sarawak
,
Parti Bersatu Sabah
dan
Bebas
menewaskan Anwar Ibrahim dan Mahathir Mohamad sendiri.
[5]
Beliau juga mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama yang mempunyai dua kerusi dalam dewan perundangan, iaitu di
Dewan Rakyat Malaysia
dan di
Dewan Negeri Johor
dalam masa yang sama.
Beliau juga merupakan Perdana Menteri pertama yang dilantik tanpa melalui pilihan raya umum untuk membentuk
Kerajaan Perikatan Nasional
setelah mendapat sokongan majoriti
Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
.
Kabinet beliau pada awalnya tidak mempunyai
Timbalan Perdana Menteri
sebaliknya fungsi tersebut diisi oleh 4 orang Menteri yang diberikan nama sebagai
Menteri Kanan
. Pada 7 Julai 2021, jawatan Timbalan Perdana Menteri diumumkan diisi oleh
Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
yang ketika itu merupakan Menteri Kanan Pertahanan.
[6]
Pada 8 Julai 2021, UMNO menarik sokongan terhadap
Tan Sri Muhyiddin Yassin
. Namun, ia tidak menjejaskan majoriti sokongan terhadap beliau di
Dewan Rakyat Malaysia
seperti mana yang telah dijelaskan oleh
Peguam Negara Malaysia
.
[7]
Era Pentadbiran Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (
2021-2022
)
Perdana Menteri Malaysia
ke-9, iaitu
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
. Beliau dilantik setelah mendapat perkenan
Yang di-Pertuan Agong
,
Al-Sultan Abdullah
setelah mendapat majoriti sokongan daripada para Ahli Dewan Rakyat. Ismail juga tidak menamakan seorang
Timbalan Perdana Menteri
ketika mengumumkan Kabinetnya.
[8]
Walaupun telah dibuat perjanjian antara beliau dengan
Pengerusi Perikatan Nasional
dan
Presiden BERSATU
bagi melantik seorang
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
dari
BERSATU
bagi mewakili
Perikatan Nasional
, namun ianya tidak ditunaikan atas alasan Pilihan Raya Umum Malaysia semakin hampir dan memberikan alasan mempunyai empat orang
Menteri Kanan
yang diibaratkan sebagai mempunyai empat orang
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
.
[9]
Antara menteri kanan beliau :
Era Pentadbiran Dato' Seri Anwar Ibrahim (
2022-kini
)
Perdana Menteri Malaysia
ke-10, iaitu
Dato' Seri Anwar Ibrahim
. Beliau dilantik setelah mendapat perkenan
Yang di-Pertuan Agong
,
Al-Sultan Abdullah
setelah mendapat majoriti sokongan daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat. Beliau telah melantik dua orang Timbalan Perdana Menteri, iaitu
Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
dan
Dato Sri Fadillah Yusof
.
[10]
Sejarah & Senarai Perdana Menteri Malaysia
1. Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (1955-1957)
Parti komponen:
Parti Perikatan
(AP)
Parti politik:
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO)
2. Perdana Menteri Malaysia (1957 - kini)
Parti komponen:
Parti Perikatan
(AP)
Barisan Nasional
(BN)
Pakatan Harapan
(PH)
Perikatan Nasional
(PN)
Parti politik:
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO)
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU)
Parti Keadilan Rakyat
(PKR)
Garis masa
Senarai Pemangku Perdana Menteri Malaysia
Parti politik:
Parti Perikatan
(AP)
Barisan Nasional
(BN)
Perikatan Nasional
(PN)
Keistimewaan
Bekas perdana menteri
Perdana menteri biasanya diberikan keistimewaan tertentu setelah meninggalkan pejabat dengan perbelanjaan kerajaan. Bekas perdana menteri terus menjadi tokoh penting negara.
Trivia
? Perdana Menteri paling baru-baru ini meninggal dunia ialah
Tunku Abdul Rahman
(1903?1990), yang meninggal dunia pada 6 Disember 1990. Kini, bekas Perdana Menteri paling tua ialah
Tun Dr. Mahathir Mohamad
pada usia 98 tahun.
?
Mohd Najib Abdul Razak
ialah bekas Perdana Menteri yang pertama dihadapkan ke mahkamah serta yang pertama dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan salah guna kuasa.
[16]
?
Dato Sri Ismail Sabri Yaakob
ialah bekas
Ketua Pembangkang Malaysia
pertama yang dilantik sebagai Perdana Menteri.
?
Dato Seri Anwar Ibrahim
ialah Perdana Menteri Malaysia yang pertama pernah menjalani hukuman penjara sebelum kembali ke Parlimen pada tahun 2018 dan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada tahun 2022.
[17]
Kediaman
Kediaman rasmi bagi Perdana Menteri Malaysia ialah
Seri Perdana
yang terletak di Presint 10,
Putrajaya
.
Pengangkutan
Kereta rasmi
Kereta rasmi bagi Perdana Menteri Malaysia ialah
Proton Perdana
Eksekutif Limousine yang berciri keselamatan dan telah digunakan sejak 2013 lalu.
[18]
Sejak April 2021, kenderaan bagi Perdana Menteri dan Jemaah Menteri telah ditukar kepada
Toyota
Vellfire 2.5l bagi menggantikan
Proton Perdana
Eksekutif Limousine.
[19]
Pengangkutan udara
Terdapat beberapa pesawat rasmi eksekutif kerajaan yang digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia, termasuklah Airbus ACJ319-115X (CJ), Airbus ACJ320, Boeing 737-700, Bombardier BD-700-1A10 Global Express, Dassault Falcon 900.
Ia termasuk juga dengan helikopter Sikorsky S-70A-30 Blackhawk dan Sikorsky S-70A-34 Blackhawk.
Kesemua pesawat rasmi kerajaan ini dikendalikan oleh
Tentera Udara Diraja Malaysia
di Pangkalan TUDM,
Subang
,
Selangor
.
Disamping itu juga helikopter Agusta Westland AW139 kendalian
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
turut digunakan oleh Perdana Menteri.
Lihat juga
Rujukan
- ^
"CPPS Policy Factsheet: Remuneration of Elected Officials in Malaysia"
(PDF)
. Centre for Public Policy Studies. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 11 May 2016
. Dicapai pada
11 May
2016
.
- ^
BERSATU, BN, PAS calonkan Muhyiddin PM ke-8
- ^
Peranan kerajaan
- ^
Mohd Najib Tun Razak - Bapa Transformasi
- ^
'Pelantikan Perdana Menteri tak boleh dilengahkan'
- ^
"Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar Negeri - PMO"
.
Astro Awani
. Foto oleh Kementerian Pertahanan. 7 Julai 2021.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 2021-07-07
. Dicapai pada
7 Julai
2021
.
CS1 maint: others (
link
)
- ^
Tan Sri Muhyiddin dan jemaah menteri masih berkuasa
- ^
Kali kedua dalam sejarah TPM tidak dinamakan
- ^
4 menteri kanan dah ‘lebih kurang’ TPM, Ismail tolak keperluan melantik timbalan
- ^
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1034466/ahmad-zahid-fadillah-dipilih-sebagai-tpm Ahmad Zahid, Fadillah dipilih sebagai TPM
- ^
Tunku Abdul Rahman Dikurniakan Gelaran Bapa Kemerdekaan, Portal
Arkib Negara Malaysia
. Pautan:
http://www.arkib.gov.my/web/guest/tunku-abdul-rahman-dikurniakan-gelaran-bapa-kemerdekaan
Diarkibkan
2019-12-13 di
Wayback Machine
- ^
Biografi Ringkas Tun Abdul Razak, Portal
Yayasan Kepimpinan Perdana
, Pautan:
http://www.perdana.org.my/pms-of-malaysia/tun-abdul-razak/biography-tunku-abdul-razak
Diarkibkan
2018-10-21 di
Wayback Machine
- ^
Sejarah Tun Hussein Bin Dato 'Onn,
Portal Rasmi Universiti Tun Hussein 'Onn Malaysia (UTHM)
. Pautan:
http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/500/269/lang,ms/
Diarkibkan
2017-11-30 di
Wayback Machine
- ^
Pameran Tun Dr Mahathir "Bapa Pemodenan" Sempena Konvensyen Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohammad,
Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia
, Pautan:
http://www.arkib.gov.my/web/guest/berita/-/asset_publisher/Lw38/content/pameran-tun-dr-mahathir-bapa-pemodenan-sempena-konvensyen-pemikiran-tun-dr-mahathir-mohamad?redirect=http%3A%2F%2Fwww.arkib.gov.my%2Fweb%2Fguest%2Fberita%3Fp_p_id%3D101_INSTANCE_Lw38%26p_p_lifecycle%3D0%26p_p_state%3Dnormal%26p_p_mode%3Dview%26p_p_col_id%3Dcolumn-inner-3%26p_p_col_count%3D1
Diarkibkan
2015-07-23 di
Wayback Machine
- ^
Biografi Ringkas Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi,Portal
Yayasan Kepimpinan Perdana
. Pautan:
http://www.perdana.org.my/pms-of-malaysia/tun-abdullah-ahmad-badawi/biography-tun-abdullah-amad-badawi
Diarkibkan
2018-09-10 di
Wayback Machine
- ^
Mahkamah: Najib gagal rayuan akhir, penjara 12 tahun, denda RM210 juta
- ^
"Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10"
. 24 November 2022.
- ^
Najib lancar Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan
- ^
Penukaran Toyota Vellfire sebagai kenderaan rasmi menteri cetus kontroversi
Pautan luar
|
---|
Perdana Menteri
mengikut negara
| |
---|
Bekas jawatan
| |
---|