Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
19 Mac
merupakan
hari
ke-78 (hari ke-79 dalam
tahun lompat
) dalam
kalendar Gregory
. Tinggal 287 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- 1279
- Pemerintahan tiga abad
Dinasti Song
di
China
berakhir dengan kemenangan
Dinasti Yuan
dalam
Pertempuran Yamen
.
- 1687
- Usaha pencarian
muara
Sungai Mississippi
oleh penjelajah Perancis
Robert Cavelier de La Salle
(gambar)
tamat dengan
dahagi
dan
pembunuhannya
di
Texas
kini.
- 1853
?
Gerakan pembaharuan Taiping
menduduki dan menjadikan
Nanjing
sebagai ibu kotanya sehingga tahun 1864.
- 1861
?
Perang Taranaki Pertama
berakhir di New Zealand.
- 1863
? Kapal
SS
Georgiana
, dipercayai sebagai
penjajap
Gabungan
yang paling berkuasa, dimusnahkan dalam perjalanan pertamanya bersama angkutan senjata api, ubat-ubatan dan barang-barangan yang bernilai lebih $1,000,000.
- 1915
- Gambar
planet kerdil
Pluto
diambil buat pertama kali, 15 tahun lebih dahulu sebelum ditemui oleh
Clyde Tombaugh
di
Balai Cerap Lowell
.
- 1932
-
Jambatan Pelabuhan Sydney
(gambar)
, antara mercu tanda yang utama di
Sydney
, Australia, dibuka secara rasmi.
- 1965
? Bangkai kapal
SS
Georgiana
yang bernilai lebih $50,000,000 dan dipercayai sebagai
penjajap
terkuat yang dimiliki oleh
Negeri-negeri Gabungan Amerika
, ditemui oleh penyelam remaja
E. Lee Spence
, genap 102 tahun selepas kemusnahannya.
- 1969
? Menara TV setinggi 385 meter (1,263 ka) di
Emley Moor
, United Kingdom, runtuh akibat terkumpul ais.
- 1978
? Berikutan
serangan Israel
terhadap Lubnan, PBB
menyeru
Israel segera berundur, dan menubuhkan
Pasukan Tentera Sementara PBB di Lubnan
.
- 1982
- Angkatan tentera Argentina yang diketuai oleh
Alfredo Astiz
menduduki
Georgia Selatan
, menyegerakan
Perang Falkland
terhadap United Kingdom.
- 1989
?
Bendera Mesir
dikibarkan di
Taba
, menandakan berakhirnya pendudukan Israel selepas
Perang Yom Kippur
pada tahun 1973 diikuti rundingan damai pada tahun 1979.
- 2004
?
Presiden Republik China
Chen Shui-bian
ditembak sebelum berlangsungnya pilihan raya presiden pada 20 Mac.
- 2008
?
GRB 080319B
: Ledakan kosmik yang merupakan objek terjauh yang dapat dilihat oleh mata kasar dicerap untuk masa yang singkat.
- 2008 ?
Yves Leterme
dilantik sebagai
Perdana Menteri Belgium
, sembilan bulan selepas pilihan raya umum dilangsungkan.
- 2009
?
Banjir
di Angola, Namibia dan Zambia membunuh lebih 130 orang dan meninggalkan 300 ribu lagi tanpa tempat berteduh.
- 2011
?
Perang saudara Libya
: Angkatan A.S., British dan Perancis
melancarkan serangan
(gambar)
terhadap askar pro-
Gaddafi
di Libya untuk menguatkuasakan
Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1973
.