Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
11 Februari
merupakan
hari
ke-42 dalam
kalendar Gregory
. Tinggal 323 hari (atau 324 hari bagi
tahun lompat
) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- 660 SM
- Mengikut tradisi, negara Jepun diasaskan oleh
Maharaja Jimmu
di
Yamato
.
- 55
-
Tiberius Claudius Caesar Britannicus
, pewaris takhta
Maharaja Rom
, tiba-tiba mati di Rom, sekaligus membuka jalan untuk
Nero
menaiki takhta.
- 1250
-
Perang Salib Ketujuh
:
Dinasti Ayubiyyah
berjaya mempertahankan
Al Mansurah
, Mesir, daripada serangan tentera salib.
- 1814
-
Norway
mengisytiharkan kemerdekaan, maka berakhirnya
Kesatuan Kalmar
.
- 1861
-
Perang Saudara Amerika
:
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
sebulat suara meluluskan resolusi yang menjamin agar tiada campur tangan dalam amalan
perhambaan
di setiap negeri.
- 1873
-
Raja
Amadeo I
dari Sepanyol turun takhta, mengisytiharkan di
Cortes Generales
bahawa
orang Sepanyol
"tidak dapat dikawal", lalu meninggalkan negara itu.
- 1889
-
Perlembagaan Meiji
diterima guna di Jepun.
- 1919
-
Friedrich Ebert
menjadi
Reichsprasident
pertama
Republik Weimar
.
- 1929
- Bagi menyelesaikan "
Persoalan Rom
", kedua-dua pihak Itali dan
Takhta Suci
Katolik Rom
bersetuju
mewujudkan
Kota Vatikan
sebagai satu
enklaf
berdaulat merdeka dalam Itali.
- 1869
-
Frederick Banting
mengumumkan penemuan
insulin
, yang digunakan untuk merawat
penyakit kencing manis
, di
Universiti Toronto
.
- 1938
-
BBC Television
menerbitkan rancangan
cereka sains
pertama di dunia, suatu adaptasi lakon pentas ciptaan
Karel ?apek
bertajuk
R.U.R.
yang turut mencetus istilah "
robot
".
- 1942
-
Perang Dunia Kedua
:
Pertempuran Bukit Timah
meletus di Singapura.
- 1949
-
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
bahagian negeri
Perlis
telah ditubuhkan.
- 1953
-
Kesatuan Soviet
memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.
- 1964
- Pihak Yunani dan Turki mula bertempur di
Limassol
, Cyprus.
- 1964 -
The Beatles
mengadakan konsert pertama mereka di Amerika Syarikat, di
Washington Coliseum
di
Washington, D.C.
- 1971
- 87 negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kesatuan Soviet, menandatangani
Perjanjian Dasar Laut
yang mengharamkan
senjata nuklear
di perairan antarabangsa.
- 1973
-
Perang Vietnam
:
Tahanan perang
Amerika Syarikat mula dibebaskan dari Vietnam.
- 1978
-
Republik Rakyat China
menarik balik
larangan
ke atas karya-karya
Aristotle
,
Shakespeare
dan
Dickens
.
- 1979
-
Revolusi Iran
:
Wangsa Pahlavi
runtuh apabila tentera memilih "neutral" selepas pengikut
Ayatollah
Ruhollah Khomeini
(gambar)
memberontak, akhirnya menjadikan beliau
Pemimpin Agung
republik Islam
itu.
- 1987
-
Perlembagaan Filipina
berkuatkuasa.
- 1990
- Aktivis anti-
aparteid
Nelson Mandela
, menjadi
banduan politik
selama 27 tahun, dibebaskan dari
penjara
di
Paarl
, Afrika Selatan.
- 2006
-
Naib Presiden Amerika Syarikat
Dick Cheney
tertembak
Harry Whittington
di muka, leher dan dada ketika
memburu
burung puyuh
.
- 2007
- Perlumbaan basikal
Le Tour de Langkawi
berakhir di
Dataran Merdeka
, Kuala Lumpur dan dimenangi Anthony Charteau dari pasukan Credit Agricole.
- 2008
- Di
Timor Leste
, berlakunya cubaan membunuh
Xanana Gusmao
dan
Jose Ramos-Horta
, tetapi gagal.
- 2009
-
Morgan Tsvangirai
menjadi
Perdana Menteri Zimbabwe
.
- 2010
-
NASA
melancarkan
Solar Dynamics Observatory
dalam satu misi lima tahun mencerap
Matahari
.
- 2011
- Selepas 18 hari
bantahan meluas
di Mesir,
Presiden
Hosni Mubarak
berundur dan menyerahkan kuasanya kepada
Majlis Agung Angkatan Tentera
.
- 2013
-
Paus Benedictus XVI
mengumumkan yang beliau akan meletak jawatan sebagai
Ketua
Gereja Katolik
pada akhir Februari.
- 2017
- Gerhana bulan Penumbra terjadi dimana jasad bulan akan keluar sepenuhnya daripada bayang penumbra bumi.