Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
17 Januari
merupakan
hari
ke-17 dalam
takwim Gregorius
. Tinggal 348 hari (atau 349 hari bagi
tahun lompat
) sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 38 SM
-
Octavian
mengahwini
Livia Drusilla
.
- 1287
- Raja
Alfonso III dari Aragon
menyerang
Minorca
.
- 1377
-
Paus Gregory XI
memindahkan pusat pentadbiran kembali ke
Rom
dari
Avignon
.
- 1524
- Bermulanya perjalanan
Giovanni da Verrazzano
mencari laluan ke
China
.
- 1562
- Perancis mengiktiraf pemerintahan
Huguenot
mengikut
Edik Saint-Germain
.
- 1595
-
Henry IV dari Perancis
mengisytiharkan perang terhadap Sepanyol.
- 1605
- Penerbitan pertama
Don Quixote
.
- 1648
-
Parlimen Lanjut
Inggeris
meluluskan
Undi Tiada Titah
, maka menghentikan rundingan dengan
Raja Charles I
, oleh itu membuka laluan kepada fasa kedua
Perang Saudara Inggeris
.
- 1773
- Kapten
James Cook
dan warga kapalnya menjadi orang Eropah terulung yang melayar merentasi
Garisan Antartik
.
- 1799
-
Dun Mikiel Xerri
dan pejuang
Malta
yang lain dihukum mati.
- 1852
- United Kingdom mengiktiraf kemerdekaan jajahan
Boer
di
Transvaal
.
- 1893
-
Jawatankuasa Warganegara untuk Keselamatan Awam
yang diketuai oleh
Lorrin A. Thurston
menggulingkan kerajaan
Ratu Liliuokalani
(gambar)
di
Hawaii
.
- 1899
- Tentera Laut Amerika Syarikat mendarat di
Pulau Wake
(gambar)
di Lautan Pasifik dan menguasai pulau ini hingga kini.
- 1912
- Sir
Robert Falcon Scott
menjejak kaki di Kutub Selatan, sebulan di belakang
Roald Amundsen
.
- 1913
-
Raymond Poincare
diundi sebagai
Presiden Perancis
.
- 1929
-
Watak
kartun
Popeye si Kelasi
yang dicipta oleh
E. C. Segar
muncul buat pertama kali dalam
jalur komik
Thimble Theater
.
- 1941
- Pihak
Kuomintang
pimpinan
Chiang Kai-Shek
menyerang pihak
komunis
, maka kembalinya
Perang Saudara China
selepas
Perang Dunia Kedua
.
- 1945 - Pihak
Kesatuan Soviet
menawan kota
Warsaw
di Poland yang ranap akibat perang.
- 1945
- Pihak
Nazi
mula mengosongkan
kem tumpuan Auschwitz
apabila menghadapi kemaraan Soviet.
- 1946
-
Majlis Keselamatan PBB
mengadakan mesyuaratnya yang pertama di
Church House
,
London
.
- 1966
- Sebuah pesawat pengebom
B-52
bertembung dengan pesawat
KC-135 Stratotanker
di ruang angkasa Sepanyol, lalu terjatuh tiga butir
bom nuklear
berhampiran pekan
Palomares
dan sebutir lagi ke dalam laut dalam
peristiwa Palomares
.
- 1973
-
Ferdinand Marcos
menjadi "Presiden Seumur Hidup" di
Filipina
.
- 1977
-
Gary Gilmore
dihukum mati oleh
pasukan penembak
di
Utah
, sekaligus menamatkan penghentian
hukuman mati
selama 10 tahun di Amerika Syarikat.
- 1982
-
Cold Sunday
menyaksikan suhu jatuh ke paras terendah sejak lebih seabad di kebanyakan bandar di Amerika Syarikat.
- 1985
-
British Telecom
mengumumkan penamatan
kotak telefon merah
United Kingdom.
- 1989
-
Pembunuhan Stockton
:
Patrick Purdy
menyerang tapak bermain Sekolah Rendah Cleveland dengan
senapang
, membunuh lima kanak-kanak dan mencederakan 29 yang lain serta seorang guru lalu membunuh dirinya.
- 1991
- Tentera campuran yang diketuai oleh Amerika Syarikat melancarkan serangan udara
Operasi Ribut Padang Pasir
terhadap
Iraq
. Iraq melancarkan 8
peluru berpandu Scud
ke arah Israel.
- 1991 -
Harald V
menjadi
Raja Norway
setelah kemangkatan ayahandanya
Olav V
.
- 1994
-
Gempa bumi
bermagnitud melanda
Northridge, California
.
- 1995
-
Gempa Bumi Besar Hanshin
melanda berhampiran
Kobe
, Jepun, dan mengorbankan lebih 6,000 nyawa serta mengakibatkan kerosakan harta lebih
¥
10 trilion ($100 bilion).
- 1996
-
Republik Czech
mendaftar untuk menjadi anggota
Kesatuan Eropah
.
- 1997
- Sebuah kapal angkasa
Delta 2
yang membawa sebuah satelit
GPS2R
meletup 13 saat selepas dilancarkan, menyebabkan bangkai roket terbakar seberat 250 tan tertabur sekitar landas pelancaran.
- 1998
-
Paula Jones
menuduh Presiden
Bill Clinton
melakukan
gangguan seksual
.
- 2002
-
Gunung Nyiragongo
yang terletak 20 kilometer (12 bt) di utara bandar
Goma
,
Republik Demokratik Congo
meletus, memusnahkan 4500 bangunan dan menyebabkan kira-kira 120,000 orang tiada tempat berteduh.
- 2009
-
Pilihan raya kecil Kuala Terengganu
, Malaysia diadakan berikutan kematian ahli parlimennya Datuk
Razali Ismail
.
- 2009 -
Israel
mengisytiharkan gencatan senjata satu pihak setelah korban
konflik Gaza
mencecah 1300 orang.
Hamas
turut berbuat demikian.
- 2010
-
Rusuhan
pertama antara kumpulan
Muslim
dan
Kristian
di
Jos
, Nigeria bermula, akhirnya menyebabkan lebih 200 kematian.
- 2013
- Tentera Algeria
menyerbu
sebuah kilang gas di
In Amenas
selepas ratusan pekerja dijadikan tebusan, menyebabkan puluhan orang mati.