Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
9 November
merupakan
hari
ke-313 (hari ke-314 dalam
tahun lompat
) dalam
takwim Gregorius
. Tinggal 52 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- 1799
-
Rampasan kuasa 18 Brumaire
yang diketuai
Emmanuel-Joseph Sieyes
(gambar)
dan
Napoleon Bonaparte
menggulingkan kerajaan Perancis lalu digantikan dengan
Dewan Revolusi Perancis
bersama
Konsulat
.
- 1872
-
Kebakaran Besar Boston
bermula, memusnahkan lebih 750 buah bangunan di
Boston
,
Massachusetts
, A.S.
- 1918
-
Kaisar
Wilhelm II
turun takhta,
Canselor
Maximilian
meletakkan jawatan, dan
Philipp Scheidemann
mengisytiharkan
Republik Weimar
.
- 1938
-
Kristallnacht
, tindakan keganasan besar-besaran terhadap
orang Yahudi
bermula di
Jerman Nazi
.
- 1953
-
Kemboja
memperoleh kemerdekaan daripada Perancis dan menjadi sebuah negara
raja berperlembagaan
di bawah
Raja
Norodom Sihanouk
.
- 1965
- Beberapa negeri Amerika Syarikat dan Kanada keputusan bekalan elektrik sehingga 13½ jam.
- 1989
-
Tembok Berlin
(gambar)
"dibuka", menandakan secara simbolik tamatnya
Perang Dingin
, runtuhnya
Pakatan Warsaw
, dan permulaan pengakhiran
komunisme
Soviet
.
- 1998
- Dengan lulusnya
Akta Hak Asasi Manusia
, United Kingdom memansuhkan
hukuman mati
bagi semua kesalahan jenayah.
- 2008
- Satu kemalangan di atas
kapal selam nuklear
Rusia
K-152
Nerpa
mengorbankan 20 orang, yang terburuk sejak tahun 2000.
- 2009
- Di Forum Kerjasama China?Afrika ke-4 di Mesir, Republik Rakyat China berjanji memberikan
pinjaman mudah
AS$10 juta untuk hubungan China-Afrika.
- 2010
- Dalam
pilihan raya Myanmar
pertama sejak 20 tahun, parti pembangkang mengaku kalah kepada
Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan
, selepas
Liga Demokrasi Kebangsaan
memboikot pilihan raya tersebut.
- 2016
-
Donald Trump
dari Parti Republikan memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat ke - 45 selepas menewaskan pesaing dari Parti Demokrat,
Hillary Clinton
dengan majoriti mudah.