Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
27 Februari
merupakan
hari
ke-59 dalam
kalendar Gregory
. Tinggal 307 hari (atau 308 hari bagi
tahun lompat
) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan
Hari Kemerdekaan
di
Republik Dominika
(
1844
).
- 1595
-
Henri IV dari Perancis
dimahkotakan sebagai
Raja
di
Katedral Chartres
berdekatan
Paris
, memulakan
wangsa Bourbon
.
- 1617
-
Empayar Sweden
menandatangani
Perjanjian Stolbovo
untuk mengakhiri
Perang Ingria
dengan
Rusia
, dan mendapat pemilikan wilayah yang banyak.
- 1626
-
Yuan Chonghuan
dilantik sebagai Pentadbir
Liaodong
, selepas memimpin rakyat China untuk menumpaskan kemaraan orang
Manchu
pimpinan
Nurhaci
.
- 1700
- Pulau
New Britain
ditemui.
- 1797
-
Bank England
mengeluarkan duit kertas satu paun dan dua paun pertama.
- 1801
-
Ibu negara
baharu Amerika Syarikat, bandar terancang
Washington, D.C.
diletakkan di bawah bidang kuasa
Kongres
.
- 1844
-
Republik Dominika
merdeka daripada Haiti.
- 1860
-
Abraham Lincoln
berucap di
Cooper Union
di
Bandar Raya New York
yang banyak menyumbang kepada kejayaan beliau meraih jawatan
Presiden Amerika Syarikat
.
- 1861
- Tentera
Rusia
menembak ke arah orang ramai yang membantah pemerintahan Rusia ke atas
Poland
. Lima orang terbunuh.
- 1933
-
Bangunan Reichstag
di
Berlin
dibakar
(gambar)
, menjadi satu titik penting dalam
penubuhan rejim Nazi
di Jerman.
- 1940
-
Martin Kamen
dan
Sam Ruben
menemui
karbon-14
.
- 1942
-
Perang Dunia Kedua
: Dalam
Pertempuran Laut Jawa
, seangkatan penyerang
Berikat
ditumpaskan oleh tentera Jepun berhampiran kepulauan
Hindia Timur Belanda
.
- 1945
-
Lubnan
mengisytiharkan kemerdekaan.
- 1963
-
Republik Dominika
menyambut
presiden
undian pertamanya, iaitu
Juan Bosch
, sejak tumbangnya rejim diktator
Rafael Trujillo
.
- 1963
- Perletakan batu asas
Masjid Negara
yang disempurnakan oleh DYMM
Yang di-Pertuan Agong
Tuanku Syed Putra Jamalullail
di
Kuala Lumpur
.
- 1964
- Kerajaan Itali meminta bantuan untuk mengelakkan
Menara Condong Pisa
daripada tumbang.
- 1967
- Negara
Dominika
merdeka daripada United Kingdom.
- 1974
- Majalah
People
diterbitkan buat julung kalinya.
- 1976
-
Republik Demokratik Arab Sahrawi
diisytiharkan di
Sahara Barat
.
- 1986
-
Senat Amerika Syarikat
membenarkan sesi perbahasannya diuji siar melalui
televisyen
.
- 1991
-
Perang Teluk
:
Presiden Amerika Syarikat
George H. W. Bush
mengumumkan bahawa "Kuwait sudah dibebaskan".
- 1996
-
Francais media
Pokemon
dilancarkan dengan versi pertama
permainan
itu,
Poketto Monsut? Aka Midori
.
- 1999
-
Olusegun Obasanjo
menjadi presiden undian pertama
Nigeria
sejak pertengahan tahun 1983.
- 2004
- Pengeboman kapal
Superferry
oleh kumpulan
Abu Sayyaf
meragut 116 nyawa dalam serangan pengganas paling dahsyat dalam
sejarah Filipina
.
- 2010
-
Gempa bumi
8.8
M
w
melanda persisiran
Kawasan Maule
di Chile, mengorbankan lebih 700 orang dan menghasilkan
tsunami
.
- 2011
-
The King's Speech
memenangi empat
Oscar
termasuk
Filem Terbaik
di
Anugerah Akademi ke-83
.
- 2011 -
Beji Caid el Sebsi
menjadi
Perdana Menteri Tunisia
selepas
Mohamed Ghannouchi
meletak jawatan akibat
bantahan berterusan
.
- 2013
-
Abd Rabbuh Mansur Al-Hadi
mengangkat sumpah sebagai
Presiden Yaman
selepas pengunduran
Ali Abdullah Saleh
.