Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tokusatsu
(
Jepun
:
特撮
)
ialah istilah
bahasa Jepun
yang secara harfiahnya bererti "
kesan khas
." Istilah ini digunakan terutamanya untuk memaksudkan
filem
dan
drama televisyen
aksi sebenar
Jepun
yang menggunakan kesan khas.
Istilah "tokusatsu" ialah singkatan bagi ungkapan Jepun "tokushu satsuei"
(
Jepun
:
特殊撮影
)
, iaitu "fotografi khas". Dalam penerbitan, pengarah kesan khas digelar "tokushu gijutsu"
(
Jepun
:
特殊技術
, "teknik khas")
atau "tokusatsu kantoku"
(
Jepun
:
特撮監督
, "pengarah kesan khas")
.
Hiburan Tokusatsu biasanya berbentuk
cereka sains
,
fantasi
, atau
seram
, namun filem dan rancangan TV ber
genre
lain kadang-kadang juga boleh digolongkan sebagai tokusatsu. Jenis hasil tokusatsu yang paling laris termasuklah filem raksasa
kaiju
(Siri filem
Godzilla
dan
Gamera
), siri TV
adiwira
(
Masked Rider
dan
Metal Heroes
), dan drama
mecha
(
Giant Robo
). Sesetengah rancangan TV tokusatsu menggabungkan beberapa subgenre ini (siri
Ultraman
dan
Super Sentai
).
Tokusatsu ialah salah satu bentuk hiburan Jepun yang paling laris, tetapi kebanyakan filem dan rancangan televisyen tokusatsu tidak dikenali ramai di luar Asia. Namun begitu, baru-baru ini tokusatsu mula menikmati bilangan peminat yang kecil tetapi setia dan mengembang di luar Jepun.