Dekad
1980-an merupakan tahun-
tahun
dari
1980
hingga
1989
, iaitu antara 12 Safar 1400 hingga 2 Jamadilakhir 1410. Tempoh ini menandakan peralihan kepada cara hidup yang lebih konservatif selepas revolusi kebudayaan pada
1960-an
dan
1970-an
serta kemunculan
virus
AIDS
. Ia juga merupakan zaman pemencaran
politik
dan
ekonomi
, terutamanya di negara-negara yang mengamalkan
ekonomi campuran
dan
ekonomi terancang
disebabkan campur tangan
kerajaan
yang giat telah menimbulkan masalah
inflasi
dan
pengangguran
yang tinggi.
Dekad ini telah dipersendakan sejak penamatannya kerana:
Peristiwa-peristiwa dan arah aliran politik pada 1980-an memuncak dengan penggulingan
kerajaan tentera
dan
rejim autoritarian
, termasuknya setiap negara
komunis
dalam
Pakatan Warsaw
di
Eropah Timur
yang menghasilkan penamatan
Perang Sejuk
berdekad-dekad.
Dekad 1980-an juga menyaksikan perkembangan yang pesat dalam banyak sektor
teknologi
yang mentakrifkan dunia konsumer moden, khasnya di bidang
elektronik
seperti
komputer peribadi
, sistem permainan dan pelbagai teknologi
audio
.
Penduduk-penduduk di seluruh dunia meningkat dengan lebih pesat pada dekad ini apabila dibandingkan dengan dekad-dekad lain di sejarah
manusia
dengan penambahan penduduk baru sebanyak satu
bilion
dalam cuma satu dekad. Fakta ini amat penting kerana pertumbuhan yang pesat ini tidak akan diulangi lagi pada masa hadapan mengikut arah aliran pertumbuhan penduduk semasa.
- ProDigi
, sebuah format
pita audio
digital profesional kili-ke-kili dengan kedudukan kepala yang pegun, diperkenalkan oleh
Mitsubishi
. Ia merupakan pengganti kepada
perakam digital
X-80
2-runut 1/4 inci yang direka oleh Mitsubishi pada tahun 1980.
- Mahathir Mohamad
telah mengangkat sumpah sebagai
Perdana Menteri Malaysia
yang keempat pada 16 Julai 1981. Dalam tahun yang sama Mahathir menang tanpa bertanding jawatan Presiden
UMNO
ketika berusia 55 tahun. Semasa beliau menjadi Perdana Menteri, beliau telah mengambil alih jawatan Menteri Dalam Negeri sehinggalah beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada
Abdullah Ahmad Badawi
pada 9 Januari 1999. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan mulai 18 Julai 1981 sehingga 1986. Mahathir dikenali sebagai “Bapa Pemodenan” di atas kejayaan beliau menukarkan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden.