Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jawatan
Pemimpin Agung
(
Bahasa Parsi
:???? ??????,
Rahbare Enghelab
,
[1]
bermaksud
Pemimpin Revolusi
, atau ???? ?????,
Maghame Rahbari
,
[2]
bermaksud
Kuasa Memimpin
, atau ??? ????,
Vali-ye Faqih
,
[3]
bermaksud
Penjaga Undang-Undang
) diperkenalkan didalam
Perlembagaan Iran
sebagai ketua tertinggi dalam kerajaan
Iran
dan juga ketua agama Iran. Panggilan
Agung
(
Bahasa Parsi
: ???? ????,
Rahbare Moazzam
), digunakan hanyalah untuk tujuan hormat tetapi ia tidak terkandung dalam
Perlembagaan Iran
.
Pemimpin Agung lebih berkuasa daripada
presiden Iran
, Ketua melantik ketua-ketua tertinggi - panglima angkatan bersenjata, pengarah radio kebangsaan dan rangkaian televisyen, ketua agama utama, imam masjid bandar raya, dan ahli majlis keselamatan negara membincangkan pertahanan dan hal-ehwal luar negeri. Pemimpin Agung juga melantik ketua hakim, ketua pendakwa, tribunal khas dan, dengan bantuan ketua hakim, 12 orang pakar undang-undang Penjaga Majlis ? badan berkuasa yang memutuskan hal ehwal kewangan ,undang-undang dan calon yang bertanding bagi jawatan presiden atau parlimen.
Iran telah mempunyai dua Pemimpin Agung. Pemimpin Agung terkini ialah
Imam Ali Khamenei
.
- Memberi garis panduan terhadap dasar
Republik Islam Iran
selepas berunding dengan Majlis Kebangsaan.
- Penyeliaan pelaksanaan sesuai dengan sistem
- Pengeluaran titah perintah untuk mengadakan pilihan raya
- Perintah tertinggi terhadap angkatan bersenjata.
- Perisytiharan perang dan keamanan, dan mobilisasi pasukan bersenjata.
- Pelantikan, pemecatan, dan penerimaan perletakan jawatan:
- Fuqaha' pada Majlis Pengawal.
- Kuasa kehakiman tertinggi negara itu.
- Kepala radio dan rangkaian televisyen
Republik Islam Iran
.
- Pengerusi kakitangan kerajaan
- Komander pasukan bersenjata negara Iran
- Komander tertinggi pasukan bersenjata.
- Menyelesaikan perbezaan antara tiga sayap pasukan bersenjata dan peraturan hubungan-hubungan mereka.
- Menyelesaikan masalah yang tidak boleh diselesaikan oleh kaedah-kaedah konvensional, melalui Majlis Kebangsaan.
- Menandatangani dekri merasmikan pilihan raya Iran untuk memilih
Presiden
- Pemecatan Presiden Republik selepas Mahkamah Agong membuat keputusanmenurut Perkara 89 Perlembagaan Iran.
- Memaafkan atau mengurangkan hukuman-hukuman
Senarai Pemimpin-Pemimpin Agung Iran
[
sunting
|
sunting sumber
]
- ^
Perkara 108, Perlembagaan Iran
- ^
Perkara 89-91, Perlembagaan Iran
- ^
Perkara 5, Perlembagaan Iran
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{
tunas
}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.