Sistem Unit Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sistem Unit Antarabangsa atau Unit SI (SI dipendekkan dari nama bahasa Perancis , Systeme international d'unites ) merupakan sejenis sistem metrik . Ia adalah sistem unit yang digunakan oleh semua orang di dunia dalam sains dan perdagangan .

Pada 1960, SI diambil dari sistem MKS, iaitu panjang (meter), jisim (kilogram), dan masa (saat).

Dalam sistem SI terdapat 7 unit asas SI dan 2 unit tanpa dimensi , serta beberapa unit terbitan. Selain itu, terdapat juga awalan-awalan yang boleh digabungkan dengan unit-unit tersebut untuk penggandaan atau pembahagian unit-unit yang ada.

Sistem SI diselenggarakan oleh 3 badan, iaitu Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa (BIPM), Persidangan Am Timbang dan Ukur Antarabangsa (CGPM) serta Jawatankuasa Timbangan dan Ukuran Antarabangsa (CIPM).

Unit-unit SI [ sunting | sunting sumber ]

7 unit asas SI adalah sebagai berikut (diikuti lambang dan rumus dimensi):

Unit asas SI [1] [2]
Unit Simbol Kuantiti
meter m panjang , L
kilogram [n 1] kg jisim , M
saat s masa , T
ampere A arus elektrik , I
kelvin K Suhu termodinamik , T
mol mol amaun bahan , n
kandela cd Keamatan berluminositi , I v
Nota
  1. ^ Walaupun unit itu mempunyai awalan "kilo-", kilogram merupakan unit asas jisim. Kilogram digunakan dalam definisi unit-unit yang dihasilkan daripada unit asas SI

2 unit SI tanpa dimensi adalah:

Unit-unit lain dalam SI dapat dihasilkan melalui gabungan dari unit-unit asas di atas.

Contoh:

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ :23 Quantities Units and Symbols in Physical Chemistry , IUPAC
  2. ^ Page, Chester H; Vigoureux, Paul, penyunting (20 May 1975). The International Bureau of Weights and Measures 1875?1975: NBS Special Publication 420 . Washington, D.C. : National Bureau of Standards. m/s. 238?244.