Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Manchuria
(
Hanzi
: 滿州,
Hanyu pinyin
: Manzhou) ialah sebuah wilayah kuno di sebelah timur laut
China
berhampiran bersempadan dengan
Korea Utara
dan
Rusia
. Manchuria sekarang ini meliputi wilayah-wilayah
Republik Rakyat China
seperti
Liaoning
,
Jilin
dan
Heilongjiang
.
Manchuria sejak lama telah menjadi wilayah kekuasaan
China
, namun pada tahun 1932, Jepun mendirikan negara boneka
Manchukuo
di sini dan menetapkan
Puyi
, maharaja terakhir
Dinasti Qing
sebagai pemimpin tertinggi. Manchukuo diakui oleh 23 negara dari 80 negara di dunia masa itu.
Sejak abad-19,
Kesatuan Soviet
melakukan pengembangan wilayah dan mengilhak hampir seluruh Manchuria yang kira-kira seluas 1/9 wilayah China. Rusia mahukan Manchuria kerana politik air panas mereka untuk mencari pelabuhan yang boleh digunakan sepanjang tahun dan terbebas dari ais membeku pada musim sejuk.
Selepas
Perang Dunia Kedua
pada tahun 1945, Manchuria dikuasai oleh
Kesatuan Soviet
dan kemudian dikembalikan sebahagian kepada Republik China.