1990-an

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium : milenium ke-2
Abad :
Dekad :
Tahun :
Kategori:


Dekad 1990-an merupakan tahun- tahun dari 1990 hingga 1999 , iaitu antara 3 Jamadilakhir 1410 hingga 23 Ramadan 1420. Kuasa utama yang membentukkan dekad ini termasuk:

Walaupun terwujudnya harapan yang optimis selepas kejatuhan komunisme , tindak balas daripada kesan Perang Sejuk baru bermula dan mencetuskan penerusan terorisme di negara-negara Dunia Ketiga (terutamanya di Asia ) yang pada suatu masa merupakan barisan hadapan politik asing Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet.

Walau bagaimanapun, semasa 1990-an ekonomi negara-negara Dunia Pertama seperti Amerika Syarikat, Kanada , Ireland , Australia dan Korea Selatan mengalami pertumbuhan ekonomi yang stabil pada hampir-hampir sepanjang dekad. Selepas kemelesetan 1991 - 92 dan Rabu Hitam , United Kingdom mengalami pertumbuhan ekonomi selama 51 suku tahun berturutan yang terus-menerus sehingga milenium baru. Negara-negara yang kurang mewah seperti Malaysia juga mengalami kemajuan pesat terhadap kemakmuran ekonomi dan taraf hidup rakyatnya pada dekad 1990-an. Dengan penamatan Perang Sejuk, dekad ini sering dipandang tinggi oleh kebanyakannya orang di banyak negara.

Banyak negara, institusi, syarikat dan organisasi juga menganggap bahawa dekad 1990-an merupakan tempoh yang makmur, iaitu hampir-hampir kesemuanya pulih selepas lama mengalami kegagalan bertahun-tahun. Contoh-contohnya termasuk pemulihan Apple Computer selepas hampir-hampir menjadi bankrap serta kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang teknologi yang merangkumi internet, cakera padat dan realiti maya . Minyak dan gas juga ditemui di banyak negara dan jawatan Paus John Paul II mencapai kemuncak.

Walau bagaimanapun, dekad 1990-an juga membawakan pertempuran yang tragik, seperti Perang-perang Balkan , penghapusan bangsa Rwanda , Pertempuran Mogadishu di Somalia dan Perang Teluk pertama.

Peristiwa [ sunting | sunting sumber ]

  • Kempen pengiklanan "Intel Di Dalam" yang amat berjaya menjadikan kedua-dua nama Perbadanan Intel dan pemproses Pentium sebagai jenama sebutan ramai. Dalam tempoh ini, Intel juga banyak melabur dalam reka-reka bentuk mikropemproses yang baru serta untuk merangsang pertumbuhan industri komputer peribadi yang pesat dan akhirnya menjadi pembekal mikropemproses komputer peribadi yang terutama.


Kelahiran [ sunting | sunting sumber ]

Suki Low - Penyanyi

Kematian [ sunting | sunting sumber ]