Bahasa Inggeris
(
Jawi
:
???? ???????
;
bahasa Inggeris
:
English
) ialah
bahasa Jermanik
Barat yang merupakan bahasa dominan di United Kingdom,
Amerika Syarikat
, kebanyakan negara
Komanwel
termasuk
Australia
dan
Kanada
, dan bekas
koloni British
yang lain. Ia juga ialah bahasa dominan atau bahasa rasmi di kebanyakan negara yang dahulunya di bawah pemerintahan British.
Bahasa Inggeris kini ialah yang keempat (atau kebarangkalian ketiga bergantung kepada sumber) yang paling banyak bahasa asli yang dituturi di seluruh dunia (selepas
Cina
,
Hindi
dan secara pertikaian
Sepanyol
), dengan kira-kira 380 juta penutur. Bahasa Inggeris juga ahli dominan bahasa Jermanik. Ia mempunyai status
lingua franca
di kebanyakan bahagian di dunia, dianggap berpunca daripada ketenteraan, ekonomi, sains, politik dan pengaruh budaya dari
Empayar British
pada abad ke-18, 19 dan awal abad ke-20 dan demikian di
Amerika Syarikat
dari awal abad ke-20 hingga kini.
Meskipun terdapat banyak pengaruh global daripada penutur Bahasa Inggeris asli di
pawagam
,
pesawat penumpang
,
penyiaran
,
sains
dan di
Internet
pada dekad kebelakangan, Bahasa Inggeris sekarang ialah
bahasa kedua
yang paling banyak dipelajari di dunia walaupun bahasa lain seperti
Perancis
dan
Sepanyol
juga mengekalkan kepentingan di dunia.
Kebanyakan pelajar di seluruh dunia digalakkan belajar sekurang-kurangnya sebahagian Bahasa Inggeris, dan pengetahuan kerja dalam Bahasa Inggeris digalakkan dalam banyak bidang dan pekerjaan.
[4]
Icon.svg|thumb|kanan|upright|EN (
ISO 639
-1)]]
Bahasa Inggeris merupakan
bahasa Anglo-Frisian
yang dibawa masuk oleh pendatang Jermanik dari bahagian-bahagian tertentu di negara
Jerman
.
Bahasa Inggeris kuno
yang asli itu dipengaruhi dua serangan pendatang baru secara berturut-turut, iaitu penutur bahasa Jermanik cabang Skandinavia yang menjajah beberapa bahagian Britain pada abad ke-8 dan ke-9, disusuli gelombang penjajahan
orang Norman
yang menutur dalam bahasa yang dekat dengan
bahasa Perancis
pada abad ke-11.
Menurut
Anglo-Saxon Chronicle
, sekitar tahun
449
,
Vortigern
, Raja
Kepulauan British
, menjemput orang Angle untuk membantunya menentang kaum
Pict
. Sebagai habuannya, kaum Angle disumbangkan tanah di bahagian tenggara. Bantuan selanjutnya terus dicari, maka datangnya kaum-kaum Saxon, Angles, dan Jute. Chronicle pernah menyatakan kemasukan susulan para pendatang yang menubuhkan tujuh buah negara di kepulauan tersebut. Ilmuwan moden menganggap kebanyakan cerita ini sebagai satu legenda dan dimangkini unsur politik.
Pendatang Jermanik ini mendominasi penduduk-penduduk asli yang menutur
bahasa Celt
, yang tertumpu di
Scotland
,
Wales
,
Cornwall
, dan
Ireland
. Loghat yang ditutur oleh pendatang tersebut membentuk bahasa yang dinamakan
bahasa Inggeris kuno
, yang menyerupai beberapa loghat pesisiran pantai di tanah yang kini dikenali sebagai
Jerman
barat laut dan
Belanda
. Kemudian, bahasa Inggeris kuat dipengaruhi oleh
bahasa Norse
, yang ditutur oleh orang
Viking
yang menduduki timur laut.
Selama 300 tahun setelah penaklukan Norman pada 1066, raja-raja dan bangsawan Norman cuma bertutur dalam
bahasa Anglo-Norman
. Sebilangan besar perkataan Norman diasimilasi dalam bahasa Inggeris kuno, mengukuhkan evolusi bahasa Inggeris melalui beberapa abad, maka terbentuknya
bahasa Inggeris pertengahan
.
Pada
abad ke-15
, bahasa Inggeris pertengahan dibentuk semula melalui
Peralihan Vokal Besar-besaran
yang melibatkan loghat
London
yang dijadikan
bahasa baku
bagi kegunaan pentadbiran kerajaan, dan pemiawaian hasil pencetakan (dari segi ejaan perkataan). Penggunaan
Bahasa Inggeris Moden
boleh dijejaki ke zaman
William Shakespeare
.
Bahasa Inggeris tergolong kepada sub-rumpun barat daripada
rumpun Jermanik
yang mana ia sendiri ialah rumpun daripada keluarga daripada bahasa
Indo-Eropah
.
Pertanyaan mengenai saudara hidup terdekat Bahasa Inggeris masih dalam perbincangan. Selain daripada Inggeris-dileksikan
bahasa kreol
seperti
Tok Pisin
,
Scotland
- yang mana kebanyakannya dituturkan utamanya di
Scotland
dan bahagian
Utara Ireland
- ialah aneka Jermanik paling dekat bersekutu dengan Inggeris. Seperti Inggeris, Scot yang unggulnya turun daripada Inggeris Kuno juga dikenali sebagai Anglo-Saxon. Saudara terdekat Inggeris selepasnya ialah
Frisia
, yang dituturkan di
Belanda
dan Barat Laut
Jerman
. Antara
Bahasa Jermanik Barat
yang masih hidup termasuk
Jerman
sendiri,
Jerman Rendah
,
Belanda
dan
Afrikaans
.
Bahasa Jermanik Utara
dari Scandinavia adalah kurang dekat berkaitan dengan Inggeris berbanding bahasa Jermanik Barat.
Banyak kata
Perancis
juga difahami oleh penutur Inggeris (meskipun sebutan selalunya berbeza) dilantarkan Inggeris menyerap banyak kosa kata daripada Perancis, melalui
Norman
selepas
Penaklukan Norman
dan terus daripada Perancis pada abad berikutnya. Lantarannya, banyak kongsi daripada kosa kata Inggeris biasanya hampir dengan Perancis, dengan beberapa perbezaan ejaan kecil (penghujungan kata, penggunaan ejaan lama Perancis, sbg.), baik juga kadangkala pencapahan dalam makna.
Fonetik
dan
fonologi
bahasa Inggeris adalah berbeza daripada satu dialek ke dialek yang lain, biasanya tanpa mengganggu komunikasi bersama. Variasi fonologi mempengaruhi inventori
fonem
(bunyi pertuturan yang membezakan makna), dan variasi fonetik terdiri daripada perbezaan sebutan fonem.
Gambaran keseluruhan ini menerangkan
sebutan piawai
dari
United Kingdom
dan
Amerika Syarikat
:
Received Pronunciation
(RP) dan
General American
(GA).
Tatabahasa Inggeris menunjukkan
pentasrifan
yang minimal berbanding dengan kebanyakan
bahasa Indo-Eropah
lain. Contohnya, Inggeris Moden, tidak seperti bahasa-bahasa
Jerman
atau
Belanda
bahkanjuga
bahasa-bahasa Romawi
Moden, kekurangan
tatabahasa jantina
dan
persetujuan adjektif
.
Kes
bertanda hampir hilang daripada bahasa dan utamanya masih hidup dalam
kata ganti nama
. Pencorakan daripada
kata kerja kuat
(cth:
tutur/ditutur/tuturan
) lawan
lemah
diwarisi daripada bahasa Jermanik telah menurun dalam kepentingan dan peninggalan daripada tasrifan (seperti tanda
plural
) telah menjadi lebih sederhana.
Pada masa yang sama setelah pentasrifan dikurangkan kepentingannya dalam Inggeris, bahasa ini telah dikukuhkan melalui kebergantungan kepada aspek lebih unggul seperti
kata kerja modal
dan
kata perintah
untuk menyampaikan maklumat tatabahasa.
Kata kerja bantuan
digunakan untuk menanda pembinaan seperti soalan, negatif,
suara pasif
dan
bentuk kata kerja
progresif.
Kini, terdapat 1.4 bilion orang yang menggunakan pelbagai loghat bahasa Inggeris setiap hari. Sekitar 400 juta orang menutur bahasa ini sebagai bahasa ibunda
[6]
, manakala lebih kurang 800 juta orang yang menjadikannya bahasa kedua. Bahasa Inggeris luas digunakan di lebih 100 negara di seluruh dunia. Kedudukan bahasa Inggeris masa kini dibandingkan dengan
bahasa Latin
pada zaman silam. Bahasa Inggeris dijadikan peralatan penting untuk pengembara muda yang menjelajah antara benua masa kini, tidak kira sama ada ditutur oleh mereka sebagai bahasa ibunda atau tidak.
Bahasa Inggeris barang kali merupakan bahasa ketiga terbesar dunia dari segi jumlah penutur asli, selepas
Bahasa Cina
dan
Bahasa Sepanyol
.
[7]
[8]
Namun, Bahasa Inggeris barang kali merupakan bahasa kedua paling umum dunia setelah menggabungkan kadar penutur asli dan penutur sekunder, walau bagaimanapun perkara ini bergantung pada perbezaan kriteria klasifikasi antara "bahasa" dan "dialek").
[9]
[10]
Pakar bahasa
David Crystal
telah menganggarkan bilangan pengguna bahasa Inggeris bukan-asli telah mencecah bilangan pengguna asli dengan kadar 3 kali ganda.
[11]
Negara-negara yang mempunyai bilangan penutur asli bahasa Inggeris yang tertinggi adalah seperti berikut:
Amerika Syarikat
(215 million),
[12]
United Kingdom
(61 juta),
[13]
Kanada
(18.2 juta),
[14]
Australia
(15.5 juta),
[15]
Nigeria
(4 juta),
[16]
Ireland
(3.8 juta),
[13]
Afrika Selatan
(3.7 juta),
[17]
dan
New Zealand
(3.6 juta) Bancian 2006.
[18]
|
Negara
|
% Penduduk Penutur
|
Jumlah Penduduk
|
Jumlah Penutur
|
Penutur asli
|
Penutur bahasa kedua
|
Sumber
|
1
|
Amerika Syarikat
|
95.81%
|
262,375,152
|
251,388,301
|
215,423,557
|
35,964,744
|
Bancian 2000 Amerika Syarikat
|
2
|
India
|
23.18%
|
1,100,000,000
|
232,000,000
|
226,449
|
86,125,221 (Bahasa kedua) 38,993,066 (Bahasa Ketiga)
|
3
|
Nigeria
|
53.34%
|
148,093,000
|
79,000,000
|
4,000,000
|
>75,000,000
|
4
|
United Kingdom
|
97.74%
|
60,975,000
|
59,600,000
|
58,100,000
|
1,500,000
|
5
|
Filipina
|
55.46%
|
97,000,000
|
49,800,000
|
3,427,000
|
46,373,000
|
6
|
Jerman
|
56%
|
82,191,000
|
46,000,000
|
272,504
|
46,000,000
|
7
|
Kanada
|
85.18%
|
33,355,400
|
25,246,220
|
17,694,830
|
7,551,390
|
8
|
Perancis
|
36%
|
64,473,140
|
23,000,000
|
|
23,000,000
|
9
|
Pakistan
|
10.97%
|
164,157,000
|
18,000,000
|
|
18,000,000
|
10
|
Australia
|
97.03%
|
21,394,309
|
17,357,833
|
15,013,965
|
2,343,868
|
Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama di
Anguilla
,
Antigua dan Barbuda
,
Australia
,
Bahamas
,
Barbados
,
Belize
,
Bermuda
,
Wilayah Lautan Hindi British
,
Kepulauan Virgin British
,
Canada
,
Kepulauan Cayman
,
Dominica
,
Kepulauan Falkland
,
Gibraltar
,
Grenada
,
Guam
,
Guernsey
,
Guyana
,
Ireland
,
The Isle of Man
,
Jamaica
,
Jersey
,
Montserrat
,
Nauru
,
New Zealand
,
Kepulauan Pitcairn
,
Saint Helena
,
Saint Kitts dan Nevis
,
Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine
,
Indonesia
,
Malaysia
,
Singapura
,
Jepun
,
Korea Selatan
,
Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan
,
Trinidad dan Tobago
,
Kepulauan Turks dan Caicos
,
United Kingdom
dan
Amerika Syarikat
.
Terdapat beberapa negara yang memperuntukkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tetapi bukan bahasa yang paling kerap digunakan, negara-negara tersebut merangkumi
Botswana
,
Cameroon
,
Federated States of Micronesia
,
Fiji
,
Filipina
,
Gambia
,
Ghana
,
India
,
Kenya
,
Kiribati
,
Lesotho
,
Liberia
,
Madagascar
,
Malta
,
Kepulauan Marshall
,
Mauritius
,
Namibia
,
Nigeria
,
Pakistan
,
Palau
,
Papua New Guinea
,
Rwanda
,
Saint Lucia
,
Samoa
,
Seychelles
,
Sierra Leone
,
Solomon Islands
,
Sri Lanka
,
Sudan
,
Swaziland
,
Tanzania
,
Uganda
,
Zambia
dan
Zimbabwe
.
Bahasa Inggeris diberikan status setaraf dengan sebelas bahasa rasmi yang lain di negara
Afrika Selatan
. Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi di
wilayah bergantungan
negara
Australia
(Pulau Norfolk, Pulau Christmas and Pulau Cocos) dan
Amerika Syarikat
(
Samoa
,
Guam
,
Kepulauan Marian Utara
,
Puerto Rico
, and the
Kepulauan Virgin Amerika
)
[19]
, dan koloni mahkota British
Hong Kong
.
Bahasa Inggeris tidak diberikan status bahasa rasmi di
Amerika Syarikat
dan
United Kingdom
[20]
[21]
. Walaupun kerajaan persekutuan Amerika Syarikat tidak mengakui status rasmi bahasa tersebut, bahasa Inggeris telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi di 30 daripada 50 kerajaan negeri Amerika Syarikat
[22]
. Di beberapa negara, walaupun tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi, Bahasa Inggeris tetap diakui bahasa penting terutamanya dalam kalangan negara bekas koloni British, seperti
Bahrain
,
Bangladesh
,
Brunei
,
Cyprus
,
Malaysia
, and
United Arab Emirates
. Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib di banyak negara, antaranya wilayah
Singapura
dan
Malaysia
, bahasa Inggeris diterapkan sebagai mata pelajaran teras dalam sukatan pelajaran negara-negara tersebut.
[23]
Oleh sebab bahasa Inggeris begitu kerap digunakan, bahasa tersebut telah disebut sebagai "bahasa antarabangsa", ataupun
lingua franca
era pascaglobalisasi.
[24]
Walaupun bahasa tersebut tidak ditetapkan sebagai bahasa rasmi di banyak negara, bahasa Inggeris merupakan
bahasa asing
yang paling umum dan sering diajarkan. Beberapa pakar bahasa menggangap bahawa bahasa Inggeris itu tidak lagi milik eksklusif budaya "pengguna Inggeris asli", tetapi hak milik semua penuturnya, selaras dengan dasar demokratisasi bahasa. Bahasa Inggeris akan terus berkembang, pada masa yang sama, terus dipengaruhi pelbagai budaya-budaya lain.
[24]
Bahasa Inggeris, disebabkan perjanjian antarabangsa, ialah bahasa rasmi untuk komunikasi udara dan maritim.
[25]
Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi untuk pelbagai entiti supranasional dan perbadanan antarabangsa seperti
Kesatuan Eropah
,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
,
ASEAN
,
Pertubuhan Persidangan Islam
,
Negara-Negara Komanwel
,
Kesatuan Afrika
,
Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan
,
Pertubuhan Negara-negara Amerika
,
Majlis Eropah
,
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara
,
Perjanjian UKUSA
,
Pertubuhan Kepulauan Pasifik
dan lain-lain.
Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa asing yang paling umum diajarkan di
Kesatuan Eropah
yang merangkumi 27 negara, iaitu diajarkan kepada 89% daripada pelajar sekolah rantau tersebut, mendahului bahasa Perancis yang mencatat 32%, majoriti penduduk Kesatuan Eropah berpandangan bahawa Bahasa Inggeris lebih penting daripada bahasa Perancis dalam kalangan bahasa asing, dengan 68% menyokong bahasa Inggeris daripada bahasa Perancis.
[26]
Dalam kalangan negara-negara Kesatuan Eropah yang bukan berbahasa Inggeris, terdapat bilangan besar penduduk yang dapat bertutur dalam bahasa Inggeris ? terutamanya: 85% di
Sweden
, 83% di
Denmark
, 79% di
Belanda
, 66% di
Luxembourg
dan lebih daripada 50% di
Finland
,
Slovenia
,
Austria
,
Belgium
, dan
Germany
.
[27]
Buku-buku, majalah-majalah, dan surat akhbar bahasa Inggeris dapat dijumpai pada seantero dunia. Bahasa Inggeris merupakan bahasa paling umum dalam bidang sains,
[24]
Science Citation Index
telah melaporkan bahawa seawal 1997 95% artikel dan rencananya ditulis dalam bahasa Inggeris, hanya separuh daripadanya datang daripada penulis negara berbahasa Inggeris.
Para pengkaji dialek berjaya mengenal pasti pelbagai
dialek Inggeris
yang biasanya tertakluk kepada kepelbagaian yang berbeza antara satu sama lain dari segi pola tatabahasa, kosa kata, dan sebutan di sesebuah kawasan. Gaya sebutan di kawasan tertentu membezakan dialek-dialek berbeza sebagai
loghat kawasan
. Dialek-dialek utama Inggeris sering dibahagikan oleh ahli bahasa kepada dua kategori yang sangat umum iaitu
Bahasa Inggeris British
(BrE) dan
Bahasa Inggeris Amerika Utara
(NAE).
Terdapat juga kumpulan utama ketiga jenis Inggeris: Inggeris Hemisfera Selatan; yang paling menonjol ialah versi
Australia
dan
New Zealand
.
- ^
English Adjective
Diarkibkan
2011-10-09 di
Wayback Machine
? Oxford Advanced Learner's Dictionary ? Oxford University Press ⓒ2010.
- ^
Nationalencyklopedin
"Varldens 100 storsta sprak 2010" The World's 100 Largest Languages in 2010
- ^
"Future of English"
(PDF)
. The British Council
. Dicapai pada
24 August
2011
.
(page 10)
- ^
????? ???? ???????
- ^
Curtis, Andy.
Color, Race, And English Language Teaching: Shades of Meaning
. 2006, page 192.
- ^
"Ethnologue, 1999"
. Web.archive.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 1999-04-29
. Dicapai pada
2010-10-31
.
CS1 maint: bot: original URL status unknown (
link
)
- ^
CIA World Factbook
Diarkibkan
2014-03-07 di
Wayback Machine
, Field Listing ? Languages (World).
- ^
Languages of the World (Charts)
Diarkibkan
2011-09-27 di
Wayback Machine
, Comrie (1998), Weber (1997), and the Summer Institute for Linguistics (SIL) 1999 Ethnologue Survey. Available at
The World's Most Widely Spoken Languages
Diarkibkan
2011-09-27 di
Wayback Machine
- ^
Mair, Victor H.
(1991).
"What Is a Chinese "Dialect/Topolect"? Reflections on Some Key Sino-English Linguistic Terms"
(PDF)
.
Sino-Platonic Papers
.
- ^
Crystal, David
(2003).
English as a Global Language
(ed. 2nd). Cambridge University Press. m/s. 69.
ISBN
9780521530323
.
, cited in
Power, Carla (7 March 2005).
"Not the Queen's English"
.
Newsweek
.
- ^
"U.S. Census Bureau, Statistical Abstract of the United States: 2003, Section 1 Population"
(PDF)
. U.S. Census Bureau. m/s. 59 pages.
Table 47 gives the figure of 214,809,000 for those five years old and over who speak exclusively English at home. Based on the American Community Survey, these results exclude those living communally (such as college dormitories, institutions, and group homes), and by definition exclude native English speakers who speak more than one language at home.
- ^
a
b
"The Cambridge Encyclopedia of the English Language, Second Edition, Crystal, David; Cambridge, UK: Cambridge University Press, [1995] (2003-08-03)"
. Cambridge.org
. Dicapai pada
2010-04-21
.
- ^
Population by mother tongue and age groups, 2006 counts, for Canada, provinces and territories?20% sample data
Diarkibkan
2009-03-10 di
Wayback Machine
, Census 2006,
Statistics Canada
.
- ^
Census Data from Australian Bureau of Statistics
Main Language Spoken at Home. The figure is the number of people who only speak English at home.
- ^
Figures are for speakers of
Nigerian Pidgin
, an English-based pidgin or creole. Ihemere gives a range of roughly 3 to 5 million native speakers; the midpoint of the range is used in the table. Ihemere, Kelechukwu Uchechukwu. 2006. "
A Basic Description and Analytic Treatment of Noun Clauses in Nigerian Pidgin.
"
Nordic Journal of African Studies
15(3): 296?313.
- ^
Census in Brief
, page 15 (Table 2.5), 2001 Census,
Statistics South Africa
- ^
"About people, Language spoken"
. Statistics New Zealand. Bancian 2006. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2009-10-15
. Dicapai pada
2009-09-28
.
(links to Microsoft Excel files)
- ^
Nancy Morris (1995).
Puerto Rico: Culture, Politics, and Identity
. Praeger/Greenwood. m/s. 62.
ISBN
0275952282
.
- ^
Languages Spoken in the US
Diarkibkan
2009-01-17 di
Wayback Machine
, National Virtual Translation Center, 2006.
- ^
U.S. English Foundation
Diarkibkan
2008-01-12 di
Wayback Machine
, Official Language Research – United Kingdom.
- ^
"U.S. English, Inc"
. Us-english.org. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2010-01-06
. Dicapai pada
2010-04-21
.
- ^
[1]
Diarkibkan
2011-04-29 di
Wayback Machine
, Language Policy Research Center
- ^
a
b
c
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan
Graddol
tidak disediakan
- ^
"International Maritime Organisation"
. Imo.org. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2003-12-27
. Dicapai pada
2010-04-21
.
- ^
2006 survey
by
Eurobarometer
, in
the Official EU languages
website
- ^
"Microsoft Word ? SPECIAL NOTE Europeans and languagesEN 20050922.doc"
(PDF)
. Dicapai pada
2010-04-21
.
- Baugh AC and Cable T.
A history of the English language
(5th ed), Routledge, 2002 (
ISBN 0-415-28099-0
)
- Bragg, Melvyn
The Adventure of English: The biography of a Language, Arcade Publishing, 2004.
ISBN 1-55970-710-0
- Crystal, David
(1997).
English as a Global Language
, Cambridge: Cambridge University Press.
ISBN 0-521-53032-6
.
- Crystal, D.
The Cambridge encyclopedia of the English language
(2nd ed), Cambridge University Press, 2003 (
ISBN 0-521-53033-4
)
- Halliday, MAK.
An introduction to functional grammar
(2nd ed), London, Edward Arnold, 1994 (
ISBN 0-340-55782-6
)
- McArthur, T (ed).
The Oxford Companion to the English Language
, Oxford University Press, 1992 (
ISBN 0-19-214183-X
)
- Robinson, Orrin, "Old English and Its Closest Relatives", Stanford Univ Press, 1992 (
ISBN 0-8047-2221-8
)