Icon.svg|thumb|kanan|upright|EN (
ISO 639
-1)]]
Bahasa Inggeris merupakan
bahasa Anglo-Frisian
yang dibawa masuk oleh pendatang Jermanik dari bahagian-bahagian tertentu di negara
Jerman
.
Bahasa Inggeris kuno
yang asli itu dipengaruhi dua serangan pendatang baru secara berturut-turut, iaitu penutur bahasa Jermanik cabang Skandinavia yang menjajah beberapa bahagian Britain pada abad ke-8 dan ke-9, disusuli gelombang penjajahan
orang Norman
yang menutur dalam bahasa yang dekat dengan
bahasa Perancis
pada abad ke-11.
Menurut
Anglo-Saxon Chronicle
, sekitar tahun
449
,
Vortigern
, Raja
Kepulauan British
, menjemput orang Angle untuk membantunya menentang kaum
Pict
. Sebagai habuannya, kaum Angle disumbangkan tanah di bahagian tenggara. Bantuan selanjutnya terus dicari, maka datangnya kaum-kaum Saxon, Angles, dan Jute. Chronicle pernah menyatakan kemasukan susulan para pendatang yang menubuhkan tujuh buah negara di kepulauan tersebut. Ilmuwan moden menganggap kebanyakan cerita ini sebagai satu legenda dan dimangkini unsur politik.
Pendatang Jermanik ini mendominasi penduduk-penduduk asli yang menutur
bahasa Celt
, yang tertumpu di
Scotland
,
Wales
,
Cornwall
, dan
Ireland
. Loghat yang ditutur oleh pendatang tersebut membentuk bahasa yang dinamakan
bahasa Inggeris kuno
, yang menyerupai beberapa loghat pesisiran pantai di tanah yang kini dikenali sebagai
Jerman
barat laut dan
Belanda
. Kemudian, bahasa Inggeris kuat dipengaruhi oleh
bahasa Norse
, yang ditutur oleh orang
Viking
yang menduduki timur laut.
Selama 300 tahun setelah penaklukan Norman pada 1066, raja-raja dan bangsawan Norman cuma bertutur dalam
bahasa Anglo-Norman
. Sebilangan besar perkataan Norman diasimilasi dalam bahasa Inggeris kuno, mengukuhkan evolusi bahasa Inggeris melalui beberapa abad, maka terbentuknya
bahasa Inggeris pertengahan
.
Pada
abad ke-15
, bahasa Inggeris pertengahan dibentuk semula melalui
Peralihan Vokal Besar-besaran
yang melibatkan loghat
London
yang dijadikan
bahasa baku
bagi kegunaan pentadbiran kerajaan, dan pemiawaian hasil pencetakan (dari segi ejaan perkataan). Penggunaan
Bahasa Inggeris Moden
boleh dijejaki ke zaman
William Shakespeare
.
Kini, terdapat 1.4 bilion orang yang menggunakan pelbagai loghat bahasa Inggeris setiap hari. Sekitar 400 juta orang menutur bahasa ini sebagai bahasa ibunda
[6]
, manakala lebih kurang 800 juta orang yang menjadikannya bahasa kedua. Bahasa Inggeris luas digunakan di lebih 100 negara di seluruh dunia. Kedudukan bahasa Inggeris masa kini dibandingkan dengan
bahasa Latin
pada zaman silam. Bahasa Inggeris dijadikan peralatan penting untuk pengembara muda yang menjelajah antara benua masa kini, tidak kira sama ada ditutur oleh mereka sebagai bahasa ibunda atau tidak.
Bahasa Inggeris barang kali merupakan bahasa ketiga terbesar dunia dari segi jumlah penutur asli, selepas
Bahasa Cina
dan
Bahasa Sepanyol
.
[7]
[8]
Namun, Bahasa Inggeris barang kali merupakan bahasa kedua paling umum dunia setelah menggabungkan kadar penutur asli dan penutur sekunder, walau bagaimanapun perkara ini bergantung pada perbezaan kriteria klasifikasi antara "bahasa" dan "dialek").
[9]
[10]
Pakar bahasa
David Crystal
telah menganggarkan bilangan pengguna bahasa Inggeris bukan-asli telah mencecah bilangan pengguna asli dengan kadar 3 kali ganda.
[11]
Negara-negara yang mempunyai bilangan penutur asli bahasa Inggeris yang tertinggi adalah seperti berikut:
Amerika Syarikat
(215 million),
[12]
United Kingdom
(61 juta),
[13]
Kanada
(18.2 juta),
[14]
Australia
(15.5 juta),
[15]
Nigeria
(4 juta),
[16]
Ireland
(3.8 juta),
[13]
Afrika Selatan
(3.7 juta),
[17]
dan
New Zealand
(3.6 juta) Bancian 2006.
[18]
Jumlah penutur mengikut negara
sunting
|
Negara
|
% Penduduk Penutur
|
Jumlah Penduduk
|
Jumlah Penutur
|
Penutur asli
|
Penutur bahasa kedua
|
Sumber
|
1
|
Amerika Syarikat
|
95.81%
|
262,375,152
|
251,388,301
|
215,423,557
|
35,964,744
|
Bancian 2000 Amerika Syarikat
|
2
|
India
|
23.18%
|
1,100,000,000
|
232,000,000
|
226,449
|
86,125,221 (Bahasa kedua) 38,993,066 (Bahasa Ketiga)
|
3
|
Nigeria
|
53.34%
|
148,093,000
|
79,000,000
|
4,000,000
|
>75,000,000
|
4
|
United Kingdom
|
97.74%
|
60,975,000
|
59,600,000
|
58,100,000
|
1,500,000
|
5
|
Filipina
|
55.46%
|
97,000,000
|
49,800,000
|
3,427,000
|
46,373,000
|
6
|
Jerman
|
56%
|
82,191,000
|
46,000,000
|
272,504
|
46,000,000
|
7
|
Kanada
|
85.18%
|
33,355,400
|
25,246,220
|
17,694,830
|
7,551,390
|
8
|
Perancis
|
36%
|
64,473,140
|
23,000,000
|
|
23,000,000
|
9
|
Pakistan
|
10.97%
|
164,157,000
|
18,000,000
|
|
18,000,000
|
10
|
Australia
|
97.03%
|
21,394,309
|
17,357,833
|
15,013,965
|
2,343,868
|
Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama di
Anguilla
,
Antigua dan Barbuda
,
Australia
,
Bahamas
,
Barbados
,
Belize
,
Bermuda
,
Wilayah Lautan Hindi British
,
Kepulauan Virgin British
,
Canada
,
Kepulauan Cayman
,
Dominica
,
Kepulauan Falkland
,
Gibraltar
,
Grenada
,
Guam
,
Guernsey
,
Guyana
,
Ireland
,
The Isle of Man
,
Jamaica
,
Jersey
,
Montserrat
,
Nauru
,
New Zealand
,
Kepulauan Pitcairn
,
Saint Helena
,
Saint Kitts dan Nevis
,
Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine
,
Indonesia
,
Malaysia
,
Singapura
,
Jepun
,
Korea Selatan
,
Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan
,
Trinidad dan Tobago
,
Kepulauan Turks dan Caicos
,
United Kingdom
dan
Amerika Syarikat
.
Terdapat beberapa negara yang memperuntukkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tetapi bukan bahasa yang paling kerap digunakan, negara-negara tersebut merangkumi
Botswana
,
Cameroon
,
Federated States of Micronesia
,
Fiji
,
Filipina
,
Gambia
,
Ghana
,
India
,
Kenya
,
Kiribati
,
Lesotho
,
Liberia
,
Madagascar
,
Malta
,
Kepulauan Marshall
,
Mauritius
,
Namibia
,
Nigeria
,
Pakistan
,
Palau
,
Papua New Guinea
,
Rwanda
,
Saint Lucia
,
Samoa
,
Seychelles
,
Sierra Leone
,
Solomon Islands
,
Sri Lanka
,
Sudan
,
Swaziland
,
Tanzania
,
Uganda
,
Zambia
dan
Zimbabwe
.
Bahasa Inggeris diberikan status setaraf dengan sebelas bahasa rasmi yang lain di negara
Afrika Selatan
. Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi di
wilayah bergantungan
negara
Australia
(Pulau Norfolk, Pulau Christmas and Pulau Cocos) dan
Amerika Syarikat
(
Samoa
,
Guam
,
Kepulauan Marian Utara
,
Puerto Rico
, and the
Kepulauan Virgin Amerika
)
[19]
, dan koloni mahkota British
Hong Kong
.
Bahasa Inggeris tidak diberikan status bahasa rasmi di
Amerika Syarikat
dan
United Kingdom
[20]
[21]
. Walaupun kerajaan persekutuan Amerika Syarikat tidak mengakui status rasmi bahasa tersebut, bahasa Inggeris telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi di 30 daripada 50 kerajaan negeri Amerika Syarikat
[22]
. Di beberapa negara, walaupun tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi, Bahasa Inggeris tetap diakui bahasa penting terutamanya dalam kalangan negara bekas koloni British, seperti
Bahrain
,
Bangladesh
,
Brunei
,
Cyprus
,
Malaysia
, and
United Arab Emirates
. Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib di banyak negara, antaranya wilayah
Singapura
dan
Malaysia
, bahasa Inggeris diterapkan sebagai mata pelajaran teras dalam sukatan pelajaran negara-negara tersebut.
[23]
Sebagai bahasa antarabangsa
sunting
Oleh sebab bahasa Inggeris begitu kerap digunakan, bahasa tersebut telah disebut sebagai "bahasa antarabangsa", ataupun
lingua franca
era pascaglobalisasi.
[24]
Walaupun bahasa tersebut tidak ditetapkan sebagai bahasa rasmi di banyak negara, bahasa Inggeris merupakan
bahasa asing
yang paling umum dan sering diajarkan. Beberapa pakar bahasa menggangap bahawa bahasa Inggeris itu tidak lagi milik eksklusif budaya "pengguna Inggeris asli", tetapi hak milik semua penuturnya, selaras dengan dasar demokratisasi bahasa. Bahasa Inggeris akan terus berkembang, pada masa yang sama, terus dipengaruhi pelbagai budaya-budaya lain.
[24]
Bahasa Inggeris, disebabkan perjanjian antarabangsa, ialah bahasa rasmi untuk komunikasi udara dan maritim.
[25]
Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi untuk pelbagai entiti supranasional dan perbadanan antarabangsa seperti
Kesatuan Eropah
,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
,
ASEAN
,
Pertubuhan Persidangan Islam
,
Negara-Negara Komanwel
,
Kesatuan Afrika
,
Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan
,
Pertubuhan Negara-negara Amerika
,
Majlis Eropah
,
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara
,
Perjanjian UKUSA
,
Pertubuhan Kepulauan Pasifik
dan lain-lain.
Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa asing yang paling umum diajarkan di
Kesatuan Eropah
yang merangkumi 27 negara, iaitu diajarkan kepada 89% daripada pelajar sekolah rantau tersebut, mendahului bahasa Perancis yang mencatat 32%, majoriti penduduk Kesatuan Eropah berpandangan bahawa Bahasa Inggeris lebih penting daripada bahasa Perancis dalam kalangan bahasa asing, dengan 68% menyokong bahasa Inggeris daripada bahasa Perancis.
[26]
Dalam kalangan negara-negara Kesatuan Eropah yang bukan berbahasa Inggeris, terdapat bilangan besar penduduk yang dapat bertutur dalam bahasa Inggeris?? terutamanya: 85% di
Sweden
, 83% di
Denmark
, 79% di
Belanda
, 66% di
Luxembourg
dan lebih daripada 50% di
Finland
,
Slovenia
,
Austria
,
Belgium
, dan
Germany
.
[27]
Buku-buku, majalah-majalah, dan surat akhbar bahasa Inggeris dapat dijumpai pada seantero dunia. Bahasa Inggeris merupakan bahasa paling umum dalam bidang sains,
[24]
Science Citation Index
telah melaporkan bahawa seawal 1997 95% artikel dan rencananya ditulis dalam bahasa Inggeris, hanya separuh daripadanya datang daripada penulis negara berbahasa Inggeris.