Nanjing
南京市
|
---|
|
|
Lokasi perbandaran Kota Nanjing di Jiangsu
|
Negara
|
Republik Rakyat China
|
---|
Wilayah
| Jiangsu
|
---|
Tahap kaunti
| 11
|
---|
Tahap Perbandaran
| 129
|
---|
Settled
| Tidak diketahui (Yecheng, 495 SM. Kota Jinling, 333 SM)
|
---|
|
? Jenis
| Kota sub-wilayah
|
---|
?
Setiausaha Parti
| Huang Lixin
|
---|
? Datuk Bandar
| Miao Ruilin
|
---|
|
? Jumlah
| 6,598 km
2
(2,548 batu persegi)
|
---|
Aras
| 20 m (50 ft)
|
---|
|
? Jumlah
| 8,230,000
|
---|
? Kepadatan
| 1,237/km
2
(3,183/batu persegi)
|
---|
Demonim
| Orang Nankin
[1]
|
---|
Zon waktu
| UTC+8
(
Standard China
)
|
---|
Poskod
| 2100
00?
2113
00
|
---|
Kod kawasan
| 25
|
---|
GDP (Nominal)
| 2015
|
---|
- Jumlah
| AS$
147.8 bilion
|
---|
- Per kapita
| AS$ 18,241
|
---|
- Perkembangan
| ▲
9.3%
|
---|
GDP (PPP)
| 2015
|
---|
- Jumlah
| AS$
253.2 bilion
|
---|
- Per kapita
| AS$ 31,263
|
---|
Awalan
plat lesen
| ?
A
|
---|
Laman sesawang
| City of Nanjing
|
---|
City trees
Deodar Cedar
(
Cedrus deodara
),
Platanus × acerifolia
[2]
City flowers
Mei
(
Prunus mume
)
|
Nanjing
(南京
Pinyin
: Nanj?ng,
Wade-Giles
:
Nan-ching
;
Pinyin Sistem Pos
:
Nanking
) adalah ibu kota wilayah
Jiangsu
di
Republik Rakyat China
. Ia terletak di bahagian bawah
Sungai Yangtze
di
32°03'U, 118°47'T
. Nanjing adalah bandar kedua terpenting (selepas
Shanghai
) di China.
Nanjin dikenali sebagai "Ibukota Ilmu, Sains, Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan". Ia terkenal sebagai pusat kebudayaan dan ilmu di China selama lebih seribu tahun. Ia adalah salah satu dari empat ibukota kuno negara China dan menjadi ibukota kepada sepuluh dinasti dan/atau kerajaan. Ia juga dikenali sebagai "Ibukota Syurga". Ia telah menjadi pusat politik dan ekonomi bagi daerah delta sungai Yangtze selama beratus-ratus tahun. Nanjing juga adalah hub pengangkutan di bahagian timur China dan kawasan muara sungai Yangtze. Nanjing ialah sebuah bandar pelancongan yang terkenal, dan memiliki banyak tempat bersejarah.
Nanjing telah menjadi pusat ekonomi di kawasan muara sungai Yangtze selama beratus-ratus tahun. Pada tahun 2003, Pendapatan Domestik Kasar (PDK) per kapita adalah ¥27128 (kira-kira AS$3,280.00 pada dan berada di kedudukan 31 daripada 659 buah bandar di China.
Pada tahun
495 SM
,
dinasti Wu
mengasaskan Yecheng (冶城) pada masa sekarang kawasan bandar Nanjing.
Dinasti Yue
menakluk Wu dan menubuhkan Yuecheng 越城 pada
473 SM
.
Dinasti Chu
menubuhkan J?nling (金陵) di kawasan ini pada
333 SM
.
Bandar ini telah dimusnahkan dan dibangunkan beberapa kali.
Sekurang-kurangnya tiga buah bandar telah dibina: Jiank?ng (建康) pada
229 AD
(dimusnahkan sepenuhnya pada
589 AD
dan menjadi kawasan perladangan), Jinling dibina kemudian pada
914
, dan ibu kota awal Ming, Nanj?ng dibina dalam tahun 1366.
Nanjing juga merupakan ibu kota
Pemberontakan Taiping
pada pertengahan
kurun 19
.
Pada tahun
1928
, setelah permulaan
Ekspedisi Utara
, kerajaan
Kuomintang
di bawah pimpinan
Chiang Kai-shek
menjadikan Nanjing sebagai ibu kota untuk menentang cabaran daripada kerajaan ketua-ketua perang yang menguasai
Beijing
dan kerajaan alternatif pimpinan
Wang Jingwei
di
Wuhan
. Setelah kejayaan
Ekspedisi Utara
pada tahun
1931
, Kerajaan Chiang menjadi kerajaan Negara China tunggal yang sah.
Pada tahun
1937
, Nanjing diduduki tentera
Jepun
, dan melakukan pembunuhan beramai-ramai para penduduk bandar, orang pelarian dan tahanan perang. Kejadian ini dikenali sebagai
Pembunuhan beramai-ramai Nanjing
. Kerajaan Chiang terpaksa dipindahkan ke
Chongqing
, dan Jepun menubuhkan kerajaan boneka di Nanjing di bawah pimpinan Wang Jingwei. Selepas tamatnya
Perang Dunia II
, Nanjing sekali lagi dipilih sebagai ibu kota
Republik China
. Pada tahun
1949
, setelah kemenangan Komunis,
Beijing
dipilih sebagai ibu kota
Republik Rakyat China
. Nanjing terus diakui sebagai "ibu kota"
Republik China
yang berada di
Taiwan
sementara
Taipei
adalah ibu kota sementara.
Nanjing merupakan pusat pengangkutan di timur China dan dihilir kawasan Sungai Yangtze. Lima sistem pengangkutan utama adalah
landasan keretapi
,
laluan air
,
penerbangan
membentuk jaringan trafik tiga dimensi dan pengangkutan awam menyeluruh.
Pelabuhan Nanjing
adalah pelabuhan bagi perdagangan asing membawa kepada
Lautan Pasifik
dan negara barat. Kawasan pelabuhan adalah 98 km panjang dan mempunyai 64 buah jeti termasuk 16 buah jeti bagi kapal dengan muatan melebihi 10,000 tan.
Nanjing juga memiliki lebih 60 buah lebuh raya yang melintasi seluruh wilayah Jiangsu. Tiga landasan keratapi bertumpu di Nanjing, menjadikan bandar ini satu pusat perkhidmatan keratapi yang penting, menjalini landasan keretapi utara, timur dan pusat China. Lebih daripada 20 buah syarikat penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing. Sebuah lapangan terbang yang baru sedang dibina. Perkhidmatan bas dan teksi di Nanjing juga memuaskan.
Nanjing jugalah salah satu daripada enam pusat
telekomunikasi
di China.
Nanjing terkenal sebagai destinasi pelancongan yang memiliki mungkin paling banyak tempat bersejarah di China. Tempat-tempat tarikan pelancongan termasuk:
Nanjing telah menjadi pusat pendidikan negara China untuk lebih dari seribu tahun. Pada masa ini, ia mempunyai institusi pendidikan yang terunggul di rantau ini yang tersenarai di bawah;
- ^
Nankinese, sometimes may be translated as Nanjinese, Nanjingese, Nankingese, Nanjinger, Nankiner, etc.. In Nanjing dialect there is no difference between Nanjing and Nanjin or between Nanking and Nankin. This means the two pronunciations Jing and Jin in Mandarin Chinese pronounce the same in Nanjing dialect, and king and kin are also the same.
- ^
"A Grass Roots Fight to Save a 'Super Tree
'
"
.
The New York Times
. Dicapai pada
2013-12-10
.