Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Rencana ini perlu
dikemas kini
.
Sila bantu mengemaskinikan rencana ini bagi mencerminkan peristiwa yang terkini atau maklumat yang baru.
(
Mei 2023
)
|
Scotland
merupakan sebahagian daripada
United Kingdom
dan meliputi bahagian utara Pulau Great Britain dan berkongsi sempadan darat di bahagian selatan dengan
England
. Selain itu, Scotland juga mengandungi lebih daripada 790 buah pulau yang termsuk
Pulau Arran
,
Pulau Orkney
,
Pulau Skye
dan lain-lain.
Bandar-bandar bertaraf bandar raya (
city
) di Scotland
(disusun mengikut bilangan penduduk)
termasuk:
Sebelum ini,
Kerajaan Scotland
merupakan sebuah negeri yang merdeka sehingga
1 Mei
1707
apabila
Kerajaan Scotland
disatukan dengan
Kerajaan England
secara politik membentuk
Kerajaan Great Britain
melalui
Akta Kesatuan 1707
(Acts of Union 1707).
Sejarah bertulis Scotland bermula semasa zaman pemerintahan
Empayar Rom
di
Britain
sekitar tahun 43-410. Pada masa itu, jajahan Rom di Britain dikenali sebagai
Britannia
dan ia meliputi kawasan-kawasan yang kini dikenali sebagai
England
dan
Wales
. Sebahagian daripada Selatan Scotland juga dikawal secara tidak langsung oleh Empayar Rom. Kawasan di sebelah utara yang tidak dijajahi Rom dikenali sebagai
Caledonia
, nama Scotland pada zaman tersebut. Caledonia pada masa itu diduduki oleh orang
Picts
dan orang Scotland Dalriada di kawasan
Argyll
.
Bahasa Inggeris
, bahasa Gaelik Scotland dan bahasa Scotland merupakan bahasa rasmi di Scotland. Namun begitu, Bahasa Inggeris ialah bahasa utama. Kebanyakan orang Scotland bertutur dalam bahasa Inggeris berloghat Scotland.
Bilangan penutur bahasa Gaelik telah merosot ke kira-kira 1% daripada jumlah penduduk. Penggunaan Bahasa Gaelik adalah terhad di kawasan tanah tinggi dan kepulauan Scotland, contohnya, Kepulauan Western. Pelbagai langkah telah diambil dalam usaha untuk memupuk penggunaan bahasa Gaelik, seperti rancangan television dalam bahasa Gaelik dan sebagainya.
30% daripada jumlah populasi dianggar berupaya berbahasa Scotland.
Lembaga Pelancongan Scotland