한국   대만   중국   일본 
Abjad Rumi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Abjad Rumi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Abjad Inggeris )
Huruf Rumi/Latin
Jenis
Bahasa Latin , Bahasa Romawi dan bahasa-bahasa Jerman Timur;

kebanyakan bahasa Eropah ;
Kebanyakan Bahasa-bahasa lain.

Romanisasi wujud untuk transliterasi bahasa-bahasa lain.
Tempoh masa
~700 S.M. hingga kini
Aksara induk
Aksara turunan
Banyak: lihat Huruf dipemerolehan dari Latin
Aksara kerabat
Cyril
Koptik
Armenia
Runik/Futhark
Arah tulis Kiri-ke-kanan
ISO 15924 Latn, 215
Alias Unikod
Latin
Lihat aksara Latin dalam Unicode
Sejarah Huruf

Zaman Gangsa Pertengahan 19–15 SM

Maruwi 3 SM
Salasilah lengkap

Abjad Rumi , juga dipanggil abjad Latin , merupakan sistem tulisan abjad yang paling meluas digunakan di dunia hari ini. Rumi berasal dari perkataan dalam bahasa Arab , Rumiyah (?????) yang bermaksud empayar Rom , huruf latin dipanggil abjad rumi kerana ia digunakan oleh empayar Rom pada ketika itu. Abjad Rumi asas mengandungi 26 huruf [1] , iaitu dari A hingga Z. Ia digunakan, dengan sedikit pengubahsuaian, untuk hampir semua bahasa Eropah (kecuali beberapa negara Eropah Timur), Amerika , Afrika sub-Sahara dan Kepulauan Pasifik .

Setiap konsonan dalam Rumi, disebut seperti konsonan latin. Pada kurun ke-17, dibawah pengaruh empayar Belanda dan British semasa penjajahan dan pencerobohan yang dilakukan oleh mereka, sebutan dalam rumi telah diambil alih daripada bahasa Arab ke Latin .

Sejarah [ sunting | sunting sumber ]

Asal-usul [ sunting | sunting sumber ]

Adalah dipercayai bahawa orang Latin menerima guna abjad Cumae? , iaitu suatu bentuk abjad Yunani , pada abad ke-7 SM dari Cumae , sebuah jajahan Yunani di Itali Selatan . Abjad Yunani Kuno pula berasal dari abjad Phoenicia. Dari abjad Cumae itulah, terhasilnya abjad Etruscan dan orang-orang Latin memakai 21 dari 26 huruf Etruscan asal:

Abjad Latin Lama
A B C D E F Z H I K L M N O P Q R S T V X

Huruf C ialah bentuk barat bagi huruf Yunani gamma , yang digunakan untuk bunyi /?/ dan /k/ , mungkin kerana dipengaruhi bahasa Etruscan yang tiada konsonan hentian bersuara. Lama-kelamaan, sekitar abad ke-3 SM, huruf Z yang tidak perlu dalam penulisan bahasa Latin, digantikan di tempatnya dengan huruf baru G , iaitu huruf C yang diubah suai dengan sebatang lagi garis. Sejak itu, huruf G mewakili hentian bersuara /?/ , sementara huruf C mewakili hentian tak bersuara /k/ . Huruf K pula amat jarang digunakan, kalau digunakan pun mudah digantikan dengan C .

Setelah Rom menakluki Yunani pada abad pertama SM , bahasa Latin menerima pakai huruf-huruf Yunani Y dan Z di akhir susun atur abjad, untuk menulis kata pinjaman dari bahasa Yunani . Cubaan Maharaja Claudius memperkenalkan tiga huruf tambahan tidak berkekalan. Justeru, ketika zaman bahasa Latin klasik , huruf Rumi ada 23 huruf:

Abjad Rumi Klasik
Huruf A B C D E F G H
Nama ? b? c? d? ? ef g? h?
Sebutan ( IPA ) /aː/ /beː/ /keː/ /deː/ /eː/ /ef/ /geː/ /haː/
 
Huruf I K L M N O P Q
Nama ? k? el em en ? p? q?
Sebutan ( IPA ) /iː/ /kaː/ /el/ /em/ /en/ /oː/ /peː/ /k?uː/
 
Huruf R S T V X Y Z  
Nama er es t? ? ex ? Graeca z?ta
Sebutan ( IPA ) /er/ /es/ /teː/ /uː/ /eks/ /iː ?graika/ /?zeːta/
Catatan Duenos bertarikh abad ke-6 SM, menunjukkan bentuk-bentuk huruf Latin Kuno tertua yang pernah ditemui.

Nama-nama Latin beberapa huruf masih menjadi pertikaian. Sungguhpun begitu, orang Rom secara amnya tidak menggunakan nama-nama yang sama dengan huruf-huruf Yunani. Kebanyakan nama konsonan hentian terdiri daripada bunyi konsonan masing-masing disusuli vokal /eː/ (kecuali K dan Q yang memerlukan vokal lain untu dibezakan dari huruf C ). Huruf Y mula-mulanya disebut hy /hyː/ seperti bahasa Yunani yang ketika itu masih belum memakai nama upsilon , tetapi ditukar ke i Graeca (I Yunani) kerana penutur bahasa Latin sukar membezakan bunyi /y/ yang asing bagi mereka dari bunyi /i/ . Huruf Z pula diberi nama Yunaninya iaitu zeta .

Tulisan kursif Rumi Lama , juga dikenali sebagai kursif huruf besar , dijadikan bentuk penulisan seharian yang digunakan oleh saudagar untuk mencatat akaun perniagaan, murid-murid sekolah untuk mempelajari abjad, dan juga maharaja untuk bertitah, dari abad pertama SM hingga abad ke-3 Masihi. Dari tulisan inilah terbentuknya tulisan Uncial yang digunakan oleh pendeta Latin dan Yunani dari abad ke-3 hingga ke-8 Masihi.

Tulisan kursif Rumi Baru , juga dikenali sebagai kursif huruf kecil , digunakan dari abad ke-3 hingga ke-7 Masihi, menggunakan bentuk-bentuk huruf yang serupa dengan huruf kecil moden. Dari tulisan inilah berevolusinya tulisan zaman perrtengahan yang dikenali sebagai tulisan Merovingia dan tulisan Carolingia .

Perkembangan zaman pertengahan [ sunting | sunting sumber ]

Pada Zaman Pertengahan barulah huruf W (asalnya huruf kembar V dan V ) ditambah pada abjad Rumi untuk mewakili bunyi-bunyi dalam bahasa-bahasa Jermanik yang tiada dalam bahasa Latin pertengahan, dan selepas zaman Renaissance pula barulah ditetapkan bahawa huruf-huruf I dan U menjadi huruf vokal , sementara huruf-huruf J dan V menjadi huruf konsonan . Sebelum ini, huruf J dan U sekadar bentuk lainan bagi huruf I dan V .

Berikutan perpecahan dalam kekuasaan politik, berubahnya juga gaya penulisan sepanjang Zaman Pertengahan, walaupun selepas terciptanya mesin cetak . Mula-mulanya, dari bentuk huruf klasik terbitnya tulisan uncial yang berkembang dari kursif Rumi Lama , serta pelbagai tulisan huruf kecil yang berkembang dari kursif Rumi Baru , terutamanya tulisan Carolingian yang paling berpengaruh kerana memperkenalkan bentuk huruf kecil antara lain yang dijadikan piawaian penulisan hingga ke hari ini.

Bahasa-bahasa moden yang amator telsiz abjad rumi secara amnya menggunakan huruf besar untuk memulakan perenggan dan ayat serta kata nama khas . Sepanjang zaman terjadinya perubahan dalam penggunaan huruf besar, lain bahasa lain juga penggunaan huruf besarnya. Contohnya, bahasa Inggeris Kuno jarang sekali menulis huruf besar walaupun kata nama khas; sementara bahasa Inggeris Moden pada abad ke-18 memulakan semua kata nama dengan huruf besar, seperti bahasa Jerman masa kini, contohnya: "All the Sisters of the old Town had seen the Birds".

Penyebaran abjad Rumi [ sunting | sunting sumber ]

Dengan perluasan Empayar Rom, meluasnya juga penggunaan abjad Rumi beserta bahasa Latin , dari Semenanjung Itali ke tanah-tanah berhampiran Laut Mediterranean . Wilayah-wialayah timur Empayar Rom, merangkumi Yunani , Asia Minor , Levant , dan Mesir , masih menggunakan bahasa Yunani sebagai lingua franca , tetapi lain pula di wilayah-wilayah barat yang menerima bahasa Latin dengan meluas. Dari bahasa Latin berevolusinya bahasa-bahasa Romawi yang kita kenali hari ini, yang masih menggunakan dan menyesuaikan abjad Rumi sepanjang zaman.

Kesan peluasan agama Kristian Barat sepanjang Zaman Pertengahan , lama-kelamaan abjad Rumi diterima oleh bangsa-bangsa Eropah Barat yang bertutur dalam bahasa-bahasa Celt (menggantikan abjad Ogham ) atau bahasa-bahasa Jermanik (menggantikan abjad Runik ), bahasa-bahasa Baltik , serta beberapa bahasa-bahasa Finno-Ugrik , terutamanya bahasa Hungary , Finland dan Estonia . Abjad Rumi juga digunakan untuk menulis bahasa-bahasa Slavik Barat dan beberapa bahasa-bahasa Slavik Selatan , kerana para penuturnya memeluk agama Katolik Rom . Para penutur bahasa-bahasa Slavik Timur pula menerima abjad Cyril bersama pemelukan Gereja Ortodoks Timur .

Lihat juga [ sunting | sunting sumber ]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Latin-Alphabet , ?antiye Ranza Yatak , Dirujuk pada 30 Mei 2006.
Abjad Rumi/Latin
Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz