Afrika
(
Tulisan Jawi
:
??????
) merupakan
benua
yang kedua terbesar selepas
Asia
, sama ada dari segi keluasan atau jumlah penduduk. Luasnya adalah kira-kira 30,244,050 km
2
(11,677,240 batu
2
) termasuk kepulauan di sekitarnya, meliputi 20.3% dari jumlah daratan di bumi dan didiami lebih daripada 900 juta
orang
pada
2005
, atau sekitar 14% populasi
manusia
di
bumi
.
Benua Afrika disempadani:
Perkataan Afrika berasal dari bahasa Rom kuno,
Africa terra
? "tanah Afri" (perkataan jamak dari "Afer") ? untuk menunjukkan bahagian utara benua tersebut, iaitu
Tunisia
sekarang, wilayah jajahan Rom Afrika. Asal perkataan "Afer" mungkin adalah dari bahasa Funisia (
Phoenician
),
afar
yang bererti debu; atau dari puak Afridi, yang mendiami bahagian utara benua dekat
Carthage
; atau dari
bahasa Greek
aphrike
yang bererti tanpa dingin; atau dari
bahasa Latin
aprica
yang bererti cerah.
Afrika adalah daratan terbesar daripada tiga daratan jika dilihat dari arah selatan di bahagian muka bumi di angkasa. Diasingkan daripada Eropah oleh Laut Mediterranean, ia bersambung hingga ke Asia pada bahagian paling timur laut oleh
Tanah Genting Suez
(disilang oleh
Terusan Suez
) 163 km (101 batu) lebarnya. Secara geopolitik, Mesir,
Semenanjung Sinai
dan timur Terusan Suez lazim dianggap sebahagian daripada Afrika.
[3]
Dari titik paling utara iaitu Ras ben Sakka di Tunisia dan titik paling selatan iaitu Tanjung Agulhas di Afrika Selatan (34°51'15" S), mempunyai jarak lebih kurang 8,000 km (5,000 batu). Dari Cape Verde, (17°33'22" W) iaitu titik paling barat ke Ras Hafun di Somalia, (51°27'52" E) bahagian paling timur, mempunyai jarak lebih kurang 7,400 km (4,600 batu).
Panjang pesisir pantai Afrika ialah 26,000 km dengan dan ketiadaan titik putus atau lubang besar di sepanjang pantainya adalah satu ilustrasi yang menggambarkan fakta bahawa Eropah, yang hanya merangkumi 10,400,000 km² (4,010,000 batu persegi )? yang luasnya hanya sepertiga daripada keluasan Afrika ? mempunya pesisir pantai sepanjang 32,000 km (19,800 batu).
Negara terbesar di Afrika ialah Algeria, dan negara yang terkecil adalah Seychelles, sebuah gugusan kepulauan di luar pantai timurnya. Negara terkecil di atas daratan benua Afrika ialah Gambia.
[4]
Menurut Rom Purba, Afrika tersebar di barat Mesir, manakala "Asia" yang dahulunya dirujuk sebagai Anatolia tersebar ke arah timur. Garis sempadan mutlak antara dua benua ini telah digariskan oleh ahli geografi terkenal iaitu Ptolemy (85?165 Masihi), menunjukkan Iskandariah di sepanjang garis Meridian serta menentukan bahawa tanah genting Suez dan Laut Merah menjadi sempadan antara Asia dan Afrika. Apabila orang Eropah mula memahami keluasan sebenar benua ini, idea tentang Afrika mula berkembang bersama dengan ilmu pengetahuan mereka.
Iklim di Afrika adalah pelbagai daripada iklim tropika kepada sub-Artik (iklim yang selalunya musim salji yang teramat sejuk dan musim panas yang singkat) di bahagian puncak yang tertinggi. Bahagian utaranya terdiri daripada gurun dan padang pasir,
[5]
manakala di bahagian tengah dan selatannya mengandungi kedua-dua lembah savana dan wilayah hutan hujan yang tebal. Di antaranya pula didominasi oleh pertemuan tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan sahel dan steppe. Afrika merndakwa bahawa benuanya kemungkinan merupakan kombinasi terbesar dari segi kepadatan dan “ruang kebebasan” untuk populasi hidupan liarnya dan diversitinya. Dengan populasi haiwan liar untuk karnivor besar (seperti singa, dubuk dan harimau bintang) dan haiwan herbivor (seperti kerbau, rusa, gajah, unta dan zirafah) bergerak bebas di dataran tanah ratanya yang luas. Ia juga merupakan tempat tinggal kepada pelbagai makhluk hutan lain (termasuk ular dan primat) serta hidupan akuatik (termasuk buaya dan amfibia).
Hampir kesemua negara Afrika adalah republik kecuali beberapa negara yang mengamalkan sistem
monarki
seperti
Maghribi
dan
Swaziland
.
Benua
Afrika juga terkenal sebagai benua yang melahirkan ramai
diktator
seperti
Muammar Ghadafi
(
Libya
) dan
Idi Amin
(
Uganda
).
Kesatuan Afrika
ialah sebuah badan persatuan yang merangkumi 55 negara Afrika. Badan ini ditubuhkan pada 26 Jun 2001 (secara rasmi pada 9 Julai 2002)
[6]
dan beribu pejabat di
Addis Ababa
,
Habsyah
.
Benua Afrika mempunyai 59 buah
negara
.
Jata
|
Bendera
|
Nama negara dan
wilayah
|
Keluasan
(km²)
|
Jumlah penduduk
[7]
|
Tahun
|
Kepadatan
penduduk
(per km²)
|
Ibu negara
|
Afrika Utara
|
|
|
Algeria
|
2,381,740
|
34,178,188
|
2009
|
14
|
Algiers
|
|
|
Kepulauan Canary
(Sepanyol)
|
7,492
|
2,154,905
|
2017
|
226
|
Las Palmas de Gran Canaria
,
Santa Cruz de Tenerife
|
|
|
Ceuta
(Sepanyol)
|
20
|
85,107
|
2017
|
3,575
|
?
|
|
|
Libya
|
1,759,540
|
6,310,434
|
2009
|
4
|
Tripoli
|
|
|
Madeira
(Portugal)
|
797
|
245,000
|
2001
|
307
|
Funchal
|
|
|
Maghribi
|
446,550
|
35,740,000
|
2017
|
78
|
Rabat
|
|
|
Melilla
(Spain)
|
12
|
85,116
|
2017
|
5,534
|
?
|
|
|
Mesir
|
1,001,450
|
82,868,000
|
2012
|
83
|
Kaherah
|
|
|
Sudan
|
1,861,484
|
30,894,000
|
2008
|
17
|
Khartoum
|
|
|
Tunisia
|
163,610
|
10,486,339
|
2009
|
64
|
Tunis
|
|
|
Sahara Barat
|
266,000
|
405,210
|
2009
|
2
|
El Aaiun
|
Afrika Timur
|
|
|
Burundi
|
27,830
|
8,988,091
|
2009
|
323
|
Gitega
|
|
|
Comoros
|
2,170
|
752,438
|
2009
|
347
|
Moroni
|
|
|
Djibouti
|
23,000
|
828,324
|
2015
|
22
|
Djibouti
|
|
|
Eritrea
|
121,320
|
5,647,168
|
2009
|
47
|
Asmara
|
|
|
Habsyah
|
1,127,127
|
84,320,987
|
2012
|
75
|
Addis Ababa
|
|
|
Kenya
|
582,650
|
39,002,772
|
2009
|
66
|
Nairobi
|
|
|
Madagascar
|
587,040
|
20,653,556
|
2009
|
35
|
Antananarivo
|
|
|
Malawi
|
118,480
|
14,268,711
|
2009
|
120
|
Lilongwe
|
|
|
Mauritius
|
2,040
|
1,284,264
|
2009
|
630
|
Port Louis
|
|
|
Mayotte
(Perancis)
|
374
|
223,765
|
2009
|
490
|
Mamoudzou
|
|
|
Mozambique
|
801,590
|
21,669,278
|
2009
|
27
|
Maputo
|
|
|
Reunion
(Perancis)
|
2,512
|
743,981
|
2002
|
296
|
Saint-Denis
|
|
|
Rwanda
|
26,338
|
10,473,282
|
2009
|
398
|
Kigali
|
|
|
Seychelles
|
455
|
87,476
|
2009
|
192
|
Victoria
|
|
|
Somalia
|
637,657
|
9,832,017
|
2009
|
15
|
Mogadishu
|
|
|
Sudan Selatan
|
619,745
|
8,260,490
|
2008
|
13
|
Juba
|
|
|
Tanah Selatan dan Antartika Perancis
(Perancis)
|
439,781
|
100
|
2019
|
?
|
Saint-Pierre
|
|
|
Tanzania
|
945,087
|
44,929,002
|
2009
|
43
|
Dodoma
|
|
|
Uganda
|
236,040
|
32,369,558
|
2009
|
137
|
Kampala
|
Afrika Tengah
|
|
|
Angola
|
1,246,700
|
12,799,293
|
2009
|
10
|
Luanda
|
|
|
Cameroon
|
475,440
|
18,879,301
|
2009
|
40
|
Yaounde
|
|
|
Chad
|
1,284,000
|
10,329,208
|
2009
|
8
|
N'Djamena
|
|
|
Republik Congo
|
342,000
|
4,012,809
|
2009
|
12
|
Brazzaville
|
|
|
Republik Demokratik Congo
|
2,345,410
|
69,575,000
|
2012
|
30
|
Kinshasa
|
|
|
Gabon
|
267,667
|
1,514,993
|
2009
|
6
|
Libreville
|
|
|
Guinea Khatulistiwa
|
28,051
|
633,441
|
2009
|
23
|
Malabo
|
|
|
Republik Afrika Tengah
|
622,984
|
4,511,488
|
2009
|
7
|
Bangui
|
|
|
Sao Tome dan Principe
|
1,001
|
212,679
|
2009
|
212
|
Sao Tome
|
Selatan Afrika
|
|
|
Afrika Selatan
|
1,219,912
|
51,770,560
|
2011
|
42
|
Bloemfontein
,
Cape Town
,
Pretoria
|
|
|
Botswana
|
600,370
|
1,990,876
|
2009
|
3
|
Gaborone
|
|
|
Eswatini
|
17,363
|
1,123,913
|
2009
|
65
|
Mbabane
|
|
|
Lesotho
|
30,355
|
2,130,819
|
2009
|
70
|
Maseru
|
|
|
Namibia
|
825,418
|
2,108,665
|
2009
|
3
|
Windhoek
|
|
|
Zambia
|
752,614
|
11,862,740
|
2009
|
16
|
Lusaka
|
|
|
Zimbabwe
|
390,580
|
11,392,629
|
2009
|
29
|
Harare
|
Afrika Barat
|
|
|
Benin
|
112,620
|
8,791,832
|
2009
|
78
|
Porto-Novo
|
|
|
Burkina Faso
|
274,200
|
15,746,232
|
2009
|
57
|
Ouagadougou
|
|
|
Cape Verde
|
4,033
|
429,474
|
2009
|
107
|
Praia
|
|
|
Cote d'Ivoire
|
322,460
|
20,617,068
|
2009
|
64
|
Abidjan
,
Yamoussoukro
|
|
|
Gambia
|
11,300
|
1,782,893
|
2009
|
158
|
Banjul
|
|
|
Ghana
|
239,460
|
23,832,495
|
2009
|
100
|
Accra
|
|
|
Guinea
|
245,857
|
10,057,975
|
2009
|
41
|
Conakry
|
|
|
Guinea-Bissau
|
36,120
|
1,533,964
|
2009
|
43
|
Bissau
|
|
|
Liberia
|
111,370
|
3,441,790
|
2009
|
31
|
Monrovia
|
|
|
Mali
|
1,240,000
|
12,666,987
|
2009
|
10
|
Bamako
|
|
|
Mauritania
|
1,030,700
|
3,129,486
|
2009
|
3
|
Nouakchott
|
|
|
Niger
|
1,267,000
|
15,306,252
|
2009
|
12
|
Niamey
|
|
|
Nigeria
|
923,768
|
166,629,000
|
2012
|
180
|
Abuja
|
|
|
Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha
(United Kingdom)
|
420
|
7,728
|
2012
|
13
|
Jamestown
|
|
|
Senegal
|
196,190
|
13,711,597
|
2009
|
70
|
Dakar
|
|
|
Sierra Leone
|
71,740
|
6,440,053
|
2009
|
90
|
Freetown
|
|
|
Togo
|
56,785
|
6,019,877
|
2009
|
106
|
Lome
|
Jumlah
|
30,368,609
|
1,001,320,281
|
2009
|
33
|
|
Menurut kebanyakan perkiraan, Afrika mempunyai lebih daripada seribu bahasa.
[8]
Kebanyakan daripada bahasa-bahasa ini ialah bahasa asli Afrika, tetapi ada juga yang berasal dari Eropah dan Asia. Ada empat kelompok bahasa utama yang berasal dari benua ini, iaitu:
- bahasa-bahasa Afro-Asia
, sebuah kelompok bahasa yang terdiri dari sekitar 240 bahasa dan 285 juta penutur yang tersebar luas di sepanjang Afrika Utara, Afrika Timur, Sahel dan Asia Barat Daya;
- bahasa-bahasa Nil-Sahara
terdiri dari lebih dari seratus bahasa yang dituturkan oleh 30 juta orang. Bahasa Nil-Sahara kebanyakannya ditutur di Chad, Sudan, Ethiopia, Uganda, Kenya, dan sebelah utara Tanzania;
- bahasa-bahasa Niger-Congo
mencakupi kebanyakan dari Afrika Sub-Sahara dan kemungkinan adalah kelompok bahasa terbesar di dunia dari segi jumlah bahasa. Sejumlah besar daripada bahasa-bahasa ini ialah bahasa-bahasa Bantu yang digunakan di sebahagian besar Afrika Sub-Sahara;
- bahasa-bahasa Khoisan
terdiri dari sekitar 50 bahasa dan dituturkan di sebelah selatan Afrika oleh sekitar 120,000 orang. Banyak bahasa Khoisan ialah bahasa yang terancam. Suku Khoi dan San dianggap sebagai penduduk asli di kawasan ini.
Selepas zaman penjajahan oleh pihak Eropah, negara-negara Afrika mengiktiraf bahasa-bahasa luar Afrika seperti
bahasa Inggeris
dan
Perancis
sebagai bahasa rasmi negara, meskipun sesetengah bahasa Afrika seperti
bahasa Swahili
dan
Hausa
juga memperoleh taraf ini di sesetengah negara.
Afrika kaya dengan sejarah yang kebanyakannya tidak direkodkan. Ia kaya dengan mitos, ceritera pendek dan lagenda.
53 negara Afrika mempunyai pasukan bola sepaknya di bawah Konfederasi Bola Sepak Afrika, manakal Cameroon, Nigeria, Senegal dan Ghana telah mara di peringkat kalah mati untuk Piala Dunia FIFA. Afrika Selatan akan menjadi tuan rumah untuk
Pertandingan Piala Dunia 2010
, dan akan menjadi negara Afrika pertama menjadi tuan rumah.
Kriket juga merupakan sukan popular di sesetengah negara Afrika,dengan Selatan Afrika and Zimbabwe memegang status Test dan dengan Kenya yang menjadi pasukan yang mampu memberi saingan dalam One-Day International Kricket. Ketiga-tiga negara ini menjadi tuan rumah secara bersama untuk Pertandingan Kriket Piala Dunia 2003.
Ada sesetengah negara Afrika, terutamanya Habsyah, Kenya dan Morocco, telah melahirkan ramai pelari jarak jauh bertaraf dunia seperti Abebe Bikila dan Cosmas Ndeti.
Afrika Selatan telah menjadi tuan rumah dan seterusnya memenangi Piala Dunia Ragbi 1995 dan juga telah memenagi Piala Dunia Ragbi 2007.
- ^
"World Population Prospects: The 2017 Revision"
.
ESA.UN.org
(data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang).
Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
, Bahagian Populasi
. Dicapai pada
10 September
2017
.
- ^
a
b
c
"IMF (WEO April 2019 Edition) GDP nominal and PPP data ? international dollar"
.
- ^
"Atlas ? Xpeditions"
. National Geographic Society. 2003.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 3 March 2009
. Dicapai pada
1 March
2009
.
- ^
Hoare, Ben. (2002)
The Kingfisher A?Z Encyclopedia
, Kingfisher Publications. p. 11.
ISBN
0-7534-5569-2
- ^
"Africa: Environmental Atlas, 06/17/08."
Diarkibkan
5 Januari 2012 di
Wayback Machine
African Studies Center
, University of Pennsylvania. Accessed June 2011.
- ^
Mbeki, Thabo (9 July 2002).
"Launch of the African Union, 9 July 2002: Address by the chairperson of the AU, President Thabo Mbeki"
. ABSA Stadium, Durban, South Africa: africa-union.org. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 3 May 2009
. Dicapai pada
8 February
2009
.
- ^
"IDB: Countries Ranked by Population"
. 28 November 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 1999.
CS1 maint: bot: original URL status unknown (
link
)
- ^
"Africa"
. UNESCO. 2005. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2 June 2008
. Dicapai pada
1 March
2009
.
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Lain-lain
| |
---|