Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
8 Februari
merupakan
hari
ke-39 dalam
kalendar Gregory
. Tinggal 326 hari (atau 327 hari bagi
tahun lompat
) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan
Hari Pre?eren
di
Slovenia
.
- 421
-
Constantius III
menjadi Maharaja Bersama
Empayar Rom Barat
.
- 1575
-
Universiti Leiden
diasaskan, dan diberi cogan kata "Praesidium Libertatis" (Tonggak Kebebasan).
- 1587
-
Mary I, Ratu Scotland
(gambar)
dihukum mati
di
istana kota Fotheringhay
kerana disyaki terlibat dalam
Komplot Babington
untuk
membunuh
sepupunya, Ratu
Elizabeth I dari England
.
- 1622
- Raja
James I dari England
membubarkan
Parlimen Inggeris
.
- 1849
-
Republik Rom Baru
diisytiharkan.
- 1855
- Fenomena
Jejak Kaki Iblis
timbul di
Devon
selatan.
- 1900
- Tentera
British
dikalahkan oleh puak
Boer
di
Ladysmith
, Afrika Selatan.
- 1904
-
Perang Jepun-Rusia
bermula dengan
serangan mengejut
torpedo
oleh
Jepun
ke atas kapal
Rusia
berhampiran
Daerah Lushunkou
, kini di China.
- 1915
-
The Birth of a Nation
(gambar poster)
arahan
D. W. Griffith
dikeluarkan, menjadi antara filem paling berpengaruh dan kontroversi dalam sejarah wayang A.S.
- 1922
-
Presiden
Warren G. Harding
memperkenalkan
radio
pertama di dalam
White House
.
- 1943
-
Perang Dunia Kedua
:
Pertempuran Guadalcanal
tamat setelah
Tentera Maharaja Jepun
mengundurkan semua bala tenteranya yang tinggal
berikutan kemenangan Amerika Syarikat.
- 1952
-
Elizabeth II
diisytiharkan sebagai
Ratu United Kingdom
.
- 1955
- Kerajaan
Sindh
memansuhkan sistem
Jagirdari
di wilayahnya. Bidang tanah seluas sejuta
ekar
(4000 km²) diedarkan di kalangan golongan petani yang tidak bertanah.
- 1963
- Urus niaga perjalanan, kewangan dan perdagangan oleh rakyat Amerika Syarikat ke
Cuba
diharamkan oleh pentadbiran
John F. Kennedy
.
- 1969
-
Meteorit Allende
,
kondrit berkarbon
terbesar pernah dijumpai di Bumi, jatuh berhampiran
Allende
,
Chihuahua
, Mexico.
- 1971
-
Perniagaan
bermula di
NASDAQ
,
bursa saham
elektronik
pertama di dunia.
- 1974
- Setelah berdiam di
angkasa lepas
selama 84 hari, krew
stesen angkasa
Amerika Syarikat pertama,
Skylab
, kembali ke Bumi.
- 1979
-
Kolonel
Denis Sassou Nguesso
dipilih sebagai
Presiden
baharu
Republik Congo
selepas
Joachim Yhombi-Opango
dipaksa meletak jawatan.
- 1983
-
Ribut debu Melbourne
melanda bandar raya kedua terbesar di Australia, hasil kemarau paling dahsyat pernah dicatatkan dan seharian cuaca merunsingkan, apabila awan debu setebal 320m mengabusi dan menggelapkan seluruh kota.
- 1998
- Perlawanan
hoki ais
wanita pertama dalam sejarah
Sukan Olimpik
berlangsung.
Finland
menumpaskan
Sweden
6-0.
- 2005
- Pihak
Israel dan Palestin
bersetuju agar meletak senjata.
- 2010
-
Laura Chinchilla
terpilih sebagai
Presiden
wanita pertama
Costa Rica
.