Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
9 Januari
merupakan
hari
kesembilan dalam
kalendar Gregory
. Tinggal 356 hari (atau 357 hari bagi
tahun lompat
) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan
Hari Syahid
di
Panama
(
1964
) dan
Perayaan Nasrani Hitam
di
Filipina
.
Louis Daguerre
- 475
-
Basiliscus
menjadi
Maharaja Byzantine
selepas
Zeno
diusir dari ibu kota
Constantinople
.
- 1349
- Kaum
Yahudi
di
Basel
, Switzerland, yang dipercayai membawa
wabak bubonik
, dihimpunkan lalu dibakar hidup-hidup.
- 1431
- Siasatan hakim bagi perbicaraan
Jeanne d'Arc
bermula di
Rouen, Perancis
, di mana duduknya kerajaan penduduk Inggeris.
- 1760
- Kaum
Afghan
menumpaskan kaum
Maratha
di Pertempuran Barari Ghat.
- 1768
-
Philip Astley
mempersembahkan
sarkas
moden yang pertama di
London
.
- 1788
-
Connecticut
menjadi negeri kelima
Amerika Syarikat
.
- 1793
-
Jean-Pierre Blanchard
menjadi orang pertama yang terbang menaiki
belon udara
di Amerika Syarikat.
- 1799
- Perdana Menteri Britain
William Pitt
memulakan sistem
cukai pendapatan
untuk mengumpul dana peperangan menentang
Napoleon
.
- 1816
- Sir
Humphry Davy
menguji
lampu Davy
bagi para pelombong di Lombong Arang Batu
Hebburn
.
- 1822
- Putera Portugis
Pedro I
menetap di
Brazil
meskipun dilarang titah Raja
Joao VI
, lalu melancarkan proses kemerdekaan Brazil.
- 1833
- Termeterai satu perjanjian sempadan
Rembau
dan
Melaka
yang ditandatangani di
Naning
di antara Ketua Pemerintah Rembau dan pembesar-pembesarnya dengan wakil-wakil dari
Syarikat Hindia Timur Inggeris
.
- 1839
-
Akademi Sains Perancis
mengumumkan
Daguerreotaip
, satu proses fotografi yang
dinamakan bersempena
perekanya
,
Louis Daguerre
(gambar)
.
- 1857
- Berlakunya
gempa bumi Fort Tejon
di
California
yang mencatat magnitud kira-kira 7.9.
- 1858
-
Anson Jones
, Presiden terakhir
Republik Texas
, membunuh diri.
- 1861
-
Perang Saudara Amerika
: Insiden "
Star of the West
" berlaku berhampiran
Charleston, Carolina Selatan
, dianggap oleh ahli sejarah sebagai "Tembakan Pertama Perang Saudara Amerika".
- 1861 -
Mississippi
menjadi negeri kedua yang berpisah dari Kesatuan sebelum terletusnya
Perang Saudara Amerika
.
- 1878
-
Umberto I
menjadi
Raja Itali
selepas kemangkatan ayahandanya
Vittorio Emanuele II
.
- 1894
-
New England Telephone and Telegraph
memasangkan
papan suis telefon
berkuasa
bateri
pertama di
Lexington, Massachusetts
.
- 1903
-
Hallam Tennyson, 2nd Baron Tennyson
, anak kepada
penyajak
masyhur
Alfred Tennyson
, menjadi
Gabenor Jeneral
kedua Australia.
- 1905
- Menurut
takwim Julius
yang dipakai ketika itu, golongan buruh
Rusia
yang mengadakan perarakan di
Istana Musim Sejuk
dibunuh beramai-ramai oleh askar
Tsar
, maka melancarkan
Revolusi Rusia 1905
.
- 1916
-
Perang Dunia Pertama
:
Empayar Uthmaniyyah
menewaskan gabungan tentera British dan Perancis dalam
Pertempuran Canakkale
di
Gallipoli
.
- 1917
-
Perang Dunia Pertama
:
Pertempuran Rafa
terjadi berhampiran sempadan
Mesir
dengan
Palestin
.
- 1923
-
Autogiro
, sejenis
kenderaan berotor
ciptaan jurutera awam dan juruterbang
Juan de la Cierva
, berjaya terbang di
Madrid
, Sepanyol.
- 1941
- Penerbangan pertama
Avro Lancaster
.
- 1941 -
Perang Dunia Kedua
: Kapal
Triton
(S.112) Greece mengelamkan kapal selam
Neghelli
Itali di
Otranto
.
- 1942
- Perang Dunia Kedua: Bandar Jesselton, ibu negeri
Sabah
yang kini dikenali sebagai
Kota Kinabalu
telah jatuh ke tangan
Jepun
.
- 1945
- Tentera Amerika Syarikat menyerang
Luzon
di Filipina.
- 1947
- Elizabeth "Betty" Short yang dikenali sebagai
Black Dahlia
, ditemui hidup buat kali terakhir.
- 1951
-
Ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
dibuka secara rasmi di
Bandar Raya New York
.
- 1964
-
Hari Syahid
di Panama:
Rusuhan
empat hari meletus atas sebab pertikaian
kedaulatan
Zon Terusan Panama
.
- 1968
-
Salji
turun di
Bandar Mexico
buat sekali sahaja selama tiga hari berturut-turut.
- 1972
- Kapal
RMS Queen Elizabeth
diranapkan api di
Pelabuhan Victoria
,
Hong Kong
.
- 1986
- Setelah kalah dalam perebutan
paten
kepada
Polaroid
,
Kodak
terpaksa menghentikan niaga
kamera segeranya
.
- 1991
- Pihak
Kesatuan Soviet
menyerbu kota
Vilnius
untuk menghalang kemerdekaan
Lithuania
.
- 1997
- A
Comair
Embraer
EMB 120
crashes during approach into
Detroit Metro Airport
, mengorbankan 29 orang.
- 2001
-
Shenzhou 2
,
kapal angkasa lepas
tanpa manusia buatan
China
, dilancarkan.
- 2005
-
Perjanjian Naivasha
ditandatangani kerajaan
Sudan
dan pihak pemberontak
Pergerakan Pembebasan Rakyat Sudan
di
Naivasha
, Kenya.
- 2005 -
Pilihan raya
diadakan untuk mencari pengganti
Yasser Arafat
sebagai ketua
Pertubuhan Pembebasan Palestin
. Arafat diganti oleh
Rawhi Fattouh
.
- 2007
- CEO
Apple Inc.
,
Steve Jobs
memperkenalkan
iPhone
.
- 2011
-
Penerbangan 277
Iran Air
terhempas berhampiran
Lapangan Terbang Urmia
,
Azarbaijan Barat
, Iran, mengakibatkan sekurang-kurangnya 77 maut.
- 2011 - Undian diteruskan dalam
sebuah pungutan suara
untuk menentukan sama ada
Sudan Selatan
patut merdeka daripada
Sudan
.
- 2012
- Bekas
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Anwar Ibrahim
didapati tidak bersalah dalam
kes liwat
yang membabitkannya dengan bekas pembantu peribadinya,
Saiful Bukhari
.
- 2017
-
Mohd Faiz Subri
memenangi
FIFA Puskas Awards 2016
(baca disini)
.
Richard Nixon
Laura Basuki