Perang Dunia Pertama
|
---|
|
|
Pihak yang terlibat
|
---|
Pihak Bersekutu
Rusia
Perancis
United Kingdom
Kanada
Itali
Amerika Syarikat
|
Kuasa Tengah
Bulgaria
Empayar Turki Uthmaniyyah
Austria-Hungary
Empayar Jerman
|
Kerugian dan korban
|
---|
Mati (tentera):
5,525,000
Cedera (tentera):
12,831,500
Hilang (tentera):
4,121,000
[1]
...
perincian lanjut
.
|
Mati (tentera):
4,386,000
Cedera (tentera)
: 8,388,000
Hilang (tentera):
3,629,000
[1]
...
perincian lanjut
.
|
Perang Dunia Pertama
(atau
Perang Dunia I
) ialah sebuah
perang dunia
yang berlarutan antara
28 Julai
1914
- genap sebulan setelah pembunuhan terancang
Erzherzog Franz Ferdinand dari Austria
dan isterinya di
Sarajevo
,
Bosnia
oleh seorang pengganas Serbia - hingga
11 November
1918
.
Aus
stria-Hungary memutuskan menghukum Serbia atas pembunuhan ketua negaranya dengan sokongan
Empayar Jerman
pada 28 Julai 1914.
Rusia
membuat penyediaan menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara
Perancis
pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di
Paris
dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang
Belgium
, sebuah negara yang berkecuali.
Britain
kemudian menyerang Jerman sebagai tindak balas ini.
Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun
1915
,
Itali
menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun
1917
,
Amerika Syarikat
memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu.
Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai
Luxemborg
, kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba di-medan pertempuran untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada
musim panas
1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian
peletakan senjata pada 11 November
.
Di bawah
Persetiaan Versailles
yang ditandatangani selepas
Perang Dunia Pertama
, negara
Jerman
menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayah
Eropahnya
.
Poland
diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar
Poznani
), sebahagian
Silesia
serta sebahagian
Prussia
Barat.
Alsace
dan bahagian
Lorraine
yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan
Saar
selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai
tentara udara
. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.
Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalah
Perang Dunia II
berlaku.
Pada abad ke-19, kekuatan-kekuatan besar Eropah berupaya keras mempertahankan
keseimbangan kekuatan
di seluruh Eropah, sehingga pada tahun 1900 memunculkan jaringan aliansi politik dan ketenteraan yang kompleks di benua ini.
[2]
Berawal tahun 1815 dengan
Aliansi Suci
antara
Prusia
, Rusia, dan Austria. Kemudiannya, Kanselor Jerman
Otto von Bismarck
menegosiasikan
Liga Tiga Kaisar
(Jerman:
Dreikaiserbund
) antara kerajaan-kerajaan Austria-Hungary, Rusia, dan Jerman pada Oktober 1873; namun percubaan tersebut gagal atas ketidaksehaluan antara pihak-pihak Austria-Hungary dan Rusia mengenai polisi terhadap kawasan Balkan, sehingga meninggalkan Jerman dan Austria-Hungary dalam satu aliansi yang dibentuk tahun 1879 bernama
Aliansi Dua
. Hal ini dipandang sebagai metode melawan pengaruh Rusia di
Balkan
saat
Empayar Uthmaniyah
terus menjadi lemah.
[2]
Pada tahun 1882, aliansi ini meluas dengan penggabungan Italia lalu membentuk
Pakatan Tiga Pihak
menjadi
Aliansi Tiga
.
[3]
Setelah 1870, konflik Eropah terhindar melalui jaringan perjanjian yang direncanakan secara berhati-hati antara Kekaisaran Jerman dan seluruh Eropah yang dirancang oleh Bismarck. Beliau berupaya menahan Rusia agar tetap di pihak Jerman untuk menghindari perang dwibarisan dengan Prancis dan Rusia. Ketika
Wilhelm II
naik takhta sebagai
Maharaja (atau
Kaiser
) Jerman
, Bismarck terpaksa meletak jawatan dan sistem pakatannya terhapus secara beransur-ansur. Misalnya, Kaiser menolak memperbarui
Perjanjian Reasuransi
dengan Rusia pada tahun 1890. Dua tahun kemudian,
Aliansi Prancis-Rusia
ditandatangani untuk melawan kekuatan Aliansi Tiga. Pada tahun 1904, Britania Raya menandatangani serangkaian perjanjian dengan Prancis,
Entente Cordiale
, dan pada 1907, Britania Raya dan Rusia menandatangani
Konvensi Inggris-Rusia
. Meski perjanjian ini secara formal tidak menyekutukan Britania Raya dengan Prancis atau Rusia, mereka memungkinkan Britania masuk konflik manapun yang kelak melibatkan Prancis dan Rusia, dan sistem penguncian perjanjian bilateral ini kemudian dikenal sebagai
Entente Tiga
.
[2]
Kekuatan industri dan ekonomi Jerman tumbuh pesat setelah
penyatuan semua negeri-negeri Jerman lalu membentuk suatu empayar
pada tahun 1871. Sejak pertengahan 1890-an, pemerintahan Wilhelm II memakai basis industri ini untuk memanfaatkan sumber daya ekonomi dalam jumlah besar untuk membangun
Kaiserliche Marine
(Angkatan Laut Kekaisaran Jerman) bentukan Laksamana
Alfred von Tirpitz
untuk menyaingi
Tentera Laut Diraja British
sebagai suatu kuasa tentera laut dunia.
[4]
Hasilnya, setiap negara berusaha mengalahkan negara lain dalam hal
kapal modal
. Dengan peluncuran
HMS
Dreadnought
tahun 1906, Empayar British memperluas keunggulannya terhadap pesaingnya, Jerman.
[4]
Perlumbaan senjata antara Britania dan Jerman akhirnya meluas ke seluruh Eropah, dengan semua kekuatan besar memanfaatkan asas industri mereka untuk memproduksi perlengkapan dan senjata yang diperlukan dalam suau keadaan yang bersiap sedia saat konflik yang merangkumi seluruh benua Eropah akan tercetus.
[5]
Antara 1908 dan 1913, perbelanjaan ketenteraan oleh negara kuasa-kuasa besar dalam Eropah meningkat setinggi 50 persen daripada tahap mereka sebelumnya.
[6]
Austria-Hungary mengawali
krisis Bosnia
1908?1909 dengan mengilhak secara resmi bekas teritori Uthmaniyah di
Bosnia dan Herzegovina, yang telah diduduki sejak 1878
. Peristiwa ini membuat
Kerajaan Serbia
dan pelindungnya,
Empayar Rusia
yang
Slav
Ortodoks
berang.
[7]
Manuver politik Rusia di kawasan ini mendestabilisasi perjanjian damai yang sudah memecah belah apa yang disebut sebagai "
tong mesiu Eropah
".
[7]
Tahun 1912 dan 1913,
Perang Balkan Pertama
pecah antara
Liga Balkan
dan Kesultanan Uthmaniyah yang sedang retak.
Perjanjian London
setelah itu mengurangi luas Kesultanan Uthmaniyah dan menciptakan negara merdeka Albania, tetapi memperluaskan Bulgaria, Serbia, Montenegro dan Yunani. Ketika Bulgaria menyerbu Serbia dan Yunani pada tanggal 16 Jun 1913, negara ini kehilangan sebahagian besar Makedonia ke Serbia dan Yunani dan
Dobruja Selatan
ke Romania dalam
Perang Balkan Kedua
selama 33 hari, sehingga destabilisasi di kawasan rantau ini semakin menjadi-jadi.
[8]
Pada tanggal 28 Jun 1914,
Gavrilo Princip
, seorang pelajar
Serbia Bosnia
dan anggota
Pemuda Bosnia
, membunuh pewaris takhta Austria-Hungary,
Adipati Agung Franz Ferdinand dari Austria
di
Sarajevo
, Bosnia.
[9]
Peristiwa ini memulakan tindakan satu bulan manuver diplomatik antara Austria-Hungary, Jerman, Rusia, Prancis, dan Britania selama, yang disebut
Krisis Julai
. (
Julikrise
). Austria-Hungary mengirimkan suatu "Ultimatum Julai" ke Serbia yang terdiri daripada sepuluh permintaan yang sengaja dibuat tidak masuk akal - namun ia jelas bertujuan memulakan perang dengan Serbia.
[10]
Ketika Serbia hanya menyetujui lapan dari sepuluh permintaan, Austria-Hungary mengisytiharkan perang pada tanggal 28 Julai 1914.
Strachan
berpendapat, "Tanggapan ragu dan awal oleh Serbia yang mampu membuat perubahan terhadap perilaku Austria-Hungary bisa diragukan. Franz Ferdinand bukan sosok yang gila popularitas, dan kematiannya tidak membuat empayar ini berduka sedalam-dalamnya".
[11]
Kekaisaran Rusia, tidak ingin Austria-Hungary menghapus pengaruhnya di Balkan dan mendukung protege lamanya Serbia, memerintahkan mobilisasi parsial sehari kemudian.
[3]
Kekaisaran Jerman melakukan mobilisasi tanggal 30 Julai 1914, siap menerapkan "Rencana Shlieffen" berupa invasi ke Prancis secara cepat dan massal untuk mengalahkan Angkatan Darat Prancis, kemudian pindah ke timur untuk melawan Rusia. Kabinet Prancis bergeming terhadap tekanan ketenteraan mengenai mobilisasi cepat, dan memerintahkan tentaranya mundur 10 km dari perbatasan untuk menghindari insiden apapun. Prancis baru melakukan mobilisasi pada malam tanggal 2 Agustus, ketika Jerman menyerbu Belgia dan menyerang tentara Prancis. Jerman menyatakan perang terhadap Rusia pada hari itu juga.
[12]
Britania Raya menyatakan perang terhadap Jerman tanggal 4 Agustus 1914, setelah "balasan tidak memuaskan" terhadap ultimatum Britania bahwa Belgia harus dibiarkan
netral
.
[13]
daijobu sio datekimi yowaimo
- 28 Jun
: Persetiaan Versailles secara rasminya mengakhiri Perang Dunia I.
- Belgium
: 13,700 (0.2%)
- Pihak British: 908,000 (16.5%)
- Perancis
: 1,354,000 (24.6%)
- Greece
: 5,000 (0.1%)
- Itali
: 650,000 (11.8%)
- Jepun
: 300 (0.0%)
- Rumania
: 336,000 (6.1%)
- Rusia
: 1,700,000 (30.9%)
- Serbia
: 450,000 (8.2%)
- Amerika Syarikat
: 50,600 (0.9%)
- JUMLAH: 5,497,600
(100%)
- Austria: 300,000 (4.6%)
- Belgium: 30,000 (0.5%)
- Britain: 31,000 (0.5%)
- Bulgaria: 275,000 (4.2%)
- Perancis: 40,000 (0.6%)
- Jerman: 760,000 (11.7%)
- Greece: 132,000 (2.0%)
- Romania: 275,000 (4.2%)
- Rusia: 3,000,000 (46.2%)
- Serbia: 650,000 (10.0%)
- Kerajaan Uthmaniyah: 1,000,000 (15.4%)
- JUMLAH: 6,493,000
(100.0%)
- ^
a
b
Evans, David. Teach yourself, the First World War, Hodder Arnold, 2004.p.188
- ^
a
b
c
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan
Willmott15
tidak disediakan
- ^
a
b
Keegan 1998
, halaman 52
- ^
a
b
Willmott 2003
, halaman 21
- ^
Prior 1999
, halaman 18
- ^
Fromkin 2004
, halaman 94
- ^
a
b
Keegan 1998
, halaman 48?49
- ^
Willmott 2003
, halaman 2?23
- ^
Willmott 2003
, halaman 26
- ^
Willmott 2003
, halaman 27
- ^
Strachan 2003
, halaman 68
- ^
Willmott 2003
, halaman 29
- ^
"Daily Mirror Headlines: The Declaration of War, Published 4 August 1914"
.