Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
25 November
merupakan
hari
ke-329 (hari ke-330 dalam
tahun lompat
) dalam
takwim Gregorius
. Tinggal 36 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- 1034
-
Donnchad
, anak lelaki puteri kedua
Raja Mael Coluim
, dan bukan
Mac Bethad
, anak lelaki puteri sulungnya, mewarisi takhta untuk menjadi
Raja Scotland
.
- 1120
- Pewaris sah tunggal Raja
Henry I dari England
,
William Adelin
lemas dalam
Kecelakaan
White Ship
, mengakibatkan kemelut pewarisan yang menjatuhkan dinasti
Norman
di
England
.
- 1795
-
Raja Poland
terakhir,
Stanisław August Poniatowski
(gambar)
dipaksa
turun takhta
selepas
persekutuan Poland-Lithuanianya
dibahagikan
buat
kali ketiga
oleh
Austria
,
Prusia
dan
Rusia
.
- 1844
-
Sultan Ali Iskandar Shah
dan
Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
masing-masing menulis surat kepada Gabenor
Negeri-negeri Selat
iaitu
William John Butterworth
menyatakan kebenaran kepada Inggeris untuk mendirikan
Rumah api
di mana-mana lokasi dalam wilayah Kesultanan
Johor
.
- 1936
-
Jerman
dan
Jepun
menandatangani
Pakatan Anti-Comintern
, menyetujui jika Kesatuan Soviet menyerang salah seorang, mereka akan berunding mengenai langkah yang akan diambil "bagi melindungi kepentingan bersama".
- 1950
-
Republik Rakyat China
menyertai
Perang Korea
, menghantar ribuan askar menyeberangi
sungai Yalu
untuk menghadapi pasukan PBB.
- 1976
-
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Mahathir Mohamad
telah merasmikan Pusat Penyelidikan Teknologi Getah di
Sungai Buloh
,
Selangor
.
- 1984
-
Band Aid
: 36 ahli
muzik pop
terkemuka Britain dan Ireland berkumpul di sebuah
studio
Notting Hill
untuk
merakam
lagu
Do They Know It's Christmas?
bagi memungut wang untuk
bantuan kebuluran
di
Habsyah
.
- 1992
-
Ahli perundangan
di
Czechoslovakia
mengundi
memisahkannya
kepada
Republik Czech
dan
Slovakia
bermula 1 Januari 1993.
- 2000
- Gempa bumi 7
M
s
melanda
Baku
, Azerbaijan, membunuh 26 orang dan mencederakan 400 lagi.
- 2009
- Hujan luar biasa menyebabkan
banjir kilat
(gambar)
di
Jeddah
, Arab Saudi, mengorbankan 122 orang dan mengandaskan ribuah jemaah
haji
.
- 2011
-
Yahya Jammeh
terpilih semula sebagai
Presiden Gambia
.