Koordinat
:
36°N
128°E
/
36°N 128°E
/
36; 128
Republik Korea
???????? ?????
大韓民國
大韓民國
|
---|
|
Lagu kebangsaan
:
Aegukga
(愛國歌; 愛國歌)
(
"Lagu Cinta Negara"
)
|
Tanah yang dikawal oleh Korea Selatan yang ditunjukkan dalam hijau gelap; didakwa tetapi tanah yang tidak dikawal ditunjukkan dalam hijau muda
|
Ibu negara
dan bandar terbesar
| Seoul
37°33′N
126°58′E
/
37.550°N 126.967°E
/
37.550; 126.967
|
---|
Bahasa rasmi
| Korea
Inggeris
Bahasa isyarat Korea
|
---|
Tulisan rasmi
| Hangul
|
---|
Kumpulan etnik
| Sebahagian besarnya
orang Korea
. Tiada statistik rasmi
[a]
|
---|
Agama
| |
---|
Kerajaan
| Republik
berpresiden
|
---|
|
| Yoon Suk-yeol
(尹錫悅 ; 尹錫悅)
|
---|
| Kim Boo-kyum
(金富謙 ; 金富謙)
|
---|
|
Badan perundangan
| Perhimpunan Kebangsaan
|
---|
|
|
| 3 Oktober 2333 SM
|
---|
| 18 sm
|
---|
? Kerajaan Utara-Selatan
| 698
|
---|
| 918
|
---|
| 1392
|
---|
| 1 Mac 1919
|
---|
| 13 April 1919
|
---|
| 15 Ogos 1945
|
---|
| 17 Julai 1948
|
---|
| 15 Ogos 1948
|
---|
|
|
? Jumlah
| 100,363 km
2
(38,750 bt
2
) (
ke-107
)
|
---|
| 0.3 (301 km
2
/ 116 mi
2
)
|
---|
|
? Perkiraan 2019
| 58,773,311 orang
[4]
(
ke-31
)
|
---|
| 493/km
2
(1,276.9/sq mi) (
ke-12
)
|
---|
KDNK
(
PPP
)
| 2019
|
---|
? Jumlah
| $2.241 trilion
[5]
(
ke-14
)
|
---|
| $43,212
[5]
(
ke-29
)
|
---|
KDNK
(nominal)
| 2019
|
---|
? Jumlah
| $1.699 trilion
[5]
(
ke-11
)
|
---|
| $32,766
[5]
(
ke-28
)
|
---|
Gini
(2019)
| 19.8
[6]
rendah
|
---|
HDI
(2019)
| ▲
0.916
[7]
sangat tinggi
·
22
|
---|
Mata wang
| Won Republik Korea
(\)
(
KRW
)
|
---|
Zon waktu
| UTC
+9
(
Waktu Piawai Korea
)
|
---|
| UTC
+9
(
tiada
)
|
---|
Format tarikh
| tttt年 bb月 hh일
tttt/bb/hh (
CE
)
|
---|
Arah memandu
| kanan
|
---|
Kod panggilan
| +8
|
---|
Kod ISO 3166
| KR
|
---|
DPT internet
| |
---|
- Sistem telefon mudah alih CDMA, WCDMA, HSDPA dan WiBro
- Bekalan kuasa domestik 220V/60 Hz, soket CEE 7/7
|
Korea Selatan
(
Korsel
) atau nama rasminya
Republik Korea
(
RK
,
Hangul
:
大韓民國
,
Hanja
:
大韓民國
,
Perumian Semakan
:
Daehan Minguk
dengar
) adalah sebuah
negara berdaulat
yang terletak di bahagian selatan
Korea
di Asia Timur. Ia bersempadanan dengan negara
Republik Rakyat China
(Tanah Besar China) di barat,
Jepun
di timur dan
Republik Demokratik Rakyat Korea
(Korea Utara) di utara. Ibu negara dan bandar raya terbesarnya ialah
Seoul
. Korea Selatan terletak dalam kawasan beriklim
kebenuaan lembap
dan
subtropika lembap
dengan rupa bumi yang bergunung-ganang. Wilayahnya meliputi kawasan seluas 100,363 kilometer persegi (38,750 bt
2
) dan dengan penduduk seramai
50 juta
orang, dimana bandar raya Seoul sahaja diduduki oleh 10.4 juta orang.
Hasil pencarian arkeologi mendapati bahawa Semenanjung Korea pernah diduduki manusia seawal
Zaman Paleolitik Awal
.
[8]
[9]
Sejarah Korea
bermula dengan penubuhan kerajaan
Gojoseon
pada tahun 2333 SM oleh raja
Dan-gun
yang menjadi lagenda. Ekoran penyatuan
Tiga Kerajaan Korea
di bawah pemerintahan
Silla
pada 668 M, Korea diperintah oleh
Dinasti Goryeo
(918?1392) dan
Dinasti Joseon
(1392?1910). Pemerintahan Joseon berakhir apabila Korea diilhakkan oleh
Empayar Jepun
pada tahun 1910. Pada akhir
Perang Dunia Kedua
, Korea telah dibahagikan kepada kuasa pendudukan Soviet di bahagian utara dan Amerika Syarikat di selatan. Walaupun Korea Selatan ditubuhkan sebagai sebuah negara
demokrasi
pada tahun 1948, namun ia terpaksa mengharungi kekacauan politik dan pemerintahan tentera yang berlarutan selama puluhan tahun hingga tertubuhnya
Republik Keenam
pada tahun 1987.
Selepas serangan Korea Utara ke atas Korea Selatan dalam
25 Jun 1950
,
peperangan
yang tercetus antara kedua-dua Korea berakhir dengan
Perjanjian Gencatan Senjata
. Sempadan antara kedua-dua negara tersebut adalah yang paling kuat dikubui di dunia.
[10]
Selepas perang,
ekonomi Korea Selatan
berkembang pesat sehingga negara ini menjadi sebuah kuasa
ekonomi utama dunia
.
[11]
Pada tahun 1987, kerajaan awam telah menggantikan pemerintahan tentera. Sehingga kini, Korea Selatan mempunyai undang-undang kawalan senjata api yang ketat dengan nisbaj bilangan senjata api yang sedikit mengikut kapita.
Korea Selatan merupakan sebuah negara
republik
berpresiden
yang terdiri daripada 17
bahagian pentadbiran
. Ia merupakan sebuah
negara maju
dengan
taraf hidup
yang amat tinggi. Ia merupakan ekonomi keempat terbesar di Asia dan
ke-15
(
nominal
) atau
ke-12
(
pariti kuasa beli
) terbesar di dunia.
[12]
Ekonomi ini didorong oleh bidang pengeksportan, di mana industri pengeluaran tertumpu pada bidang
elektronik
,
kereta
, perkapalan, jentera,
petrokimia
dan robotik. Korea Selatan ialah sebuah negara anggota dalam
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB),
Pertubuhan Perdagangan Sedunia
(WTO) dan
Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi
(OECD) serta pengasas bagi
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
(APEC) dan
Sidang Kemuncak Asia Timur
.
Menurut mitologi penubuhan Korea, sejarah Korea bermula dengan penubuhan pemerintahan Chosun (sering dipanggil
Gojoseon
supaya mudah dibezakan dengan sebuah lagi wangsa yang diasaskan pada abad ke-14; awalan "Go-" bermaksud 'lama' atau 'awal') pada tahun 2333 SM oleh
Dangun
.
[13]
Gojoseon berkembang luas sehingga menguasai bahagian utara Semenanjung Korea dan sesetengah kawasan
Manchuria
. Selepas banyak bertelagah dengan kerajaan
Han
di China, Gojoseon berpecah dan memberi laluan kepada
zaman awal Tiga Kerajaan Korea
.
Pada abad-abad terawal
Masihi
, kerajaan
Buyeo
,
Okjeo
,
Dongye
dan gabungan
Samhan
menduduki kawasan semenanjung dan selatan Manchuria. Dalam kalangan negeri tersebut,
Goguryeo
,
Baekje
dan
Silla
berkembang sehingga menguasai semenanjung sebagai
Tiga Kerajaan Korea
. Penyatuan Tiga Kerajaan oleh
Silla
pada tahun 676 dan diikuti oleh
Zaman Negeri Utara Selatan
, yang mana sebahagian besar Semenanjung dikuasai oleh
Silla Bersatu
, manakala
Balhae
mewarisi pemerintahan di bahagian utara Goguryeo.
Di negara
Silla Bersatu
, bidang puisi dan kesenian adalah digalakkan, sementara kebudayaan agama Buddha mekar. Hubungan Korea dengan China agak damai ketika ini. Bagaimanapun, Silla Bersatu menjadi lemah akibat persengketaan dalaman lalu menyerah kepada
Goryeo
pada tahun 935.
Balhae
, jiran Silla di utara, dibentuk sebagai negeri pewaris Goguryeo. Sewaktu kemuncaknya, Balhae menguasai kebanyakan Manchuria dan sebahagian Timur Jauh Rusia sebelum kecundang di tangan
Khitan
pada tahun 926.
Semenanjung ini disatukan semula oleh
Maharaja Taejo
dari
Goryeo
pada tahun 936. Seperti Silla, Goryeo merupakan sebuah negara yang mempunyai kebudayaan yang tinggi dan mencipta buku bernama
Jikji
yang menggunakan
mesin cetak
taip cerai logam yang tertua di dunia pada tahun 1377.
[14]
Serangan Mongol
pada abad ke-13 banyak melumpuhkan kerajaan Goryeo. Selepas hampir 30 tahun berperang, Goryeo masih memerintah Korea walaupun sebagai sekutu ufti kepada Mongol. Selepas
empayar Mongol
jatuh, persengketaan politik yang teruk menyusul dan wangsa Goryeo digantikan dengan wangsa
Joseon
pada tahun 1388 ekoran pemberontakan oleh Jeneral
Lee Seong-gye
.
Raja Taejo menamakan semula Korea sebagai "Joseon" sempena
Gojoseon
, lalu memindahkan ibu negara ke Hanseong (nama lama bagi
Seoul
). 200 tahun pertama dinasti Joseon agak damai dan menyaksikan penciptaan tulisan
Hangul
oleh
Raja Sejong Agung
pada abad ke-14 serta kebangkitan pengaruh
Konfusianisme
di negara itu.
Dari tahun 1592 hingga 1598,
empayar Jepun telah menjajah Korea
.
Toyotomi Hideyoshi
mengetuai bala tentera dalam percubaan menawan benua Asia melalui Korea, tetapi akhirnya ditangkis oleh para tentera
Uibyeong
dan tentera kerajaan
Dinasti Ming
dari China. Peperangan ini juga menjulang nama Laksamana
Lee Sun-sin
dan "
kapal kura-kura
" yang terkenal. Pada 1620-an dan 1630-an, Joseon
diserang oleh Manchu
yang kemudiannya menawan seluruh China.
Selepas berperang lagi dengan
Manchuria
, Joseon menikmati keamanan selama hampir 200 tahun.
Raja Yeongjo
dan
Raja Jeongjo
menerajui zaman pembaharuan baru dalam
Dinasti Joseon
.
Bagaimanapun, tahun-tahun terakhir Dinasti Joseon bercirikan dasar tutup pintu dari dunia luar serta kebergantungan kepada China untuk hal-ehwal luar. Pada abad ke-19, dasar tutup pintu Korea memperoleh nama jolokan "
Negara Pertapa
". Dinasti Joseon cuba melindungi dirinya daripada pengaruh
imperialisme
Barat, tetapi akhirnya terpaksa membuka pintu perdagangan. Selepas
Perang China-Jepun Pertama
dan
Perang Rusia-Jepun
, Korea
dijajah oleh Jepun
(1910?1945). Pada akhir
Perang Dunia Kedua
, Jepun menyerah diri kepada angkatan Soviet dan A.S. yang masing-masing menduduki separuh utara dan selatan Korea.
Walaupun dirancangkan supaya negara Korea kekal bersatu mengikut
Perisytiharan Kaherah
1943, namun timbulnya persengketaan antara
Kesatuan Soviet
dan Amerika Syarikat dalam
Perang Dingin
menyebabkan penubuhan dua kerajaan berasingan yang mengamalkan
ideologi
berbeza hingga
Korea berpecah
kepada dua entiti politik pada tahun 1948 iaitu
Korea Utara
dan Korea Selatan. Di Utara, seorang bekas gerila anti-Jepun dan aktivis komunisme,
Kim Il-sung
meraih kuasa atas sokongan Soviet, manakala di Selatan, seorang pemimpin Korea berhaluan kanan yang balik dari buangan,
Syngman Rhee
, dilantik sebagai presiden.
Pada 25 Jun 1950, Korea Utara menyerang Korea Selatan lalu mencetuskan
Perang Korea
, iaitu pertempuran besar pertama dalam Perang Dingin. Ketika itu,
Kesatuan Soviet
memulaukan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB), sekaligus menyerahkan hak
vetonya
. Ini membolehkan PBB campur tangan dalam perang saudara apabila nampaknya tentera Korea Utara yang lebih kuat bakal menyatukan seluruh negara. Korea Utara disokong Kesatuan Soviet dan China, apatah lagi mendapat bantuan
askar China
. Setelah lama berperang sehingga melibatkan nyawa 2.5 juta orang
[15]
(termasuk orang awam) di utara dan selatan, peperangan ini akhirnya menemui kebuntuan. Gencatan senjata 1953 yang tidak ditandatangani oleh Korea Selatan memecahkan semenanjung di sepanjang
zon bebas tentera
pada selarian ke-38 Utara. Disebabkan kedua-dua pihak tidak menandatangani sebarang perjanjian damai, Korea Utara dan Selatan sebenarnya masih berperang.
Pada tahun 1960,
pemberontakan mahasiswa
("Revolusi 4.19") menyebabkan peletakan jawatan Presiden
Syngman Rhee
yang autokratik. Ini disusuli oleh sewaktu ketidakstabilan politik yang dipecahkan oleh
rampasan kuasa oleh
Jeneral
Park Chung-hee
("kudeta 5.16") ke atas kerajaan yang lemah dan tidak berkesan pada tahun berikutnya. Park mengambil alih jawatan presiden sehingga beliau dibunuh pada tahun 1979. Sepanjang pemerintahan Jeneral Park, Korea Selatan menyaksikan
ekonomi berkembang pesat atas dorongan eksport
walaupun berdepan dengan penindasan politik yang teruk.
Selepas pembunuhan Park, Korea Selatan sekali lagi dilanda pergolakan politik, kerana semua ketua pembangkang yang ditindas sebelum ini berkempen untuk merebut jawatan presiden, tetapi hasrat mereka dipatahkan oleh
Kudeta 12 Disember
1979 oleh Jeneral
Chun Doo-hwan
. Selepas merampas kuasa, Chun Doo-hwan bercadang untuk bangkit untuk berkuasa dengan beberapa langkas. Pada 17 Mei 1980, Chun Doo-hwan memaksa Jemaah Menterinya untuk meluaskan pemerintahan tentera ke seluruh negara, yang sebelum ini terkecuali Pulau Jeju. Pemerintahan tentera ini menutup universiti, mengharamkan kegiatan politik dan mengehadkan lagi kebebasan akhbar. Pada hari itu juga, Chun menyandang jawatan presiden, kemudian tercetusnya tunjuk perasaan seluruh negara yang menuntut
demokrasi
, khususnya bandar
Gwangju
, di mana Chun menghantar angkatan khas untuk bertindak keras terhadap
Gerakan Pendemokrasian Gwangju
.
[16]
Selepas itu, Chun membentuk Jawatankuasa Dasar Darurat Pertahanan Negara dan menyandang kepresidenan mengikut rancangan politiknya. Kerajaan Chun memerintah Korea secara kuku besi hingga tahun 1987, apabila kejadian seorang mahasiswa
Universiti Kebangsaan Seoul
diseksa hingga mati
[17]
didedahkan oleh
Persatuan Keadilan Paderi Katolik
pada
10 Jun
, sehingga mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara. Akhirnya, parti Chun iaitu
Parti Keadilan Demokratik
, dan ketuanya,
Roh Tae-woo
mengumumkan Perisytiharan 29 Jun, yang merangkumi hak rakyat memilih presiden secara terus. Roh memenangi pilihan raya dengan majoriti tipis ke atas dua ketua pembangkang utama,
Kim Dae-Jung
dan
Kim Young-Sam
.
Pada tahun 1988, Seoul menjadi tuan rumah
Sukan Olimpik Musim Panas 1988
. Korea Selatan menjadi ahli
Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi
(OECD) pada tahun 1996.
[18]
Korea Selatan terjeas oleh
Krisis Kewangan Asia 1997
, tetapi berjaya pulih dan meneruskan pertumbuhan ekonomi.
Pada Jun 2000, sebagai cubaan memulihkan hubungan antara kedua-dua Korea dalam "
Dasar Sinaran Matahari
" oleh Presiden Kim Dae-Jung, sebuah
sidang kemuncak Utara?Selatan
berlangsung di
Pyongyang
, ibu negara Korea Utara. Dengan itu, Kim menerima
Hadiah Keamanan Nobel
"atas usahanya demi demokrasi dan hak asasi manusia di Korea Selatan dan seluruh Asia Timur, khususnya perdamaian dengan Korea Utara."
[19]
Pada tahun 2002, Korea Selatan dan Jepun bersama-sama menjadi tuan rumah
Piala Dunia FIFA 2002
, akan tetapi
hubungan antara Korea Selatan dan Jepun
menjadi tegang kerana bercanggah dalam penuntutan
kedaulatan
ke atas
Batu Liancourt
(yang dipanggil Dokdo di Korea, dan Takeshima di Jepun).
Pembahagian pentadbiran utama di Korea Selatan terdiri daripada lapan buah wilayah, satu wilayah pentadbiran sendiri khas, enam bandar raya metropolitan (bandar raya dimana pentadbirannya tidak terletak di mana-mana wilayah), satu bandar raya khas dan satu bandar raya pentadbiran sendiri khas.
Peta
|
Nama
a
|
Hangul
|
Hanja
|
Jumlah penduduk
|
|
Bandar raya khas (
Teukbyeolsi
)
a
|
Bandaraya Khas Seoul
|
서울特別市
|
서울特別市
|
10,421,782
|
Bandar raya pentadbiran sendiri khas (
Teukbyeoljachisi
)
a
|
Bandar Raya Pentadbiran Sendiri Khas Sejong
|
世宗特別自治市
|
世宗特別自治市
|
122,263
|
Bandar raya metropolitan (
Gwangyeoksi
)
a
|
Bandar Raya Metropolitan Busan
|
釜山廣域市
|
釜山廣域市
|
3,635,389
|
Bandar Raya Metropolitan Daegu
|
大邱廣域市
|
大邱廣域市
|
2,512,604
|
Bandar Raya Metropolitan Incheon
|
仁川廣域市
|
仁川廣域市
|
2,628,000
|
Bandar Raya Metropolitan Daejeon
|
大田廣域市
|
大田廣域市
|
1,442,857
|
Bandar Raya Metropolitan Gwangju
|
光州廣域市
|
光州廣域市
|
1,456,308
|
Bandar Raya Metropolitan Ulsan
|
蔚山廣域市
|
蔚山廣域市
|
1,087,958
|
Wilayah (
Do
)
a
|
Wilayah Gyeonggi
|
京畿道
|
京畿道
|
10,415,399
|
Wilayah Gangwon
|
江原道
|
江原道
|
1,592,000
|
Wilayah Chungcheong Utara
|
忠淸北道
|
忠淸北道
|
1,462,621
|
Wilayah Chungcheong Selatan
|
忠淸南道
|
忠淸南道
|
1,840,410
|
Wilayah Jeolla Utara
|
全羅北道
|
全羅北道
|
1,890,669
|
Wilayah Jeolla Selatan
|
全羅南道
|
全羅南道
|
1,994,287
|
Wilayah Gyeongsang Utara
|
慶尙北道
|
慶尙北道
|
2,775,890
|
Wilayah Gyeongsang Selatan
|
慶尙南道
|
慶尙南道
|
2,970,929
|
Wilayah pentadbiran sendiri khas (
Teukbyeoljachi-do
)
a
|
Wilayah Pentadbiran Sendiri Khas Jeju
|
濟州特別自治道
|
濟州特別自治道
|
560,000
|
a
Nama rasmi dalam bahasa Melayu.
b
Dalam
Perumian Semakan Bahasa Korea
.
Korea Selatan ialah sebuah negara demokrasi berperlembagaan. Mengikut perlembagaan sekarang, Republik Korea adakalanya dipanggil
Republik Keenam Korea Selatan
. Seperti di negara demokrasi yang lain,
[20]
pemerintahan Korea Selatan terbahagi kepada tiga cabang, iaitu
eksekutif
,
kehakiman
, dan
perundangan
. Cabang eksekutif dan perundangan tertumpu pada peringkat kebangsaan, namun terdapat juga kementerian eksekutif yang juga melaksanakan fungsi kerajaan tempatan. Kerajaan tempatan pula separa berautonomi dan mempunyai badan eksekutif dan perundangan tersendiri. Cabang kehakiman dikendalikan di kedua-dua peringkat kebangsaan dan tempatan.
Struktur kerajaan Korea Selatan ditentukan oleh
Perlembagaan Republik Korea
yang pernah disemak beberapa kali sejak mula-mula diisytiharkan pada tahun 1948 sebaik sahaja merdeka. Kecuali sewaktu
Republik Kedua Korea Selatan
, negara ini sentiasa mengamalkan sistem berpresiden dengan ketua eksekutif yang bebas.
[21]
Pilihan raya langsung
pertama juga diadakan pada tahun 1948. Walaupun Korea Selatan menderita di bawah pemerintahan tentera berturut-turut sejak 1960-an hingga 1980-an, sejak itu ia berkembang menjadi sebuah
demokrasi liberal
yang berjaya. Kini,
CIA World Factbook
menyifatkan demokrasi Korea Selatan sebagai "demokrasi moden yang berfungsi sepenuhnya".
[22]
Hubungan luar negeri dan ketenteraan
[
sunting
|
sunting sumber
]
Korea Selatan menjalin hubungan diplomasi dengan lebih 188 negara. Negara ini juga menganggotai
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
sejak tahun 1991, pada masa yang sama dengan Korea Utara. Pada 1 Januari 2007, Menteri Luar Korea Selatan,
Ban Ki-moon
menyandang jawatan
Setiausaha Agung PBB
. Ia juga mengembangkan hubungan dengan
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara
sebagai anggota badan pemerhati
ASEAN tambah 3
,
dan
Sidang Kemuncak Asia Timur
.
Kedua-dua Korea
Utara
dan Selatan terus menuntut kedaulatan ke atas seluruh semenanjung dan pulau-pulau berhampiran. Walaupun Kedua-dua Korea masih sebenarnya berperang (kerana tidak pernah menandatangani perjanjian damai selepas Perang Korea) dan berkongsi sempadan yang paling kuat dikubui di dunia.
[10]
Sungguhpun terdapat usaha yang dilakukan untuk mengeratkan hubungan antara Korea Utara dan Selatan, misalnya dengan
Dasar Sinaran Matahari
oleh Presiden Korea Selatan,
Kim Dae-jung
pada 1990-an, hubungan sesama Korea ini masih meruncing ekoran pertembungan ganas antara tentera kedua-dua pihak akhir-akhir ini.
Korea menjalin hubungan masam manis yang erat sekali dengan negara-negara jirannya,
China
dan
Jepun
. Pengaruh
kebudayaan Cina
nyata meninggalkan kesan dalam sejarah dan budaya Korea, misalnya penggunaan
tulisan Cina
dan amalan ajaran
Confucius
yang pernah membentuk sistem politik Korea pada zaman silam.
[23]
Apabila Korea berpecah menjadi dua pada tahun 1945, kedua-dua pecahan itu mulai menjalin hubungan dengan paksi China yang sama fahaman dengannya, iaitu
Korea Utara
yang komunis dengan
Republik Rakyat China
dan Korea Selatan dengan
Republik China
. Bagaimanapun, Korea Selatan memutuskan hubungan dengan
Republik China (Taiwan)
untuk beralih ke Republik Rakyat China pada tahun 1992.
[24]
Korea Selatan dan Jepun hanya menjalin hubungan diplomatik pada tahun 1965, selepas zaman
pemerintahan Jepun di Korea
berakhir pada tahun 1945.
Sentimen anti-Jepun di Korea Selatan
masih ketara disebabkan beberapa pertikaian yang belum dileraikan, kebanyakannya datang dari zaman penjajahan Jepun yang bermula pada tahun 1910, seperti tuntuan ganti rugi oleh kaum wanita Korea yang dijadikan hamba seks oleh tentera Jepun
[25]
[26]
, serta perebutan wilayah pulau-pulau kecil di laut di antara Korea dan Jepun, terutamanya
Dokdo
(atau Takeshima). Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Selatan bermula pada 23 Februari 1960.
[27]
Setelah mengharungi serangan oleh negara jiran sepanjang sejarah, serta ketegangan yang belum lerai dengan Korea Utara, Korea Selatan terpaksa memperuntukkan 2.6% KDNK-nya dan 15% jumlah perbelanjaan kerajaan kepada tenteranya (Kongsian KDNK kerajaan: 14.967%), sambil menguatkuasakan sistem pengerahan wajib untuk kaum lelaki.
[28]
Oleh itu, Korea Selatan mempunyai jumlah
tentera aktif keenam teramai
,
[29]
tentera simpanan kedua terbesar
[29]
dan
perbelanjaan ketenteraan
ke-11 terbesar di dunia. Republik Korea, dengan angkatan tentera seramai
3.7 juta
orang kakitangan tetap di kalangan sejumlah
50 juta
penduduk negara, Republik Korea mempunyai bilangan askar per kapita yang kedua teramai di dunia,
[29]
mengekori jirannya, Republik Rakyat Demokratik Korea.
[30]
Tentera Korea Selatan terdiri daripada
Tentera Darat
(ROKA),
Tentera Laut
(ROKN), the
Tentera Udara
(ROKAF), dan
Tentera Marin
(ROKMC), serta angkatan simpanan.
[31]
Kebanyakan tentera ini tertumpu dekat
Zon Bebas Tentera Korea
. Semua warganegara lelaki Korea Selatan diwajibkan oleh perlembagaan untuk berkhidmat dalam tentera, lazimnya selama dua tahun.
Selain pengerahan lelaki dalam tentera Korea Selatan, seribu orang lelaki Korea Selatan dipilih setiap tahun untuk berkhidmat dalam Program
KATUSA
selama dua tahun untuk melengkapi Tentera Amerika Syarikat di Korea.
[32]
Pada tahun 2010, Korea Selatan membelanjakan \1.68 trilion dalam perjanjian berkongsi kos dengan AS untuk menyediakan sokongan kewangan kepada tentera AS di Korea, di samping \29.6 trilion untuk tenteranya sendiri.
Dari masa ke semasa, Korea Selatan telah menghantar tenteranya ke luar negara untuk membantu tentera Amerika Syarikat. Ia telah mengambil bahagian dalam kebanyakan pertempuran utama yang turut melibatkan AS sejak Perang Korea. Korea Selatan menghantar 325,517 orang askar untuk berjuang di samping tentera AS, Australia,
Filipina
,
New Zealand
dan
Vietnam Selatan
dalam
Vietnam War
, dengan kekuatan kemuncak seramai 50,000 orang. Pada tahun 2004, Korea Selatan menghantar 3,300 askar
Divisi Zaytun
untuk membantu usaha pembinaan semula di
Iraq
utara, dan merupakan penyumbang ketiga terbesar dalam
tentera campuran selepas
AS dan United Kingdom sahaja.
[33]
Sejak tahun 2001, Korea Selatan setakat ini menghantar 24,000 askar di kawasan Timur Tengah untuk menyokong
Perang Terhadap Keganasan
.
AS telah menempatkan sebuah kontinjen askar yang ramai di Korea Selatan sejak
Perang Korea
, untuk mempertahankan Korea Selatan sekiranya berlaku krisis ketenteraan di
Asia Timur
. Terdapat kira-kira 28,500 orang
kakitangan Tentera AS yang ditempatkan di Korea
,
[34]
kebanyakannya berkhidmat dalam tugasan berasingan selama setahun. Tentera AS yang terutamanya ditugaskan ke
Tentera Amerika Syarikat Kelapan
ditempatkan di pangkalan-pangkalan di
Osan
,
Yongsan
,
Dongducheon
,
Sungbuk
, and
Daegu
.
Pusat Kawalan PBB
yang masih berfungsi merupakan peringkat tertinggi sebenar
rantaian perintah
semua tentera di Korea Selatan, baik tentera AS yang bertempat di sini mahupun seluruh tentera Korea Selatan ? jika perang berlaku tiba-tiba antara Korea Utara dan Selatan, Amerika Syarikat akan mengambil alih kawalan semua anggota tentera dan separa tentera Korea Selatan. Bagaimanapun, pada September 2006, kedua-dua Presiden AS dan Republik Korea bersetuju bahawa Korea Selatan menjadi pemimpin pertahanan dirinya. Pada awal tahun 2007, Setiausaha Pertahan AS dan Menteri Pertahanan Negara RK menetapkan bahawa Korea Selatan mengambil alih kawalan operasi terhadap semua tenteranya ketika berperang mulai 17 April 2012. Tentera AS di Korea akan bertukar menjadi sebuah pusat kawalan tempur perang bersama dengan gelaran sementara Korea Command (KORCOM).
[35]
Korea Selatan menduduki bahagian selatan
Semenanjung Korea
yang terbentang kira-kira 1,100 km (680 batu) dari tanah besar Asia. Semenanjung yang bergunung-ganang ini diapit oleh
Laut Kuning
di barat,
Laut Jepun
(Laut Timur) di timur. Hujung selatannya terletak di
Selat Korea
dan
Laut China Timur
.
Negara ini, termasuk semua pulaunya, terletak antara garis lintang
33°
dan
39°U
, dan garis bujur
124°
dan
130°T
. Jumlah keluasannya adalah 100,032 kilometer persegi (38,622.57 bt
2
).
[36]
Korea boleh dibahagikan kepada empat kawasan am, iaitu: kawasan timur yang berbanjaran gunung tinggi dengan
dataran pantai
yang sempit; kawasan barat yang mempunyai dataran pantai yang luas,
lembangan saliran
, dan bukit-bukit beralun; kawasan barat daya yang bergunung dan berlembah; dan kawasan tenggara yang dikuasai oleh lembangan luas
Sungai Nakdong
.
[37]
Rupa bumi Korea Selatan banyak bergunung-ganang dan kebanyakan tanahnya tidak
sesuai untuk pertanian
.
Tanah pamah
yang tertumpu di kawasan barat dan tenggara hanya merangkumi 30% jumlah keluasan tanah.
Sekitar tiga ribu buah pulau terletak di pantai barat dan selatan Korea Selatan, kebanyakannya kecil tanpa penghuni.
Pulau Jeju
terletak kira-kira 100 kilometer (60 batu) dari pantai selatan Korea Selatan. Ia merupakan pulau terbesar di negara, dengan keluasan 1,845 kilometer persegi (712 batu persegi). Jeju juga merupakan tempat letaknya puncak tertingi di Korea Selatan, iaitu
Hallasan
, sebuah
gunung berapi
mati yang tingginya 1,950 meter (6,398 batu) atas paras laut. Pulau-pulau yang terletak paling timur di Korea Selatan termasuk
Ulleungdo
dan
Batu Liancourt
(Dokdo), manakala
Marado
dan
Batu Socotra
pula yang paling selatan di negara ini.
[37]
Korea Selatan mempunyai
20 taman negara
dan tempat-tempat alam yang terkenal di
Ladang Teh Boseong
,
Suncheon Bay Ecological Park
, and the first national park of
Jirisan
.
[38]
Korea Selatan cenderung mengalami iklim
kebenuaan lembap
dan
subtropika lembap
, serta dipengaruhi oleh
monsun Asia Timur
, dengan lebih banyak
kerpasan
pada musim panas ketika musim hujan singkat yang dipanggil
jangma
(
장마
), yang bermula pada lewat Jun hingga lewat Julai. Musim sejuknya mungkin teramat sejuk sehingga suhu minimum mampu menjunam ke bawah ?20 °C di kawasan pedalaman negara: di Seoul, julat purata suhu Januari ialah ?7 °
C
hingga 1 °C (19 °
F
hingga 33 °F), manakala julat purata suhu Ogos ialah 22 °C hingga 30 °C (71 °F hingga 86 °F). Suhu musim sejuk lebih tinggi di sepanjang pantai selatan dan juga agak rendah di kawasan pergunungan di pedalaman.
[39]
Musim panasnya pula boleh menjadi panas dan lembap yang kurang menyenangkan, dengan suhu melampai 30 °C di kebanyakan kawasan negara.
Korea Selatan mengalami empat musim, iaitu bunga, panas, luruh dan sejuk. Musim bunga biasanya berlangsung pada lewat Mac hingga lewat May, musim panas dari tengah Mei hingga awal September, musim luruh dari tengah September hingga awal November, dan musim sejuk dari tengah November hingga tengah Mac.
Carta iklim
untuk Seoul
|
J
| F
| M
| A
| M
| J
| J
| O
| S
| O
| N
| D
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber:
[40]
|
Penukaran imperial
J
| F
| M
| A
| M
| J
| J
| O
| S
| O
| N
| D
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suhu purata dalam °F
Jumlah hujan dalam inci
|
|
Curahan hujan tertumpu pada musim panas Jun hingga September. Pantai selatan terdedah kepada
taufan
pada lewat musim panas yang mendatangkan angin kencang dan hujan lebat. Purata
kerpasan
tahunan berbeza-beza dari 1,370 milimeter (54
inci
) di Seoul kepada 1,470 milimeter (58 inci) di
Busan
.
Ketika 20 tahun terawal kepesatan pertumbuhan Korea Selatan, kurang sekali usaha yang dibuat untuk memelihara alam sekitar.
[41]
Pengindustrian dan pembangunan bandar yang tidak terkawal telah mengakibatkan pembasmian hutan serta kemusnahan tanah lembap seperti Kukup Songdo.
[42]
Namun begitu, mujurlah baru-baru ini terdapat usaha untuk mengimbangi masalah ini, termasuk sebuah projek
pertumbuhan hijau
$84 bilion
lima tahun kendalian kerajaan yang bertujuan meningkatkan kecekapan tenaga dan teknologi hijau.
[43]
[44]
Strategi ekonomi berasaskan hijau merupakan rombakan menyeluruh ekonomi Korea Selatan yang memanfaatkan kira-kira 2% KDNK negara.
[43]
Inisiatif penghijauan ini merangkumi usaha-usaha seperti rangkaian basikal seluruh dunia, tenaga suria dan angin, pengurangan kenderaan yang bergantung pada minyak, sokongan jimat siang dan peluasan penggunaan teknologi mesra alam seperti
LED
dalam elektronik dan pencahayaan.
[45]
Selaku negara yang paling ramai pengguna Internet, Korea Selatan berancang untuk membina rangkaian generasi baru seluruh dunia yang 10 kali lebih pantas daripada kemudahan jalur lebar untuk mengurangkan penggunaan tenaga.
[45]
Air paip
di Seoul baru-baru ini selamat diminum, apatah lagi pihak berkuasa bandar menjenamakannya sebagai "Arisu" dalam cubaan meyakinkan orang awam.
[46]
Usaha projek
penghutanan
semula turut dijalankan. Sebuah lagi projek berbilion ringgit dilaburkan dalam usaha pemulihan
Cheonggyecheon
, sebatang anak sungai yang mengalir melalui pusat bandaraya Seoul yang pernah diturap oleh jalan raya.
[47]
Satu lagi cabaran besar ialah kualiti udara yang terjejas oleh hujan asid, sulfur oksida, dan ribut debu kuning tahunan.
[41]
Diakui bahawa kebanyakan kesukaran ini berpunca daripada kedekatan Korea Selatan dengan China, sebuah negara pencemar udara yang utama.
[41]
Korea Selatan menjadi anggota
Protokol Alam Sekitar Antartik
,
Perjanjian Antartik
,
Perjanjian Biodiversiti
,
Protokol Kyoto
(yang membentuk Kumpulan Keutuhan Alam Sekitar (EIG), berkenaan
UNFCCC
,
[48]
dengan
Mexico
dan
Switzerland
),
Penggurunan
,
Spesies Terancam
,
Pengubahsuaian Alam
,
Sisa Berbahaya
,
Undang-Undang Laut
,
Marine Dumping
,
Perjanjian Larangan Ujian Nuklear Menyeluruh
(tidak berkuat kuasa),
Perlindungan Lapisan ozon
,
Pencemaran Kapal
,
Balak Tropika 1983
,
Balak Tropika 1994
,
Tanah Lembap
, dan
Penangkapan Ikan Paus
.
[49]
Korea Selatan mengamalkan
ekonomi pasaran
yang menduduki tangga
ke-14
dari segi KDNK nominal dan
ke-12
dari segi
pariti kuasa beli
di dunia, oleh itu ia layak sebagai sebuah negara
G-20 ekonomi utama
. Ia merupakan
negara maju
berpendapatan tinggi yang
menganggotai
OECD
. Korea Selatan ialah salah satu daripada
Empat Harimau Asia
, dan juga satu-satunya negara maju setakat ini yang disertakan dalam kelompok
Sebelas Berikutnya
. Korea Selatan mempunyai antara ekonomi yang paling pesat membangun di dunia pada awal 1960-an hingga lewat 1990-an, dan masih merupakan negara maju yang paling pesat pada 2000-an, di samping Hong Kong, Singapura, dan Taiwan, iaitu tiga Harimau Asia yang lain.
[50]
Orang Korea Selatan memanggil pertumbuhan ini dengan gelaran
Keajaiban Sungai Han
.
[51]
Ekonomi Korea Selatan amat bergantung pada perdagangan antarabangsa, dan pada tahun 2010, Korea Selatan merupakan
pengeksport keenam terbesar
dan
pengimport kesepuluh terbesar
di dunia.
Walaupun ekonomi Korea Selatan berpotensi pertumbuhan tinggi dan kelihatan mempunyai struktur yang utuh, namun taraf kreditnya teruk terjejas di pasaran saham akibat kegalakan
Korea Utara
sewaktu krisis tentera mendalam yang mendatangkan kesan buruk kepada pasaran kewangan ekonomi Korea Selatan.
[52]
[53]
Bagaimanapun, pertubuhan-pertubuhan kewangan tersohor seperti
Tabung Kewangan Antarabangsa
, juga memuji semangat tidak mudah luntur ekonomi Korea Selatan terhadap krisis ekonomi, kerana hutang negara yang kecil serta rizab fiskal tinggi yang boleh cepat digunakan untuk menangani sebarang kecemasan kewangan yang diduga.
[54]
Korea Selatan ialah salah sebuah negara maju yang berjaya mengelak
kemelesetan
sewaktu
krisis kewangan global
pada akhir 2000-an,
[55]
manakala kadar pertumbuhan ekonominya mencapai 6.2 peratus pada tahun 2010 (pertumbuhan tertinggi sejak lapan tahun selepas pertumbuhan besar 7.2 peratus pada tahun 2002),
[56]
satu pemulihan yang cepat daripada kadar pertumbuhan 2.3% (2008) dan 0.2% (2009) apabila dilanda krisis kewangan global. Kadar pengangguran di Korea Selatan juga masih rendah iaitu 3.6% (2009)
[57]
Korea Selatan menjadi tuan rumah
Sidang Kemuncak G-20
keenam di ibu kotanya, Seoul, pada 11 dan 12 November 2010. Sidang kemuncak itu dijangka meningkatkan nilai ekonomi Korea Selatan sebanyak 31 trilion won, atau 4% KDNK negara ini pada tahun 2010, serta membuka 160,000 peluang pekerjaan. Ini juga diharapkan meningkatkan
taraf kredit
negara.
[58]
Korea Selatan mempunyai rangkaian pengangkutan berteknologi canggih yang terdiri daripada kereta api berkelajuan tinggi, lebih raya, laluan bas, perkhidmatan feri, dan laluan udara yang silang-menyilang di negara.
Perbadanan Lebuh Raya Korea
mengendalikan lebuh-lebuh raya bertol dan kemudahan-kemudahan di sepanjangnya.
Korail
menyediakan perkhidmatan tren kerap ke semua bandaraya utama di Korea Selatan. Juga terdapat dua laluan keretapi, iaitu
Gyeongui
dan
Donghae Bukbu
ke
Korea Utara
. Sistem
kereta api kelajuan tinggi
Korea Selatan, iaitu
KTX
, menyediakan perkhidmatan sepanjang aliran-aliran
Gyeongbu
dan
Honam
. Bandaraya utama termasuk
Seoul
,
Busan
,
Incheon
,
Daegu
,
Daejeon
dan
Gwangju
dilengkapi sistem tren bawah tanah.
[59]
Terminal bas ekspres turut disediakan di kebanyakan bandaraya.
[60]
Lapangan terbang terbesar di Korea Selatan,
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon
, siap dibina pada tahun 2001. Menjelang tahun 2007, lapangan terbang ini sudah menampung
30 juta
orang penumpang setahun.
[61]
Lapangan terbang antarabangsa lain termasuk
Gimpo
,
Busan
dan
Jeju
, di samping tujuh lapangan terbang domestik dan sebilangan besar
lapangan helikopter
.
[62]
Korean Air
yang diasaskan pada tahun 1962, memberikan khidmat kepada 21,640,000 orang penumpang, termasuk 12,490,000 penumpang antarabangsa pada tahun 2008.
[63]
Sistem penerbangan kedua,
Asiana Airlines
yang ditubuhkan pada tahun 1988, turut memberikan khidmat penerbangan domestik dan antarabangsa. Kedua-dua sistem penerbangan Korea Selatan ini berkhidmat di 297 laluan antarabangsa.
[64]
Syarikat penerbangan kecil seperti
Jeju Air
menyediakan khidmat domestik dengan tambang yang lebih murah.
[65]
Korea Selatan ialah pengeluar
kuasa nuklear
kelima terbesar di dunia dan kedua terbesar di Asia pada tahun 2010.
[66]
Kuasa nuklear di Korea Selatan
membekalkan 45% pengeluaran elektrik. Korea Selatan turut menyelidik pelbagai jenis reaktor termaju, termasuk reaktor bermodul kecil, reaktor segera/
transmutasi
logam cair dan rekabentuk penjanaan
hidrogen
bersuhu tinggi. Teknologi pengeluaran bahan api dan pengurusan sisa turut dimajukan di Korea Selatan. Negara ini juga menyertai projek
ITER
.
[67]
Korea Selatan bangkit sebagai pengeksport
reaktor nuklear
, setelah selesai berunding dengan
Emiriah Arab Bersatu
untuk membina dan menyelenggara empat buah reaktor nuklear canggih,
[68]
dengan
Jordanuntuk
reaktor nuklear untuk tujuan penyelidikan,
[69]
[70]
dan dengan
Argentina
untuk pembinaan dan pembaikpulihan reaktor nuklear air berat.
[71]
[72]
Pada tahun 2010, Korea Selatan dan
Turki
berunding mengenai peminaan dua reaktor nuklear.
[73]
Korea Selatan juga berseida untuk membida reaktor nuklear air ringan untuk Argentina.
[72]
Korea Selatan tidak dibenarkan
memperkaya uranium
ataupun memajukan teknologi uranium biasa sendiri akibat tekanan politik AS,
[74]
berbeza dengan kuasa-kuasa nuklear utama seperti Jepun, Jerman, dan Perancis, para pesaing Korea Selatan dalam pasaran nuklear antarabangsa, maka menimbulkan halangan yang ketara buat usaha perindustrian nuklear tempatan Korea Selatan yang adakalanya menimbulkan perbalahan sesama kedua-dua sekutu itu. Walaupun Korea Selatan berjaya mengeksport teknologi nuklear penjana elektrik dan reaktor nuklear, namun ia tidak boleh memanfaatkan
pasaran kemudahan dan penyulingan pemerkayaan nuklear
, sekaligus menghalang Korea daripada meluaskan lagi bidang eksportnya itu. Korea Selatan telah mengejar teknologi unik seperti
piropemprosesan
untuk mengatasi halangan tersebut demi kelebihan daya saing.
[75]
AS baru-baru ini bersikap waspada akan kemajuan program nuklear Korea Selatan yang ditegaskan hanya untuk kegunaan awam.
[66]
Korea Selatan telah menghantar 10 satelit ke angkasa sejak tahun 1992, kesemuanya menggunakan roket dan pelantar pelancar luar negara, khususnya
Arirang-1
(1999) dan
Arirang-2
(2006) dalam usahasama angkasa bersama Rusia.
[76]
Arirang-1 hilang di angkasa pada tahun 2008, setelah berkhidmat selama sembilan tahun.
[77]
Pada April 2008,
Yi So-yeon
menjadi orang Korea pertama yang terbang di angkasa lepas, dengan menaiki kapal
Soyuz TMA-12
Rusia.
[78]
Pada Jun 2009,
pelabuhan angkasa
pertama Korea Selatan,
Naro Space Center
, disiapkan di
Goheung
,
Jeollanam-do
.
[79]
Pelancaran
Naro-1
pada Ogos 2009 berkesudahan dalam kegagalan.
[80]
Cubaan kedua pada Jun 2010 juga tidak berjaya.
[81]
Kerajaan berancang untuk menyiasat masalah itu dan memajukan Naro-2 menjelang tahun 2018.
[82]
Usaha Korea Selatan untuk membina kenderaan pelancar angkasa buatan tempatan terjejas oleh tekanan politik tanpa henti dari
Amerika Syarikat
yang berpuluh-puluh tahun menghalang rancangan pembangunan roket dan misil tempatan Korea Selatan
[83]
kerana bimbang akan kemungkinan kaitannya dengan rancangan misil balistik tentera sulit yang berkali-kali ditegaskan oleh Korea bahawa ia tidak menyalahi garis panduan
penyelidikan dan pembangunan
yang ditetapkan oleh perjanjian antara kedua-dua negara mengenai sekatan ke atas penyelidikan dan pembangunan teknologi roket Korea Selatan.
[84]
Robotik
telah disertakan dalam senarai projek penyelidikan dan pembangunan kebangsaan utama di Korea Selatan sejak tahun 2003.
[85]
Pada tahun 2009, kerajaan mengumumkan rancangan untuk membina taman tema robot di
Incheon
dan
Masan
dengan campuran dana awam dan swasta.
[86]
Pada tahun 2005,
Institut Sains dan Teknologi Tinggi Korea
(
Korea Advanced Institute of Science and Technology
, KAIST) membangunkan
robot manusia
berjalan yang kedua di dunia, iaitu
HUBO
. Sebuah pasukan dalam KAIST membangunkan
android
pertama di Korea, iaitu
EveR-1
pada Mei 2006.
[87]
EveR-1 telah disusuli oleh model-model yang lebih kompleks dengan pergerakan dan penglihatan yang lebih bagus.
[88]
Cadangan mencipta robot pembantu untuk mengajar bahasa Inggeris untuk memenuhi kekurangan guru diumumkan pada Februari 2010. Robot-robot ini dihantar ke prasekolah dan tadika menjelang tahun 2013.
[89]
Robotik juga diterapkan dalam sektor hiburan;
Korean Robot Game Festival
diadakan setiap tahun sejak 2004 untuk mempromosikan sains dan teknologi robot.
[90]
Sejak 1980-an, kerajaan Korea Selatan giat melabur dalam pembangunan industri
bioteknologidomestik
, dan sektor ini dijangka meningkat ke
$6.5 bilion
menjelang tahun 2010.
[91]
Kebanyakan pengeluaran ini dikuasai oleh sektor perubatan yang merangkumi pengeluaran
vaksin hepatitis
dan
antibiotik
.
Baru-baru ini, penyelidikan dan pembangunan dalam bidang
genetik
dan
pengklonan
semakin menerima perhatian ramai, dengan kejayaan pertama mengklon seekor anjing,
Snuppy
, dan pengklonan dua ekor serigala betina dari spesies terancam oleh
Universiti Kebangsaan Seoul
pada tahun 2007.
[92]
Pertumbuhan pesat industri ini telah menyebabkan terdedahnya kekurangan etika, seperti yang ditonjolkan oleh kes salah laku saintifik yang melibatkan
Hwang Woo-Suk
.
[93]
Di Korea Selatan, pendidikan dipandang berat sebagai penting buat kejayaan seseorang, maka persaingan di sini sengit sekali. Mengikut hasil
Program Penilaian Pelajar Antarabangsa
OECD
2006, Korea Selatan menduduki tangga pertama dalam
penyelesaian masalah
, ketiga dalam
matematik
dan ketujuh dalam
sains
.
[94]
Sistem pendidikan Korea Selatan maju dari segi teknologi, kerana negara ini ialah negara pertama yang menyediakan capaian internet
jalur lebar
gentian optik
berkelajuan tinggi kepada setiap sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Dengan menggunakan prasarana ini, negara ini telah memajukan
buku teks digital
yang pertama di dunia yang akan diedarkan secara percuma ke setiap sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menjelang tahun 2013.
[95]
Pentadbiran berpusat di Korea Selatan memantau proses pendidikan kanak-kanak dari tadika hingga tahun terakhir sekolah tinggo. Korea Selatan telah menerima guna program pendidikan baru untuk menambah jumlah pelajar asing hingga tahun 2010. Mengikut anggaran Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi, menjelang tahun 2010, bilangan biasiswa untuk pelajar asing di Korea Selatan akan berganda, manakala bilangan pelajar asing akan mencapai 100,000 orang.
[96]
Tahun persekolahan dibahagikan kepada dua penggal. Penggal pertama bermula pada awal bulan Mac dan berakhir di pertengahan Julai; penggal kedua bermula pada lewat Ogos dan berakhir pada tengah Februari. Jadual pembelajaran tidak diseragamkan dan berbeza-beza dari sekolah ke sekolah.
Kebanyakan sekolah menengah rendah dan tinggi di Korea Selatan mewajibkan pelajarnya memakai pakaian seragam yang berasaskan pakaian ala barat. Pakaian lelaki biasanya terdiri daripada seluar panjang dan kemeja putih, manakala perempuan pula memakai skirt dan kemeja putih.
Korea Selatan terkenal kerana kepadatan penduduknya sebanyak 487 orang sekilometer persegi, iaitu lebih 10 kali purata sedunia. Kebanyakan warga Korea Selatan tinggal di kawasan bandar kesan penghijrahan deras dari kawasan desa ketika zaman kepesatan pembangunan ekonomi pada 1970-an hingga 1990-an.
[97]
Ibu negaranya,
Seoul
juga bandaraya terbesar dan pusat perindustrian utama di negara ini. Menurut banci 2005, Seoul diduduki
9.8 juta
orang.
Kawasan Ibu Negara Seoul
pula diduduki
24.5 juta
penduduk, menjadikannya kawasan metropolitan paling padat dan kedua terbesar dalam
OECD
. Bandaraya-bandaraya utama yang lain pula termasuk
Busan
(
3.5 juta
),
Incheon
(
2.5 juta
),
Daegu
(
2.5 juta
),
Daejeon
(
1.4 juta
),
Gwangju
(
1.4 juta
) dan
Ulsan
(
1 juta
).
[98]
Kependudukan Korea Selatan turut dibentuk oleh penghijrahan antarabangsa. Selepas Perang Dunia Kedua dan
perpecahan Semenanjung Korea
, sekitar empat juta orang dari Korea Utara melintasi sempadan ke Korea Selatan. Arah aliran kemasukan bersih disongsangkan pada 40 tahun seterusnya akibat penghijrahan keluar rakyatnya, khusus kepada Amerika Syarikat dan Kanada. Jumlah penduduk Korea Selatan pada tahun 1960 ialah
25 juta
,
[99]
dan hari ini pula jumlahnya sekitar 50,062,000.
[100]
Korea Selatan ialah salah sebuah masyarakat yang paling homogen secara etnik di dunia kerana lebih 99% penduduknya adalah beretnik
Korea
.
[101]
Peratusan bangsa asing di Korea Selatan kecil sekali tetapi makin bertumbuh.
[102]
Setakat 2009
[kemas kini]
, Korea Selatan diduduki 1,106,884 orang warga asing iaitu 2% jumlah penduduk, tetapi lebih separuh daripada mereka ialah orang etnik Korea yang memegang kewarganegaraan asing. Misalnya,
pendatang dari China (PRC)
membentuk 56.5% bangsa asing tersebut, tetapi kira-kira 70% warganegara China di Korea adalah
Joseonjok
, iaitu beretnik Korea.
[103]
Tanpa mengira keetnikannya, terdapat 28,500 orang kakitangan
tentera Amerika Syarikat
yang berkhidmat di Korea Selatan selama setahun tugas berasingan, menurut Jabatan Statistik Negara Korea.
[104]
[105]
Selain itu, kira-kira 43,000 orang guru bahasa Inggeris dari
negara-negara berbahasa Inggeris
menetap di Korea Selatan untuk masa yang singkat.
[106]
Kadar kelahiran Korea Selatan, pada 9 anak perseribu orang
[107]
, adalah antara yang paling rendah di dunia.
[108]
Jika ini berterusan, jumlah penduduknya dijangka menyusut sebanyak 13% kepada
42.3 juta
pada tahun 2050.
[109]
Purata
jangka hayat
di Korea Selatan pada tahun 2008 adalah 79.10 tahun,
[110]
iaitu yang ke-34 di dunia.
[111]
Jadual berikut menyenaraikan 20 bandar raya terbesar dalam lingkungan sempadan pentadbiran bandar masing-masing.
Bandar terbesar di Korea Selatan
Banci Kependudukan dan Perumahan Korea 2010
[112]
|
|
Ked.
|
|
Wilayah
|
Pop.
|
Ked.
|
|
Wilayah
|
Pop.
|
|
Seoul
Seoul
Busan
|
1
|
Seoul
|
Seoul
|
9,708,483
|
11
|
Goyang
|
Gyeonggi
|
897,174
|
Daegu
|
2
|
Busan
|
Busan
|
3,403,105
|
12
|
Yongin
|
Gyeonggi
|
852,505
|
3
|
Incheon
|
Incheon
|
2,637,652
|
13
|
Bucheon
|
Gyeonggi
|
847,841
|
4
|
Daegu
|
Daegu
|
2,444,085
|
14
|
Ansan
|
Gyeonggi
|
722,598
|
5
|
Daejeon
|
Daejeon
|
1,495,453
|
15
|
Cheongju
|
Chungcheong Utara
|
667,726
|
6
|
Gwangju
|
Gwangju
|
1,469,293
|
16
|
Jeonju
|
Jeolla Utara
|
643,079
|
7
|
Ulsan
|
Ulsan
|
1,081,985
|
17
|
Anyang
|
Gyeonggi
|
603,184
|
8
|
Suwon
|
Gyeonggi
|
1,064,951
|
18
|
Cheonan
|
Chungcheong Selatan
|
574,022
|
9
|
Changwon
|
Gyeongsang Selatan
|
1,062,731
|
19
|
Namyangju
|
Gyeonggi
|
523,301
|
10
|
Seongnam
|
Gyeonggi
|
951,424
|
20
|
Pohang
|
Gyeongsang Utara
|
510,079
|
Pada tahun 2005, hampir separuh penduduk Korea Selatan mengakui
tidak memeluk sebarang agama
.
[113]
Untuk yang lain, kebanyakannya beragama
Buddha
atau
Kristian
. Menurut banci 2007, 29.2% penduduk ketika itu beragama Kristian (18.3% Protestan, 10.9% Katolik), dan 22.8% beragama Buddha.
[114]
[115]
Agama-agama lain yang dipeluk oleh warga Korea Selatan termasuk
Islam
dan pelbagai
gerakan agama baru
seperti
Jeung San Do
,
Cheondogyo
dan
Wonbulgyo
. Agama terawal yang diamalkan oleh orang Korea ialah
kepawangan
.
[116]
Hari ini,
kebebasan beragama
dijamin oleh perlembagaan, dan tiadanya
agama rasmi
.
[117]
Kristian ialah agama terbesar di Korea Selatan yang dipeluk oleh lebih separuh warga Korea Selatan yang beragama. Terdapat kira-kira 13.7 juta orang Kristian
[118]
di Korea Selatan hari ini, dengan hampir dua pertiga Kristian menganut mazhab Protestan, dan sekitar 37% menganggotai Gereja Katolik. Agama Katolik Rom merupakan mazhab yang paling berkembang pesat di Korea Selatan sejak akhir 1980-an.
[119]
Korea Selatan juga negara pengutus mubaligh kedua terbesar selepas Amerika Syarikat.
[120]
Agama Buddha diperkenalkan di Korea pada tahun 372.
[121]
Menurut banci negara 2005, Korea Selatan ada seramai
10.7 juta
penganut Buddha.
[118]
[122]
Kini, sekitar 90% penganut Buddha di Korea tergolong dalam
Mazhab Jogye
. Kebanyakan
Khazanah Negara Korea Selatan
merupakan artifak agama Buddha. Di samping
Neo-Konfusianisme
, agama Buddha diamalkan pada zaman
Tiga Kerajaan Korea
hingga
Goryeo
selebum mendapat penindasan oleh Dinasti Joseon.
[123]
Islam di Korea Selatan
dianggarkan kurang 30,000 umat tempatan, ditambah dengan kira-kira 100,000 pekerja asing tetap dari negara Islam,
[124]
khususnya
Bangladesh
dan
Pakistan
.
Walaupun
jangka hayat
banyak meningkat sejak 1950, namun Korea Selatan berdepan dengan beberapa isu kesihatan yang penting, terutama sekali kesan
pencemaran alam sekitar
terhadap kependudukan yang semakin tertumpu di kawasan bandar. Menurut Kementerian Kesihatan dan Kebajikan, majoriti penyakit di Korea Selatan merupakan penyakit kronik, kesan sistem penjagaan kesihatan yang terlebih tertumpu pada rawatan daripada pencegahan. Kejadian penyakit kronik di Korea Selatan adalah sekitar 24%. Kira-kira 33% dewasa
merokok
. Kadar perebakan
virus imunodifisiensi manusia
(HIV) pada akhir tahun 2003 adalah kurang 0.1%. Pada tahun 2001, perbelanjaan kerajaan pusat untuk penjagaan kesihatan menyumbangkan 6% KDNK.
[125]
Kadar
bunuh diri
di negara ini adalah 26 untuk 100,000 orang pada tahun 2008, iaitu yang tertinggi di kalangan negara berindustri.
[126]
Korea Selatan berkongsi kebudayaan tradisional dengan
Korea Utara
, tetapi kedua-dua Korea telah mengembangkan kebudayaan kontemporari yang berbeza sekali sejak semenanjung Korea dipecahkan pada tahun 1945. Mengikut sejarah, walaupun kebudayaan Korea nyata sekali dipengaruhi oleh China, namun ia tetap berupaya mengembangkan jati diri kebudayaan yang unik dan tersendiri daripada negara jiran yang lebih besar itu.
[127]
Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan
Korea Selatan menggalakkan seni tradisional dan moden dengan pembiayaan dan program pendidikan.
[128]
Pengindustrian dan pembandaran Korea Selatan telah membawa perubahan besar kepada cara hidup
orang Korea
. Perubahan ekonomi dan gaya hidup telah menyebabkan penduduk tertumpu di bandaraya utama, khususnya ibu kota Seoul, dengan rumah tangga berbilang keturunan berpecah menjadi susunan hidup
keluarga asas
.
Seni Korea kuat dipengaruhi oleh
agama Buddha
dan
Konfusianisme
yang kelihatan pada pelbagai hasil seni lukis, arca, seramik dan persembahan tradisional.
[129]
Hasil
tembikar dan porselin Korea
, seperti
baekja
dan
buncheong
dari zaman
Joseon
, dan
seladon
dari zaman
Goryeo
terkenal di seluruh dunia.
[130]
Seni persembahan Korea pula termasuk
darye
(upacara teh),
pansori
(nyanyian dengan iringan gendang),
talchum
(tarian bertopeng) dan
buchaechum
(tarian kipas berkumpulan).
Seni Korea moden pasca-perang mula berkembang pada 1960-an dan 1970-an, apabila para seniman Korea Selatan mula berminat akan bentuk geometri dan perihal yang tidak ketara. Penjalinan keharmonian antara alam dan manusia juga digemari ketika ini. Ekoran ketegangan sosial pada 1980-an, para pelukis gemar mengetengahkan isu sosial dalam karya seni. Kesenian mereka dipengaruhi oleh pelbagai acara dan pameran antarabangsa di Korea yang membawa lebih kepelbagaian, seperti
[131]
Taman Arca Olimpik
pada tahun 1988, transposisi
Whitney Biennial
edisi 1993 ke Seoul,
[132]
penciptaan
Gwangju Biennale
[133]
dan Astaka Korea di
Venice Biennale
pada tahun 1995
[134]
.
Disebabkan sejarah Korea Selatan yang huru-hara, pembinaan dan pemusnahan berulang-ulang tanpa henti, sehingga meninggalkan bauran gaya dan reka seni bina yang menarik.
[135]
Seni bina tradisional Korea bercirikan keharmonian dengan alam semula jadi. Para jurubina zaman silam menggunakan sistem
pendakap
yang bercirikan atap jerami dan lantai pemanas yang dipanggil
ondol
.
[136]
Golongan kelas atasan membina rumah yang lebih besar dengan atap genting berlengkung anggun dengan cucur atap yang menaik. Seni bina tradisional kelihatan di istana, tokong dan rumah lama yang bergelar
hanok
,
[137]
dan tapak warisan istimewa seperti
Kampung Rakyat Hahoe
,
Kampung Yangdong di Gyeongju
dan
Kampung Rakyat Korea
dekat Seoul. Seni bina tradisional juga kelihatan di sembilan
Tapak Warisan Dunia UNESCO
di Korea Selatan.
[138]
Seni bina Barat mula-mula diperkenalkan di Korea di penghujung abad ke-19. Gereja, pejabat perundangan negara luar, sekolah dan universiti dibina dengan gaya-gaya baru. Apabila
Korea diilhakkan oleh Jepun pada tahun 1910
, rejim penjajah mengancam warisan seni bina Korea dan mewajibkan seni bina moden ala Jepun. Sentimen anti-Jepun dan
Perang Koreamenyebabkan
musnahnya banyak bangunan yang dibina pada zaman penjajahan.
[139]
Seni bina Korea memasuki fasa pembangunan baru ketika zaman pembinaan semula pasca Perang Korea, dengan meenrapkan trend dan gaya seni bina yang moden. Kegiatan pembangunan semula yang didorong oleh pertumbuhan ekonomi pada 1970-an dan 1980-an menyaksikan pengalaman baru dalam reka bina. Selepas Sukan Olimpik Seoul 1988, Korea Selatan menyaksikan kepelbagaian gayanya semakin bertambah dalam lanskap seni bina, terutamanya disebabkan oleh pembukaan pasaran Korea Selatan kepada jurubina luar negara.
[140]
Usaha seni bina kontemporari sentiasa cuba mengimbangi falsafah tradisi "keharmonian dengan alam" dan pembandaran pesat yang dilalui oleh negara akhir-akhir ini.
[141]
Masakan Korea mengalami perubahan selaras dengan berabad-abad perubahan sosial dan politik. Ramuan dan hidangannya berbeza-beza mengikut wilayah. Terdapat banyak hidangan setempat terkenal yang berkembang menjadi pelbagai variasi di seluruh negara pada zaman sekarang.
Masakan istana diraja Korea
pernah membawa sekala keistimewaan setempat yang unik untuk dihidangkan kepada kerabat diraja. Santapan yang dinikamti oleh kerabat diraja dan rakyat jelata Korea telah dikawal oleh budaya ketertiban yang tersendiri.
Masakan Korea banyak berasaskan
beras
,
mi
,
tauhu
, sayur-sayuran, ikan dan daging. Masakan tradisional Korea terkenal kerana diserikan oleh hidangan sampingan, misalnya hidangan kecil
banchan
yang mengiringi nasi kukus berira pendek. Setiap hidangan diiringi oleh banyak banchan.
Kimchi
, sejenis hidangan sayur tertapai yang biasanya berempah, merupakan salah satu hidangan terkenal yang selalunya dihidangkan di setiap waktu makan. Makanan Korea biasanya melibatkan pemperasaan yang banyak dengan
minyak bijan
,
doenjang
(sejenis pes kacang soya tertapai),
kacang soya
, garam, bawang putih, halia dan
gochujang
(pes lada pedas).
Sup juga ketara dalam hidangan Korea dan selalunya dihidangkan dalam sajian utama. Sup di Korea dipanggil
guk
dan biasanya diperbuat dengan daging, kerang-kerangan dan sayur-sayuran. Serupa dengan guk,
tang
kurang berair dan lebih sering dihidangkan dalam restoran. Satu lagi jenis sup ialah
jjigae
(찌개), sejenis
rendidih
yang biasanya kuat diperasakan dengan lada cabai dan dihidangkan panas mendidih.
Di samping mendapat tempat dalam hati rakyat tempatan, kebudayaan arus perdana Korea Selatan yang merangkumi drama televisyen, filem dan muzik popular, juga menjana pendapatan eksport yang lumayan di seluruh dunia. Fenomena yang bergelar "
Hallyu
" atau "Gelombang Korea" ini telah melanda banyak negara di dalam dan luar Asia.
[142]
Sehingga 1990-an, muzik popular Korea dikuasai oleh
trot
dan
balada
. Kebangkitan kumpulan rap
Seo Taiji and Boys
pada tahun 1992 mencetuskan perubahan besar dalam muzik pop Korea, ataupun
K-Pop
, kerana kumpulan tersebut menerapkan unsur-unsur genre
rap
,
rock
, dan
techno
yang popular dalam irama dendangannya.
[143]
Seniman hip hop, tarian dan balada menguasai persada muzik popular Korea Selatan, namun trot masih disambut baik oleh golongan yang lebih berusia. Ramai bintang K-Pop yang terkenal di luar negara, khususnya di Asia.
Semenjak kejayaan filem
Shiri
pada tahun 1999,
perfileman Korea
mula mendapat perhatian dan sanjungan antarabangsa. Pasaran filem Korea Selatan turut dikuasai oleh filem tempatan, antara sebabnya ialah adanya
kuota tayangan
yang mewajibkan pawagam menayangkan filem Korea sekurang-kurangnya 73 hari setahun.
[144]
Rancangan televisyen Korea
, khususnya drama bersiri, turut mencuri perhatian di luar Korea, membolehkan ramai seniman Korea mendapat nama di mata dunia. Drama-drama ini khususnya disambut paling hangat di Asia. Jalan ceritanya cenderung mengutarakan asmara, seperti
Boys over Flowers
,
Winter Sonata
,
Autumn in My Heart
,
Full House
, dan
All About Eve
; tidak lupa juga drama bersejarah atau fantasi seperti
Dae Jang Geum
,
The Legend
,
Princess Hours
, dan
Sungkyunkwan Scandal
. Selain itu, rancangan ' variety show ' terkenal iaitu
Running Man
juga berasal dari negara ini yang mendapat sambutan yang hangat dan mempunyai peminatnya tersendiri daripada pelbagai negara .
[145]
Syarikat besar Korea Selatan
Samsung
dan
LG
merupakan antara syarikat telefon bimbit yang terunggul di dunia.
[146]
Kira-kira 90% warga Korea Selatan memiliki
telefon bimbit
.
[147]
Selain menerima atau membut panggilan atau pesanan teks, telefon bimbit di Korea Selatan banyak digunakan untuk menonton siaran televisyen
Digital Multimedia Broadcasting
(DMB) atau melayari laman sesawang.
[148]
Lebih sejuta telefon DMB telah dijual, dan tiga syarikat pembekal komunikasi wayarles utama, iaitu
SK Telecom
,
KT
, dan
LG Telecom
menyediakan liputan di semua bandaraya utama dan kawasan lain.
Capaian jalur lebar secara meluas membolehkan penerapan
permainan Internet
dalam budaya Korea baru-baru ini.
StarCraft
, sebuah
permainan strategi masa nyata
, merupakan permainan komputer siaran TV yang terlaris di Korea Selatan.
[149]
Kejohanan permainan StarCraft yang dilangsungkan di tempat-tempat tumpuan penggemar seperti
COEX Mall
sering disiarkan secara langsung di stesen-stesen TV seperti
MBCGame
dan
Ongamenet
, di mana para pemain
StarCraft
yang profesional boleh mendapat gaji lumayan sebagai ahli pasukan permainan profesional yang ditaja oleh pembekal perkhidmatan telefon bimbit di Korea Selatan.
[150]
Permainan komputer biasanya dimainkan di "
bilik PC
", iaitu kafe internet yang dikhususkan untuk permainan video seperti
Aion
,
Lineage II
,
Sudden Attack
,
Kart Rider
,
Maple Story
,
Mabinogi
,
World of WarCraft
, dan
StarCraft 2
.
Seni bela diri
taekwondo
berasa dari Korea. Pada 1950-an dan 1960-an, peraturan moden diselaraskan dan taekwondo menjadi
acara Olimpik
yang rasmi pada tahun 2000.
[151]
Selain taekwondo, wujudnya juga seni bela diri Korea yang lain seperti
taekkyeon
,
hapkido
,
tang soo do
,
kuk sool won
,
kumdo
dan
subak
.
[152]
Bola sepak
merupakan salah satu sukan yang paling digemari di Korea.
[153]
Tinjauan terkini mendapati 56.7% peminat sukan Korea Selatan mengakui diri sebagai penggemar bola sepak, diikuti
besbol
yang diminati 19.1% pen. Bagaimanapun, tinjauan tersebut tidak menyatakan sejauh mana para penjawabnya mengikut kedua-dua sukan tersebut.
[154]
Perlawanan bola sepak
K-league
bermusim tetap disiarkan ke seluruh negara dan mendapat purata 35% kongsian penonton televisyen. Liga bola sepak Eropah juga disiarkan dan ditonton ramau.
Pasukan bola sepak kebangsaanmenjadi
pasukan pertama dari
Konfederasi Bola Sepak Asia
yang layak ke peringkat separuh akhir
Piala Dunia
dalam temasya tahun
2002
yang mana Korea Selatan dan Jepun menjadi tuan rumah dalam kali pertama sepanjang sejarah dua negara sekaligus menjadi tuan rumah sebuah kejohanan Piala Dunia. Pasukan Republik Korea layak untuk setiap Piala Dunia sejak temasya
Mexico 1986
, dan pernah melepasi peringkat berkumpulan dua kali, iaitu pada tahun 2002, dan
2010
.
Besbol
mula-mula diperkenalkan di Korea pada tahun 1905; semenjak itu, besbol menjadi sebuah sukan yang semakin diminati ramai, sehingga ada pihak yang mendakwa ia mengatasi bola sepak sebagai sukan paling laris di negara.
[155]
[156]
Baru-baru ini, semakin ramai orang yang berpusu-pusu ke stadium untuk menyaksikan perlawanan besbol profesional sehingga harga tiket juga melambung naik.
[157]
Liga
Besbol Profesional Korea
, sebuah litar 8 pasukan, ditubuhkan pada tahun 1982.
Pasukan kebangsaan Korea Selatan
menduduki tempat ketiga di
World Baseball Classic 2006
dan merangkul naib juara di
World Baseball Classic 2009
. Perlawanan akhir Korea Selatan lawan
Jepun
pada tahun 2009 ditonton ramai di Korea, sehingga tersedianya sebuah skrin besar di lintasan
Gwanghwamun
di Seoul yang menyiarkan perlawanan itu secara langsung.
[158]
Di
Sukan Olimpik Beijing 2008
, Korea Selatan menggondol pingat emas dalam acara besbol.
[159]
Pada tahun 1982 juga, di kejohanan Piala Dunia Besbol, Korea meraih pingat emas. Di Sukan Asia Guangzhou, Pasukan kebangsaan Korea memenangi pingat emas.
Korea Selatan menjadi tuan rumah
Sukan Asia
pada tahun 1986 (
Seoul
), 2002 (
Busan
), dan 2014 (
Incheon
). Ia juga mengadakan
Sukan Universiti Dunia
Musim Sejuk pada tahun 1997,
Sukan Asia Musim Sejuk
pada tahun 1999 dan Sukan Universiti Dunia pada tahun 2003. Pada tahun 1988, Korea Selatan menjadi tuan rumah
Sukan Olimpik di Seoul
, di mana pasukan tuan rumah menduduki tangga keempat keseluruhan dengan 12 pingat emas, 10 pingat perak dan 11 pingat gangsa. Korea Selatan biasanya lebih cemerlang dalam sukan
memanah
,
menembak
,
ping pong
,
badminton
,
luncur laju balapan pendek
,
bola baling
,
hoki
,
gusti gaya bebas
,
gusti Yunani-Rom
,
besbol
,
judo
,
taekwondo
,
luncur laju
,
luncur ais berbunga
, dan
angkat berat
.
Muzium Olimpik Seoul
ialah sebuah muzium di
Seoul
yang didedikasikan kepada Sukan Olimpik 1988.
Para olahragawan Korea Selatan juga mempamerkan kemahiran dalam
Sukan Olimpik Musim Sejuk
; selepas
Sukan Olimpik Vancouver 2010
, Korea Selatan menggondol sejumlah 45 pingat (23 emas, 14 perak, dan 8 gangsa). Korea Selatan cemerlang sekali dalam
luncur laju balapan pendek
; bagaimanapun, hoki ais makin mendapat sambutan apabila pasukan
Anyang Hallamemenangi
gelaran
Liga Hoki Ais Asia
pertama mereka pada tahun 2010.
[160]
Korea Selatan bakal menganjurkan
Sukan Olimpik Musim Sejuk
di
Pyeongchang
pada tahun 2018.
Seoul menganjurkan perlumbaan
triatlon
profesional yang merupakan sebahagian Siri Kejohanan Dunia
Kesatuan Triatlon Antarabangsa
(ITU) pada Mei 2010.
[161]
Pada Oktober 2010, Korea Selatan mengadakan perlumbaan
Formula Satu
tahunan sulungnya di
Litar Antarabangsa Korea
di
Yeongam
yang terletak kira-kira 400 kilometer (250 bt) di selatan Seoul.
[162]
Pada tahun 2011, bandaraya Daegu menjadi duan rumah
Kejohanan Dunia Olahraga IAAF 2011
.
Korea Selatan mempunyai tiga bidang balapan
lumba kuda
, yang terbesarnya ialah
Seoul Race Park
di bandar
Gwacheon
,
wilayah Gyeonggi
.
- Tuan Rumah Kejohanan Antarabangsa
- ^
et. al.
指標上歲
Diarkibkan
September 6, 2015, di
Wayback Machine
. Index.go.kr (July 19, 2016). Retrieved October 5, 2016.
- ^
a
b
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama
2015 Census
- ^
"Religious statistics of the National Statistical Office Christendom"
.
image.kmib.co.kr
.
- ^
(Korea)
"大韓民國의 主要 指標"
.
- ^
a
b
c
d
"South Korea"
.
World Economic Outlook Database, April 2019
.
International Monetary Fund
.
- ^
"Distribution of income (Gini index)"
.
e-National Index
.
Daejeon
:
Korea National Statistical Office
. Dicapai pada
June 30,
2017
.
- ^
"2018 Human Development Report"
. United Nations Development Programme. 2018. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2018-09-14
. Dicapai pada
14 September
2018
.
- ^
"Ancient civilizations"
. Rom.on.ca
. Dicapai pada
2010-04-25
.
- ^
OPM.go.kr
- ^
a
b
"Koreas agree to military hotline - Jun 4, 2004"
. Edition.cnn.com. 2004-06-04
. Dicapai pada
2010-02-18
.
- ^
"South Korea :: Economic and social developments"
.
Ensiklopedia Britannica
. Dicapai pada
18 Februari
2010
.
- ^
for Selected Countries and Subjects
- ^
"Korea's History"
. Asian Shravan
. Dicapai pada
2009-02-17
.
- ^
"Digital Jikji"
. Digital Jikji. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2012-02-03
. Dicapai pada
25 April
2010
.
- ^
Korean War (1950?53)
. Britannica Online Encyclopedia.
- ^
Flashback: The Kwangju massacre
, 2000-05-17.
- ^
20 years later, father still seeks truth in son's death
, The Hankyoreh, 2007-01-15. Retrieved 2010-07-15.
- ^
About Korea
, OECD
- ^
"The Nobel Peace Prize 2000"
. The Nobel Foundation. 2000
. Dicapai pada
2009-02-17
.
- ^
"The Economist Intelligence Unit's Index of Democracy 2008"
(PDF)
. Dicapai pada
2010-04-25
.
- ^
"South Korea - Constitution"
. International Constitutional Law
. Dicapai pada
2009-02-16
.
- ^
"Korea, South"
.
The World Factbook
.
Central Intelligence Agency
. 10 Februari 2009. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2015-07-03
. Dicapai pada
2009-02-16
.
- ^
A Confucianist Government
, Korean History Project. Dicapai pada 2 Mei 2011.
- ^
"Asia Times ? News and analysis from Korea; North and South"
. Atimes.com. 2004-09-11. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2009-04-02
. Dicapai pada
2010-04-25
.
- ^
"Japan's Responsibility Toward Comfort Women Survivors"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2012-06-28
. Dicapai pada
2009-09-27
.
- ^
"Washington Coalition for Comfort Women Issues Inc"
. Comfort-women.org. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2010-05-02
. Dicapai pada
2010-02-18
.
- ^
Uqbah Iqbal, Sejarah Pemikiran Ke Timur: Kepentingan Korea Selatan Dalam Pembangunan Sosio-Ekonomi Malaysia, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2016.
- ^
John Pike.
"Defense Budget - South Korea"
. Globalsecurity.org
. Dicapai pada
2010-10-29
.
- ^
a
b
c
"South Korea's Armed Forces, CSIS (Page 24)"
(PDF)
. 2006-07-25.
- ^
Bermudez (2001), pg 1.
- ^
GlobalSecurity on Military of Republic of Korea,
Globalsecurity.org
- ^
"Eighth United States Army (EUSA)"
.
GlobalSecurity.org
. 27 Disember 2005
. Dicapai pada
6 February
2010
.
The KATUSA Program is significant not only because of the military manpower and monetary savings that it provides to the U.S. Army, but also because it represents ROK/U.S. cooperation and commitment to deter war. The KATUSA Program is symbolic of ROK/U.S. friendship and mutual support.
- ^
"Zaytun Division official website"
. Dicapai pada
2009-02-17
.
[
pautan mati
]
- ^
"America's Unsinkable Fleet"
. Newsweek. 26 Feb 2007
. Dicapai pada
2009-02-17
.
- ^
"South Korean Military Doctrine"
. Global Security. 2 Mac 2009
. Dicapai pada
2009-06-07
.
- ^
Anggaran keluasan semakin meningkat tahun dari tahun, mungkin disebabkan penebusgunaan tanah.
"行政區域(區市軍)別 國土的"
.
Korea Statistical Information Service
. Dicapai pada
2006-03-27
.
- ^
a
b
Geography of Korea
, Asia Info Organization
- ^
"Korea Nationa Park Service official site"
. English.knps.or.kr
. Dicapai pada
2010-10-29
.
- ^
South Korea climate
, U.S. Library of Congress, Country studies
- ^
data in seoul, 1971 ~ 2000
(Korea)
, Korea Meteorological Administration.
- ^
a
b
c
"Korea Air Pollution Problems"
. google.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-02-10
. Dicapai pada
2010-02-18
.
CS1 maint: bot: original URL status unknown (
link
)
- ^
"[Column] Letter to Lee administration: Save the Songdo Tidal Flat: Opinion: Home"
(dalam bahasa Korean). English.hani.co.kr
. Dicapai pada
2010-02-18
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
a
b
[1]
[
pautan mati
]
- ^
"salinan arkib"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2011-10-07
. Dicapai pada
2011-05-05
.
- ^
a
b
"South Korea's green new deal"
. CNN. October 18, 2009
. Dicapai pada
2009-10-21
.
- ^
"Seoul City holds 2nd Arisu Festival to show tap water is safe to drink"
. Newsworld. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2007-09-28
. Dicapai pada
2011-05-05
.
- ^
"Seoul Metropolitan Government ? "A Clean, Attractive & Global City, Seoul!
"
"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2009-02-15
. Dicapai pada
2011-05-05
.
- ^
"Party Groupings"
. Unfccc.int. 2007-11-28
. Dicapai pada
2010-02-18
.
- ^
Rencana ini menggabungkan
bahan domain awam
daripada
CIA World Factbook
laman web
https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/index.html
.
- ^
Economic Growth Rates of Advanced Economies
. International Monetary Fund
. Dicapai pada
2010-09-08
.
- ^
Kleiner, JuRgen (2001).
Korea, A Century of Change
.
ISBN
9789810246570
.
- ^
"Moody's Raises Korea's Credit Range"
. Chosun Ilbo. 2010-08-02
. Dicapai pada
2010-08-14
.
- ^
"Financial markets unstable in S.Korea following Cheonan sinking"
. Hankyeoreh. 2010-05-26
. Dicapai pada
2010-08-14
.
- ^
"S Korea stands among world's highest-level fiscal reserve holders: IMF"
. Xinhua. 2010-09-07
. Dicapai pada
2010-09-08
.
- ^
"South Korea Survived Recession With CEO Tactics"
. Newsweek. 2010-05-10
. Dicapai pada
2010-09-08
.
- ^
"salinan arkib"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2011-04-27
. Dicapai pada
2011-05-05
.
- ^
South Korea
- ^
"G20 to boost Korean economy by W31.3tr"
(dalam bahasa
(Korea)
). Koreaherald.com. 2010-10-11
. Dicapai pada
2010-10-29
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
Subway
Diarkibkan
2013-12-03 di
Wayback Machine
, Korea Tourism Organization;
Incheon Metro
Diarkibkan
2014-11-09 di
Wayback Machine
- ^
Express bus terminal guide
Diarkibkan
2007-02-24 di
Wayback Machine
, Korea Express Bus Lines Association
- ^
"Incheon International Airport celebrates its eighth year"
. Incheon International Airport Corp
. Dicapai pada
2005-05-20
.
- ^
"Transportation Statistics > Heliports (most recent) by country"
. NationMaster. 2008
. Dicapai pada
2009-02-21
.
- ^
"Company Info / Overview"
. Korean Air
. Dicapai pada
2005-05-19
.
- ^
"International Aviation Policy"
. Ministry of Land, Transportation and Maritime Affairs
. Dicapai pada
2005-05-19
.
- ^
If you're looking for a ticket to Jeju, leave late
, Joongang Daily, 2010-07-02. Diterima pada 2010-07-15.
- ^
a
b
"Another Korean Nuclear Issue"
. The Diplomat. 2010-07-19
. Dicapai pada
2010-08-14
.
- ^
"ITER official site"
. Iter.org
. Dicapai pada
2010-10-29
.
- ^
"South Korea wins landmark Gulf nuclear power deal"
. Reuters. 2009-12-29.
- ^
"All systems go for Jordan's first nuclear reactor"
. UPI.com. 2010-03-31.
- ^
"South Korea-Jordan sign $130M nuclear deal"
. World Nuclear News. 2010-07-27.
- ^
"Korea, Argentina Sign MOU for Nuclear Plant Project"
. Chosun Ilbo. 2010-09-18.
- ^
a
b
"Argentina eyes nuclear role in S. America"
. UPI.com. 2010-09-17.
- ^
"Korea nearing Turkey nuclear plant contract"
. Korea Times. 2010-06-15.
- ^
Sang-Hun, Choe (2010-07-13).
"U.S. Wary of South Korea's Plan to Reuse Nuclear Fuel"
.
The New York Times
.
- ^
"S. Korean Pyroprocessing Awaits U.S. Decision | Arms Control Association"
. Armscontrol.org. 2010-10-06
. Dicapai pada
2010-10-29
.
- ^
"Korea, Russia enter full-fledged space partnership"
. Korean Culture and Information Service. 3 July 2007
. Dicapai pada
2009-03-01
.
- ^
Korea Confirms Contact With Satellite Lost
, Space Daily, 2008-01-07. Diambil pada 2010-07-15.
- ^
Scientist Yi So Yeon becomes first Korean astronaut
, The Times, 2008-04-09.;
S Korean astronaut launches
, BBC News, 2008-04-08. Diambil pada 2010-07-15.
- ^
S. Korea Completes Work on Naro Space Center
, Korea Times, 2009-06-10. Diambil pada 2010-07-15.
- ^
Korean satellite lost shortly after launch
, Yonhap News, 2009-08-26. Retrieved 2010-07-15.
- ^
Insider: South Korea's Space Program
, World Politics Review, 2010-06-29. Retrieved 2010-07-15.
- ^
Naro-1 explodes after takeoff
, Joongang Daily, 2010-06-11. Retrieved 2010-07-15.
- ^
"South Korea's first rocket ready - at last"
. Asia Times. August 11, 2009. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2012-07-24
. Dicapai pada
21 Ogos
2010
.
- ^
"S. Korea DAPA commissioner confirms 500 km-range ballistic missile development research"
. The Hankyeoreh. 9 Oktober 2009
. Dicapai pada
21 Ogos
2010
.
- ^
[https://web.archive.org/web/20110429091956/http://www.mke.go.kr/language/eng/news/news_view.jsp?seq=7&srchType=1&srchWord=&tableNm=E_01_02&pageNo=1 Diarkibkan
2011-04-29 di
Wayback Machine
Special Report: [Business Opportunities] R&D].
Ministry of Knowledge Economy
, 2007-09-03. Diambil pada 2009-07-15.
- ^
"Robot parks, a world first"
.
JoongAng Daily
, 2009-02-13. Diterima pada 2009-07-15.
- ^
Android Has Human-Like Skin and Expressions
, Live Science, 2006-05-08. Diambil pada 2009-07-15.
- ^
Female Android Debuts in S. Korea
National Geographic,2006-05-15. Retrieved 2009-07-15;
(Korea)
EveR-3
, Yonhap News, 2009-04-20. Retrieved 2009-07-15.
- ^
Korean Robot English Teachers Are Go
, Popular Science, 2010-02-24. Retrieved 2010-07-15.
- ^
Korean Robot Game Festival
Diarkibkan
2011-05-14 di
Wayback Machine
, Official Site
- ^
"Bio International Convention Korea Country Profile"
(PDF)
. Bio2008.org. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 2011-09-17
. Dicapai pada
2010-10-29
.
- ^
AFP.
"Discovery Channel :: News ? Animals :: Endangered Wolf Cloned in South Korea"
. Dsc.discovery.com
. Dicapai pada
2010-04-25
.
- ^
"Biotechnology"
(PDF)
. Dicapai pada
2010-04-25
.
- ^
"Organisation for Economic Co-operation and Development"
. Pisa.oecd.org
. Dicapai pada
2010-02-18
.
- ^
"Broadband Korea: Internet Case Study"
(PDF)
. Dicapai pada
2010-02-18
.
- ^
"South Korea Now Open For Foreign Students"
. Education-blog.net. 2008-08-28. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2012-02-21
. Dicapai pada
2010-04-25
.
- ^
"South Korea"
.
CIA Country Studies
. Dicapai pada
2006-04-22
.
- ^
Populations for all cities as of 2005,
"Summary of Census Population (by administrative district/sex/age)"
.
NSO Database
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2010-10-05
. Dicapai pada
2009-05-11
.
- ^
World Population Prospects: The 2006 Revision
Diarkibkan
2020-04-21 di
Wayback Machine
. Source:
Population Division of the Department of Economic and Social Affairs of the United Nations Secretariat.
- ^
"Korea's Population Tops
50 Million
"
. English.chosun.com. 2010-02-01
. Dicapai pada
2010-04-25
.
- ^
Korea
Diarkibkan
2015-07-03 di
Wayback Machine
. CIA ? The World Factbook.
- ^
"
South Koreans Struggle With Race
". The New York Times. 1 November 2009.
- ^
"More Than
1 Million
Foreigners Live in Korea (According to the article, approximately 443,566 people are considered to be Chinese residents in South Korea with Korean ethnicity (朝鮮族)"
.
Chosun Ilbo
. 2009-08-06
. Dicapai pada
2009-10-18
.
- ^
Kostat.go.kr
, 大韓民國 統計廳
- ^
"US Soldiers in Korea Negative About Rotation to Middle East"
. Koreatimes.co.kr
. Dicapai pada
2010-04-25
.
- ^
"Foreign Teachers Unenthusiastic Over Culture Course"
. Koreatimes.co.kr. 2009-11-26
. Dicapai pada
2010-02-18
.
- ^
"South Korea"
.
CIA World Factbook
. 26 June 2009. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2015-07-03
. Dicapai pada
7 February
2011
.
- ^
"South Korea's birthrate world's lowest"
. koreatimes.co.kr. 2009-05-22
. Dicapai pada
2010-04-25
.
- ^
"South Korea: Lowest Birthrate in the World"
. LifeSiteNews.com. 2006-08-28
. Dicapai pada
2010-04-25
.
- ^
CIA ? The World Factbook 2008
Diarkibkan
2014-05-28 di
Wayback Machine
? Rank Order ? Life expectancy at birth
- ^
[2]
- ^
The result of
2010 Population and Housing Census of Korea
, Statistics Korea
- ^
According to figures compiled by the South Korean
National Statistical Office
.
"人口,家口/市道別 宗敎人口/市道別 宗敎人口 (2005年 人口總調査)"
.
NSO online KOSIS database
. Dicapai pada
2006-08-23
.
- ^
"Korea.net: The official website of the Republic of Korea ? Religion"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2010-03-06
. Dicapai pada
2011-05-05
.
- ^
"International Religious Freedom Report 2008 ? Korea, Republic of"
.
U.S. Department of State
. Bureau of Democracy, Human Rights, and Labor. 2009-01-22
. Dicapai pada
2010-01-31
.
- ^
Religion in Korea
, Asia Info Organization
- ^
"Constitution of the Republic of Korea"
. Constitutional Court of Korea.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 2008-03-23
. Dicapai pada
2009-06-26
.
- ^
a
b
Agence France-Presse
(2009-01-31).
"S. Korea president faces protests from Buddhists"
.
The Straits Times
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2010-12-05
. Dicapai pada
2009-01-31
.
- ^
Kim, Andrew Eungi (2000).
"Christianity, Shamanism, and Modernization in South Korea"
. CBS Interactive.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 2012-06-28
. Dicapai pada
2009-02-13
.
- ^
Moll, Rob (2009-03-01).
"Missions Incredible"
.
Christianity Today
. Christianity Today International
. Dicapai pada
2009-02-17
.
- ^
"Buddhism in Korea"
. Korean Buddhism Magazine, Seoul. 1997
. Dicapai pada
2009-02-17
.
- ^
"International Religious Freedom Report 2008 - Korea, Republic of"
.
United States Department of State
. 2009-09-19
. Dicapai pada
2009-02-17
.
- ^
"BBC ?Korean Zen Buddhism"
. Bbc.co.uk. 2002-10-02
. Dicapai pada
2010-04-25
.
- ^
"Islam takes root and blooms"
. Islamawareness.net. 2002-11-22
. Dicapai pada
2010-04-25
.
- ^
South Korea country profile
.
Library of Congress
Federal Research Division
(Mei 2005).
- ^
rate 2009
, OECD;
Harden, Blaine (18 April 2010). "A troubling trend in a prosperous society". Washington, DC: Washington Post. m/s. A10.
;
Suicide in South Korea
, The Economist, 2010-07-08. Diterima pada 2010-07-15.
- ^
John K. Fairbank, Edwin O. Reischauer and Albert M. Craig (1978).
East Asia: Tradition & Transformation
. Houghton Mifflin Company, Boston.
ISBN
039525812X
.
- ^
"Associated Organisations"
.
MCT Website
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 2005-12-24
. Dicapai pada
2006-04-11
.
See also
"Mission and Goal"
.
Korea Cultural Administration website
. Dicapai pada
2006-04-11
.
- ^
Korean painting
Diarkibkan
2010-07-30 di
Wayback Machine
, Asia Art
- ^
Korean Pottery and Celadon
, Asian Relocation Management Korea
- ^
Contemporary Korean Art in 1990s
, apexart, 1999
- ^
(Korea)
Whitney Biennal to come to Seoul again
, Seoul News, 2010-03-26. Retrieved 2010-07-13.
- ^
"Gwangju Biennale"
. Gb.or.kr
. Dicapai pada
2010-10-29
.
- ^
Korean Pavilion
, La Biennale di Venezia
- ^
Korean architecture
, Asian Info Organization
- ^
Focuses on Traditional Architecture
, Korea Times, 2010-03-31;
Photos of traditional Korean shelters
- ^
List of traditional Korean houses
, Asian Tradition in Architecture
- ^
"UNESCO World Heritage: Republic of Korea"
. Whc.unesco.org
. Dicapai pada
2010-10-29
.
- ^
Brief Review of Korea Modern Architecture
, Prof. Park Kil-ryong (Kukmin University), modified by Architectural Design Lab, GSNU.
- ^
Contemporary Korean architecture
, Asian Info Organization
- ^
Korean buildings that captivate world
, Asia News, 2010-01-15;
slow waters of Korean architecture
,
Joongang Daily
, 2009-04-16. Diambil pada 2010-07-10.
- ^
"
'
Korean Wave' piracy hits music industry"
. bbc.com. 2001-11-09
. Dicapai pada
2010-06-25
.
- ^
Seo Taiji
, KBS World
- ^
S.Korea's Screen Quota Hinders Market Access
Diarkibkan
2018-07-03 di
Wayback Machine
, KBS World, 2010-07-16.
- ^
"List of Korean dramas"
. Koreandrama.org. 2007-06-04
. Dicapai pada
2010-10-29
.
- ^
Top Five Mobile Phone Vendors
, International Data Corporation, 2010-01-29. Retrieved 2010-07-07.
- ^
Koreans love their mobile phones
, Joongang Daily, 2009-01-28. Retrieved 2010-07-07.
- ^
Terrestrial-DMB adds color to Korean lifestyle
, Asia Media, 2006-02-12;
Facts from 'Digital Korea'
, CNN Asia, 2007-10-16. Retrieved 2010-07-07.
- ^
Spot On: Tuning in to what's on in South Korea
, Gamespot, 2006-01-20.
- ^
Korea in a frenzy over StarCraft sequel
, The Australian, 2010-06-28. Retrieved 2010-07-07.
- ^
Taekwondo
Diarkibkan
2010-01-21 di
Wayback Machine
, World Taekwondo Federation]
- ^
(Korea)
Korea Martial Arts Federation
- ^
"the most popular spectator sport is football in Korea"
. Ebn.co.kr. 2009-08-19
. Dicapai pada
2010-10-29
.
- ^
"research about the most popular spectator sport in Korea"
. Gallup.co.kr. 2009-05-20
. Dicapai pada
2010-10-29
.
- ^
KOIS (2003), p.632.
- ^
Trading Markets.com. "S.Korean Game Developer NCsoft Interested in Pro Baseball." December 21, 2010. Accessed December 26, 2010.
http://www.tradingmarkets.com/news/stock-alert/ncscf_s-korean-game-developer-ncsoft-interested-in-pro-baseball-1382602.html
- ^
Yang-hee, Kim. "Professional baseball rising in popularity." The Hankyoreh. April 21, 2011. Dicapai pada 21 April 2011.
http://english.hani.co.kr/arti/english_edition/e_entertainment/474168.html
- ^
Wakabayashi, Daisuke and Park, Sungha. "Japan beats South Korea to be Baseball Champions." The Wall Street Journal. 24 Mac 2009. 20 November 2010.
http://online.wsj.com/article/SB123786547697822121.html
- ^
South Korea takes Olympics baseball gold
, L.A. Times, 2008-08-23. Dicapai pada 2010-07-07.
- ^
"ALIH Official site"
. Alhockey.com
. Dicapai pada
2010-10-29
.
- ^
"Dextro Energy International Triathlon Union World championship Series Seoul"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2010-06-09
. Dicapai pada
2010-06-26
.
- ^
"Formula 1 Official Site"
. Formula1.com
. Dicapai pada
2010-10-29
.
Kedudukan geografi
|
---|
|
|
---|
Kawasan
| | |
---|
Wilayah
| |
---|
Wilayah pemerintahan sendiri khas
| |
---|
Bandar khas
| |
---|
Bandar berautonomi khas
| |
---|
Bandar metropolitan
| |
---|
|
Ralat petik: Tag
<ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag
<references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan