Drama Korea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Drama Korea ( Hangul 韓國드라마 ; RR hanguk deurama ) atau drama-K ialah drama yang disiarkan dalam Bahasa Korea dan dibuat di Korea Selatan . Kebanyakan Drama Korea adalah dalam format minisiri dengan beberapa ciri yang berbeza daripada drama-drama yang dibuat di negara lain. Korea Selatan mula menyiarkan siri televisyen pada tahun 1960-an. Format terkini drama iaitu diantara 12 sehingga 24 episod bermula pada tahun 1990-an.

Format [ sunting | sunting sumber ]

Drama Korea biasanya diarahkan oleh seorang pengarah dan skrip ditulis oleh seorang penulis skrip tidak seperti siri televisyen Amerika Syarikat dimana kerap kali beberapa pengarah dan penulis skrip bekerja bersama-sama. [1] Drama Korea biasanya mempunyai hanya satu musim dengan 12 sehingga 24 episod. Drama sejarah (sageuk [2] ) mungkin lebih lama diantara 50 sehingga 200 episod tetapi ia juga disiarkan hanya satu musim.

Waktu siaran drama ialah pukul 10:00 sehingga 11:00 malam dengan episod pada dua hari berturut-turut: Isnin dan Selasa, Rabu dan Khamis serta hujung minggu. Drama-drama berlainan disiarkan menerusi saluran seluruh negara, Seoul Broadcasting System (SBS), Korean Broadcasting System (KBS), Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) dan menerusi saluran kabel, Joongang Tongyang Broadcasting Company (jTBC), Channel A , tvN dan Orion Cinema Network (OCN).

Slot petang pukul 7:00 sehingga 8:00 malam biasanya untuk drama harian yang disiarkan dari hari Isnin sehingga Jumaat. Drama-drama di dalam slot ini biasanya dalam format telenovella.

Siri Sageuk [ sunting | sunting sumber ]

Sageuk merujuk kepada mana-mana drama atau filem Korea sama ada berdasarkan tokoh-tokoh sejarah, menggabungkan peristiwa-peristiwa sejarah, atau menggunakan latar belakang sejarah. Dari segi teknikal perkataan sageuk bermaksud "drama sejarah," istilah ini biasanya dikhaskan untuk drama yang berlatarkan sejarah Korea. [3]

Siri kontemporari [ sunting | sunting sumber ]

Drama yang berlatarkan zaman kontemporari biasanya disiarkan hanya semusim diantara 12 sehingga 23 episod selama 60 minit.

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Chosun Ilbo 2007 .
  2. ^ Korea.net 2012 .
  3. ^ "Introduction to Sageuks" . Sageuk: Korean Historical Dramas . Dicapai pada 2016-03-01 .