Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
8 Ogos
merupakan
hari
ke-220 (hari ke-221 dalam
tahun lompat
) dalam
kalendar Gregory
. Tinggal 145 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan
Hari Bapa
di
Taiwan
.
- 1786
-
Michel-Gabriel Paccard
dan
Jacques Balmat
menyempurnakan pendakian direkodkan pertama
Mont Blanc
(gambar)
, gunung tertinggi di
Banjaran Alps
.
- 1876
-
Thomas Edison
menerima
paten
untuk
mesin mimeografnya
, salah satu perintis
mesin fotokopi
.
- 1929
?
Kapal udara
Jerman
LZ 127
Graf Zeppelin
memulakan
penerbangan mengelilingi
dunianya.
- 1930
-
Betty Boop
muncul buat kali pertama dalam
kartun
animasi
sebagai
watak
Talkartoon
oleh
Max Fleischer
.
- 1938
-
Holokus
: Salah satu kompleks
kem buruh paksa
terbesar di Eropah taklukan
Jerman
,
kem tumpuan Mauthausen-Gusen
, mula dibina.
- 1948
-
P. Ramlee
bersama rakan karibnya
Sukardi
bertolak dari
Butterworth
menuju ke
Singapura
untuk mengubah nasib hidupnya.
- 1958
-
Hamka
selesai menulis risalah yang ditujukan kepada
Syed Alwi bin Tahir Al-Hadad
yang bertajuk
Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor.
- 1967
-
Filipina
,
Indonesia
,
Malaysia
,
Singapura
dan
Thailand
mengasaskan
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara
(ASEAN).
- 1967
- Penerbangan perdana
Boeing 737-200
.
- 1988
- Satu siri
perarakan, bantahan, tunjuk perasaan dan rusuhan
terhadap
negara satu parti
Parti Program Sosialis Burma
di Myanmar bermula.
- 1988 - Pelancaran
Indovision
, sebuah stesen
televisyen satelit
Indonesia.
- 1991
-
Struktur kedua tertinggi
pernah dibina, , dan tertinggi ketika itu,
tiang radio Warsaw
(gambar)
setinggi 646.38
m
runtuh.
- 2011
- Kekacauan awam di
Tottenham
merebak
ke seluruh
London
dan sebahagian
England
.
- 2012
-
Majlis Peralihan Kebangsaan
Libya menyerahkan kuasa kepada
Kongres Kebangsaan Am
yang baru dilantik.