Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
2 Jun
merupakan
hari
ke-153 (hari ke-154 dalam
tahun lompat
) dalam
kalendar Gregory
. Tinggal 212 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan :
- 455
- Puak
Vandal
dengan diketuai
Raja Gaiseric
menjarah
Rom
(gambar)
.
- 1098
-
Perang Salib Pertama
:
Pengepungan Antioch
pertama berakhir apabila angkatan
Salibi
berjaya menawan bandar itu.
- 1800
- Pemvaksinan
cacar
pertama diberikan di Amerika Syarikat.
- 1852
-
Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
bersama-sama dengan pengikutnya seramai 30 orang datang bermalam dan memancing di
Rumah api
Horsburgh
yang terletak di atas Pulau
Batu Puteh
, dalam wilayah Kesultanan
Johor
.
- 1865
- Angkatan tentera di bawah Jeneral
Edmund Kirby Smith
menjadi angkatan
Negeri-Negeri Gabungan Amerika
yang terakhir untuk menyerah kalah dalam
Perang Saudara Amerika
.
- 1886
-
Grover Cleveland
menjadi satu-satunya
Presiden A.S.
yang berkahwin di
Rumah Putih
apabila beliau mengahwini
Frances Folsom
.
- 1924
-
Presiden Amerika Syarikat
Calvin Coolidge
menandatangani
Akta Kewarganegaraan Indian 1924
, memberikan
kewarganegaraan
kepada semua penduduk
Pribumi Amerika
yang lahir di Amerika Syarikat.
- 1946
-
Kelahiran Republik Itali
(gambar bendera)
: Itali menjadi sebuah
republik
dan membubarkan
pemerintahan beraja
, menggulingkan
Raja Umberto II
.
- 1953
-
Kemahkotaan
Ratu
Elizabeth II dari United Kingdom
menjadi kemahkotaan United Kingdom pertama yang disiarkan di
televisyen
.
- 2003
- Misi planet pertama
Agensi Angkasa Eropah
,
kuar angkasa lepas
Mars Express
, dilancarkan dari
Kosmodrom Baikonur
, Kazakhstan.
- 2009
-
Mauricio Funes
dilantik sebagai
Presiden El Salvador
.
- 2009 - Bumbung utama
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
(gambar)
di Gong Badak,
Kuala Terengganu
,
Terengganu
, Malaysia runtuh.
- 2010
-
Perdana Menteri Jepun
Yukio Hatoyama
meletak jawatan, menjadi orang keempat menarik diri sejak 2006.
- 2013
-
Rami Hamdallah
dilantik sebagai
Perdana Menteri Palestin
, menggantikan
Salam Fayyad
.