Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014
, secara rasmi dikenali sebagai
XXII Olympic Winter Games
, ialah acara pelbagai sukan musim sejuk utama yang diadakan dari 7 Februari hingga 23 Februari 2014. Tuan rumah,
Sochi
,
Rusia
, telah dipilih pada 4 Julai 2007, semasa sesi
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
(IOC) ke-119 di
Kota Guatemala
,
Guatemala
.
[2]
Ini merupakan kali pertama Rusia menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk (
Kesatuan Soviet
pernah menganjurkan
Sukan Olimpik Musim Panas 1980
di
Moscow
). Majlis pembukaan dilangsungkan pada 7 Februari 2014 di
Stadium Olimpik Fisht
.
Sejumlah 98 acara dalam 15 disiplin sukan musim sejuk telah dipertandingkan dalam Sukan Olimpik ini. Beberapa pertandingan baharu?12 jika diasingkan mengikut jantina?disertakan dalam edisi kali ini, antaranya
biatlon
berganti-ganti campuran,
lompat ski
wanita,
luncur ais berbunga
berpasukan campuran,
luge
berpasukan campuran, ski
halfpipe
,
slopestyle
ski dan papan luncur salji, dan
slalom selari
papan luncur salji. Acara-acara sukan ini diadakan di sekitar dua gugusan lokasi; Taman Olimpik yang dibina di
Lembah Imeretinsky
Sochi di persisir
Laut Hitam
, dengan
Stadium Olimpik Fisht
dan lokasi dalam Sukan terletak dalam jarak berjalan, dan acara salji di
bandar peranginan
Krasnaya Polyana
.
Upacara penutup diadakan pada 23 Februari 2014 antara 20:14 dan 22:25
MSK
(
UTC+4
) di
Stadium Olimpik Fisht
di
Sochi
.
[3]
Setakat akhir 2013, anggaran kos keseluruhan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 ini telah mencapai
AS$
51 bilion.
[4]
Anggaran ini termasuklah kos projek infrastruktur Sochi (jalan, landasan, stesen kuasa). Jumlah ini ialah empat kali ganda belanjawan asal $12 bilion (berbanding $8 bilion yang dibelanjakan oleh Vancouver bagi
Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010
), dan menjadikan edisi 2014 sebagai Sukan Olimpik termahal dalam sejarah, mengatasi anggaran kos $44 bilion
Sukan Olimpik Beijing 2008
.
[5]
Dengan suhu Februari purata 8.3 °C (42.8 °F) dan
iklim subtropika lembap
, Sochi ialah bandar terpanas yang pernah menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk.
[6]
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang mengambil bahagian
[
sunting
|
sunting sumber
]
Rekod baharu
Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014
telah dicatatkan di
Sochi
apabila 88 negara disahkan untuk bertanding dalamnya, mengalahkan rekod sebelumnya yang tercatat oleh
Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010
di mana hanya 82 kontinjen berkelayakan untuk bertanding dalamnya. Bilangan atlet yang layak bagi setiap negara telah disenaraikan di bawah. Tujuh negara baharu yang belum pernah bertanding di Olimpik Musim Sejuk sebelum ini ialah
Dominica
,
Malta
,
Paraguay
,
Timor Leste
,
Togo
,
Tonga
, dan
Zimbabwe
.
Penyertaan
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan
(Bilangan atlet yang layak bertanding)
|
|
Negara-negara yang mengambil bahagian dalam 2010, tetapi tidak 2014.
|
Negara-negara yang mengambil bahagian pada tahun 2014, tetapi tidak pada tahun 2010.
|
|
|
a
Atlet
India
asalnya bertanding sebagai
Peserta Olimpik Bebas
dan berarak di bawah
Bendera Olimpik
semasa Upacara Pembukaan. JOK
India
telah digantung pada Disember 2012 atas proses pilihan raya
Persatuan Olimpik India
.
[7]
Pada 11 Februari, Persatuan Olimpik India telah dibentuk semula dan atlet India dibenarkan untuk bertanding di bawah bendera mereka sendiri dari masa itu dan seterusnya.
[8]
*
Tuan rumah (Rusia)