Sukan Olimpik 2004
(
bahasa Inggeris
:
2004 Summer Olympics
,
Yunani
:
Θερινο? Ολυμπιακο? Αγ?νε? 2004
,
Therinoi Olympiakoi Agones 2004
) atau secara rasminya
Sukan Olimpik XXVIII
(
bahasa Inggeris
:
Games of the XXVIII Olympiad
), dan turut dikenali sebagai
Athens 2004
, merupakan
acara pelbagai sukan
yang diadakan di
Athens
,
Yunani
dari
13 Ogos
hingga
29 Ogos
2004
. Sebanyak 10,625 orang atlet yang menyertai
[1]
(lebih 600 daripada yang dijangkakan oleh penganjur) serta diiringi oleh 5,501 pegawai pasukan dari 201 buah negara.
[1]
Temasya ini menandakan kali pertama semua negara yang mempunyai
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan
menyertai Sukan Olimpik sejak
Sukan Olimpik 1996 di Atlanta
. Temasya ini juga menyaksikan Sukan Olimpik kembali ke tempat asalnya. Athens turut merupakan bandar yang keempat untuk menganjur dua edisi Sukan Olimpik selepas
Paris
,
London
dan
Los Angeles
. Terdapat 301 acara dalam 28
acara sukan
yang berbeza telah dipertandingkan.
[1]
Athens diumumkan sebagai tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2004 pada 5 September 1997 semasa
Sesi IOC ke-106
yang dianjurkan di
Lausanne
.
[2]
Athens pernah membida untuk
Sukan Olimpik Musim Panas 1996
tetapi gagal.
[3]
Ekoran daripada itu, mereka telah mempelajari daripada kesilapan mereka semasa 1996 dan mengambil tindakan untuk menambah baik kritikan dan masalah yang telah diajukan.
[4]
Sejak
Sukan Olimpik Musim Sejuk 1968
di
Grenoble
,
Perancis
, setiap Sukan Olimpik mempunyai maskot yang tersendiri. Bagi edisi 2004, maskot rasmi merupakan
Athina
dan
Phevos
, yang merupakan kakak dan abang. Nama mereka berasal daripada
Athena
(dewi kebijaksanaan, perancangan dan perang) dan
Phoebus
, (dewa cahaya dan muzik). Mereka berilham oleh
daidala
kuno, sejenis patung yang digunakan untuk tujuan keagamaan.
[5]
Untuk kali pertama, penyiar utama dibenarkan untuk serve liputan video Olimpik melalui
Internet
, asalkan mereka mengehadkan perkhidmatan geografi, untuk melindungi kontrak-kontrak penyiaran di kawasan lain. Misalnya,
BBC
membuat liputan secara langsung yang lengkap kepada pelanggan-pelanggan Internet laju UK dengan percuma; para pelanggan
Amerika Syarikat
hanya berupaya menerima siaran tertangguh.
[6]
IOC melarangkan atlet, jurulatih, kakitangan dan pegawai lain daripada mewujudkan weblogs dan/atau laman web yang lain untuk meliputi temasya tersebut daripada perspektif mereka. Mereka dilarang memuat naik audio, video atau gambar yang telah diambil. Pengecualian diberi kepada atlet yang telah mempunyai laman web peribadi mereka yang bukan diwujudkan khas untuk temasya tersebut.
[7]
NBC
melancarkan laman web Olimpik tersendiri, NBCOlympics.com. Tertumpu dalam liputan televisyen temasya tersebut, platform tersebut juga mempunyai video, pungutan pingat dan keputusan secara langsung berkaitan temasya tersebut. Namun tujuan utamanya adalah untuk memaparkan jadual waktu bagi acara-acara yang disiarkan di NBC Universal. Penyiaran televisyen adalah sepanjang 24 jam setiap hari di beberapa saluran.
Acara Sukan Olimpik Musim Panas 2004
|
|
Berikut merupakan sepuluh
negara
teratas yang memenangi pingat di Sukan Olimpik ini:
[8]
Beberapa prasarana telah dibina oleh kerajaan Yunani untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2004, antaranya termasuklah
Lapangan Terbang Antarabangsa Eleftherios Venizelos
(lapangan terbang moden yang menjadi gerbang masuk baharu ke Yunani)
[9]
, pemanjangan sistem metro Athens
[10]
, sistem tram yang baharu
[11]
, laluan kereta api yang baharu yang menghubungkan kawasan suburban dan lapangan terbang dengan bandaraya Athens, lebuh raya yang baharu
[12]
dan pengubahsuaian jalan raya ke laluan pejalan kaki di sekitar lokasi bersejarah.
[13]
[14]
Namun, terdapat juga beberapa impak yang negatif bagi kerajaan Yunani dan bandar Athens. Beberapa tempat pertandingan yang pernah menganjurkan acara sukan semasa Sukan Olimpik telah dibiarkan.
[15]
Penganjuran Sukan Olimpik 2004 juga dikaitkan dengan
krisis hutang yang berlaku di Yunani
dari tahun 2010 hingga 2018.
[16]
Didahului oleh
Sydney
|
Sukan Olimpik Musim Panas
Athens
XXVIII Olympiad
(2004)
|
Diikuti oleh:
Beijing
|