Naguib Mahfouz
(11 Disember 1911 ? 20 Ogos 2006) ialah seorang
novelis
Mesir
yang memenangi
Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan
pada tahun 1988 . Beliau bersama dengan
Tawfiq el-Hakim
dianggap sebagai penulis Kesusasteraan Arab pertama yang meneroka tema
eksistensialisme
.
Naquib lahir dalam keluarga Islam kelas pertengahan di
Gamaleyya
,
Kaherah
. Mahfouz dinamakan sempena nama Profesor
Naguib Pasha Mahfouz
(1882 1974). Naquib Mahfouz merupakan anak bongsu dari 7 beradik - lima lelaki dan dua perempuan - dalam sebuah keluarga
Islam
warak
.
[1]
Keluarga itu hidup di kejiranan el-Gamaleyya pada 1924 sebelum kemudian pindah ke el-Abbaseyya
Kaherah
; Di Gamaleyya lah kebanyakan latar belakang hasil tulisan beliau.
Bapanya, Mahfouz, seorang kakitangan awam. disifatkan sebagai berfikiran "lama", adalah seorang Pada zaman kanak-kanaknya , Naquib banyak membaca, malah beliau menerima didikan Islam secara tuntas.
[1]
Ibunya sering membawa dia ke kawasan-kawasan ber
sejarah Mesir
sampailah sejauh
Universiti al-Azhar
, pengalaman ini kemudian menjadi satu tema utama dalam banyak karyanya.
[1]
Revolusi Mesir 1919
memberi kesan kuat pada jiwa muda Mahfouz yang pada masa itu hanya berumur tujuh tahun; beliau sering terganggu memerhatikan pertembungan antara
tentera penjajah British
dengan para penunjuk perasaan tidak kira lelaki dan wanita dari rumahnya
Pendidikan, kerjaya awal sebagai pegawai
[
sunting
|
sunting sumber
]
Selepas menyempurnakan pendidikan menengahnya, Naguib Mahfouz memasuki Universiti Raja Fouad I, kini dikenali sebagai
Universiti Kaherah
dalam jurusan falsafah. Pada 1936, dia menyambung pelajaran peringkat sarjana. Seterusnya dia memutuskan untuk menjadi penulis profesional. Naguib Mahfouz kemudiannya menjadi
wartawan
akhbar er-Risala, dan menyumbang artikel di el-Hilal dan Al-Ahram. Orang Mesir sangat meminati rencana beliau khususnya idea-idea
sains
dan
sosialisme
dalam 1930-an seperti tulisan
Salama Moussa
.
Naguib menjadi Menteri Agama di Mesir. Kemudian di Kementerian Kebudayaan dan dan membangunkan industri perfileman Mesir. Naguib meninggalkan jawatannya sebagai Pengarah Penapisan Filem .Dia menjadi
editor
untuk akhbar terkemuka
Al-Ahram
pada 1969 . Dia juga seorang ahli lembaga Dar el-Ma'aref, sebuah firma penerbitan. Kebanyakan novelnya telah disiarkan secara bersiri dalam el-Ahram, dan tulisannya juga muncul dalam ruangan mingguannya, "Sudut Pandangan".
Tumpuan kerja beliau pada 1950-an adalah trilogi
Ath-thal?thiyah
; novel berketebalan 1,500 halaman ini dilatarkan di sekitar Kaherah di mana dia membesar mengisahkan perjalanan hidup el-Sayyed Ahmed Abdel Gawad dan keluarganya selama tiga generasi di
Kaherah
daripada
Perang Dunia I
hingga 1950-an apabila
Raja Farouk
digulingkan. Novelnya mengandungi kepelbagaian watak dan pengertian psikologi.Oleh itu hasil kerja beliau dikaitkan dengan penulis-penulis terkenal seumpama
Balzac
,
Dickens
,
Tolstoy
, dan
Galsworthy
.
Naguib Mahfouz berhenti menulis setelah menghabiskan trilogi, lagi-lagi kerana rasa kecewanya dengan rejim
Presiden Gamel Abdel Nasser
yang telah menjatuhkan pemerintahan beraja pada 1952. Namun itu (1959) dia kembali produktif dengan menghasilkan pelbagai
novel
,
cerpen
, kewartawanan,
memoir
, dan lakon layar.
Mahfouz menyokong usaha
Presiden Mesir
Anwar Sadat
untuk menjayakan
Perjanjian Camp David
dengan Israel pada 1978; pendirian ini menyebabkan buku-bukunya diharamkan di beberapa
negara Arab
.
Selepas gemparnya berita bahawa
Ayatollah Ruhollah Khomeini
memberi
fatwa
hukuman mati ke atas
Salman Rushdie
kerana pengkaryaan novel
The Satanic Verses
yang dianggap "menghina" keutuhan sejarah Islam, Naguib segera mempertahankan Salman; meskipun Naguib sendiri tidak menyukai
The Satanic Verses
yang dianggapnya menghina Islam, beliau masih berpegang kepada pendapat seseorang
pengkarya bebas meluahkan suara sendiri
walaupun tidak selari dengan Rushdie. Naguib mengutuk tindakan Ayatollah tersebut yang dianggapnya sebagai 'pengganas'.
[2]
Dia juga menyertai 80 intelektual lain mengecam hukuman bunuh yang dikenakan terhadap penulis.
[3]
Kontroversi ini turut mendorong kembalinya tumpuan turut diialami novel
Awlad Haretna
. di mana suatu ancaman bunuh terhadap Mahfouz dikeluarkan oleh seorang syeikh buta, bernama
Omar Abdul-Rahman
. Sejak itu Naguib diberi perlindungan polis.
Pada tahun 1988, Mahfouz dianugerah Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan setaraf dengan
Bertrand Russell
dan
Halldor Laxness
. Tokoh ini sesatunya penulis Arab yang berjaya mendapat anugerah seperti itu; pada ketika ini juga semua karya-karya yang pernah diharamkan di seberapa negara Arab dapat diedarkan semula.
Pada 1994, pelampau Islam hampir berjaya membunuh novelis berumur 82 tahun ini dengan menikam leher ketika beliau berada di luar rumah di
Kaherah
. Dia terselamat tetapi saraf-saraf tangan kanannya terjejas teruk - hal ini menyebabkan beliau sukar memegang sebatang pen atau sebatang pensel lalu Naguib tidak mampu lagi menulis lama-lama, sebaliknya dengan bantuan seorang penulis dilatihnya bernama Ahmad Kamal Aboul-Magd. Diaturut hidup dengan dikawal pengawal peribadi setiap masa.
Walaupu hampir buta di saat-saat tuanya dia terus juga menulis. Dia mengidap
ulser
berdarah, kegagalan
buah pinggang
dan serangan jantung.
Pada Julai 2006, Mahfouz cedera di kepala setelah terjatuh, beliau meninggal dunia akibat komplikasi yang terbawa dari kecederaan ini pada 30 Ogos 2006 di Hospital Kaherah. Mahfouz diberi pengkebumian negara dengan iringan tentera pada 31 Ogos 2006 di
Kaherah
. Jenazahnya dikebumikan di perkarangan Masjid el-Rashdan pinggir kota tersebut.
Kebanyakan karya Mahfouz bermula di el-Gamaleyya. Abath Al-Aqdar (Cemuhan Takdir - Mockery of the Fates) (1939), Radubis (1943), dan Kifah Tibah (The Struggle of Tyba - Perjuangan Bagi Tyba) (1944), merupakan novel sejarah dan belum disiapkan sepenuhnya.Dia mendapat inspirasi dari
Walter Scott
(1771 1832) untuk menulis sejarah lengkap Mesir dalam satu siri buku. Bagaimanapun, siri ketiga novel Mahfouz terarah kepada cerita masyarakat marhaen.
Novel 1960-an dan 1970-an banyak mengunakan
monolog
dalaman.Dalam novel Miramar (1967), dia menggunakan teknik penceritaan berbilang melalui dari
sudut pandang
seorang
Sosialis
dan pandangan penyokong Gamal Abdel Nasser yang mementingkan diri.
Arabian Nights and Days (1981 dan The Journey of Ibn Fatouma (1983) , Naguib menjadikan penceritaan
bahasa Arab klasik
sebagai subteks. Novel Akhenaten dan Dweller in Truth (1985) memaparkan konflik antara kpercayaan lama dan kepercayaan baru.
Kebanyakan novel beliau ditulis secara bersiri, termasuk
Children of Gebelawi
dan
Midaq Alley
(Lorong Midaq ). Novel ini telah diadaptasi oleh penerbit filem Mexico dan dilakonkan leh
Salma Hayek
(El callejon de los milagros) .Di
Malaysia
,
sasterawan negara
Abdullah Hussain
telah menterjemahkan novel Midaq Alley kepada Lorong Midaq.
Mahfouz memaparkan pembangunan negara Merir abad 20. Dia menggabungkan pengaruh kebudayaan Barat dan Timur; antaranya ialah kisah detektif barat, klasik
Rusia
, dan penulis-penulis
modenis
seperti
Marcel Proust
,
Franz Kafka
dan
James Joyce
.
Naguib sangat menyokong semangat
nasionalisme
Mesir
dalam kebanyakan karyanya.Semua itu ditonjolkan pada sebelum
Perang Dunia II
dan era Parti Wafd. Dia juga tertarik dengan fahaman
sosialis
dan
demokratik
pada zaman belianya.Aliran sosialis amat jelas dalam novel Al-Khalili dan New Cairo.
Naguib menyenangi aliran
sosialisme
dan
demokrasi
dan membenci
ekstremisme
Islam
dan radikal Islam di Mesir. Dia mengenali
Sayyid Qutb
semasa muda belia. Dia mengkritik
fundamentalisme
Islam
.Sayyid Qutb adalah pembina aliran persaudaraan Islam. Sayyid Qutb telah mengenali bakat penulisan Mahfouz pada 1940-an. Naguib Mahfouz melawat Qutb ketika terlantar di hospital iaitu pada 1960-an iaitu di akhir hayat Qutb.Dalam novel semi
autobiografi
bertajuk 'Mirror' , Naguib menggambarkan wajah
Sayyid Qutb
dari sudut negatif.
Dia sangat kecewa dengan Revolusi 1952 dan kekalahan Mesir
Perang Enam Hari
1967. Dia menentang revolusi 1957 kerana bertentangan dengan prinsip hidup beliau.
Beliau berhasil menulis 34 buah novel, lebih 350 cerpen, berdozen skrip filem dan lima drama. Kebanyakan hasil karyanya telah difilemkan.
|
---|
1901?1925
| |
---|
1926?1950
| |
---|
1951?1975
| |
---|
1976?2000
| |
---|
2001?kini
| |
---|