Malta
atau nama rasmi,
Republik Malta
(
Malta
:
Repubblika ta' Malta
;
Inggeris
:
Republic of Malta
;
Jawi
:
?
???????? ?????
?
?
) ialah sebuah negara kepulauan di selatan
Eropah
yang terdiri daripada kepulauan di tengah-tengah
Laut Mediterranean
yang berada betul-betul di selatan
Itali
. Kedudukannya yang strategik telah menyebabkan Malta dijajah dan diperintah oleh pelbagai kuasa selama beberapa
abad
.
Asal perkataan
Malta
adalah tidak jelas dan variasi perkataan itu diambil dari Bahasa Malta. Etimologi yang paling banyak diterima adalah kata
Malta
itu berasal daripada kata Yunani ,
meli
(μ?λι), 'madu'. Orang Yunani kuno menamakan pulau itu
Melit?
(Μελ?τη) yakni 'madu manis', mungkin kerana Malta menghasilkan madu unik dari sebuah jenis lebah endemik di pulau itu. Orang Rom kemudian memanggil pulau itu dengan nama
Melita
yang dianggap sebagai perumian dari kata Yunani (Μελ?τη) atau sebagai adaptasi pengucapan dialek Yunani Dorik bagi perkataan sama Μελ?τη.
[10]
Malta mendapat kemerdekaan pada 21 September 1964 daripada
United Kingdom
. Pada asalnya, Malta mengiktiraf
Elizabeth II
sebagai Ratu Malta, tetapi menjadi republik pada 13 Disember 1974, dan ketua negara digantikan dengan seorang
Presiden
.
Pada 16 Julai 1990, menteri luar negeri,
Guido de Marco
memohon agar Malta menyertai
Kesatuan Eropah
(EU).
[11]
Sebuah referendum pada 8 Mac 2003 membawa kepada keputusan yang menyokong kemasukan ke EU.
[12]
Perdana Menteri
Eddie Fenech Adami
menandatangani perjanjian kemasukan ke EU pada 16 April 2003 di
Athens
,
[13]
dan secara rasminya menyertai EU pada 1 Mei.
[14]
Malta kemudiannya menyertai
zon euro
pada 1 Januari 2008.
[15]
Keluasan Malta ialah kira-kira 316 km
2
, negara kesepuluh terkecil di dunia.
[16]
Malta ialah sebuah negara kepulauan di
Laut Mediterranean
dengan tiga pulau utama, iaitu
Malta
(246 km²),
Gozo
(67.1 km²) dan
Comino
(2.8 km
2
).
[17]
Pulau-pulau ini sahaja yang dihuni masyarakat negara. Malta tidak memiliki sungai atau tasik yang kekal. Titik tertinggi Malta ialah Ta' Dmejrek dengan ketinggian 253 meter.
Iklim di Malta ialah
iklim Mediterrainean
.
[17]
Malta memiliki
musim panas
bersuhu tinggi dan
musim sejuk
yang sederhana. Hujan biasanya turun pada
musim luruh
dan sejuk, dan musim panas di Malta ialah kering secara lazim.
Malta mengamalkan sistem
republik
dengan sistem parlimen yang menyerupai
sistem Westminster
.
[18]
Presiden Malta
bertindak sebagai
ketua negara
dan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan.
Parlimen Malta
terdiri daripada satu dewan yang memiliki 67 buah kerusi setakat kini.
Pembahagian pentadbiran
sunting
Malta secara asasnya terbahagi kepada lima kawasan dengan pentadibran sendiri yang bertindak sebagai perantara antara kerajaan kebangsaan dan tempatan.
[19]
Di bawah pentadbiran ini ialah 68 buah badan perbandaran tempatan.
Bancian pada 2011 meletakkan angka jumlah penduduk Malta pada 408,000 orang.
[20]
Jumlah penduduk ini menjadikan Malta sebagai negara paling padat penduduk di Kesatuan Eropah dengan 1,282 orang/km
2
. Anggaran kadar kesuburan penduduk Malta ialah 1.45 orang anak per perempuan.
Perlembagaan negara mengiktiraf dua bahasa,
bahasa Malta
dan
bahasa Inggeris
dengan keutamaan diberi terhadap bahasa Malta.
[18]
Kristian Katolik
ialah agama rasmi Malta menurut perlembagaan,
[18]
dan agama hampir keseluruhan penduduk Malta, yakni kira-kira 93.9% penduduk negara setakat 2018.
[21]
Kira-kira 4.5% penduduk dikatakan tidak terikat dengan sebarang agama, salah satu angka terendah dalam kalangan negara Eropah.
[21]
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi
Malta
.
|
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{
tunas
}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.