P.W. Botha
atau nama penuhnya
Pieter Willem Botha
(
12 Januari
1916
-
31 Oktober
2006
) adalah
Perdana Menteri
Afrika Selatan
antara
1978
dan
1984
serta Presiden Afrika Selatan antara
1984
dan
1989
. Beliau merupakan ketua eksekutif yang paling lama di negara ini, iaitu selama 11 tahun. Botha juga merupakan Perdana Menteri Afrika Selatan terakhir apabila jawatan ini dimansuhkan pada
1984
. Beliau terkenal sebagai seorang yang panas baran dengan gaya kepimpinan
autoritarian
dan telah diberi gelaran "
die groot krokodil
", iaitu
bahasa Belanda
yang bermaksud "
buaya
yang besar".
Botha dilahirkan di sebuah kawasan ladang di
Paul Roux
,
Negara Bebas Oranye
. Ayahnya yang juga bernama Pieter, merupakan seorang tentera yang pernah menentang pihak British sewaktu
Perang Boer Kedua
(1899?1902). Pada 1934, P.W. Botha telah memasuki Grey University College (kini
University of the Free State
) di
Bloemfontein
untuk mempelajari bidang
undang-undang
. Namun, beliau telah meninggalkan alam universiti pada usia 20 tahun untuk menyertai arena politik. Pekerjaan politiknya yang pertama dalam
Parti Kebangsaan
ialah sebagai pengelola politik
political organiser
di wilayah bersebelahan iaitu
Cape Province
.
Pada 1943, Botha telah berkahwin dengan Anna Elizabeth Rossouw atau lebih dikenali sebagai Elize, dan mereka telah dianugerahkan dengan lima cahaya mata; dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.
Botha adalah penyokong kuat
Parti Kebangsaan
dan pemisahan perkauman serta sistem
aparteid
. Beliau dipilih ke
parlimen
pada
1948
dan menjadi Menteri Pertahanan pada
1966
. Sewaktu menjadi Menteri Pendidikan kaum Bantu, beliau telah membuat polisi kontoversi iaitu pengenalan bahasa Afrikaan di sekolah-sekolah. Ini telah mencetus kemarahan pelajar-pelajar kulit hitam yang menganggap bahasa ini sebagai bahasa "bangsa penindas". Pada
1976
, para pelajar di Soweto telah merusuh dan ia berakhir dengan
peristiwa berdarah di Soweto
. Apabila Perdana Menteri
B.J. Vorster
meletak jawatan pada 1978, Botha menjadi penggantinya.
Pada
1983
,
perlembagaan
Afrika Selatan diubah dan jawatan
Perdana Menteri
ditukar kepada
Presiden
. Botha menjadi Presiden Eksekutif pertama di Afrika Selatan pada 1984.
Sebagai presiden, Botha mempunyai cita-cita yang besar termasuk memulakan program
senjata nuklear
dan penaklukan negeri jiran di
Namibia
. Beliau juga telah melancarkan operasi ketenteraan terhadap
Angola
pada tahun
1981
. Gaya kepimpinannya yang
autoritarian
telah menjadikan beliau tidak popular di negara-negara barat. Ramai yang menuduhnya sebagai pemimpin yang zalim dan
diktator
yang mengamal
rasisme
. Malah kerajaan di
Amerika Syarikat
dan
United Kingdom
hampir-hampir mengadakan
sekatan perdagangan
terhadap Afrika Selatan untuk melemahkan Botha dan
regim
minoriti
kulit putihnya
.
Walaupun begitu, perlaksanaan aparteid sewaktu oleh kerajaan Botha adalah tidak seteruk pemimpin sebelumnya. Sewaktu beliau berkuasa, Botha membenarkan
perkahwinan
berlainan bangsa dan juga memberi kebebasan berparti politik kepada kaum bukan kulit putih (tetapi tidak termasuk
kaum kulit hitam
). Beliau juga melonggarkan
akta
yang dipanggil "Akta Kawasan-kawasan Kelompok" ("
Group Areas Act
"), yang melarang kaum bukan kulit putih dari membuat penempatan di kawasan tertentu, dan memberi hak berpolitik terhad kepada kaum berwarna, iaitu kaum yang berasal daripada perkahwinan campur kulit putih dengan yang bukan putih) dan kaum berbangsa
India
. Namun beliau masih menolak idea memberi hak mengundi kepada kaum kulit hitam di Afrika Selatan. Botha hanya sanggup berkompromi dalam perkara aparteid yang tidak berkaitan dengan
politik
.
Kedegilan Botha untuk berkompromi telah mengakibatkan Parti Kebangsaan berpecah kepada beberapa kumpulan. Pada 1989, bantahan di dalam
kabinet
dan partinya serta serangan
angin ahmar
telah memaksa beliau meletak jawatan, dan beliau digantikan oleh
Frederik W. de Klerk
. Akibat serangan angin ahmar tersebut, beliau telah menjadi
lumpuh
dibahagian kiri badannya. Lima tahun kemudian, de Klerk menghapuskan sistem aparteid dan mengadakan
pilihan raya
bebas yang pertama di Afrika Selatan yang dimenangi oleh parti
Kongres Kebangsaan Afrika
di bawah pimpinan
Nelson Mandela
.
Botha dan isterinya telah bersara di rumahnya,
Die Anker
, di bandar
Wilderness
, 350 km timur
Cape Town
di pesisiran pantai Lautan Hindi. Sejak persaraannya, beliau telah sembunyi daripada kacamata pihak media.
Botha enggan memberi keterangan dihadapan Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi bagi mendedahkan jenayah aparteid yang dilakukannya sewaktu beliau menerajui kerajaan Afrika Selatan. Suruhanjaya ini yang diketuai oleh musuhnya yang paling ketat Biskop Agung
Desmond Tutu
telah mendapati bahawa beliau bersalah kerana mengarahkan pengeboman ibupejabat
Majlis Gereja-Gereja Afrika Selatan
di
Johannesburg
. Walaupun begitu, beliau tidak mengendahkan tuduhan suruhanjaya tersebut, malah menggangapnya sebagai satu "pertunjukan sarkas".
[1]
Pada Ogos 1998 beliau telah dikenakan denda dan hukuman penjara
suspended jail sentence
kerana keengganannya memberi keterangan terhadap tuduhan pelanggaran hak asasi manusia dan keganasan yang dilakukan sewaktu beliau menjadi presiden
State Security Council
.
[2]
Isteri kesayangannya Elize telah meninggal dunia pada
1997
, dan beliau kemudian mengahwini Barbara Robertson pada 22 Jun, 1998. Botha meninggal dunia akibat serangan
sakit jantung
di rumahnya pada 31 Oktober 2006, pada usia 90. Mantan Presiden
Nelson Mandela
telah dilaporkan berkata "walaupun ramai yang menganggap En. Botha akan kekal sebagai simbol aparteid, kami juga mengingati usahanya mengambil langkah kearah perundingan secara aman bagi negara kita."
[3]
Keluarganya telah menolak tawaran pengkebumian negara
state funeral
dan akan mengadakan pengkebumian pada 8 November ini.
Didahalui oleh:
B.J. Vorster
(Perdana Menteri Afrika Selatan)
|
Perdana Menteri Afrika Selatan ke-9
|
Digantikan oleh:
Jawatan dihapuskan
|
Templat:Perdana Menteri Afrika Selatan
|
---|
Zaman Apartheid
(1961?1994)
Staatpresident
atau
State President
| | |
---|
Zaman Pasca-Apartheid
(sejak 1994)
| |
---|
*Penjawat pangkuan
|