Thabo Mvuyelwa Mbeki
[4]
(lahir 18 Jun 1942,
Idutywa
,
Queenstown, Eastern Cape
) merupakan ahli politik
Afrika Selatan
yang telah berkhidmat sebagai
Presiden Afrika Selatan
semenjak tahun 1999
[2]
sehingga September 2008.
[1]
Pada
20 September
2008
, beliau telah mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan selepas satu seruan daripada
Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan
Kongres Kebangsaan Afrika
.
[5]
Lahir dan dibesarkan di
Idutywa
(
Transkei
), apa yang dipanggil sebagai provinsi
Eastern Cape
Afrika Selatan, Mbeki merupakan satu daripada empat anak
Epainette
dan
Govan Mbeki
. Bapanya merupakan seorang penyokong kuat parti
Kongres Kebangsaan Afrika
(ANC) dan
Parti Komunis Afrika Selatan
. Bahasa ibunda beliau ialah
bahasa Xhosa
. Ibubapanya merupakan guru dan aktivis di kawasan kekuatan ANC, dan Mbeki menggambarkan dirinya sebagai "lahir ke dalam pertelagahan"; satu potret
Karl Marx
duduk di dalam gambar keluarga, dan satu potret
Mohandas Gandhi
tergantung di dinding.
[6]
Mbeki belajar di sekolah rendah di
Idutywa
dan
Butterworth
dan mendapat pendidikan persekolahan tinggi di
Lovedale
,
Alice
. Dalam tahun 1959, beliau telah dikeluarkan dari sekolah disebabkan dan dipaksa untuk belajar di rumah. Dalam tahun yang sama, beliau menduduki peperiksaan matrikulasi di Sekolah Tinggi St. John, Umata. Dalam tahun-tahun pengajian, beliau melengkapkan peperiksaan "A" level dan mengambil sarjana ekonomi sebagai pelajar luar dengan
University of London
. Semasa zaman ini, ANC telah dibatalkan dan Mbeki telah terlibat dengan aktiviti bawah tanah di kawasan
Pretoria
-
Witwatersrand
. Beliau juga terlibat dalam menggerakkan pelajar dalam menyokong seruan ANC supaya duduk di rumah sebagai satu protes menentang pembentukan satu republik.
Mbeki telah mengumumkan dengan rasminya perletakan jawatan beliau pada
21 September
,
2008
, pada 19:30 waktu Afrika Selatan (17:30
UTC
), sebagai hasil daripada keputusan
Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan
Kongres Kebangsaan Afrika
untuk tidak menyokongnya di parlimen. Ini telah datang selepas beberapa hari penolakan keputusan pada siasatan terhadap Presiden ANC
Jacob Zuma
mengenai tuduhan rasuah disebabkan kesilapan prosedur, yang mana di dalam ruling, inferens yang dibuat oleh kemungkinan gangguan politik oleh Mbeki dan yang lainnya semasa di dalam perbicaraan beliau. Parliamen telah bersidang pada 22 September dan telah menerima perletakan jawatan berkuatkuasa 25 September. Walau bagaimanapun oleh kerana seorang MP bagi parti pembangkang, Barisan Pembebasan telah mengisytiharkan bangkangannya kepada perletakan jawatan tersebut, satu perdebatan telah ditetapkan keesokan harinya.
Dalam kes-kes seperti kekosongan kerusi presiden, perlembagaan menghendaki penggantinya berkhidmat sebagai pemangku presiden: sama ada timbalan presiden, speaker parlimen, atau sesiapa jua Ahli Parlimen yang dipilih oleh parlimen boleh mengambi peranan presiden negara tersebut sehingga pilihan raya yang akan datang. Presiden ANC
Jacob Zuma
yang kemungkinannya akan dipilih menjadi presiden pada pilihan raya akan datang tidak layak kerana pada masa sekarang beliau tidak menjawat antara ketiga-tiga jawatan tersebut.
[7]
Timbalan presiden kini
Phumzile Mlambo-Ngcuka
kemungkinannya tidak akan dipilih kerana hubungan rapatnya dengan Mbeki dan kerana suaminya
Bulelani Ngcuka
terlibat dalam keputusan mendakwa Zuma dengan rasuah. Oleh itu, Speaker Parlimen
Baleka Mbete
telah disebut sebagai calon pemangku presiden.
[5]
|
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai:
Thabo Mbeki
|