Sepanyol
(
Jawi
:
??????
-
Sepanyol
:
Espana
) atau nama rasminya
Kerajaan Sepanyol
, ialah sebuah negara yang terletak di
Semenanjung Iberia
di barat daya
Eropah
. Negara ini bersempadan dengan
Portugal
,
Perancis
,
Andorra
,
Gibraltar
dan
Maghribi
.
Negara ini mempunyai kawasan jajahan yang masih berada di bawah pemerintahanya seperti
Kepulauan Balear
di Mediteranean,
Kepulauan Canaria
jauh di
Lautan Atlantik
, bandar-bandar
Ceuta
dan
Melilla
di utara Afrika, dan beberapa pulau tidak berpenghuni di
Selat Gibraltar
seperti kepulauan Chafarine, pulau berbatu Velez, pulau berbatu Alhucemas dan Pulau Perejil.
Sepanyol merupakan sebuah negara
raja berperlembagaan
dan
demokrasi
berparlimen
. Negara ini menyertai
Kesatuan Eropah
sejak
1986
dan merupakan negara maju dengan ekonomi ke-8 terbesar di dunia.
Nama "Sepanyol" diserap daripada
Portugis
:
Espanhol
yang merupakan bentuk kata sifat dan
demonim
nama tempat
Espanha
,
[11]
[12]
nama "Espanha" ini pula turunan nama
Latin
Hispania
iaitu nama merujuk kepada
kawasan ditadbir
Republik Rom
meliputi
semenanjung Iberia
semasa
zaman mereka
dahulu. Nama "Hispania" in pula diamati datang daripada akar
bahasa Samawi
dan
bahasa Phoenicia
.
[13]
[14]
Kawasan Sepanyol hari ini pernah didiami oleh penduduk Celt, Iberia dan Basque sebelum penjajahan oleh Empayar Rom pada 412 M. Sepanyol menjadi salah satu negara bekas jajahan
Empayar Rom
pada 218 SM?400 Masihi dalam misi mereka untuk memperluas wilayah kekuasaan. Selama menjadi tanah jajahan, pengaruh Rom terserap dalam masyarakat Sepanyol seperti budaya dan bangunan. Contohnya adalah pemakaian nama-nama Rom, penggantian hukum adat setempat dengan hukum Rom, dan pembangunan saluran air Rom di kota Segovia, yang dianggarkan dibangunkan pada akhir abad pertama Masihi oleh pihak Rom. Pada tahun 1985, saluran air ini dijadikan sebagai salah satu warisan dunia UNESCO.
Semasa pemerintahan
Bani Umaiyyah
, bandar-bandar seperti
Cordoba
dan
Granada
telah menjadi pusat keilmuan dan kesenian agama Islam. Namun, kerajaan-kerajaan
Kristian
Aragon dan Castilla berjaya menjajah semula bandar-bandar
Moor
pada abad ke-15.
Kerajaan Sepanyol dibentuk melalui penyatuan kerajaan-kerajaan
Aragon
,
Leon
,
Castilla
dan
Navarra
. Pada Zaman Penjelajahan, kerajaan Sepanyol berjaya menjajah wilayah-wilayah Amerika dan Asia. Tanah jajahan ini telah membawa kekayaan dan kuasa politik kepada Sepanyol, namun Zaman Kegemilangan ini semakin merosot menjelang abad ke-20.
Gerakan republik dan antimonarki telah mengusir keluar Raja Alfonso XIII, dan mendirikan
Republik Sepanyol
. Dalam
Perang Saudara Sepanyol
1936-1939, Jeneral
Francisco Franco
, dengan sokongan
Fasis
Itali dan
Nazi
Jerman berjaya merampas kuasa dan mengisytiharkan diri sebagai Ketua Negara. Sepanyol dipulaukan oleh
negara-negara Berikat
selepas
Perang Dunia Kedua
kerana menyokong
kuasa-kuasa Paksi
. Namun, pemulauan ini ditamatkan oleh
Amerika Syarikat
pada 1953, dan ekonomi Sepanyol mengalami kemajuan yang pesat.
Sepanyol menyertai
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
pada tahun 1955.
Selepas Franco meninggal dunia pada 1975,
Juan Carlos I
telah menaiki takhta dan meneruskan monarki Sepanyol. Baginda telah memperkenalkan pembaharuan demokrasi. Perlembagaan yang baru juga diluluskan pada 1978.
Pada keluasan 194,884
mi²
(504,782
km²
), Sepanyol ialah negara yang ke-51 terbesar di dunia. Saiznya serupa dengan
Turkmenistan
dan lebih besar berbanding negeri
California
di Amerika Syarikat.
Spain bersempadan dengan
Portugal
di barat,
Gibraltar
(sebuah
wilayah seberang laut British
) dan
Maghribi
di selatan, melalui kota-kotanya di Afrika Utara (
Ceuta
dan
Melilla
). Di timur laut sepanjang
pergunungan Pyrene
, Sepanyol bersempadan dengan
Perancis
dan
kerajaan kecil
Andorra
. Wilayah Sepanyol juga termasuk
Kepulauan Balearic
di
Laut Mediterranean
,
Kepulauan Canary
di
Lautan Atlantik
dan sebilangan pulau yang tidak dihuni di sisi Mediterranean
selat Gibraltar
, dikenali sebagai
Sepanyol
:
Plazas de soberania
, seperti
kepulauan Chafarina
,
Pulau Alboran
, "batu-batan" (
Sepanyol
:
penones
)
Velez
dan
Alhucemas
, serta
Pulau Perejil
yang kecil. Di barat laut sepanjang
banjaran tersebut
pula terdapat sebuah pekan terpisah bernama
Llivia
di
Catalonia
yang dikelilingi wilayah milik
Perancis
.
Tanah besar Sepanyol didominasi oleh
penara
dan banjaran gunung yang tinggi, seperti
Sierra Nevada
. Dari gunung-gunung ini mengalirnya beberapa batang sungai utama seperti
Tajo
,
Ebro
,
Duero
,
Guadiana
dan
Guadalquivir
.
Tanah lanar
dijumpai sekitar kawasan pantai, antaranya yang terbesar ialah kawasan Guadalquivir di
Andalusia
.
Oleh sebab keadaan geografi dan orografi Sepanyol, iklmnya amat pelbagai; sehingga boleh dibahagi kepada tiga kawasan:
- Iklim kebenuaan
yang sederhana terjadi dalam kawasan pedalaman Semenanjung (bandaraya terbesar, Madrid).
- Kawasan
iklim Mediterranean
yang terbentang lebih kurang dari dataran Andalusia sepanjang pantai selatan dan timur hingga ke banjaran Pyrene, pada sebelah banjaran gunung sepanjang tepi kawasan pantai yang menghadap laut (bandaraya terbesar, Barcelona).
- Iklim lautan
terjadi di Galicia dan the jalur pantai di tepi
Teluk Biscay
(bandaraya terbesar, Bilbao). Kawasan ini sering bergelar
Sepanyol Hijau
.
Sebagai negara
raja berperlembagaan
,
Raja Sepanyol
merupakan ketua negara. Ketua kerajaan pula ialah
Perdana Menteri
yang mengetuai Majlis Menteri-menteri, iaitu Kabinet Menteri. Majlis ini dipilih daripada Parlimen Sepanyol selepas pilihan raya umum.
Parlimen Sepanyol (
Cortes Generales
) mempunyai dua dewan, iaitu
Kongres Timbalan
(
Congreso de los Diputados
) dan
Senat
(
Senado
).
Sepanyol dibahagikan kepada 17
Komuniti berautonomi
dan 2
Bandar Raya Autonomi
. Setiap Komuniti Autonomi dibahagikan pula kepada
provinsi-provinsi
.
Menurut
Bank Dunia
, ekonomi Sepanyol adalah yang kesembilan terbesar di seluruh dunia dan yang kelima terbesar di Eropah. Pada tahun 2006,
KDNK
mutlak bernilai $1.084 trilion menurut
CIA Factbook
, (lihat
Daftar negara mengikut KDNK (nominal)
). PPP per capita dianggarkan pada $27,400 (2006), mengekori negara-negara berindustri utama
G7
.
Kerajaan berhaluan kanan-tengah pimpinan bekas perdana menteri
Jose Maria Aznar
menjayakan usaha memasuki kumpulan negara-negara yang melancarkan matawang
euro
pada tahun 1999. Kadar
pengangguran
berada pada 7.6% oada Oktober 2006, iaitu lebih baik berbanding banyak negara Eropah yang lain, dan juga banyak bertambah baik berbanding kadar yang mencecah 20% pada awal 1990-an. Kelemahan ekonomi Sepanyol yang berterusan termasuk inflasi tinggi,
[15]
ekonomi bawah tanah
yang besar,
[16]
dan sistem pendidikan yang merupakan antara yang paling kurang memuaskan di kalangan negara maju, seperti yang dinyatakan dalam laporan OECD.
[17]
Namun begitu, adalah dijangkakan bahawa ekonomi Sepanyol akan terus berkembang berdasarkan kekuatan industri yang lebih besar, pertunbuhan ekonomi global dan perdagangan terbesar dengan Amerika Latin dan Asia.
Ekonomi Sepanyol dikenali kerana tidak pernah terkena kadar pertumbuhan sifar maya bagi sebilangan rakan dagang terpenting di EU.
[18]
Sebenarnya, ekonomi engara telah membuka lebih spearuh daripada semua pekerjaan baru dalam Kesatuan Eropah selama lima tahun sehingga tahun 2005.
[19]
Maka itu, ekonomi Sepanyol dewasa ini dianggap sebagai antara yang paling dinamik dalam EU, dengan menarik sejumlah besar pelaburan asing.
[20]
Sejak tahun 1990-an, beberapa syarikatasal Sepanyol mula memperoleh status multinasional. Syarikat-syarikat ini mengembangkan pasaran mereka ke Amerika Latin yang mempunyai perkaitan budaya. Sepanyol merupakan pelabur asing kedua terbesar di Amerika Syarikat setelah Amerika Syarikat. Di Asia, perusahaan-perusahaan Sepanyol mencari pasaran di China dan India.
[21]
Syarikat-syarikat ini bersaing dengan perusahaan lain di Eropah.
Syarikat Sepanyol melabur dalam banyak bidang seperti bidang
tenaga boleh diperbaharui
(
Iberdrola
ialah salah satu syarikat-syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar dunia).
[22]
Bidang-bidang lain termasuk teknologi seperti
Telefonica
,
Abengoa
,
Mondragon Corporation
,
Movistar
,
Hisdesat
,
Indra
, penghasilan kereta api seperti
CAF
,
Talgo
, perusahaan tekstil seperti
Inditex
, perusahaan minyak seperti
Repsol
, serta firma pembinaan pengangkutan seperti
Ferrovial
,
Acciona
,
ACS
,
OHL
dan
FCC
.
[23]
Pada tahun 2017, Sepanyol adalah negara kedua paling banyak dikunjungi di dunia dengan angka kira-kira 82 juta orang pelancong, memecahkan rekod jumlah pelancong selama lima tahun bertutut-turut.
[24]
Ibu pejabat
Pertubuhan Pelancongan Dunia
terletak di Madrid.
Kedudukan geografi Sepanyol, kawasan pantai terkenal, landskap pelbagai, warisan sejarah serta budaya yang dinamik, dan infrastruktur yang sangat baik telah menjadikan industri pelancongan Sepanyol sebagai antara industri-industri pelancongan yang terbesar di dunia. Dalam lima dekad terakhir, bidang pelancongan antarabangsa di Sepanyol telah tumbuh menjadi yang kedua terbesar di dunia dalam hal pembelanjaan, dengan nilai sekitar 40 bilion Euro atau sekitar 5% KDNK pada tahun 2006.
[25]
[26]
Sepanyol merupakan salah satu negara-negara utama dalam pengembangan dan penghasilan
tenaga boleh diperbaharui
. Pada 2010, Sepanyol menjadi pengeluar
tenaga suria
terbesar dunia, mengalahkan AS dengan stesen janakuasa suria
La Florida
di
Alvarado, Badajoz
.
[27]
[28]
Sepanyol juga menjadi pengeluar tenaga angin utama di Eropah. Pada 2010, penghasilan elektrik melalui kuasa angin menghasilkan 42.976 GWh, menyumbang 16.4% tenaga elektrik Sepanyol.
[29]
[30]
[31]
Sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui lain yang digunakan di Sepanyol termasuk
hidroelektrik
,
biojisim
, dan
tenaga laut
(2 pembangkit dalam pembangunan).
[32]
Tenaga tak diperbaharui yang digunakan di Sepanyol ialah
tenaga nuklear
(8 reaktor), gas, batu arang dan minyak. Tenaga daripada bahan bakar fosil menyumbang 58% tenaga elektrik Sepanyol tahun 2009. Tenaga nuklear menyumbang 19%, sedangkan hidroelektrik menyumbang dalam 12%.
[33]
Pada 1 Januari 2017, Spanyol memiliki jumlah penduduk sebanyak 46,528,966 orang, menurun sebanyak 0.5% sejak 2011.
[34]
Jumlah penduduk Sepanyol memuncak pada 2012 pada sekitar 46,818,216 orang, sebahagian besar kerana para imigran kembali ke rumah akibat krisis ekonomi dan fiskal Eropah.
[35]
Kepadatan penduduknya ialah 91.4 penduduk per km
2
, lebih rendah dari negara-negara
Eropah Barat
utama.
Kecuali ibu kota
Madrid
, daerah yang paling padat penduduknya terletak di kawasan pesisir pantai.
Populasi Spanyol meningkat dua kali ganda selama abad ke-20, tetapi pola pertumbuhannya sangat tidak sekata kerana migrasi internal berskala besar dari pedalaman perkampungan ke kawasan industri, sebuah fenomena yang terjadi lebih lewat daripada negara-negara Eropah Barat. Tidak kurang 11 daripada 50 provinsi di Sepanyol mengalami penurunan populasi mutlak selama abad ini.
Sepanyol merupakan negara yang bergunung-ganang di barat daya Eropah yang terdiri daripada pelbagai kawasan yang berbeza geografinya dan dikenali kerana warisannya yang pelbagai budaya kerana pernah dipengaruhi banyak negara lain dan tokoh-tokoh sepanjang sejarahnya.
Budaya Sepanyol
berakar umbi dalam budaya
Celtiberia
,
Latin
,
Visigothik
,
Katolik
, dan secara kecil-kecilan,
Islam
, serta perselisihan yang berterusan antara negeri pusat (yang didominasi sejak berabad lalu oleh
kerajaan Castilla
) dengan beberapa rantau dan golongan minoriti. Tambahan pula, sejarah negara dan persekitaran Mediterranean dan Atlantiknya banyak berperanan dalam membentuk budayanya.
Sepanyol mempunyai bilangan
Tapak Warisan Dunia UNESCO
kedua tertinggi di dunia, iaitu 40 kesemuanya, mengekori
Itali
.
Rangka
pendidikan di Sepanyol
dihuraikan dalam rencana ini. Pendidikan Negeri di Sepanyol adalah percuma dan wajib dari usia 6 hingga 16 tahun. Sistem pendidikan masa kini bergelar LOGSE (
Ley de Ordenacion General del Sistema Educativo
).
Real Academia Espanola
("Akademi Sepanyol Diraja";
RAE
) ialah institusi yang bertanggungjawab untuk mengawal penggunaan
bahasa Sepanyol
. Akademi ini bertapak di
Madrid
,
Sepanyol
, dan digabungkan bersama akademi-akademi bahasa kebangsaan di 21 negara berbahasa Sepanyol melalui
Persatuan Akademi-akademi Bahasa Sepanyol
.
Kesenian Sepanyol
ialah sebentuk seni yang penting dan berpengaruh di Eropah. Seni Sepanyol ialah nama yang diberi kepada disiplin dan karya kesenian yang berkembang di Sepanyol sepanjang masa, dan juga yang dibuat oleh pengarang Sepanyol di seluruh dunia. Oleh sebab kepelbagaian sejarah, geografi dan generasi, seni Sepanyol telah mengenali sebilangan besar pembawa pengaruh. Warisan Moor di Sepanyol, terutamanya di
Andalusia
masih jelas dilihat pada masa kini di bandaraya seperti
Cordoba
,
Seville
, dan
Granada
. Pengaruh negara Eropah lain termasuklah
Itali
,
Jerman
dan
Perancis
, khususnya ketika zaman
Barok
dan
Neoklasik
.
Kesusasteraan Sepanyol ialah nama yang diberi kepada karya sastera yang dikarang di Sepanyol sepanjang zaman, dan oleh pengarang Sepanyol di seluruh dunia. Oleh sebab kepelbagaian sejarah, geografi dan generasi, seni Sepanyol telah mengenali sebilangan besar pembawa pengaruh dan, maka itu, banyak kepelbagaiannya.
Seni bina Sepanyol menyentuh mana-mana kerja
seni bina
yang dijalankan ketika mana-mana zaman di
Sepanyol
masa kini, dan oleh jurubina Sepanyol di seluruh dunia. Istilah ini termasuklah bangunan-bangunan yang dibina dalam batasan geografi Sepanyol sebelum nama ini diberi kepada wilayah-wilayahnya (sama ada bergelar
Hispania
,
Al-Andalus
, atau dibenutuk daripada beberapa kerajaan Kristian). Oleh sebab kepelbagaian sejarah dan geografinya, seni bina Sepanyol turut mengalami banyak pengaruh.
Contohnya,
Cordoba
ditubuhkan sebagai pusat kebudayaan ketika
dinasti Umayyad
. Serentak dengan itu, kerajaan-kerajaan Kristian beransur-ansur timbul dan memajukan gaya tersendiri, mula-mulanya banyak berasingan daripada pengaruh seni bina Eropah, dan kemudiannya bersepadu dengan aliran
Romanesque
dan
Gothic
, lalu mencapai kemuncak yang mengagumkan dengan berbilang-bilang contoh di sekitar seluruh wilayahnya. Gaya
Mudejar
yang diamalkan dari abad ke-12 hingga abad ke-17, disifatkan sebagai campuran pengaruh budaya Eropah dan Arab.
Ketibaan
Modernisme
di arena akademik menghasilkan tokoh-tokoh seperti
Gaudi
dan kebanyakan seni bina abad ke-20.
Gaya seni bina antarabangsa
diterajui pergerakan seperti
GATEPAC
. Sepanyol sedang mengalami satu revolusi dalam
seni bina kontemporari
dan
Arkitek-arkitek Sepanyol
seperti
Rafael Moneo
,
Santiago Calatrava
,
Ricardo Bofill
dan lain-lain meraih perhatian seluruh dunia.
Muzik Sepanyol
sering disamakan oleh orang luar dengan
flamenco
, satu genre muzik Andalusia yang sebenarnya tida terkenal di luar rantau tersebut. Pelbagai gaya muzik rakyat rantauan terdapat di
Aragon
,
Catalonia
dan
Castilla
. Muzik moden seperti pop, rock, hip hop dan heavy metal juga popular.
Masakan Sepanyol terdiri daripada beraneka hidangan yang tercetus daripada perbezaan geografi, budaya dan iklim, serta banyak dipengaruhi oleh makanan laut yang terdapat dari perairan yang mengelilingi negara, dan mencerminkan akar umbi
Mediterraneannya
yang mendalam. Sejarah panjang Sepanyol yang melihatkan banyak pengaruh budaya membawa kepada masakan yang unik.
Sukan di Sepanyol selama ini didominasi oleh
bola sepak
(sejak awal abad ke-20),
lumba basikal
dan
lawan lembu
(sejak abad ke-17). Kini, Spain ialah sebuah kuasa sukan utama di dunia, terutamanya sejak
Sukan Olimpik 1992
yang dianjurkan di
Barcelona
dan melariskan beraneka sukan di negara ini. Industri pelancongan banyak membantu meningkatkan prasarana sukan, terutamanya untuk
sukan air
,
golf
dan
ski
.
Cuti umum yang dirai di Sepanyol merangkumi secampuran amalan-amalan keagamaan (
Katolik
), kebangsaan dan rantauan. Setiap majlis perbandaran dibenarkan untuk mengisytiharkan maksimum 14
cuti umum
setiap tahun; sebanyak sembilan daripadanya dipilih oleh kerajaan negara dan sekurang-kurangnya kedua dipilih di peringkat setempat.
- ^
Kepresidenan Kerajaan
(11 Oktober 1997).
"Real Decreto 1560/1997, de 10 de Oktubre, por el que se regula el Himno Nacional"
(PDF)
.
Boletin Oficial del Estado
num. 244
(dalam bahasa Sepanyol).
Diarkibkan
(PDF)
daripada yang asal pada 24 September 2015.
- ^
"The Spanish Constitution"
. Lamoncloa.gob.es. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 25 Mac 2013
. Dicapai pada
26 April
2013
.
- ^
"Instituto Nacional de Estadistica. Poblacion (espanoles/extranjeros) por Pais de Nacimiento, sexo y ano"
.
ine.es
.
Instituto Nacional de Estadistica
.
- ^
"Religions in Spain | PEW-GRF"
.
- ^
"Anuario estadistico de Espana 2008. 1ª parte: entorno fisico y medio ambiente"
(PDF)
.
Instituto Nacional de Estadistica (Spain)
.
Diarkibkan
(PDF)
daripada yang asal pada 24 September 2015
. Dicapai pada
14 April
2015
.
- ^
"Surface water and surface water change"
.
Organisation for Economic Co-operation and Development
(OECD)
. Dicapai pada
11 Oktober
2020
.
- ^
"DataBank - Population estimates and projections"
(dalam bahasa Inggeris). The World Bank. 2023
. Dicapai pada
6 Januari
2023
.
- ^
a
b
c
d
"World Economic Outlook Database, Oktober 2022"
.
IMF.org
.
Tabung Kewangan Antarabangsa
.
- ^
"Gini coefficient of equivalised disposable income ? EU-SILC survey"
.
ec.europa.eu
.
Eurostat
. Dicapai pada
7 Ogos
2022
.
- ^
"Human Development Report 2021/2022"
(PDF)
(dalam bahasa Inggeris).
Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
. 8 September 2022
. Dicapai pada
8 September
2022
.
- ^
Jones, Russell (2007).
Loan-Words in Indonesian and Malay
. Yayasan Pustaka Obor Indonesia. m/s. 283.
- ^
"espanhol (nome mascolino)"
.
Portal da Lingua Portuguesa
(dalam bahasa Portugis). Instituto de Linguistica Teorica e Computacional
. Dicapai pada
25 Disember
2020
.
- ^
"Iberia vs Hispania: Origen etimologico"
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 27 Disember 2016.
- ^
ABC.
"
"
I-span-ya", el misterioso origen de la palabra Espana"
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 13 November 2016.
- ^
"
Spain's Economy: Closing the Gap
," dalam
OECD
Observer,
Mei 2005. Retrieved 8 Julai 2007.
- ^
Going Underground: America's Shadow Economy
Diarkibkan
2012-12-10 di
archive.today
, majalah FrontPage, Januari 2005
- ^
OECD report for 2006
- ^
OECD figures
- ^
Economic statistics
- ^
"Official report on Spanish recent Macroeconomics, including tables and graphics"
(PDF)
. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 26 Julai 2008
. Dicapai pada
26 Oktober
2007
.
- ^
"A good bet?"
.
The Economist
. Business. Madrid. 30 April 2009
. Dicapai pada
14 Mei
2009
.
CS1 maint: ref=harv (
link
)
- ^
"Spain's Iberdrola signs investment accord with Gulf group Taqa"
.
Forbes
. 25 Mei 2008. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 3 Jun 2010
. Dicapai pada
1 Januari
2021
.
- ^
"Big in America?"
.
The Economist
. Business. Madrid. 8 April 2009
. Dicapai pada
14 Mei
2009
.
CS1 maint: ref=harv (
link
)
- ^
"Spain posts record number of 82 million inbound tourists in 2017"
. 10 Januari 2018
. Dicapai pada
10 Februari
2018
.
- ^
"Global Guru | analysis"
. The Global Guru. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 6 Januari 2011
. Dicapai pada
13 Ogos
2008
.
- ^
"Economic report"
(PDF)
.
Bank of Spain
. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 26 Julai 2008
. Dicapai pada
13 Ogos
2008
.
- ^
Morning Edition (15 Julai 2010).
"Spain Is World's Leader In Solar Energy"
. Npr.org
. Dicapai pada
4 September
2010
.
- ^
"Spain becomes solar power world leader"
. Europeanfutureenergyforum.com. 14 Julai 2010. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 24 November 2010
. Dicapai pada
4 September
2010
.
- ^
"Spain becomes the first European wind energy producer after overcoming Germany for the first time"
. Eolic Energy News. 31 Disember 2010
. Dicapai pada
30 April
2011
.
- ^
"Asociacion Empresarial Eolica ? Spanish Wind Energy Association ? Energia Eolica"
. Aeeolica.es
. Dicapai pada
30 April
2011
.
- ^
Mendez, Rafael (9 November 2009).
"La eolica supera por primera vez la mitad de la produccion electrica"
.
El Pais
(dalam bahasa Spanish). Ediciones El Pais
. Dicapai pada
8 Ogos
2010
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
Morning Edition.
"La Fuerza del Mar"
. revista.consumer.es
. Dicapai pada
5 Jun
2011
.
- ^
Energy in Sweden, Facts and figures, The Swedish Energy Agency, (in Swedish: Energilaget i siffror), Table for figure 49. Source: IEA/OECD
[1]
Diarkibkan
2013-10-16 di
Wayback Machine
.
- ^
"Cifras de Poblacion a 1 de enero de 2014"
(PDF)
(dalam bahasa Sepanyol). 30 Jun 2017
. Dicapai pada
6 Mac
2017
.
- ^
"Spain's population falls for first time since 1940s as immigrants flee crisis"
. Toronto. 22 April 2013. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 13 Mei 2013.
- Gates, David (2001).
The Spanish Ulcer: A History of the Peninsular War
. Da Capo Press.
ISBN
978-0-306-81083-1
.
- "The Spanish Constitution"
(PDF)
(dalam bahasa English). Agencia Estatal Boletin Oficial del Estado. 1978
. Dicapai pada
10 Jun
2022
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- Carr, Raymond
, ed.
Spain: a history
. Oxford University Press, USA, 2000.
- Callaghan O.F Joseph. A History of Medieval Spain Cornell University Press 1983
- Kerajaan
- Peta
- Pelancongan
Rencana berkaitan dengan Sepanyol
|
---|
|
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Pangkalan data saintifik
| |
---|
Lain-lain
| |
---|