Siklon tropika
ialah sistem ribut berputar dengan pantas yang dicirikan oleh pusat tekanan rendah, peredaran atmosfera tahap rendah tertutup, angin yang kuat serta susunan pilin ribut petir yang menghasilkan hujan lebat dan badai. Bergantung pada lokasi dan kekuatan, suatu siklon tropika dirujuk dengan nama yang berlainan termasuklah
hurikan
,
taufan
,
ribut tropika
,
ribut siklon
,
lekukan tropika
atau kadang kala
siklon
sahaja.
Struktur utama bagi sesebuah taufan ataupun ribut tropika adalah seperti berikut:-
- Mata taufan
- Mata taufan adalah "pusat" utama bagi sesuatu sistem taufan. Kawasan tersebut merupakan kawasan dengan tekanan udara paling rendah, oleh itu ia menjadi tumpuan bagi angin kencang di sekelilingnya. Dengan itu, kawasan mata taufan biasanya tenang dan bebas daripada awan (ciri tersebut memudahkan taufan dikesan melalui satelit) tetapi angin di sekelilingnya adalah paling kencang serta awan yang mengelilingi mata taufan juga tebal.
- Dinding mata
- Jaluran awan paling tebal yang mengelilingi mata taufan. Pada bahagian dinding mata, hujan turun paling lebat serta kekerapan ribut petir juga paling kerap.
- Jalur hujan
- Jalur
hujan
adalah barisan awan hujan yang tersusun secara berpilin mengelilingi mata taufan. Jalur hujan membawa hujan yang lebat dan berkemungkinan menghasilkan
puting beliung
tetapi ruang antara jalur hujan boleh jadi tenang.
Sesebuah taufan boleh diklasifikasikan mengikut keamatan angin seperti berikut:-
- Lekukan tropika
- Sistem
ribut petir
yang tertumpu di kawasan bertekanan rendah dengan kelajuan angin kencang kurang daripada 60 km/j. Mata taufan tidak terbentuk pada peringkat ini.
- Ribut tropika
- Sistem ribut petir kuat dengan kitaran permukaan tertentu serta kelajuan angin maksimum antara 60?120 km/j. Bentuk siklon sudah mula terbentuk, tetapi mata taufan biasanya masih belum terbentuk.
- Taufan
- Ribut tropika dengan angin kencang melebihi 120 km/j. Mata taufan mula terbentuk, memudahkan taufan dikesan melalui imej satelit.
- Siklon tropika yang berlaku di tengah lautan menyebabkan
hujan
lebat,
angin
kencang serta
ombak
besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal.
- Di daratan pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda, menjadikan puing-puing kepada objek terbang yang boleh membunuh. Selain itu, taufan juga mengakibatkan
banjir
besar.
- Sejak dua kurun yang lalu, taufan bertanggungjawab menyebabkan kematian lebih kurang 1.9 juta mangsa di seluruh dunia.
Lokasi, badan penjejak, dan skala angin yang digunakan
[
sunting
|
sunting sumber
]
Terdapat lapan lembangan (tempat) utama yang menjadi tempat pembentukan siklon tropika, iaitu utara
Lautan Atlantik
, timur
Lautan Pasifik
, barat Lautan Pasifik, tenggara Lautan Pasifik, utara
Lautan Hindi
, timur laut Lautan Hindi, tenggara Lautan Hindi dan tengah Lautan Pasifik (diasingkan atas sebab siklon tropika jarang-jarang terbentuk di kawasan ini). Setiap satu lembangan telah ditetapkan satu Pusat Meteorologi Khusus Serantau (
Regional Specialized Meteorological Center
, RSMC), dan beberapa Pusat Amaran Siklon Tropika (
Tropical Cyclone Warning Centre
, TCWC), untuk memberikan maklumat, nasihat cuaca, dan amaran cuaca, seperti yang telah dipersetujui dalam konsensus
Pertubuhan Meteorologi Sedunia
(WMO PBB).
Lembangan dan Institusi Pemantauan
WMO
[1]
|
Lembangan
|
RSMC dan TCWC yang dipertanggungjawabkan
|
Utara Lautan Atlantik
|
Pusat Hurikan Kebangsaan
|
Timur Laut Lautan Pasifik
|
Pusat Hurikan Kebangsaan
|
Tengah Lautan Pasifik
|
Pusat Hurikan Pasifik Tengah
|
Barat Laut Lautan Pasifik
|
Agensi Meteorologi Jepun
|
Utara Lautan Hindi
|
Jabatan Meteorologi India
|
Barat Daya Lautan Hindi
|
Meteo-France
|
Selatan dan Barat Laut Lautan Pasifik
|
Perkhidmatan Meteorologi Fiji
Perkhidmatan Meteorologi New Zealand
†
Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan Papua New Guinea
†
Biro Meteorologi
†
(Australia)
|
Tenggara Lautan Hindi
|
Biro Meteorologi
†
(Australia)
Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia
†
|
†
:
Menunjukkan Pusat Amaran Siklon Tropika
|
Lautan Atlantik dan timur laut Lautan Pasifik
[
sunting
|
sunting sumber
]
Skala Hurikan Saffir-Simpson
|
Kategori
|
Kelajuan angin
|
Pusuan ribut
|
|
km/j
(
b/j
)
|
m
(
kaki
)
|
Hurikan
kategori
5
|
≥252
(≥157)
|
>5.5 (>18)
|
Hurikan
kategori
4
|
209?251
(130?156)
|
4.0?5.5
(13?18)
|
Hurikan
kategori
3
|
178?208
(111?129)
|
2.7?3.7
(9?12)
|
Hurikan
kategori
2
|
154?177
(96?110)
|
1.8?2.4
(6?8)
|
Hurikan
kategori
1
|
119?153
(74?95)
|
1.2?1.5
(4?5)
|
Pengelasan lain
|
Ribut
tropika
|
63?118
(39?73)
|
0?0.9
(0?3)
|
Lekukan
tropika
|
< 63
< (39)
|
0.2
(0)
|
Kawasan ini dipantau oleh
Pusat Hurikan Kebangsaan
(
National Hurricane Center
, NHC),
Miami
,
Amerika Syarikat
.
Bagi lembangan Lautan Atlantik, kawasan ini juga merangkumi utara
Lautan Atlantik
,
Laut Karibia
, dan
Teluk Mexico
. Setiap tahun, bilangan siklon tropika yang terbentuk di dalam kawasan ini adalah tidak tetap. Secara purata kira-kira 10 ribut tropika terbentuk setiap tahun daripada data yang dikumpulkan antara tahun 1950 dan tahun 2005. 6 daripadanya mencapai status hurikan, dan 3 ribut mencapai status hurikan major iaitu hurikan kategori 3 dan ke atas.
[2]
Sekurang-kurangnya satu ribut terbentuk pada tahun 1914, manakala pada tahun 2005 telah mencatatkan rekod dengan terbentuknya 28 sistem ribut. Musim hurikan bagi lembangan ini diisytiharkan bermula pada 1 Jun dan berakhir pada 30 November setiap tahun.
[3]
Acap kali, pesisir
Amerika Syarikat
dari
Texas
ke
Maine
,
Mexico
,
Amerika Tengah
,
Kepulauan Karibia
, dan
Bermuda
menerima kesan langsung daripada ribut-ribut tropika yang terbentuk di kawasan ini. Venezuela, tenggara
Kanada
dan Kepulauan Macaraonesia juga kadangkala menerima tempias ribut-ribut ini.
Manakala di lembangan timur Lautan Pasifik pula, kawasan yang berada bawah tanggungjawab NHC meliputi kawasan 140°T sehinggalah pesisir benua
Amerika Utara
. Di sini, secara purata, 16 ribut berlaku setiap tahun, dengan 9 daripadanya menjadi hurikan dan 4 hurikan major. Musim hurikan bermula dengan rasminya pada 15 Mei dan berakhir pada 30 November setiap tahun.
[3]
Ribut yang terbentuk di kawasan ini sering memberi ancaman kepada Mexico, dan juga kadang kala negara-negara Amerika Tengah, tetapi amat-amat jarang membadai bandar-bandar Amerika Syarikat seperti
California
.
Di kedua-dua lembangan ini, NHC menggunakan
Skala Hurikan Saffir-Simpson
bagi mengelaskan siklon tropika mengikut kelajuan angin.
Lembangan ini pula dipantau oleh Pusat Hurikan Pasifik Tengah (
Central Pacific Hurricane Center
, CPHC), merangkumi kawasan 140°T hingga
Garis Tarikh Antarabangsa
. Jangka masa rasmi musim hurikan di sini ditakrifkan antara 1 Jun dan 30 November. Kekerapan terbentuknya ribut-ribut di sini sangatlah rendah dan jarang-jarang. Secara puratanya, hanya kira-kira 4 hingga 5 ribut yang terbentuk di sini setiap tahun.
[4]
Atas sebab yang demikian, lembangan ini diwujudkan di antara lembangan barat laut Lautan Pasifik dan timur laut Lautan Pasifik, yang jauh lebih banyak aktiviti ributnya. CPHC turut menggunakan
Skala Hurikan Saffir-Simpson
untuk mengelaskan kelajuan angin ribut.
Skala kekuatan siklon tropika
Agensi Kaji Cuaca Jepun
|
Kategori
|
Angin
|
Taufan
|
>64 knot
>118
km/j
|
Ribut tropika
kencang
|
48-63 knot
89
km/j
- 117
km/j
|
Ribut tropika
|
35-48 knot
62
km/j
- 88
km/j
|
Lekukan
tropika
|
<33 knot
<61
km/j
|
RSMC yang telah ditetapkan bagi lembangan barat laut Lautan Pasifik ialah Agensi Meteorologi Jepun. Skala angin yang digunakan adalah seperti yang dipaparkan di sebelah.
[5]
Pusat Amaran Taufan Bersama Amerika Syarikat (JTWC) turut memantau lembangan ini. Secara tidak rasmi, JTWC menggunakan Skala Hurikan Saffir-Simpson dengan pengelasan tambahan ? taufan super; yakni siklon tropika berkelajuan sekurang-kurangnya 130 knot (240 km/j).
[6]
JMA menggunakan kelajuan angin purata berterusan selama 10 minit manakala JTWC menggunakan tempoh 1 minit. Hal ini menyebabkan kelajuan angin yang dicatatkan oleh JTWC kelihatan lebih tinggi daripada JMA.
[7]
Lembangan ini merupakan lembangan teraktif di muka bumi ini kerana secara puratanya 26 ribut tropika terbentuk setiap tahun. Manakala purata 16 taufan dicatatkan bagi tempoh antara tahun 1968 dan 1989.
[8]
Kawasan yang dicakupi dalam lembangan ini ialah kawasan ke utara
Khatulistiwa
dan barat
Garis Tarikh Antarabangsa
, termasuklah
Laut China Selatan
. Ribut boleh terbentuk sepanjang tahun di lembangan ini. Walau bagaimanapun, bulan Februari dan Mac mencatatkan aktiviti terendah bagi pembentukan ribut.
[9]
Ribut-ribut tropika yang terbentuk di sini lazimnya melanda China, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Filipina, dan Taiwan, serta negara-negara di Asia Tenggara seperti Vietnam, Thailand dan Malaysia. Malaysia menerima kesan tidak langsung daripada ribut-ribut tropika ini, terutamanya negeri Sabah dan di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. Hal ini tidaklah mustahil apabila ribut-ribut berdekatan Filipina atau Vietnam terbentuk, "ekornya" mampu memberi kesan terhadap kawasan-kawasan tadi. Namun begitu, Malaysia turut pernah dilanda ribut tropika, walaupun jarang-jarang sekali, seperti
Ribut Tropika Greg
yang membadai Sabah pada 1996 dan juga
Ribut Tropika Vamei
yang bertemu daratan di Johor pada tahun 2001.
[10]
Skala kekuatan siklon tropika
Jabatan Kaji Cuaca India
|
Kategori
|
Angin
(purata 3 minit)
|
Ribut siklon super
|
>120 knot (kt)
>222
km/j
|
Ribut siklon
sangat kencang
|
64?119 knot (kt)
118?221
km/j
|
Ribut siklon
kencang
|
48?63 knot (kt)
88?117
km/j
|
Ribut siklon
|
34?47 knot (kt)
62?87
km/j
|
Lekukan dalam
|
28?33 knot (kt)
52?61
km/j
|
Lekukan
|
≤27 knot (kt)
≤51
km/j
|
Agensi Meterologi India (
India Meteorological Department
, IMD) merupakan RSMC yang dipertanggungjawabkan untuk memantau lembangan ini yang mencakupi kawasan di antara 45° Timur dan 100° Timur, di hemisfera utara. Lebih dikenali sebagai RSMC
New Delhi
, India, IMD menggunakan pengelasan enam tahap kelajuan angin ribut sejak tahun 1998. RSMC New Delhi menggunakan kelajuan angin purata berterusan selama 3 minit.
[11]
Lembangan ini dibahagikan kepada
Teluk Bengal
dan
Laut Arab
. Hanya kira-kira empat hingga enam ribut sahaja yang terbentuk secara purata setiap tahun. Aktiviti pembentukan ribut lebih tertumpu di Teluk Bengal daripada Laut Arab, kira-kira 5 ke enam kali ganda dari segi perbandingan. Puncak musim ribut di lembangan ini berlaku pada sekitar bulan April-Mei (sebelum mulanya musim
monsun
) dan Oktober-November.
[12]
Kategori
lekukan
merupakan kategori terendah yang digunakan oleh RSMC New Delhi untuk mengelaskan siklon tropika yang berkelajuan 51 km/j dan ke bawah. Sekiranya kelajuan angin mencapai dalam lingkungan 52?61 km/j, siklon tropika tadi diberi status
lekukan dalam
. Apabila kelajuan angin lekukan dalam tadi telah mencapai di antara 62 km/j dan 87 km/j, ia akan dikenali sebagai
ribut siklon
, dan diberi nama oleh RSMC New Delhi.
[11]
Kadangkala ribut siklon mampu bertambah kelajuan anginnya. Apabila angin mencecah kelajuan 88?117 km/j maka ribut siklon tadi akan bertukar menjadi
ribut siklon kencang
. Pengelasan
ribut siklon sangat kencang
hanya ditetapkan pada mana-mana siklon tropika setelah kelajuan angin 118?221 km/j dicatatkan dan pengelasan tertinggi iaitu
ribut siklon super
, hanya diberi apabila kelajuan angin dilaporkan selaju 222 km/j dan ke atas.
[11]
Walaupun lembangan ini menghasilkan hanya sedikit aktiviti ribut, namun, kerap kali ribut siklon meragut korban nyawa yang besar. Misalnya ribut siklon yang melanda Bhola pada tahun 1977, telah mengorbankan setengah juta nyawa. Kawasan-kawasan yang sering terjejas akibat ribut siklon ialah
India
,
Bangladesh
,
Sri Lanka
,
Myanmar
,
Pakistan
dan
Thailand
. Jarang-jarang ribut siklon mengancam
Semenanjung Arab
dan juga
Somalia
; namun begitu Siklon Gonu telah membadai
Oman
pada tahun 2007, menyebabkan kerosakan harta-benda yang sangat teruk.
Skala kekuatan siklon tropika
barat laut Lautan Hindi
|
Kategori
|
Angin
|
Siklon tropika
sangat kencang
|
>115 knot
>212 km/j
|
Siklon tropika
kencang
|
90-115 knot
166?212 km/j
|
Siklon
tropika
|
64-89 knot
118?165 km/j
|
Ribut tropika
kencang
|
48-63 knot
89?117 km/j
|
Ribut tropika
sederhana
|
34-47 knot
63?88 km/j
|
Lekukan
tropika
|
28-33 knot
51?62 km/j
|
Lekukan
tropika
|
<28 knot
<50 km/j
|
Mana-mana siklon tropika yang terbentuk di Lautan Hindi sebelah hemisfera selatan, di antara 90° Timur dan benua
Afrika
berada bawah seliaan RSMC
La Reunion
yang dipertanggugnjawabkan atas Meteo-France. Kawasan yang kerap dibadai siklon tropika di kawasan ini ialah
Madagascar
,
Mozambique
,
Mauritius
,
Reunion
,
Comoros
,
Tanzania
, dan
Kenya
.
[13]
Secara purata, setiap tahun kira-kira 10 siklon tropika yang terbentuk di lembangan ini. Dan lembangan ini juga mencatatkan korban tertinggi akibat siklon tropika setiap tahun, sehingga 80 kematian dicatatkan.
[8]
RSMC La Reunion mengelaskan siklon tropika kepada tujuh kategori berbeza mengikut kelajuan angin. Tidak seperti
Skala Hurikan Saffir-Simpson
yang menggunakan ukuran kelajuan angin purata berterusan selama 1 minit, RSMC La Reunion pula mengukur kelajuan angin purata berterusan selama 10 minit, seperti kebanyakan RSMC lain.
[13]
Jadual di sebelah kanan menunjukkan pengelasan yang digunakan oleh RSMC LA Reunion.
Siklon tropika di lembangan ini hanya diberi nama oleh Pusat Sub Serantau di
Mauritius
atau di
Madagascar
sekiranya mencapai status sebagai suatu ribut tropika sederhana, iaitu berkelajuan minimum 48 knot (89 km/j).
[14]
Skala siklon tropika kawasan Australia
dan selatan Lautan Pasifik
|
Kategori
|
Angin
|
Langkisau
|
Lima
|
>107 knot
>200
km/j
|
>151 knot
>279
km/j
|
Empat
|
86-107 knot
160-200
km/j
|
122-151 knot
225-279
km/j
|
Tiga
|
64-85 knot
118-159
km/j
|
90-121 knot
165-224
km/j
|
Dua
|
48-63 knot
89-117
km/j
|
68-89 knot
125-164
km/j
|
Satu
|
34-47 knot
63-88
km/j
|
49-67 knot
91-125
km/j
|
Lekukan
Tropika
|
<34 knot
<63
km/j
|
<49 knot
<91
km/j
|
Ribut-ribut siklon yang terbentuk di sini sering memberi ancaman terhadap
Australia
dan tidak kurang juga kepada
Indonesia
. Menurut Biro Meteorologi Australia, Exmouth,
Australia Barat
dan Broome, Australia Barat sering dibadai siklon tropika.
[15]
Setiap tahun, kira-kira tujuh siklon tropika terbentuk di kawasan ini, dan bilangan ini boleh bertambah apabila siklon tropika terbentuk di lembangan bersebelahan (iaitu lembangan barat daya Lautan Hindi) dan merentasi lembangan ini.
[8]
Purata sebanyak lima siklon tropika mampu mencapai kelajuan angin Kategori 5 setiap tahun.
[16]
[17]
Lembangan ini pula dipantau oleh RSMC
Nadi
,
Fiji
, yang dipertanggungjawabkan atas Perkhidmatan Meteorologi Fiji. RSMC Nadi turut menggunakan skala siklon tropika Australia.
[18]
Umumnya ribut sering mengancam Australia Timur dan
Oceania
. Manakala
Brisbane
, Australia dan juga
New Zealand
jarang-jarang dibadai ribut, itupun hanya setelah siklon tropika berubah menjadi ribut luar-tropika.
[19]
Purata setiap tahun, kira-kira sembilan siklon tropika yang terbentuk di lembangan ini.
[8]
Siklon tropika di kawasan ini juga sangat-sangat jarang-jarang mencapai kelajuan Kategori 5, misalnya Siklon Tropika Larry yang membadai
Queensland
,
Australia
, pada tahun 2006.
[20]
Kawasan-kawasan selain lembangan utama yang telah dijelaskan, seringkali tiada pembetukan siklon tropika yang dapat diperhatikan. Maka kawasan tadi tidak diiktiraf sebagai lembangan rasmi. Namun begitu beberapa siklon tropika dilaporkan telah terbentuk di kawasan tadi, misalnya di selatan
Lautan Atlantik
. Pada tahun 2004, suatu siklon tropika yang diberi jolokan Siklon Catarina telah berpusar dan mencapai kekuatan Kategori 2 pada
Skala Hurikan Saffir-Simpson
. Siklon Catarina bertemu daratan di
Brazil
. Tahun 2010 juga menyaksikan siklon tropika yang diberi identiti Ribut Tropika Anita, terbentuk di pesisiran Rio Grande do Sul, Brazil. Terdapat juga beberapa sistem siklon tropika dan siklon subtropika lain yang lemah terbentuk pada Mac 1974
[21]
, April 1991
[22]
, Januari 2004
[23]
, Februari 2006
[24]
dan Januari 2009
[25]
.
Kadangkala di
Laut Mediterranean
juga, sistem ribut seakan-akan siklon tropika juga terbentuk. Namun begitu, sistem tekanan rendah ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan ahli cuaca, sama ada sistem-sistem tadi lebih bertepatan dengan ciri-ciri sistem tekanan udara rendah yang lain seperti siklon subtropika ataupun siklon luar-tropika. Kajian telah dijalankan terhadap fenomena sebegini yang dilaporkan terjadi pada September 1947, September 1969, Januari 1982, September 1983, dan Januari 1995. Walaupun sistem-sistem tekanan rendah ini mempunyai persamaan dari segi struktur dengan siklon tropika, namun, ia terbentuk dengan keadaan suhu permukaan laut 61 °F (16 °C), maka berkemungkinan ia merupakan suatu tekanan rendah kutub.
[26]
- ^
Atlantic Oceanographic and Meteorological Laboratory, Hurricane Research Division.
"Frequently Asked Questions: What regions around the globe have tropical cyclones and who is responsible for forecasting there?"
(dalam bahasa Inggeris).
NOAA
. Dicapai pada
25 Julai
2006
.
- ^
Expert Assessments.
"Background Information: The North Atlantic Hurricane Season"
(dalam bahasa Inggeris). Climate Prediction Center
. Dicapai pada
2 September
2010
.
- ^
a
b
"Tropical Cyclone Climatology"
(dalam bahasa Inggeris). National Hurricane Center
. Dicapai pada
2 September
2010
.
- ^
Central Pacific Hurricane Center.
"CPHC Climatology"
(dalam bahasa Inggeris). National Oceanic and Atmospheric Administration
. Dicapai pada
2 Mac
2007
.
- ^
Typhoon Committee (2008).
"Typhoon Committee Operational Manual"
(PDF)
(dalam bahasa Inggeris). World Meteorological Organization. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 22 September 2012
. Dicapai pada
23 Disember
2008
.
- ^
Joint Typhoon Warning Center (2008-03-31).
"What are the description labels used with tropical cyclones by JTWC?"
(dalam bahasa Inggeris). Joint Typhoon Warning Center
. Dicapai pada
22 Disember
2008
.
- ^
"How are JTWC forecasts different than forecasts issued by tropical cyclone warning centres (TCWCs) of other countries?"
(dalam bahasa Inggeris). Joint Typhoon Warning Center. 2008-03-31
. Dicapai pada
26 Disember
2008
.
- ^
a
b
c
d
Atlantic Oceanographic and Meteorological Laboratory
, Hurricane Research Division.
"Frequently Asked Questions: What are the average, most, and least tropical cyclones occurring in each basin?"
(dalam bahasa Inggeris).
National Oceanic and Atmospheric Administration
. Dicapai pada
30 November
2006
.
- ^
Atlantic Oceanographic and Meteorological Laboratory, Hurricane Research Division
.
"
Frequently Asked Questions: When is hurricane season?
"
(dalam bahasa Inggeris). NOAA
. Dicapai pada
25 Julai
2006
.
- ^
"IOC Sub-Commission for the Western Pacific"
(PDF)
(dalam bahasa Inggeris). INTERGOVERNMENTAL OCEANOGRAPHIC COMMISSION.
- ^
a
b
c
"Tropical Cyclone Operational plan for the Bay of Bengal and the Arabian Sea"
(PDF)
(dalam bahasa Inggeris). World Meteorological Organization. 2008. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 2012-09-22
. Dicapai pada
2008-12-23
.
- ^
Joint Typhoon Warning Center (2004).
"1.2: North Indian Tropical Cyclones"
.
2003 Annual Tropical Cyclone Report
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2006-11-29
.
- ^
a
b
World Meteorological Organization.
"Tropical Cyclone RSMC / South-West Indian Ocean"
(dalam bahasa Inggeris).
Diarkibkan
daripada yang asal pada 2006-09-08
. Dicapai pada
2006-11-29
.
- ^
"Tableau de definition des cyclones"
(dalam bahasa Perancis). Meteo-France. 2008. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2012-09-22
. Dicapai pada
2009-01-14
.
- ^
"Tropical Cyclones in Western Australia ? Climatology"
(dalam bahasa Inggeris). Bureau of Meteorology. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2012-09-22
. Dicapai pada
2006-08-08
.
- ^
"BoM ? Severe Weather Event"
. Bureau of Meteorology
. Dicapai pada
2008-10-19
.
- ^
(Inggeris)
"Tropical Cyclone Trends"
(dalam bahasa Inggeris). Bureau of Meteorology. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2012-09-22
. Dicapai pada
2008-10-19
.
- ^
}
"Tropical Cyclone Operational plan for the South Pacific & South-east Indian Ocean"
(PDF)
(dalam bahasa Inggeris). World Meteorological Organization. 2008. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 2012-09-22
. Dicapai pada
2008-07-03
.
- ^
Mark Sinclair (Mac 2002).
"How often is New Zealand hit by tropical cyclones?"
[Apakah bilangan kekerapan siklon tropika melanda New Zealand?].
Air & AtmosferaWater & Atmosphere
(dalam bahasa Inggeris). NIWA Science.
10
(1)
. Dicapai pada
2006-12-01
.
- ^
"Siklon Tropika Larry"
(dalam bahasa Inggeris). Biro Meteorologi (Australia)
. Dicapai pada
19 Oktober
2008
.
- ^
McTaggart Cowan, Ron; Bosart, Lance; Davis, Christopher; Atallah, Eyad; Gyakum, John;
Emanual, Kerry
.
"Analysis of Hurricane Caterina (2004)"
.
Monthly Weather Review
(dalam bahasa Inggeris). Persatuan Meteorologi Amerika.
134
(11): 3048?9.
- ^
Chris Landea
(July 13, 2005).
"FAQ: Why doesn't the South Atlantic Ocean experience tropical cyclones?"
(dalam bahasa Inggeris). NOAA
. Dicapai pada
May 14,
2009
.
- ^
Gary, Padgett.
"Monthly Global Tropical Cyclone Summary January 2004"
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2010-04-15
.
- ^
Padgett, Gary.
"February 2006 Tropical Weather Summary"
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2009-01-28
.
- ^
Padgett, Gary (April 7, 2009).
"January 2009 Tropical Weather Summary"
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2010-04-15
.
- ^
DR. JACK BEVEN'S IMAGES OF THE MEDITERRANEAN 'HURRICANE' (1995)
Diarkibkan
2011-06-05 di
Wayback Machine
|
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Lain-lain
| |
---|