Jangan dikelirukan dengan
Niger
.
Republik Persekutuan Nigeria
atau nama pendeknya
Nigeria
(
?(
dengar
)
) terletak di
Afrika Barat
. Negara ini bersempadan dengan
Benin
di sebelah barat,
Chad
dan
Cameroon
di sebelah timur,
Niger
di sebelah
utara
dan
Teluk Guinea
di sebelah selatan. Ialah negara yang ada paling ramai penduduk di Afrika. Kota-kota penting termasuk
Abuja
, bekas ibu kota
Lagos
,
Abeokuta
,
Ibadan
,
Port Harcourt
dan
Jos
.
Republik Persekutuan Nigeria
Oril??-ede Olominira Apap?? Naijiria
Republik Nijeriya
??????? ???????
Republic ndi Naigeria
Republik Federaal bu Niiseriya
|
---|
|
Cogan kata
:?
Perpaduan dan Kekukuhan, Kedamaian dan Kemajuan
"Unity and Faith, Peace and Progress"
|
Lagu kebangsaan
:?
"
Arise O Compatriots, Nigeria's Call Obey
"
|
|
Ibu negara
| Abuja
|
---|
Bandar terbesar
| Lagos
|
---|
Bahasa rasmi
| Inggeris
|
---|
Bahasa umum
yang diakui
| Hausa
,
Igbo
,
Yoruba
|
---|
Demonim
| Nigerian
|
---|
Kerajaan
| Republik persekutuan
berpresiden
|
---|
|
| Bola Tinubu
?(
APC
)
|
---|
??Naib Presiden
| Kashim Shettima?( - )
|
---|
??Presiden Senat
| David Mark
?(
PDP
)
|
---|
??
Speaker Dewan
| Dimeji Bankole
?(
PDP
)
|
---|
??Hakim Besar
| Olukayode Ariwoola
|
---|
|
|
|
??
Pengisytiharan dan diperakui
| 1 Oktober
1960
|
---|
??Pengisytiharan republik
| 1 Oktober
1963
|
---|
|
| 1.4
|
---|
|
??Perkiraan?2019
| 200,007,825
[1]
(
7
)
|
---|
??Bancian Penduduk?1996
| 118,550,00
|
---|
KDNK
(
PPP
)
| 2019
|
---|
??Jumlah
| $1.264 trilion (
13
)
|
---|
| $6,319 (
139
)
|
---|
Gini
(2019)
| 43.7
sederhana
|
---|
HDI
(2019)
| 0.677
sederhana
?·?
ke-127
|
---|
Mata wang
| Naira Nigeria
(?)
(
NGN
)
|
---|
Zon waktu
| UTC
+1
(
WAT
)
|
---|
| UTC
+1
(
tidak diperhatikan
)
|
---|
Kod panggilan
| +234
|
---|
Kod ISO 3166
| NG
|
---|
DPT internet
| .ng
|
---|
1
² KDKK adalah pada 2006; jumlah dan per kapita bagaimanapun, adalah pada 2005.
|
Negara ini diduduki lebih 250 suku etnik yang menuturkan lebih 500 aneka bahasa dengan pelbagai budaya.
[2]
[3]
[4]
Tiga kelompok yang utama sebanyak 60% penduduk ialah
bangsa Hausa?Fulani
di
kawasan utara
,
bangsa Yoruba
di
kawasan barat
dan
bangsa Igbo
di
kawasan timur
.
[5]
Kawasan terangkum dalam Nigeria ini pernah mempunyai banyak kerajaan lama sejak alaf pertama. Lembaga politik yang membentk negara moden Nigeria terhasil daripada penggabungan negeri-negeri
Nigeria Utara
dan Nigeria Selatan tahun 1914 oleh
Lord Frederick Lugard
. Ia merdeka dari penjajahan British pada 1 Oktober 1960.
Nama Nigeria berasal daripada
Sungai Niger
yang mengalir sepanjang negara tersebut. Nama Niger pula mungkin berasal daripada istilah
Tuareg
,
egerew n-igerewen
yang digunakan di kawasan tengah sungai itu di
Timbuktu
sebelum zaman penjajahan British pada abad ke-19.
[6]
Budaya Nok
di utara Nigeria mula muncul pada 1500 SM hingga 200 M dan terkenal dengan ukiran
terracotta
bersaiz hidup dan merupakan ukiran-ukiran terawal di Afrika Sub-Sahara.
[7]
[8]
Kerajaan Nri
pula diasaskan oleh
orang Igbo
pada abad ke-10 dan bertahan hingga zaman penjajahan British.
[9]
[10]
Kerajaan
Ife
dan
Oyo
oleh masyarakat
Yoruba
pula muncul pada abad ke-12 dan abad ke-14 masing-masing.
[11]
[12]
Kerajaan Benin
pula diasaskan pada akhir abad ke-12 dengan raja pertama, Eweka I ditabalkan pada tahun 1180.
[13]
Di utara Nigeria,
Kerajaan Hausa
pula muncul dan mencapai kemuncak pada abad ke-16. Kerajaan ini dikalahkan dalam sebuah jihad,
Perang Fulani
yang diketuai oleh
Usman dan Fodio
pada awal abad ke-19 lalu membentuk
Khalifah Sokoto
.
Zaman penjajahan
sunting
Pada abad ke-16, pihak Portugis mula menjalankan perdagangan dengan penduduk tempatan dan memulakan perdagangan hamba Atlantik.
[14]
Lama-kelamaan, perdagangan ini berkembang dengan penglibatan negara-negara seperti British, Belanda dan negara-negara Afrika serta pihak swasta.
Seiring dengan sentimen antiperhambaan di negara asal serta perkembangan ekonomi semasa, British bertindak mengharamkan perdagangan hamba pada 1807. Sebagai usaha menghentikan perdagangan ini, British menyerang Lagos pada 1851 dan menggantikan Oba Kosoko yang menyokong perdagangan hamba dengan Oba
Akitoye
. Kemudian, pada Ogos 1861, Lagos diserahkan kepada British dan menjadi
Jajahan Lagos
dengan taraf
jajahan mahkota
.
Jajahan Lagos memiliki kawalan oleh
Syarikat Diraja Niger
. Sepanjang kewujudannya, pihak Jajahan Lagos mengalahkan empayar-empayar kejiranannya untuk meluaskan kuasa dan pada 1 Januari 1901, tampuk pemerintahan diserahkan kepada kerajaan British dan menjadi tanah
naungan
dengan nama
Negeri Naungan Nigeria Selatan
, selaras dengan pembubaran Syarikat Diraja Niger pada tahun sebelumnya. Khalifah Sokoto pula dikalahkan oleh pihak British pada 1903 dan di situ,
Negeri Naungan Nigeria Utara
pula diasaskan.
Pada 1914, kedua-dua negeri naungan tersebut digabungkan menjadi satu negeri,
Jajahan dan Naungan Nigeria
. Berikutan kejadian penyahjajahan di Afrika pada pertengahan abad ke-20, Nigeria memperoleh kemerdekaan pada 1 Oktober 1960.
Pascakemerdekaan
sunting
Nigeria merdeka dan muncul sebagai
Persekutuan Nigeria
, dengan
Ratu Nigeria
(
Elizabeth II
) ditabalkan sebagai ketua negara.
Nnamdi Azikiwe
menjadi ketua kerajaan Nigeria pada November 1960, menggantikan sistem
Gabenor Jeneral
yang diguna pakai sebelum ini. Pada 1963, Nigeria bertukar menjadi sebuah republik persekutuan, dengan Azikiwe sebagai
Presiden Nigeria
pertama.
Zaman pemerintahan tentera
sunting
Tanggapan tentang korupsi dan ketidakseimbangan dalam pilihan raya menyebabkan Nigeria mengalami beberapa cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera. Cubaan pertama berlaku pada Januari 1966 apabila puak tentera yang kebanyakannya daripada kaum Igbo berjaya membunuh Perdana Menteri,
Abubakar Tafawa Balewa
. Namun begitu, pihak tentera kurang berjaya dalam membina sebuah kerajaan pusat yang kukuh. Presiden pada masa itu,
Nwafor Orizu
menyerahkan jawatannya kepada pihak tentera. Selepas itu, pada tahun yang sama, sebuah rampasan balas balik dilaksanakan oleh golongan tentera dari kawasan utara, menyebabkan
Yakubu Gowon
dijadikan sebagai ketua negara.
Pada Mei 1967, masyarakat di kawasan selatan Nigeria mengisytiharkan kemerdekaannya sendiri sebagai
Republik Biafra
di bawah kuasa
Emeka Ojukwu
.
[15]
Pada 6 Julai 1967, kerajaan Nigeria melancarkan serangan terhadap Biafra lalu memulakan
Perang Saudara Nigeria
yang berlarutan hingga Januari 1970.
[16]
Pada 1979, kerajaan Nigeria cuba untuk berpatah balik kepada demokrasi apabila
Olusegun Obasanjo
menyerahkan jawatannya sebagai Presiden kepada
Shehu Shagari
, tetapi kerajaannya dipandang sebagai kerajaan berkorupsi. Pada 31 Disember 1983, sebuah kudeta tentera dilaksanakan oleh
Muhammadu Buhari
, tetapi digulingkan oleh sebuah lagi kudeta pada 1985, menjadikan
Ibrahim Babangida
sebagai Presiden baharu.
[17]
Babaginda menjanjikan peralihan kepada kerajaan demokrasi pada 1990, tetapi ditunda hingga 1992. Pilihan raya yang bebas dijalankan pada 12 Jun 1993, dan
Moshood Kashimawo Olawale Abiola
memenangi pilihan raya presiden. Babaginda sebaliknya membatalkan keputusan pilihan raya itu lalu membawa kepada rusuhan rakyat besar-besaran. Akhirnya, Babaginda meletak jawatan dan melantik
Ernest Shonekan
sebagai Presiden. Kerajaan Babaginda disifatkan sebagai kerajaan yang korup dan dikatakan melahirkan suatu budaya korupsi di Nigeria.
Ernest Shonekan hanya menjadi Presiden selama kira-kira tiga bulan sebelum digulingkan oleh Jeneral
Sani Abacha
pada November 1993. Abacha memerintah hingga 1998 sebelum meninggal dunia, dan digantikan dengan
Abdulsalami Abubakar
. Beliau menggubal sebuah perlembagaan baharu pada 5 Mei 1999 yang membenarkan pilihan raya pelbagai parti. Beliau menyerahkan jawatannya kepada Obasanjo, kini bersara daripada tentera pada 29 Mei 1999. Sejak zaman ini, pemerinatah Nigeria berubah daripada pemerintahan kuasa tentera ke arah demokrasi.
Zaman demokrasi
sunting
Obasanjo mengekalkan jawatannya sebagai Presiden melalui kemenangannya dalam pilihan raya presiden pada 1999 dan 2003, tetapi pilihan-pilihan raya tersebut disifatkan sebagai tidak adil. Pilihan raya presiden pada 2007 menyaksikan
Umaru Yar'Adua
daripada
Parti Demokratik Rakyat
dipilih sebagai Presiden, tetapi ditentang oleh pihak pemerhati antarabangsa kerana mereka menyifatkan pilihan raya sebagai tidak adil.
[18]
Beliau memerintah Nigeria hingga meninggal dunia pada 5 Mei 2010, dan jawatan Presiden diserahkan kepada Dr.
Goodluck Jonathan
pada hari keesokannya.
[19]
Pada April 2011, beliau memenangi pilihan raya presiden dengan mengalahkan
Muhammadu Buhari
. Pilihan raya ini disifatkan sebagai pilihan raya yang adil tanpa masalah keganasan yang ketara.
[20]
Pada Mac 2015, Buhari pula mengalahkan Jonathan dengan majoriti kira-kira dua juta undian.
[21]
Nigeria terletak di
Afrika Barat
, dan bersempadan dengan
Teluk Guinea
. Negara ini memiliki keluasan sebesar 923,768 km
2
,
[22]
menjadikan negara ini sebagai negara ke-32 terbesar dunia.
Chappal Waddi
ialah titik tertinggi Nigeria dengan ketinggian 2,419 m. Sungai-sungai utama Nigeria termasuklah
Sungai Niger
dan
Sungai Benue
yang bercantum di
Delta Niger
, salah satu delta sungai terbesar dunia.
Kawasan hujung selatan Nigeria memiliki
iklim hutan hujan tropika
dengan taburan hujan sebanyak 1,500 ke 2,000 mm setahun.
[23]
Kawasan tengah Nigeria ialah kawasan
savana
, dan kawasan utara ialah kawasan kontang, tempat permulaan
Gurun Sahara
.
Tasik Chad
terletak di timur laut negara, dan dikongsi dengan negara-negara jiran,
Chad
,
Niger
dan
Cameroon
.
Isu-isu alam sekitar utama Nigeria termasuk masalah
tumpahan minyak
di pesisir Nigeria, masalah pencemaran sisa dan keracunan akibat logam berat. Kadar
penyahhutanan
Nigeria adalah yang tertinggi di dunia menurut
Pertubuhan Makanan dan Pertanian
pada 2005.
[24]
Antara 1990 dan 2005, Nigeria kehilangan 35.7% jumlah keluasan hutan, yakni kira-kira 6,145,000 hektar.
[25]
Menurut
perlembagaan negara
, Nigeria dikelaskan sebagai
negara sekular
demokratik.
[26]
Sistem pemerintahan Nigeria adalah berdasarkan sistem persekutuan republik Amerika Syarikat dengan kuasa eksekutif dipegang oleh
Presiden
.
[27]
Presiden Nigeria memegang jawatan hingga maksimum dua penggal empat tahun.
[28]
Perhimpunan Kebangsaan ialah badan perundangan Nigeria yang terbahagi kepada dua buah dewan, iaitu
Senat
dan
Dewan Perwakilan
. Senat Nigeria terdiri daripada 109 buah kerusi, dan ahli-ahli Senat dipilih berdasarkan undian popular dengan tempoh jawatan selama empat tahun. Dewan Perwakilan terdiri daripada 360 buah kerusi, dan ahli-ahli dewan juga memiliki tempoh jawatan empat tahun.
[29]
Perundangan Nigeria pula terbahagi kepada tiga,
hukum awam
,
hukum adat
dan
hukum syariah
yang digunakan dalam 11 negeri.
[30]
Nigeria terbahagi kepada 36 buah
negeri
serta sebuah Wilayah Ibu Kota Persekutuan yang menempatkan ibu negara,
Abuja
dan seterusnya terbahagi kepada 774 buah Kawasan Kerajaan Tempatan. Lagos ialah bandar terbesar di Nigeria dengan jumlah penduduk melebihi 12 juta orang.
[31]
Senarai negeri di Nigeria adalah seperti di bawah:
Angkatan Tentera Nigeria memiliki cabang tentera darat, laut dan udara. Angkatan ini bertanggungjawab untuk memelihara keamanan Nigeria, serta membantu misi pengaman, terutamanya di Afrika Barat seperti di
Liberia
,
Cote d'Ivoire
dan
Sierra Leone
pada 90-an.
[32]
Pada 2019, anggaran nilai
keluaran dalam negara dasar
(KDNK) nominal Nigeria ialah AS$446.543 bilion (ke-27 terbesar dunia) manakala anggaran nilai KDNK berdasarkan
pariti kuasa beli
negara pula ialah AS$1.217 trillion (ke-22 terbesar dunia).
[33]
Nigeria dianggap sebagai negara kelas pertengahan bawahan oleh
Bank Dunia
.
[34]
Masalah ekonomi utama Nigeria termasuk kerasuahan dan inflasi tinggi.
Majoriti penduduk pula menceburi pertanian. Bidang pertanian pada masa dahulu ialah bidang utama Nigeria, dan kira-kira 30% jumlah buruh negara terlibat dalam bidang pertanian.
[35]
Hasil-hasil pertanian utama termasuk
kacang
,
jagung
,
kelapa sawit
,
minyak soya
dan
beras
.
[36]
Masalah peningkatan jumlah penduduk negara yang mendadak menyebabkan Nigeria terpaksa mengimport hasil pertanian dari luar negara.
[36]
Nigeria terlibat secara aktif dalam pengeluaran minyak. Nigeria memiliki 159 buah
medan minyak
serta 1,481 buah telaga minyak dalam operasi.
[37]
Kerajaan mendapat 70% pendapatan daripada penjualan minyak. Bidang pelancongan di Nigeria banyak berdasarkan kegiatan acara disebabkan oleh kepelbagaian etnik di negara, dan
ekopelancongan
.
[38]
Nigeria juga menjadi tumpuan identiti masyarakat
kulit hitam
dan Afrika.
[39]
Nigeria dianggarkan memiliki 195,874,685 orang penduduk menurut
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) pada 2018,
[40]
dan dikatakan mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat dan memiliki salah satu daripada
kadar-kadar kelahiran
tertinggi dunia; kadar kelahiran ialah 35.2 per 1000 orang dan kadar kesuburan ialah 5.07 orang anak per wanita.
[41]
Jumlah penduduk sebegini menjadikan Nigeria sebagai negara dengan populasi ketujuh terbesar dunia.
Pada 1950, Nigeria dianggarkan hanya memiliki kira-kira 33 juta orang.
[42]
Populasi Nigeria meningkat sebanyak 57 juta orang dalam tempoh 1990 ke 2008, peningkatan 60% jumlah penduduk dalam masa kurang dari dua dekad.
[43]
Jumlah penduduk negara dijangkakan bertambah mencecah 505 juta ke 1.03 bilion orang pada 2100.
[44]
Nigeria memiliki lebih daripada 250 buah suku etnik dengan tiga etnik terbesar ialah suku
Hausa
,
Yoruba
dan
Igbo
, bersama-sama merangkumi 70% jumlah penduduk negara.
[45]
Bahasa rasmi Nigeria ialah
bahasa Inggeris
, dan digunakan dalam urusan-urusan rasmi seperti bidang pendidikan. Masyarakat Nigeria, lazimnya di kawasan Delta Niger,
[46]
bertutur dalam sebuah
bahasa pijin
Inggeris,
Bahasa Pijin Nigeria
.
Bilangan penduduk beranutan di Nigeria (est. 2018)
[47]
?Lain-lain/adat resam (0.6%)
Secara umumnya, agama Islam dan Kristian ialah agama utama di Nigeria dengan minoriti yang menganut agama tradisional Afrika serta agama-agama lain.
Agama Islam
dianuti 50% atau 64,385,994 penduduk di mana
masyarakat ini
lazimnya berpegang kepada
mazhab Maliki
serta
Syafii
. Banyak dalam kalangan masyarakat Islam juga merupakan
ahli sufi
dengan
tarekat-tarekat
utama termasuk
Qadiriyyah
,
Tijaniyyah
dan
Mouride
. Selebihnya menganuti
agama Kristian
di mana 74% diperangkakan beraliran
Protestan
, 25% beraliran
Katolik
dan 1% beraliran mazhab-mazhab lain termasuk yang
Kristian Ortodoks
.
[48]
Pendidikan Nigeria diuruskan oleh
Kementerian Pendidikan Nigeria
. Selain itu, pengajian tinggi juga banyak dikawal oleh pihak kerajaan.
Pihak kerajaan Nigeria memberikan pendidikan percuma yang disokong oleh kerajaan, tetapi tidak mewajibkan pendidikan dalam mana-mana tahap. Kadar
celik huruf
di Nigeria ialah 68% dengan peratusan lelaki (75.7%) adalah lebih tinggi daripada peratusan perempuan (60.6%).
[49]
Secara umumnya, sistem pendidikan Nigeria terdiri daripada enam tahun di sekolah rendah, enam tahun di sekolah menengah (tiga tahun di peringkat bawah dan atas masing-masing) dan beberapa tahun di peringkat tinggi.
[49]
- ^
[1]
- ^
"Ethnicity in Nigeria"
. PBS. 5 April 2007
. Dicapai pada
9 May
2015
.
- ^
"Nigeria"
.
Ethnologue
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
4 July
2019
.
- ^
"Linguistic diversity in Africa and Europe ? Languages Of The World"
. 16 June 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2017
. Dicapai pada
4 July
2019
.
CS1 maint: unfit URL (
link
)
- ^
"NIGERIA ? CIA WORLD FACTBOOK 2019"
(PDF)
. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 2020-09-23.
- ^
"
Online Etymological Dictionary
"
. Etymonline.com
. Dicapai pada
28 Julai
2014
.
- ^
Breunig, Peter. 2014. Nok: African Sculpture in Archaeological Context: p. 21.
- ^
Nicole Rupp, Peter Breunig & Stefanie Kahlheber, "
Exploring the Nok Enigma
",
Antiquity
82.316, Jun 2008.
- ^
Juang, Richard M. (2008).
Africa and the Americas: culture, politics, and history?: a multidisciplinary encyclopedia, Volume 2
. ABC-CLIO. m/s.?597.
ISBN
978-1-85109-441-7
.
- ^
Hrbek, Ivan (1992).
Africa from the seventh to the eleventh Century
. James Currey Publishers. m/s.?254.
ISBN
978-0-85255-093-9
.
- ^
Falola, Toyin; Heaton, Matthew M. (2008).
A History of Nigeria
.
Cambridge University Press
. m/s.?23.
ISBN
978-0-521-68157-5
.
- ^
MacDonald, Fiona; Paren, Elizabeth; Shillington, Kevin; Stacey, Gillian; Steele, Philip (2000).
Peoples of Africa, Volume 1
. Marshall Cavendish. m/s.?385.
ISBN
978-0-7614-7158-5
.
- ^
Ben-Amos, Paula Girshick (1995). The Art of Benin Revised Edition. British Museum Press. p. 20.
ISBN
0-7141-2520-2
.
- ^
Gordon, April A. (2003).
Nigeria's Diverse Peoples: A Reference Sourcebook
. ABC-CLIO. m/s.?44?54.
ISBN
978-1-57607-682-8
. Dicapai pada
29 Mac
2015
.
- ^
Murray, Senan (30 Mei 2007).
"Reopening Nigeria's civil war wounds"
.
BBC News
. Dicapai pada
28 Mei
2011
.
- ^
"Background Paper on Nigeria and Biafra, Declassified Documents reference System
.
- ^
"Nigeria stays calms as leader toppled in bloodless coup",
The Globe and Mail
, 28 Ogos 1985. Dicapai pada22 Februari 2007.
- ^
"Final Report"
(PDF)
. EU Election Observation Mission Nigeria 2007. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 16 Februari 2008
. Dicapai pada
24 Januari
2008
.
- ^
"Nigeria's Goodluck Jonathan sworn in as president"
.
BBC News
. 6 Mei 2010
. Dicapai pada
28 Mei
2011
.
- ^
Nossiter, Adam (16 April 2011).
"Nigerians Vote in Presidential Election"
.
The New York Times
. Dicapai pada
17 April
2011
.
- ^
"Nigeria election: Muhammadu Buhari wins"
.
BBC
. Dicapai pada
31 Mac
2015
.
- ^
"Rank Order ? Area"
.
The World Factbook
.
Central Intelligence Agency
. Dicapai pada
29 Mei
2011
.
- ^
"Regions Used to Interpret the Complexity of Nigeria"
.
Geographical Alliance of Iowa
.
Universiti Iowa Utara
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 14 April 2009
. Dicapai pada
19 Julai
2007
.
- ^
"News.mongabay.com"
(dalam bahasa Inggeris). News.mongabay.com
. Dicapai pada
28 Julai
2014
.
- ^
"Rainforest analysis at Mongabay.com"
(dalam bahasa Inggeris). Rainforests.mongabay.com. 1 Januari 2010
. Dicapai pada
28 Julai
2014
.
- ^
"Nigerian Constitution"
.
Nigeria Law
. Dicapai pada
17 Julai
2015
.
- ^
Charles Mwalimu.
The Nigerian Legal System: Public Law
. Peter Lang. 2005.
p. 6
.
- ^
"Nigeria"
.
The World Factbook
.
CIA
(Amerika).
- ^
"Nigeria"
.
The World Factbook
.
Central Intelligence Agency
(United States).
- ^
Nmehielle, Vincent Obisienunwo Orlu (Ogos 2004).
"Sharia Law in the Northern States of Nigeria: To Implement or Not to Implement, the Constitutionality is the Question"
(PDF)
.
Human Rights Quarterly
.
26
(3): 730?759.
doi
:
10.1353/hrq.2004.0039
.
- ^
Onuah, Felix (29 Disember 2006).
"Nigeria gives census result, avoids risky details"
. Reuters
. Dicapai pada
23 November
2008
.
- ^
O'Loughlin, Ed (11 March 1998)
"Nigerians outshine the British brass"
,
The Independent (London)
- ^
"World Economic Outlook Database, October 2019"
.
IMF.org
.
International Monetary Fund
. Dicapai pada
26 Disember
2019
.
- ^
"World Bank list of economies"
.
Bank Dunia
. Januari 2011. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 22 Mei 2011
. Dicapai pada
27 Mei
2011
.
- ^
"Labour Force Statistics, 2010"
(dalam bahasa Inggeris). Nigerian Bureau of Statistics. 2010. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 24 April 2015
. Dicapai pada
22 Jun
2015
.
- ^
a
b
"Agriculture ? Nigeria ? export, growth, area, crops, farming, sector"
. Dicapai pada
17 April
2015
.
- ^
Environmental Resources Managers Ltd, Niger Delta Environmental Survey Final Report Phase I; Volume I: Environmental and Socio-Economic Characteristics (Lagos: Niger Delta Environmental Survey, September 1997)
- ^
Archibong, Maurice (18 March 2004).
"Nigeria: Gold mine waiting to be tapped"
.
The Sun Online
. The Sun Publishing Ltd. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 26 April 2007
. Dicapai pada
21 June
2007
.
- ^
Anthony Appiah; Henry Louis Gates (2010).
Encyclopedia of Africa, Volume 2
. Oxford University Press. m/s.?53.
ISBN
978-0-19-533770-9
.
- ^
"World Population Prospects: The 2017 Revision"
.
ESA.UN.org
(data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang).
Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
, Bahagian Populasi
. Dicapai pada
10 September
2017
.
- ^
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama
Cia 19
- ^
Kent, Mary Mederios; Carl Haub (Disember 2005).
"The Demographic Divide: What It Is and Why It Matters"
.
Population Reference Bureau
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 26 April 2011
. Dicapai pada
6 Jun
2011
.
- ^
CO2 Emissions from Fuel Combustion
Population 1971?2008 IEA
pdf
Diarkibkan
6 Januari 2012 di
Wayback Machine
m/s. 83?85
- ^
"Population Division of the Department of Economic and Social Affairs of the United Nations Secretariat"
. UN. 2010. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 11 Jun 2011.
- ^
"Nigeria" dalam
Geographica: The complete Atlas of the world
, Random House, 2002,
ISBN
0-375-72037-5
- ^
Adegbija, Efurosibina E. (2003).
Multilingualism: A Nigerian Case Study
(dalam bahasa Inggeris). Africa World Press. m/s.?55.
ISBN
978-1-59221-173-9
. Dicapai pada
26 Disember
2008
.
- ^
"Africa?:: Nigeria ? The World Factbook - Central Intelligence Agency"
. 2018.
Total population: 214 million Religions: Muslim, 53.5%; Christian, 45.9%; Other, 0.6%
- ^
"Table: Christian Population in Numbers by Country | Pew Research Center's Religion & Public Life Project"
. Features.pewforum.org. 19 December 2011. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 7 January 2012
. Dicapai pada
16 July
2014
.
- ^
a
b
"Country Profile ? Nigeria"
(PDF)
(dalam bahasa Inggeris).
Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat
? Bahagian Kajian Persekutuan. Julai 2008
. Dicapai pada
28 Mei
2011
.
- ^
Thompson, Bob (14 Mac 2008).
"An enduring classic"
.
The Standard
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 4 Jun 2011
. Dicapai pada
7 Jun
2011
.
-
Kategori berkenaan
Nigeria
di Wikimedia Commons