Plato

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Plato

Plato ( Bahasa Yunani Kuno : Πλ?των , Plat?n , Arab : ?????????? , rumi:  ?fl???n dimelayukan sebagai Aflatun ; [a] sekitar 427 S.M. - sekitar 347 S.M. ) ahli falsafah Yunani yang sangat berpengaruh, murid pada Socrates dan guru pada Aristoteles . Hasil kerjanya yang paling masyhur adalah Republik (dalam bahasa Yunani : Politeia, "negeri") yang dia menguraikan garis besar pandangannya pada keadaan "ideal". Dia juga menulis 'Hukum' dan banyak dialog di mana Sokrates adalah peserta utama.

Sumbangan Plato yang terpenting adalah ilmunya mengenai ide . Dunia fana ini tiada lain hanyalah refleksi atau bayangan daripada dunia ideal . Di dunia ideal semuanya sangat sempurna. Hal ini tidak hanya merujuk kepada barang-barang fizikal yang boleh disentuh dan dilihat, tetapi juga mengenai konsep -konsep fikiran, hasil buah intelek. Sebagai contoh, konsep mengenai "kebajikan" dan "kebenaran".

Salah satu perumpamaan Plato yang termasyhur adalah perumpamaan tentang orang di gua .

Menurut Plato kota muncul akibat pembahagian buruh, dan pembahagian buruh tidak boleh wujud tanpa ketaksetaraan semula jadi dalam kemahiran dan pelbagaian kehendak manusia. [2] Beliau hendak menghalang perkaitan antara kelas pemerintah dengan kelas yang diperintah agar mengelak konflik dalam masyarakat. [3]

Nota [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Digunakan dalam manuskrip Bustanus al-Salatin [1]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Nuruddin al-Raniri (1638?1643). Bustan al-Salatin . Dicapai pada 27 Feb 2023 – melalui Malay Concordance Project, Universiti Nasional Australia . CS1 maint: date format ( link )
  2. ^ Plato, The Republic, Buku II
  3. ^ Roll Eric, Sejarah Pemikiran Ekonomi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur 1995

Lihat juga [ sunting | sunting sumber ]