Francois Mitterrand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Francois Mitterrand
Mitterand pada tahun 1981
Presiden Perancis
Dalam jawatan
21 Mei 1981 ? 17 Mei 1995
Perdana Menteri Pierre Mauroy
Laurent Fabius
Jacques Chirac
Michel Rocard
Edith Cresson
Pierre Beregovoy
Edouard Balladur
Didahului oleh Valery Giscard d'Estaing
Digantikan oleh Jacques Chirac
Putera Bersama Andorra
Dalam jawatan
21 Mei 1981 ? 17 Mei 1995
Perdana Menteri Oscar Ribas Reig
Josep Pintat-Solans
Oscar Ribas Reig
Marc Forne Molne
Berkhidmat dengan Joan Marti Alanis
Wakil Jean-Yves Caullet
Didahului oleh Valery Giscard d'Estaing
Digantikan oleh Jacques Chirac
Butiran peribadi
Lahir Francois Maurice Adrien Marie Mitterrand
( 1916-10-26 ) 26 Oktober 1916
Jarnac , Perancis
Meninggal dunia 8 Januari 1996 (1996-01-08) (umur 79)
Paris , Perancis
Tempat persemadian Cimetiere des Grands-Maisons
Jarnac , Perancis
Parti politik Croix-de-Feu (sebelum 1936)
Kesatuan Demokrasi dan Sosialis Pemberontakan ( Union democratique et socialiste de la Resistance ) (1945?1964)
Konvensyen Institusi Republikan ( Convention des institutions republicaines ) (1964?1971)
Parti Sosialis (1971?1996)
Pasangan Danielle Gouze
( k.   1944 ; his death 1996)
Anak-anak 4, termasuk Jean-Christophe dan Mazarine Pingeot Mitterrand
Saudara Frederic Mitterrand (nephew)
Alma mater Universiti Paris
Sciences Po
Tandatangan
Laman web rasmi L'Institut Mitterrand
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan   Perancis
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Perancis
Tahun perkhidmatan 1939?1941

Francois Maurice Adrien Marie Mitterrand ( disebut Perancis:  [f???swa m??is mit????]   ( dengar ) ) (26 Oktober 1916 ? 8 Januari 1996) merupakan seorang negarawan Perancis yang berkhidmat sebagai Presiden negara tersebut yang paling lama dalam sejarah jawatan tersebut dari tahun 1981 sehingga tahun 1995. Beliau merupakan orang berfahaman sayap kiri pertama yang dilantik sebagai presiden Republik Kelima Perancis daripada kedudukannya sebagai ketua Parti Sosialis .

Mitterrand memulakan kerjaya politik dengan memihak kepada sayap nasionalis kanan Katolik, mengikut fahaman keluarganya. Beliau berkhidmat di bawah pemerintahan Rejim Vichy naungan Jerman Nazi ketika ia masih baru ditubuhkan, namun beliau kemudiannya menyertai Pemerintah Pemberontak ( La Resistance ) yang bersayap kiri, dan memegang jawatan menteri beberapa kali di bawah Republik Keempat . Beliau menentang pembentukan Republik Kelima yang dilakukan oleh Charles de Gaulle . Meskipun Miterrand kadangkalanya dianggap sebagai seorang ahli politik yang tidak mudah didekati, beliau dapat mengalahkan pesaingnya sehinnga akhirnya menjadi orang harapan sayap kiri dalam setiap pemilihan pilihan raya presiden dari 1965 ke 1988, kecuali 1969. Beliau dilantik selepas memenangi pilihan raya presiden Mei 1981 serta dipilih semula pada tahun 1988 di mana beliau memegang jawatannya sehingga tahun 1995.

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]