Doris Day
|
---|
Day dalam tahun 1957
|
Kelahiran
| Doris Mary Kappelhoff
(
1922-04-03
)
3 April 1922
|
---|
Meninggal dunia
| 13 Mei 2019
(2019-05-13)
(umur 97)
Carmel Valley Village, California, A.S.
|
---|
Pekerjaan
| |
---|
Tahun aktif
| 1939?1989
|
---|
Pasangan
| Al Jorden (
k.
1941;
c.
1943)
George Weidler
(
k.
1946;
c.
1949)
Martin Melcher
(
k.
1951;
d.
1968)
Barry Comden (
k.
1976;
c.
1981)
|
---|
Anak-anak
| Terry Melcher
|
---|
Laman web rasmi
| dorisday
.com
|
---|
Doris Day
(lahir
Doris Mary Kappelhoff
; 3 April 1922 ? 13 Mei 2019) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan aktivis kebajikan haiwan. Beliau memulakan kerjaya beliau sebagai penyanyi kugiran pada tahun 1939 yang mengecap kejayaan pada tahun 1945 dengan dua buah rakaman popular, "Sentimental Journey" dan "My Dreams Are Getting Better All the Time" bersama
Les Brown & His Band of Renown
. Beliau meninggalkan kugiran tersebut untuk bergerak solo dan telah merakam lebih daripada 650 buah lagu dari tahun 1947 sehingga 1967.
Doris Mary Kappelhoff dilahirkan pada 3 April 1922, di
Cincinnati
,
Ohio
,
[1]
merupakan anak kepada Alma Sophia (
nee
Welz; 1895?1976) dan William Joseph Kappelhoff (1892?1967). Ibu beliau merupakan seorang surirumah tangga manakala bapa beliau merupakan guru muzik.
[3]
Datuk dan nenek sebelah bapanya merupakan berketurunan Belanda dan Jerman.
[4]
[5]
Sepanjang hayatnya, Day mempercayai bahawa beliau dilahirkan pada tahun 1924, sehinggalah pada sambutan hari lahir beliau ke-95,
Associated Press
menemui sijil lahirnya yang menunjukkan bahawa Day dilahirkan pada tahun 1922.
[1]
Day merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik. Beliau mempunyai dua orang abang iaitu Richard (meninggal dunia sebelum kelahiran Doris) dan Paul, dua hingga tiga tahun lebih tua dari Doris.
Kerjaya Day sebagai pelakon filem bermula pada akhir era klasik Hollywood menerusi filem
Romance on the High Seas
(1948), dan terus berkembang selama 20 tahun. Beliau telah membintangi pelbagai genre filem termasuklah muzikal, komedi, drama dan seram. Antara filem lakonan beliau adalah
Calamity Jane
(1953) dan
The Man Who Knew Too Much
(1956) bersama
James Stewart
. Filem
Pillow Talk
(1959) disamping
Rock Hudson
telah melayakkan Day untuk tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam
Anugerah Akademi
. Beliau turut pernah berlakon bersama
James Garner
dalam dua buah filem
Move Over, Darling
(1963) dan
The Thrill of It All
(1963) selain bersama pelakon lelaki lain termasuklah
Clark Gable
,
Cary Grant
,
James Cagney
,
David Niven
,
Jack Lemmon
,
Frank Sinatra
,
Richard Widmark
,
Kirk Douglas
,
Lauren Bacall
dan
Rod Taylor
. Setelah mengakhiri kerjaya sebagai pelakon filem, beliau muncul dalam sitkomnya sendiri,
The Doris Day Show
(1968?1973).
Day telah menjadi salah satu bintang filem terkemuka pada awal 1960-an, dan sehingga 2012, beliau menjadi salahs seorang daripada lapan orang penghibur yang menjadi
pecah panggung
sebanyak empat kali di A.S.
[7]
[8]
Pada tahun 2011, beliau mengeluarkan album studio yang ke-29,
My Heart
yang memuatkan material baharu dan menjadi album Top 10 UK. Beliau menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Grammy dan Anugerah Legenda dari
Society of Singers
. Pada tahun 1960, Day dicalonkan dalam Anugerah Akademi untuk Anugerah Pelakon Wanita Terbaik,
[9]
dan dianugerahkan Anugerah Cecil B. DeMille untuk pencapaian sepanjang hayat dalam filem pada tahun 1989. Pada tahun 2004, beliau dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden dan pada tahun 2011, Anugerah Pencapaian Kerjaya Persatuan Pengkritik Filem Los Angeles.
Setelah bersara dari filem, Day tinggal di Carmel-by-the-Sea, California. Beliau mempunyai banyak haiwan peliharaan dan membela haiwan-haiwan terbiar.
[10]
Beliau merupakan penyokong
Republikan
.
[12]
Beliau mempunyai seorang anak iaitu
Terry Melcher
yang juga merupakan penerbit muzik dan penulis lagu. Terry meninggal dunia pada November 2004 akibat
melanoma
.
[13]
Day owned a hotel in Carmel-by-the-Sea called the Cypress Inn which she originally co-owned with her son.
[14]
Day telah berkahwin sebanyak empat kali.
[15]
Pada Mac 1941, beliau telah berkahwin dengan Al Jorden, seorang pemain trombonis yang telah dikenalinya di Barney Rapp's Band dan mereka bercerai pada Februari 1943.
[16]
Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Terrence Paul Jorden, kemudiaannya dikenali sebagai Terry Melcher. Perkahwinan kedua Day adalah bersama seorang pemain saksofon,
George William Weidler
pada 30 Mac 1946 sehingga 31 Mei 1949. Weidler merupakan abang kepada pelakon
Virginia Weidler
.
[16]
Day mengahwini
Martin Melcher
pada 3 April 1951, semasa hari lahirnya yang ke-29, dan perkahwinan ini kekal sehingga kematian Melcher pada April 1968.
[16]
Melcher telah menjadikan anak Day, Terry sebagai anak angkat dengan nama Terry Melcher, yang kemudiaannya menjadi seorang pemuzik dan penerbit rekod yang berjaya.
[17]
Martin Melcher telah banyak menerbitkan filem-filem Day.
Perkahwinan keempat Day adalah bersama Barry Comden (1935?2009) dari 14 April 1976 sehingga 2 April 1982.
[18]
Day meninggal dunia pada 13 Mei 2019 pada usia 97 tahun akibat
pneumonia
. Kematian beliau telah diumumkan oleh badan kebajikan beliau, Doris Day Animal Foundation.
[19]
[20]
[21]
Badan kebajikan tersebut juga menunaikan permintaan Day supaya tiada perkhidmatan pengebumian atau apa-apa memorial umum.
[22]
[23]
[24]
- You're My Thrill
(1949)
- Young Man with a Horn
(1950)
- Tea for Two
(1950)
- Lullaby of Broadway
(1951)
- On Moonlight Bay
(1951)
- I'll See You in My Dreams
(1951)
- By the Light of the Silvery Moon
(1953)
- Calamity Jane
(1953)
- Young at Heart
(1954)
- Love Me or Leave Me
(1955)
- Day Dreams
(1955)
- Day by Day
(1956)
- The Pajama Game
(1957)
- Day by Night
(1957)
- Hooray for Hollywood
(1958)
- Cuttin' Capers
(1959)
- What Every Girl Should Know
(1960)
- Show Time
(1960)
- Listen to Day
(1960)
- Bright and Shiny
(1961)
- I Have Dreamed
(1961)
- Duet
(1962)
- You'll Never Walk Alone
(1962)
- Billy Rose's Jumbo
(1962)
- Annie Get Your Gun
(1963)
- Love Him
(1963)
- The Doris Day Christmas Album
(1964)
- With a Smile and a Song
(1964)
- Latin for Lovers
(1965)
- Doris Day's Sentimental Journey
(1965)
- The Love Album
(rakaman 1967, dikeluarkan pada 1994)
- My Heart
(2011)
Source
[25]
- ^
a
b
Elber, Lynn (April 2, 2017).
"Birthday surprise for ageless Doris Day: She's actually 95"
.
Associated Press
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada April 4, 2017
. Dicapai pada
April 2,
2017
.
A copy of Day's birth certificate, obtained by The Associated Press from Ohio's Office of Vital Statistics, settles the issue: Doris Mary Kappelhoff, her pre-fame name, was born on April 3, 1922, making her 95. Her parents were Alma and William Kappelhoff of Cincinnati.
- ^
"Ancestry.com"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2021-02-24
. Dicapai pada
2019-05-21
.
Born 1922: age on April 10, 1940, in Hamilton County, Ohio, 91?346 (enumeration district), 2552 Warsaw Avenue, was 18 years old as per 1940 United States Census records; name transcribed incorrectly as "Daris Kappelhoff", included with mother Alma and brother Paul, all with same surname
. (registration required; initial 14-day free pass)
- ^
The Nothern Times May 15, 2019
- ^
"Doris Day profile"
(ancestry). Wargs
. Dicapai pada
April 5,
2014
.
- ^
"Doris Day"
.
Biography in Context
. Detroit, MI: Gale. 2013
. Dicapai pada
January 15,
2016
.
- ^
Hotchner, A.E. (1976).
Doris Day: Her Own Story
. New York: William Morrow and Company, Inc.
ISBN
978-0-688-02968-5
.
- ^
Doris Day awards and nominations
, Dorisday.com
- ^
"Doris Day: A Hollywood Legend Reflects On Life"
. NPR. January 2, 2012
. Dicapai pada
December 12,
2012
.
- ^
[1]
"Doris Day was a lifelong Republican who dated Ronald Reagan"
- ^
Cartwright, Garth (November 23, 2004).
"Terry Melcher"
.
The Guardian
. Dicapai pada
August 30,
2018
.
- ^
Anderson, Marilyn; Lanning, Dennis L. (September 11, 2011).
"The Cypress Inn: Doris Day's Pet-Friendly Getaway in Carmel-by-the-Sea"
. Agenda mag
. Dicapai pada
December 12,
2012
.
- ^
"Doris Day: Why she left Hollywood"
. CBS News. July 14, 2008
. Dicapai pada
June 26,
2018
.
- ^
a
b
c
"Doris Day Fast Facts"
.
CNN
. March 20, 2018
. Dicapai pada
June 26,
2018
.
- ^
"Producer Terry Melcher Dies at 62"
.
Billboard
. Dicapai pada
August 8,
2013
.
- ^
Nelson, Valerie J. (June 2, 2009).
"Barry Comden dies at 74; restaurateur was 4th husband of Doris Day"
.
Los Angeles Times
. Dicapai pada
August 8,
2013
.
- ^
"Doris Day, Hollywood's Favorite Girl Next Door, Dies at 97"
.
The Hollywood Reporter
. Dicapai pada
May 13,
2019
.
- ^
Lee, Benjamin (May 13, 2019).
"Doris Day, celebrated actor and singer, dies at 97"
.
The Guardian
. Dicapai pada
May 13,
2019
.
- ^
"Legendary actress and singer Doris Day dead at 97"
.
AP NEWS
. The Associated Press. May 13, 2019
. Dicapai pada
May 13,
2019
.
- ^
"Actress Doris Day dies aged 97"
. May 13, 2019
. Dicapai pada
May 13,
2019
– melalui www.bbc.com.
- ^
"Hollywood Legend, Leading Singer and Animal Welfare Advocate Doris Day Passes at 97"
.
Doris Day Animal Foundation
. Dicapai pada
May 13,
2019
.
- ^
Harmetz, Aljean (May 13, 2019).
"Doris Day, Movie Star Who Charmed America, Dies at 97"
.
The New York Times
(dalam bahasa Inggeris).
ISSN
0362-4331
. Dicapai pada
May 13,
2019
.
- ^
"Doris Day: Album Discography"
.
AllMusic
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
May 14,
2019
.
- Barothy, Mary Anne (2007),
Day at a Time: An Indiana Girl's Sentimental Journey to Doris Day's Hollywood and Beyond
. Hawthorne Publishing,
ISBN
9780978716738
- Braun, Eric (2004),
Doris Day
(ed. 2), London: Orion Books,
ISBN
978-0-7528-1715-6
- Bret, David
(2008),
Doris Day: Reluctant Star
. JR Books, London,
ISBN
9781781313510
- Brogan, Paul E. (2011),
Was That a Name I Dropped?
, Aberdeen Bay;
ISBN
1608300501
- DeVita, Michael J. (2012).
My 'Secret Love' Affair with Doris Day
(Paperback). CreateSpace Independent Publishing Platform.
ISBN
978-1478153580
.
- Hotchner, AE (1975),
Doris Day: Her Own Story
, William Morrow & Co,
ISBN
978-0-688-02968-5
.
- Kaufman, David (2008),
Doris Day: The Untold Story of the Girl Next Door
, New York: Virgin Books,
ISBN
978-1-905264-30-8
- McGee, Garry (2005),
Doris Day: Sentimental Journey
, McFarland & Co,
ISBN
9781476603216
- Patrick, Pierre; McGee, Garry (2006),
Que Sera, Sera: The Magic of Doris Day Through Television
, Bear Manor,
ISBN
9781593930561
- Patrick, Pierre; McGee, Garry (2009),
The Doris Day Companion: A Beautiful Day
. BearManor Media,
ISBN
9781593933494
- Santopietro, Thomas "Tom" (2007),
Considering Doris Day
, New York: Thomas Dunn Books,
ISBN
978-0-312-36263-8
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Institut penyelidikan seni
| |
---|
Kamus biografi
| |
---|
Lain-lain
| |
---|