Carlos Saul Menem
(2 Julai 1930 ? 14 Februari 2021) adalah Presiden Argentina yang berjaya mengeluarkan negara ini daripada kemelut ekonomi yang teruk dan merupakan antara Presiden yang paling lama berkhidmat iaitu selama 10 tahun. Namun beliau dikecam hebat kerana mengamalkan
korupsi
dan gagal menangani beberapa tragedi dalaman seperti
pengeboman di kedutaan Israel 1992
dan
pengeboman di pusat masyarakat Yahudi AMIA
pada 1994.
Beliau lahir dalam keluarga beragama
Islam
Saul Menem
dan
Mohibe Akil
, imigran
Syria
di kota kecil Anillaco, di provinsi
La Rioja
. Menem belajar untuk menjadi
pengacara
di
Universiti Cordoba
dan menjadi penyokong
Juan Peron
. Menem amat giat berkempen untuk tahanan politik dan ditahan pada
1957
kerana menyokong gerakan kekerasan menentang diktator
Aramburu
.
Meskipun beliau kemudiannya memeluk agama
Katolik
, ikatannya dengan tanahair bangsa Arab tetap kuat. Pada
1964
Menem pulang ke
Syria
dan di sana beliau bertemu dengan seorang wanita Islam bernama Zulema Fatima Yoma, seorang keturunan Syria-Argentina. Keduanya menikah pada
1966
tetapi Zulema masih kekal dengan agamanya. Menem juga menjadi presiden untuk Persatuan keturunan Syria-
Lebanon
di La Rioja.
Menem menceraikan Zulema Yoma pada
1991
. Anaknya yang bernama
Zulema Maria Eva Menem
menjalankan peranan sebagai
Ibu Negara
pada acara-acara rasmi untuk sisa masa jabatan kepresidenan ayahnya. Pada
1995
, anaknya, Carlos Saul Facundo Menem Yoma meninggal dalam kemalangan helikopter. Meskipun kejadian ini dinyatakan sebagai kemalangan, namun ramai orang percaya bahwa ini adalah pembunuhan berunsurkan politik. Pada
Mei
2001
, Menem menikahi model yang berasal dari
Chile
bernama
Cecilia Bolocco
(
Miss Universe
1987
) yang 35 tahun lebih muda daripadanya.
Menem terpilih menjadi gabenor La Rioja pada
1973
, suatu jawatan penting setelah tergulingnya Presiden
Isabel Martinez de Peron
pada Mac 1976. Isabel telah dipenjarakan oleh
junta tentera
di Tandil, Buenos Aires, sehingga tahun 1981. Pada Oktober
1983
, dengan jatuhnya pemerintahan ketenteraan, Menem terpilih kembali sebagai Gabenor La Rioja.
Menem yang berkempen sebagai seorang pemberontak di dalam partinya sendiri dan memenangkan pemilihan pendahuluan. Pada
1989
ia terpilih menjadi presiden, menggantikan
Raul Alfonsin
. Kempennya berlandaskan janji-janji kabur berupa
revolusi produktif
dan
salariazo
(yang bermaksud "kenaikan gaji yang besar"), yang ditujukan kepada
kelas pekerja
, pendukung tradisional
Parti Peronis
.
Beliau dilantik sebagai Presiden ketika krisis ekonomi besar dengan
hiperinflasi
dan
kemerosotan ekonomi
yang teruk. Setelah mencuba beberapa dasar yang gagal, Menteri Kewangannya iaitu
Domingo Cavallo
memperkenalkan pula beberapa dasar kewangan baru dan menambat nilai
peso Argentina
dengan
dolar Amerika
. Selain itu, pentadbirannya telah melaksanakan
pengswastaan
perusahaan-perusahaan perkhidmatan awam (termasuk perusahaan minyak, pos, telefon, gas, tenaga eletrik dan pembekalan air) dan arus dana
pelaburan asing langsung
yang besar-besaran menolong mengawal
inflasi
(dari 5% setahun pada akhir
1980-an
hingga hampir sifar pada awal
1990-an
) dan untuk memperbaiki ekonomi, namun semua itu harus dibayar dengan tingkat
pengangguran
yang cukup besar. Pada
1991
beliau menolong mendirikan pasaran bebas
Mercosur
. Keberhasilan Menem untuk memperbaiki ekonomi menjadikan negara itu salah satu pelaku terbaik di Amerika Latin. Dari 1990 hingga 1994, KDNK meningkat dengan rekod 35% (
http://www.indec.mecon.ar/
) yang menolongnya terpilih kembali ke dalam jabatan kepresidenan dengan majoriti yang besar.
Namun kejayaan awal dari menambat peso Argentina dengan dolar (ketika nilai dolar jatuh) diikuti oleh meningkatnya kesulitan-kesulitan ekonomi ketika dolar mulai bangkit sejak
1995
di pasaran antarabangsa. Hutang luaran yang tinggi juga menyebabkan meningkatnya masalah-masalah ketika krisis kewangan yang mempengaruhi negara-negara lain (
Krisis Tequila
) di
Mexico
, Krisis Asia, kegagalan Rusia untuk membayar hutangnya pada 1998) menyebabkan tingkat suku bunga yang lebih tinggi pula untuk Argentina. Beberapa tahun kemudian setelah mandatnya berakhir, ikatan dengan dolar itu terbukti tidak dapat dipertahankan, meskipun ada dukungan pinjaman besar-besaran dari
Tabung Kewangan Antarabangsa
, dan harus ditinggalkan pada
2002
, dengan
akibat yang menghancurkan
terhadap
ekonomi Argentina
.
Pemerintahan Menem tercemar dengan tuduhan-tuduhan
korupsi
. Pentadbirannya juga dibidas mengenai penyiasatan terhadap
pengeboman Kedutaan Israel 1992
dan pengeboman terhadap pusat masyarakat Yahudi
AMIA
1994
seringkali dikritik tidak jujur dan dangkal. Ia dicurigai telah mengalihkan penyelidikan dari
petunjuk Iran
, yang akan membawanya kepada negara itu yang bertanggung jawab atas serangan tersebut.
Salah satu dari langkah-langkah yang paling dikritik dari pemerintahannya adalah
pengampunan
yang diberikannya kepada
Jorge Rafael Videla
,
Emilio Massera
,
Leopoldo Galtieri
dan para pemimpin lainnya dari
Proceso de Reorganizacion Nacional
(pemerintahan diktator
1976
?
1983
), dan sejumlah pemimpin pengganas pula, dengan alasan "rekonsiliasi nasional". Kebijakan-kebijakan
neo-liberalnya
juga sangat ditentang, dan menjelaskan sebab-sebab lahirnya gerakan
Piquetero
yang baru, yang lahir di
Provinsi Neuquen
. Namun demikian, harus dicatat bahwa banyak sekali kaum neo-liberal (khususnya mereka yang berasal dari
Aliran Austria
, seperti
Murray Rothbard
) sangat tidak setuju dengan ikatan peso Argentina dengan dolar sepenuhnya dan langkah-langkah campurtangannya yang lain dari pemerintahan Menem, sehingga kebijakan Menem tidak tepat disebut 'liberal'. Hal ini juga mencakup korupsi, pertumbuhan gaji sektor awam, semi-swastanisasi (perusahaan-perusahaan yang sebelumnya dikelola negara 'diswastakan' namun tetap disubsidi oleh negara) dan peningkatan hutang publik Argentina yang sangat besar. Pemerintahan Menem memulihkan hubungan dengan
United Kingdom
yang terputus akibat
Perang Falkland
, meskipun ramai orang yang menentangnya karena penaklukan kembali yang berdarah.
Pada
1994
, setelah suatu perjanjian politik (
Pakta Olivos
) dengan pemimpin partai
Uni Warga Radikal
, bekas presiden Alfonsin, Menem berhasil membuat perubahan terhadap
Perlembagaan Argentina
1994
yang memungkinkan pemilihan kembali presiden, sehingga ia dapat mencalonkan dirinya lagi pada
1995
.
Usahanya untuk mencalonkan diri untuk ketiga kalinya pada
1999
gagal karena ia melanggar perlembagaan negara.
Pada pusingan pertama pilihan raya presiden (
27 April
2003
), Menem memenangi jumlah undi terbesar (25%), namun gagal mendapatkan cukup undi untuk mendapatkan kemenangan majoriti. Pusingan kedua antara Menem dan pemenang keduanya,
Nestor Kirchner
telah dijadualkan pada
18 Mei
2003. Oleh kerana yakin bahawa dia akan mengalami kekalahan teruk, Menem memutuskan untuk menarik diri, sehingga Kirchner secara otomatik menjadi presiden yang baru.
Pada Jun
2004
Menem mengumumkan bahawa ia telah mendirikan sebuah haluan baru dalam Parti Justicialist, yang disebut Peronisme Rakyat, dan menyatakan cita-citanya untuk ikut serta dalam pilihan raya presiden 2007.
Pada
2005
, pers melaporkan bahwa ia berusaha mengadakan pakatan dengan bekas Menteri Ekonominya
Domingo Cavallo
untuk bertarung dalam pilihan raya parlimen. Pakatan ini tampaknya gagal; Menem mengatakan bahwa hanya ada satu percakapan pendahuluan. Dalam
pemilu 23 Oktober
, Menem mendapat undi minoriti di pilihan raya Senat untuk mewakili provinsi kelahirannya. Ini dipandang sebagai kekalahan yang menghancurkan, menandakan berakhirnya dominasi politiknya di La Rioja, karena kedua-dua senator yang mendapat undi majoriti adalah daripada haluan Presiden Kirchner, yang secara lokal dipimpin oleh bekas gabenor Menemis
Angel Maza
. Inilah kali pertama dalam 30 tahun Menem kalah dalam pilihan raya.