Sukan Olimpik Musim Panas 1988
(
bahasa Inggeris
:
1988 Summer Olympics
, (
Hangul
:
1988年 夏季 올림픽
;
RR
:
1988nyeon Hagye Ollimpig
) atau secara rasminya
Sukan Olimpik XXIV
(
bahasa Inggeris
:
Games of the XXIV Olympiad
) dan juga dikenali sebagai
Seoul 1988
merupakan
acara pelbagai sukan
yang telah dianjurkan di
Seoul
,
Korea Selatan
dari 17 September hingga 2 Oktober 1988.
[3]
Sebanyak 8,391 atlet dari 159 negara telah bertanding dalam 237 acara. Penyediaan edisi Sukan Olimpik ini dibantu oleh 27,221 orang sukarelawan.
Temasya ini merupakan kali pertama Sukan Olimpik diadakan di negara tersebut, dan Sukan Olimpik Musim Panas kedua yang dianjurkan di benua
Asia
. Tuan rumah Korea Selatan telah mendapat tempat keempat dari segi pungutan pingat keseluruhan, dengan 33 pingat (12 pingat emas).
Kesatuan Soviet
pula mendapat tempat pertama dengan 132 buah pingat (55 pingat emas), sebuah rekod yang terdekat dengan keputusan yang diperolehi oleh negara
China
(48 pingat emas) pada tahun 2008 dan USA (121 pingat emas) pada tahun 2016.
Seoul 1988 merupakan Sukan Olimpik terakhir yang diadakan semasa
Perang Dingin
. Berbanding dengan edisi Sukan Olimpik yang sebelumnya, di mana berlakunya pemboikotan oleh negara
blok Komunis
dan
blok Kapitalis
, hanya beberapa negara yang memboikot edisi ini, antaranya termasuklah
Korea Utara
dan negara sahabat Korea Utara termasuklah
Cuba
. Walaupun dijemput,
Albania
,
Ethiopia
dan
Seychelles
juga tidak menyertai edisi Sukan Olimpik ini.
[4]
Nicaragua
tidak menyertai disebabkan oleh masalah kewangan,.
[5]
dan
Madagascar
juga menarik diri disebabkan oleh kekangan kewangan.
[6]
Sebelum bermula temasya,
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
telah berusaha untuk memastikan pemboikotan yang besar-besaran seperti apa yang berlaku pada
Sukan Olimpik 1980
dan
Sukan Olimpik 1984
tidak berlaku pada edisi ini. Ekoran daripada itu, Deklarasi Mexico
[1]
telah diadaptasikan pada November 1984. Deklarasi ini memberi bantuan kepada semua ahli IOC agar mereka menyertai Sukan Olimpik. Selepas Sukan Olimpik 1984,
Jerman Timur
sudah bersetuju untuk menyertai Sukan Olimpik 1988, dan IOC turut menghantar jemputan kepada peserta, sebuah tugasan yang asalnya berada di bawah Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik edisi tersebut.
Korea Utara
telah memboikot temasya ini setelah usulnya untuk menganjurkan Sukan Olimpik 1988 bersama Korea Selatan ditolak.
[8]
Korea Utara turut disertai oleh negara-negara sahabatnya,
Cuba
. Walaupun dijemput,
Albania
,
Ethiopia
dan
Seychelles
juga tidak menyertai edisi Sukan Olimpik ini.
[4]
Nicaragua
tidak menyertai disebabkan oleh masalah kewangan,.
[5]
dan
Madagascar
juga menarik diri disebabkan oleh kekangan kewangan.
[6]
Acara Sukan Olimpik Musim Panas 1992
|
|
Acara demonstrasi:
[3]
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan
yang menyertai
[9]
|
^
Note:
Brunei telah menyertai Upacara Perasmian dan Penutupan, menandakan penyertaan pertama negara tersebut di Sukan Olimpik namun kontigennya hanya terdiri daripada seorang pegawai renang.
|
Jadual Pingat Sukan Olimpik Musim Panas 1988