Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Olimpik Musim Panas 1996
(
bahasa Inggeris
:
1996 Summer Olympics
) atau secara rasminya
Sukan Olimpiad XXVI
(
bahasa Inggeris
:
Games of the XXVI Olympiad
) dan juga dikenali sebagai
Centennial Olympics
atau
Atlanta 1996
, merupakan satu
acara pelbagai sukan
antarabangsa
yang telah dilangsungkan dari 19 Julai hingga 4 Ogos
1996
di
Atlanta
,
Georgia
,
Amerika Syarikat
.
[2]
[3]
[4]
Temasya ini merupakan kali keempat Amerika Syarikat menganjurkan
Sukan Olimpik
dan turut merupakan ulang tahun keseratus Sukan Olimpik sejak
Sukan Olimpik yang pertama
. Edisi Sukan Olimpik ini turut merupakan kali pertama Sukan Olimpik Musim Panas dianjurkan pada tahun yang berbeza dengan
Sukan Olimpik Musim Sejuk
ekoran daripada keputusan baharu
IOC
yang dibuat pada
1994
.
Sukan Olimpik 1996 juga merupakan Sukan Olimpik yang pertama bagi 24 buah negara, termasuklah 11 buah bekas negara
Kesatuan Soviet
.
[5]
Amerika Syarikat telah memperoleh tempat pertama dari segi pungutan pingat dalam edisi ini dan ini merupakan kali pertama Amerika Syarikat memperoleh keputusan tersebut sejak
Sukan Olimpik 1984
.
Atlanta telah dipilih daripada
Athens
,
Belgrade
,
Manchester
,
Melbourne
dan
Toronto
sebagai tuan rumah pada 18 September 1990 semasa Sesi IOC ke-96 yang dianjurkan di
Tokyo
,
Jepun
.
[6]
Pada asalnya, ramai orang menggangap Athens, tempat asal Sukan Olimpik, sebagai pilihan tuan rumah Sukan Olimpik 1996 yang terbaik.
[7]
Namun, rancangan pembidaannya dikatakan terlalu "sombong dan kurang bersedia" oleh ramai pihak dan mempunyai banyak masalah seperti ketidakstabilan politik, masalah keselamatan, pencemaran udara, kesesakan jalan raya dan lain-lain menyebabkan pembidaan tersebut gagal.
[8]
[9]
Athens akan menganjurkan
Sukan Olimpik pada 2004
.
Acara Sukan Olimpik Musim Panas 1996
|
|
Jadual Pingat Sukan Olimpik Musim Panas 1996
Atlanta 1996 dikritik oleh ramai pihak disebabkan oleh masalah penyediaan makanan dan pengangkutannya.
[12]
Pada masa yang sama, ramai pihak berpandangan bahawa temasya ini telah diperdagangkan sehingga ke tahap yang terlampau oleh penaja-penaja Atlanta 1996 seperti
Coca-Cola
dan
Nike
yang menggunakan cara pengiklanan yang agresif dan teknik "pemasaran serang hendap" (
Ambush marketing
).
[13]
[14]
[15]
Selain itu, serangan bom yang berlaku pada 27 Julai di Taman Olimpik Centennial telah menyebabkan dua orang mati dan 111 orang cedera. Bom tersebut ditemui oleh pegawai keselamatan, Richard Jewell. sebelum bom tersebut meletup dan beliau telah menghubungi pasukan keselamatan dan membantu memindahkan orang ramai ke kawasan yang selamat.
[16]
Namun, bom tersebut telah meletup sebelum semua orang berjaya melarikan diri.
[17]
Eric Rudolph telah dikenal pasti sebagai perancang serangan bom ini dan telah ditangkap pada 31 Mei 2003.
[18]
Rudolph telah mengakui bahawa dia yang merancang serangan tersebut atas sebab politik dan beliau telah diberi hukuman pemenjaraan seumur hidup.
[19]
- Sukan Paralimpik Musim Panas 1996
- Sukan Olimpik Musim Panas yang pernah dianjurkan di Amerika Syarikat:
- Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pernah dianjurkan di Amerika Syarikat:
- ^
a
b
"Factsheet - Opening Ceremony of the Games of the Olympiad"
(PDF)
(Siaran akhbar). International Olympic Committee. October 9, 2014.
Diarkibkan
(PDF)
daripada yang asal pada August 14, 2016
. Dicapai pada
December 22,
2018
.
- ^
Glanton, Dahleen.
"Atlanta debates how golden it was"
.
Chicago Tribune
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2018-11-28
.
- ^
"Live From PyeongChang"
.
TvTechnology
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2018-11-28
.
- ^
"Atlanta: 20 years later"
.
Sports Business Journal
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2018-11-28
.
- ^
"Atlanta 1996, Games of the XXVI Olympiad"
.
Olympic.org
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada August 22, 2008
. Dicapai pada
2007-05-19
.
- ^
Payne, Michael (2006).
Olympic turnaround: how the Olympic Games stepped back from the brink of Extinction to Become the Best Known Brand
. Westport, Ct.: Praeger Publishers.
ISBN
0-275-99030-3
.
- ^
Weisman, Steven R. (1990-09-19).
"Atlanta Selected Over Athens for 1996 Olympics"
.
The New York Times
. Dicapai pada
2008-09-23
.
- ^
Longman, Jere (1997-08-03).
"Athens Pins Olympic Bid to World Meet"
.
The New York Times
. Dicapai pada
2008-09-23
.
- ^
"1996 Olympic Games"
. Georgia Encyclopedia
. Dicapai pada
February 24,
2013
.
- ^
"IOC Vote History"
.
www.aldaver.com
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada May 25, 2008
. Dicapai pada
June 10,
2008
.
- ^
The Socialist Federal Republic of Yugoslavia was still in existence at the time of bidding for the 1996 Olympics, although it would cease to exist by the time of the 1996 Summer Olympic games
- ^
"Olympic Games: Maligned Atlanta meets targets"
.
The Independent
. United Kingdom. November 15, 1996.
Diarkibkan
daripada yang asal pada January 30, 2012
. Dicapai pada
October 25,
2010
.
- ^
Collins, Glenn (1996-03-28).
"Coke's Hometown Olympics;The Company Tries the Big Blitz on Its Own Turf"
.
New York Times
. Dicapai pada
November 3,
2013
.
- ^
Heath, Thomas (July 17, 1996).
"An Olympic-Size Ambush"
.
Washington Post
. Dicapai pada
November 26,
2018
.
- ^
Emmett, James (2010-06-16).
"Rise of the pseudo-sponsors: A history of ambush marketing"
.
SportPro
. Dicapai pada
January 3,
2015
.
- ^
"Olympic park bombing brought terror close to home"
.
politics.myajc
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
July 1,
2018
.
- ^
"When Terror Struck the Summer Olympics 20 Years Ago"
.
Time
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
July 1,
2018
.
- ^
"Profile: Eric Rudolph"
.
BBC News
. April 14, 2005
. Dicapai pada
April 9,
2021
.
- ^
Cummings, Denis (July 27, 2011).
"On This Day: Bomb Explodes in Atlanta's Olympic Park"
.
findingdulcinea.com
. Dicapai pada
September 28,
2015
.
Didahului oleh
Barcelona
|
Sukan Olimpik Musim Panas
Atlanta
XXVI Olympiad
(1996)
|
Diikuti oleh:
Sydney
|