Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maharaja Rom
ialah pemerintah
Empayar Rom
semasa tempoh kemaharajaan yang bermula sekitar tahun
27 SM
. Orang Rom tidak mempunyai istilah tunggal bagi jawatan tersebut: gelaran dalam
bahasa Latin
seperti
imperator
,
augustus
,
ceasar
dan
princep
, semuanya merujuk kepada jawatan yang sama. Secara amali, Maharaja ialah pemerintah agung
Rome
dan komander agung
Legion Romawi
(ketumbukan tentera Rom). Bagaimanapun, secara teorinya, Empayar Rom kekal sebagai sebuah republik (
res publica
), dan status maharaja hanyalah
primus inter pares
(yang pertama antara yang setaraf).
Fiksyen yang disahkan secara perundangan
ini menjadi semakin kehilangan makna apabila para maharaja mengukuhkan kuasa mereka. Bagaimanapun, ia terpelihara sekurang-kurangnya pada tahap majlis-majlis keraian sehingga ke saat-saat akhir Empayar Rom - tahun 476 di
Empayar Rom Barat
dan 1453 di
Empayar Rom Timur
(
Empayar Byzantine
).
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{
tunas
}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.