Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Holokus
merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai secara sistematik yang dilakukan oleh tentera
Nazi
kepada beberapa kumpulan
etnik
,
agama
,
nasional
, dan
sekular
sewaktu
Perang Dunia II
. Ia bermula pada tahun 1941 dan diteruskan sehingga 1945. Kumpulan
Yahudi
merupakan sasaran utama Holokus dan pembunuhan ini dianggap oleh puak Nazi sebagai "penyelesaian terakhir kepada permasalahan kaum Yahudi". Dianggarkan enam juta orang Yahudi terkorban didalam pembunuhan beramai-ramai ini. Selain kaum Yahudi, kumpulan lain yang dibunuh termasuklah kumpulan yang dianggap tidak diperlukan atau "
undesirables
" oleh
masyarakat
seperti golongan
Slav
(seperti rakyat
Poland
,
Russia
dan lain-lain), Rroma (atau Roma),
Sinti
, golongan kurang berkeupayaan (pesakit mental dan/atau cacat anggota) dan golongan
homoseks
. Oleh sebab kekurangan rekod, agak sukar untuk menetapkan jumlah sebenar mangsa yang terkorban dalam Holokus ini tetapi dijangkakan terdapat lebih kurang 26 juta orang yang terbunuh dalam masa yang singkat.
Terdapat segolongan orang, yang dikenali sebagai "
Holocaust deniers
" (penafi Holokus). Menurut orang-orang ini, pemimpin Nazi Jerman,
Adolf Hitler
, tidak pernah mengarahkan pengikutnya untuk membunuh kaum Yahudi. Mereka juga mendakwa bahawa anggaran enam juta orang Yahudi terkorban adalah terlalu tinggi, dan nombor yang sebenar adalah kurang daripada sejuta.
Kegiatan Holokus dijalankan di semua tempat yang ditakluk oleh tentera Jerman sewaktu Perang Dunia II, biasanya di kem pelupusan. Satu kem ini yang paling terkenal merupakan
Kem tahanan Auschwitz
. Biasanya, kaum Yahudi dibawa ke sini melalui
kereta api
, dan dibawa ke bilik gas. Di situ, pil
Zyklon B
dilontarkan ke dalam bilik tersebut. Pil ini bertukar kepada gas "cyanide" yang maut. Selepas kesemua di dalam bilik gas meninggal dunia, mayat mereka dibakar.
Setelah Jerman dikalahkan oleh tentera Perikatan, ramai pemimpin Nazi Jerman didakwa di atas jenayah terhadap kaum manusia ("
crimes against humanity
"). Kebanyakan mereka didapati bersalah, walaupun mereka beritahu mahkamah bahawa mereka hanya mengikut arahan, dan digantung sampai mati. Namun, Adolf Hitler tidak dapat dihukum ? beliau bunuh diri beberapa hari sebelum Jerman menyerah kalah.
|
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai:
Holokus
|
|
---|
Organisasi
| | |
---|
Sejarah
| |
---|
Ideologi
| |
---|
Kaum
| |
---|
Kekejaman
| |
---|
Luar Jerman
| |
---|
Senarai
| |
---|
Tokoh
| |
---|
Topik berkaitan
| |
---|
|
|
---|
Politik
| | |
---|
Peristiwa
| |
---|
Tempat tinggal
| |
---|
Kehidupan peribadi
| |
---|
Barangan peribadi
| |
---|
Persepsi
| |
---|
Keluarga
| |
---|
Lain-lain
| |
---|
|
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Lain-lain
| |
---|