Benjamin Franklin
(
17 Januari
[
G.L.
: 6 Januari 1705
[1]
]
1706
,
Boston
,
Massachusetts
– 17 April 1790,
Philadelphia
,
Pennsylvania
) adalah seorang tokoh
Amerika Syarikat
yang terkenal dan telah meninggalkan banyak karya di dalam hidupnya. Franklin adalah orang dengan banyak jenis
pekerjaan
dan
keahlian
. Dia adalah seorang
wartawan
,
penerbit
,
penulis
, ahli
falsafah politik
,
ahli politik
,
negarawan
,
aktivis masyarakat
,
ahli sains
,
diplomat
dan
pereka
sekaligus. Franklin juga adalah salah seorang pemimpin
Revolusi Amerika
, dan salah seorang bapa pengasas
Amerika Syarikat
. Kata-katanya banyak yang terkenal dan dikutip orang. Misalnya "masa adalah wang" kemungkinan besar berasal dari dirinya. Kerana dia juga seorang penerbit dan pemilik percetakan, banyak kata-katanya yang masih boleh dibaca orang hingga sekarang kerana dia juga banyak dan rajin menulis. Dia juga terkenal dengan cadangan uji kajinya mengenai
elektrik
dan
kilat
(pencipta
pengalir kilat
). Dia juga merupakan ketua pejabat pos dan pembentuk
perpustakaan awam
pertama di Amerika, dan orang pertama yang menyusun
pasukan bomba
di Pennsylvania.
Benjamin Franklin ialah anggota
Freemasonry
.
Benjamin Franklin dilahirkan di Milk Street,
Boston
, pada 17 Januari
1706
dari ayahnya iaitu Josiah Franklin yang telah menikah dua kali. Benjamin adalah anak bongsu dari 17 anak Josiah dari dua perkahwinan itu. Benjamin berhenti sekolah ketika beliau berusia sepuluh
tahun
, dan pada umur dua belas tahun ia telah magang pada usaha penerbitan milik James, abangnya. Percetakan ini menerbitkan surat khabar
New England Courant
.
Benjamin menjadi kontributor dan bahkan kemudian editor
surat khabar
itu. Suatu hari kakak beradik ini berselisih faham hingga akhirnya Benjamin melarikan diri, pertama ke
New York
, lalu ke
Philadelphia
pada
Oktober
1723
.
Benyamin dan William melarikan diri ke Philadelphia. Lalu William bergabung dengan penjajah (Inggeris) dan berpisah jalan dengan Ben. Ben adalah musuh Inggeris kerana Revolusioner USA.
Setelah berselisih dengan William cukup lama, William yang bergabung dengan penjajah meminta maaf terhadap Benjamin Franklin. Namun dengan tegas Benjamin Franklin menolak.
Benjamin Franklin menghabiskan sisa hidupnya terpisah dari isterinya.
Karya Ben Franklin (Bahasa Inggeris)
[
sunting
|
sunting sumber
]
- Franklin, Benjamin, "
The Way to Wealth
". Applewood Books; November 1986.
ISBN 0-918222-88-5
- Franklin, Benjamin, "
The Autobiography of Benjamin Franklin
". Dover Pubns; June 7, 1996.
ISBN 0-486-29073-5
- Franklin, Benjamin, "
Poor Richards Almanack
". Peter Pauper Press; November 1983.
ISBN 0-88088-918-7
- Franklin, Benjamin, "
The Poetry of Minor Connecticut Wits
". Scholars Facsimilies & Reprint; September 2000.
ISBN 0-8201-1066-3
- Franklin, Benjamin, "
Writings
".
ISBN 0-940450-29-1
- Franklin, Benjamin, "
On Marriage
".
- Franklin, Benjamin, "
Satires and Bagatelles
".
- Benjamin Franklin
, Edmund S. Morgan,
Yale University Press
, 2002, hardcover 368 pages,
ISBN 0-300-09532-5
- Benjamin Franklin: An American Life
, Walter Isaacson, Simon & Schuster, August, 2003, hardcover, 590 pages,
ISBN 0-684-80761-0
- 100
,
Michael H. Hart
, Carol Publishing Group, July 1992, paperback, 576 pages,
ISBN 0-8065-1350-0