한국   대만   중국   일본 
Nombor Buku Piawai Antarabangsa - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Nombor Buku Piawai Antarabangsa

Nombor Buku Piawai Antarabangsa ( International Standard Book Number dalam bahasa Inggeris , ISBN ) merupakan pengenal pasti buku berangka. Ia memberikan nombor siri 13 digit yang unik kepada setiap buku yang diterbitkan. [1] [a] [b]

International Standard Book Number
{{{image_alt}}}
ISBN 13-digit, 978-3-16-148410-0, beserta dengan kod bar EAN-13
Akronim ISBN
Diperkenalkan 1970 ; 54?tahun yang lalu ?( 1970 )
Pertubuhan diuruskan International ISBN Agency
No. digit 13 (dahulunya 10)
Digit periksa Jumlah wajaran
Contoh 978-3-16-148410-0
Laman web isbn-international .org

Format ISBN 10 digit dicipta oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa dan diterbitkan pada tahun 1970 sebagai ISO 2108. [2] Sejak 2007, ISBN mula menggunakan 13 digit. [3]

Sejak 1 Januari 2007, ISBN telah mengandungi 13 digit, sebuah format yang serasi dengan Bookland EAN-13s.

Nombor Siri Piawai Antarabangsa digunakan untuk mengenal pasti penerbitan berkala seperti majalah . [1]

Nota penjelasan sunting

  1. ^ Kadangkala, penerbit silap memberikan ISBN kepada lebih daripada satu buku ? edisi pertama The Ultimate Alphabet dan The Ultimate Alphabet Workbook memiliki ISBN sama, 0-8050-0076-3. Sebaliknya, buku sama boleh diterbitkan dengan beberapa ISBN: edisi kedua Jerman Emil und die Detektive diberi ISBN 87-23-90157-8 ( Denmark ), 0-8219-1069-8 ( Amerika Syarikat ), 91-21-15628-X ( Sweden ), 0-85048-548-7 ( England ) dan 3-12-675495-3 ( Jerman ).
  2. ^ Dalam sesetengah kes, buku yang dijual dalam set berkongsi ISBN. Contohnya, Vance Integral Edition menggunakan cuma 2 ISBN untuk 44 buku.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Glosari: Pelbagai istilah perpustakaan dijelaskan (PDF) . Perpustakaan Universiti Tasmania. n.d. m/s.?2.
  2. ^ Sejarah ISBN
  3. ^ Lihat Frequently Asked Questions about the new ISBN standard Diarkibkan 2007-06-10 di Wayback Machine dari ISO

Pautan luar sunting

Agensi negara dan antarabangsa
Alat-alat