Lesotho
([le.su.tu]; nama rasmi
Kerajaan Lesotho
;
Sotho
:
'Muso oa Lesotho
) ialah sebuah
negara
di selatan
Afrika
yang terletak di tengah-tengah dan dikelilingi oleh
Afrika Selatan
. Lesotho secara kasarnya bererti "tanah penutur bahasa Sotho".
[5]
Kerajaan Lesotho
|
---|
|
Cogan kata
:?
"Khotso, Pula, Nala"
(
Sotho
)
"Keamanan, Hujan, Kemakmuran"
|
Lagu kebangsaan
:?
Lesotho Fat?e La Bontata Rona
|
|
|
Ibu negara
dan bandar terbesar
| Maseru
29°28′S
27°56′E
? / ?
29.467°S 27.933°E
? /
-29.467; 27.933
|
---|
Bahasa rasmi
| |
---|
Kumpulan?etnik
| - 99.7% Sotho
- 0.3% Orang Afrika lain
|
---|
Kerajaan
| Raja berperlembagaan
berpalimen unitari
|
---|
|
??Raja
| Letsie III
|
---|
| Moeketsi Majoro
|
---|
??Timbalan Perdana Menteri
| Monyane Moleleki
|
---|
??Speaker Perhimpunan
| Ntlhoi Motsamai
|
---|
|
Badan perundangan
| Parlimen
|
---|
| Senat
|
---|
| Perhimpunan Kebangsaan
|
---|
|
|
??daripada United Kingdom
| 4 Oktober 1966
|
---|
|
|
??Jumlah
| 30,355?km
2
(11,720?bt
2
) (
ke-137
)
|
---|
| 0.0032%
|
---|
|
??Perkiraan?2016
| 2,203,821
[1]
(
ke-144
)
|
---|
??Bancian Penduduk?2004
| 2,031,348
|
---|
| 68.1/km
2
(176.4/sq?mi) (
ke-138
)
|
---|
KDNK
(
PPP
)
| 2017
|
---|
??Jumlah
| $7.448 bilion
[2]
|
---|
| $3,868
[2]
|
---|
KDNK
(nominal)
| 2017
|
---|
?? Jumlah
| $2.721 bilion
[2]
|
---|
| $1,413
[2]
|
---|
Gini
(2015)
| 54.2
[3]
tinggi
?·?
ke-17
|
---|
HDI
(2018)
| 0.518
[4]
rendah
?·?
ke-164
|
---|
Mata wang
| Loti Lesotho
(LSL),
Rand Afrika Selatan
(ZAR)
|
---|
Zon waktu
| UTC
+2
(Waktu Piawai Afrika Selatan)
|
---|
Arah memandu
| kiri
|
---|
Kod panggilan
| +266
|
---|
Kod ISO 3166
| LS
|
---|
DPT internet
| .ls
|
---|
Sejarah Lesotho moden bermula pada 1822 apabila kaum
Basotho
mengangkat
Moshoeshoe I
sebagai Raja Basuto pada tahun itu. Seterusnya, puak Moshoeshoe terlibat dalam zaman
Mfecane
, suatu zaman peperangan antara puak-puak selatan Afrika akibat perkembangan
Kerajaan Zulu
pada awal abad ke-19. Mulai 1856 hingga 1868, puak Moshoeshoe mula terlibat dalam pertempuran dengan
Negara Bebas Oranye
milik Belanda dalam
Perang Negara Bebas-Basotho
, menyebabkan baginda memohon perlindungan daripada pihak British.
[6]
Hal ini menyebabkan Basotho dijadikan sebagai
negeri naungan
British pada 12 Mac 1868.
[7]
Moshoeshoe mangkat pada 11 Mac 1870 lalu memulakan zaman pemerintahan penjajah di Lesotho.
Pada 3 November, Basotho diilhakkan ke dalam
Koloni Cape
, tetapi pemerintahan ini tidak mendapat kepuasan golongan Basotho lalu menyebabkan terjadinya
Perang Senjata Basuto
pada 1880.
[8]
[9]
Pada 1884, pihak Basotho memperoleh
perkenan diraja
British, menjadikan Basotho sebagai
tanah jajahan mahkota
dengan nama
Basutoland
, seterusnya mengeluarkan Basotho daripada pemerintahan Koloni Cape.
[6]
Basutoland mendapat kemerdekaan daripada British pada 4 Oktober 1966.
[10]
Lesotho mencakup luas sebesar 30,355 km
2
. Negara ini merupakan satu-satunya negara merdeka yang sepenuhnya terletak di atas ketinggian 1,000 meter. Titik terendahnya ialah 1,400 m, dan lebih daripada 80% kawasan Lesotho terletak di ketinggian melebihi 1,800 m. Lesotho juga merupakan negara terkurung daratan terbesar di dunia dan dikelilingi sepenuhnya oleh Afrika Selatan.
Oleh kerana ketinggiannya, Lesotho lebih dingin sepanjang tahun daripada kawasan lain pada latitud yang sama.
Maseru
dan dataran rendah sekitarnya sering mencapai 30°C pada musim panas. Musim sejuk lazim membuat suhu dataran rendah turun mencecah -7 °C, manakala suhu di kawasan daratan tinggi boleh mencapai -20 °C pada waktu tertentu. Salji biasa turun di dataran tinggi antara bulan Mei dan September; puncak yang lebih tinggi boleh mengalami hujan salji sepanjang tahun.
Lesotho ialah sebuah negara raja berperlembagaan, dengan
Raja Lesotho
sebagai ketua negara, dan raja terkini ialah
Letsie III
. Meskipun begitu, Raja Lesotho tidak memiliki sebarang kuasa politik yang ketara, dan lazimnya hanya bertindak sebagai perlambangan simbolik negara. Tambahan pula, Raja Lesotho dihalang daripada melakukan sebarang tindakan politik. Seterusnya,
Perdana Menteri
ialah ketua kerajaan Lesotho.
Sistem legislatif Lesotho terdiri daripada dua buah dewan,
Senat
sebagai dewan atasan dan
Perhimpunan Kebangsaan
sebagai dewan bawahan. Senat terdiri daripada 33 kerusi dengan 22 kerusi diambil oleh ketua-ketua puak secara kewarisan, dan selebihnya diambil oleh ahli lantikan Raja.
Pembahagian pentadbiran
sunting
Lesotho dibagi secara administratif kepada 10 buah derah, masing-masing diketuai oleh seorang pemerintah daerah. Daerah-daerah ini dibahagikan lagi menjadi 80 buah kawasan.
Keselamatan dalaman dan luaran Lesotho adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pertahanan yang dibentuk dan ditakrifkan oleh Fasal 145 dalam
perlembagaan negara
. Perdana Menteri ialah pengerus secara rasmi (
ex officio
), dan terdapat enam anggota Suruhanjaya Pertahanan yang lain, iaitu Komandan dan Wakil Komandan
Pasukan Pertahanan Lesotho
, Pesuruhjaya dan Pembantu Komisioner Perkhidmatan Polis Berkuda Lesotho, dan Pengarah dan Wakil Pengarah Perkhidmatan Keselamatan Negara Lesotho. Suruhanjaya Pertahanan mempunyai kuasa untuk secara mengarahkan pasukan pertahanan secara strategi, polisi, dan penjara, tetapi bukan khidmat pertahanan, yang hanya ditanggungjawabkan kepada pihak pemerintah. Suruhanjaya Pertahanan mempunyai kuasa untuk melantik serta membuang kakitangan kanan pasukan pertahanan, polis, dan penjara, tetapi bukan pengarah dan wakil pengarah khidmat pertahanan yang dilantik oleh Perdana Menteri secara peribadi.
[11]
Berdasarkan maklumat PBB, Lesotho mempunyai jumlah penduduk sebanyak 2,108,328 orang. 25% penduduk Lesotho ialah penduduk bandar dan 75% lagi duduk di luar bandar. Tambahan pula, peningkatan tahunan jumlah penduduk bandar dianggarkan sebanyak 3.5%. Kepadatan penduduk lebih rendah di dataran tinggi daripada di kawasan dataran rendah barat. Walaupun majoriti penduduk (60.2%) berumur antara 15 dengan 64 tahun, Lesotho mempunyai populasi belia yang besar dengan peratusan sekitar 34.8%.
[12]
Lesotho secara asasnya ialah sebuah
negara bangsa
yang dihuni kaum Basotho (99.7% penduduk).
Bahasa Sotho
(
SeSotho
) ialah bahasa rasmi negara.
Agama Kristian menjadi agama utama hampir kesemua penduduk Lesotho dengan jumlah penganut melebihi 95% populasi negara.
[13]
Aliran
Protestan
dianuti kira-kira 50% penduduk negara manakala hampir 40% penduduk pula menuruti aliran
Gereja Katolik
. Golongan bukan Kristian mewakili 1.5% penduduk dan 3.5% lagi diisytihar sebagai tidak beragama.
[14]
Dalam aspek kesihatan, Lesotho memiliki kadar penghidap
HIV/AIDS
sebanyak 23.6% setakat 2018, nilai kedua tertinggi dunia selepas
Eswatini
.
[15]
Selain itu, Lesotho juga memiliki kes
batuk kering
tertinggi dunia.
[16]
Lesotho ialah sebuah negara berpendapatan rendah serta diiktiraf sebagai "kurang membangun" oleh Bank Dunia.
[17]
[18]
58% penduduk negara berada di bawah garis kemiskinan kebangsaan (2002/3).
[19]
Ekonomi Lesotho banyak bergantung kepada bidang pertanian, penternakan, perlombongan dan penghasilan. Selain itu, penduduk negara juga banyak bergantung terhadap kiriman wang daripada warga Lesotho di luar negara.
[20]
Dikelilingi oleh Afrika Selatan, ekonomi Lesotho disepadukan bersama-sama ekonomi negara itu.
Mata wang rasmi negara ialah
loti
(LSL), tetapi boleh digunakan bersama-sama
rand Afrika Selatan
.
Lesotho secara perundangan tidak menetapkan sebarang kewajipan pendidkan formal dalam kalangan rakyat, tetapi pemerintah giat dalam menawarkan pendidikan rendah percuma kepada rakyat negara.
[21]
Secara purata, pemerintah Lesotho menghabiskan kira-kira 12% KDNK dalam sektor pendidikan.
[22]
Lesotho memiliki kadar celik huruf yang tinggi dalam kalangan negara Afrika dengan peratusan sebanyak 85% (wanita) dan 68% (lelaki).
[23]
- ^
"World Population Prospects: The 2017 Revision"
.
ESA.UN.org
(data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang).
Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
, Bahagian Populasi
. Dicapai pada
10 September
2017
.
- ^
a
b
c
d
"Lesotho"
. Tabung Kewangan Antarabangsa.
- ^
"GINI index"
. Bank Dunia.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 8 April 2016
. Dicapai pada
31 Mac
2016
.
- ^
"Human Development Report 2019"
(dalam bahasa Inggeris).
UNDP
. 10 December 2019. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 2020-04-30
. Dicapai pada
10 December
2019
.
- ^
Nicole Itano (2007).
No Place Left to Bury the Dead
. Simon and Schuster. m/s.?
314
.
ISBN
978-0-7432-7095-3
.
- ^
a
b
Roberts-Wray, Sir Kenneth (1966).
Commonwealth and Colonial Law
. London: F.A. Praeger. m/s.?830.
- ^
Tylden, G. (1950).
The Rise of the Basuto
. Juta. m/s.?107.
- ^
Sam Romaya; Alison Brown (April 1999). "City profile: Maseru, Lesotho".
Cities
.
16
(2): 123?133.
doi
:
10.1016/S0264-2751(98)00046-8
.
- ^
James S. Olson, Robert S. Shadle (ed.) (1996).
Historical Dictionary of the British Empire
. Greenwood Press. m/s.?118.
ISBN
0-313-27917-9
.
CS1 maint: extra text: authors list (
link
)
- ^
Karen Tranberg Hansen, Mariken Vaa (2004).
Reconsidering Informality: Perspectives from Urban Africa
. Nordic African Institute. m/s.?
180
.
ISBN
91-7106-518-0
.
- ^
Lihat Fasal 145
Perlembagaan Lesotho
.
Diarkibkan
3 Mac 2016 di
Wayback Machine
.
- ^
"Lesotho"
.
The World Factbook
. Dicapai pada
15 Mei
2007
.
- ^
"Table: Christian Population as Percentages of Total Population by Country"
. Pew Research Center.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 11 Mei 2017
. Dicapai pada
21 April
2018
.
- ^
"Lesotho: Demographic and Health Survey, 2014"
(PDF)
. Ministry of Health. m/s.?38. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 25 Disember 2016
. Dicapai pada
21 April
2018
.
- ^
"Prevalence of HIV, total (% of population ages 15-49) - Lesotho | Data"
.
data.worldbank.org
. Dicapai pada
2020-07-14
.
- ^
"Incidence of tuberculosis (per 100,000 people) | Data"
.
data.worldbank.org
. Dicapai pada
2020-07-14
.
- ^
"World Economic Outlook Database, April 2019"
.
IMF.org
.
Tabung Kewangan Antarabangsa
. Dicapai pada
29 September
2019
.
- ^
"Bank Dunia Country and Lending Groups"
.
datahelpdesk.worldbank.org
.
Bank Dunia
. Dicapai pada
29 September
2019
.
- ^
"LESOTHO Sharing Growth by Reducing Inequality and Vulnerability: A Poverty, Gender, and Social Assessment"
(PDF)
.
Bank Dunia
.
- ^
"Bank Dunia Lesotho: Country Brief"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2014-03-31
. Dicapai pada
2012-03-03
.
- ^
"Lesotho Ministry of Education and Training ? Basic Education"
. Education.gov.ls. 5 Oktober 2005. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 20 Julai 2010
. Dicapai pada
4 Julai
2010
.
- ^
"Unesco Institute for Statistics: Date Centre"
. 14 September 2007.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 30 Januari 2011
. Dicapai pada
28 Februari
2011
.
- ^
"Lesotho"
.
UNESCO
(dalam bahasa Inggeris). 2014-11-04
. Dicapai pada
2019-05-18
.
-
Kategori berkenaan
Lesotho
di Wikimedia Commons