Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Televisyen kabel
(
Jawi
:
????????? ????
) ialah sejenis sistem penyediaan
televisyen
ke pengguna melalui isyarat frekuensi radio yang dipancarkan ke set televisyen melalui
gentian optik
atau
kabel sepaksi
tetap, dibandingkan dengan kaedah "ke udara" dalam penyiaran televisyen tradisi (melalui gelombang radio) yang memerlukan antena televisyen. Selain rancangan televisyen, rangkaian TV kabel juga boleh menyalurkan rancangan
radio FM
,
Internet berkelajuan tinggi
,
telefoni
dan perkhidmatan bukan televisyen seumpamanya.
Singkatan
CATV
selalu dianggap sebagai singkatan "Cable TV", tetapi asalnya bermaksud
Community Antenna Television
, iaitu asal-usul TV kabel pada tahun 1948: di tempat-tempat yang sukar menerima isyarat dari udara kerana kawasan bergunung-ganang, "antena komuniti" besar dipasang, dan disambung kabel ke rumah-rumah.
Televisyen kabel paling meluas di
Amerika Utara
,
Eropah
,
Australia
dan
Asia Timur
, bahkan juga boleh didapati di kebanyakan negara lain, terutamanya di
Amerika Selatan
dan
Timur Tengah
. Televisyen kabel kurang berjaya di benua
Afrika
, kerana pemasangan kabel di kawasan yang tidak padat penduduknya tidak cekap dari segi kos, namun "kabel wayarles" atau sistem berasaskan
gelombang mikro
digunakan.